Sabtu, 7 Mei 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


FaceBook Peransang Seks(Adakah Anda Setuju?)

Posted: 07 May 2011 06:01 PM PDT

Isu Semasa
Gambar hiasan

-ijoks2009-
Fakta-fakta dibawah ini bakal mengejutkan anda.

1) Statistik menunjukkan 2.7 juta penggunanya berumur di bawah 13 tahun . Pendek kata, lebih 20 peratus pengguna Facebook ialah kanak-kanak!

2) 11,800 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap hubungan seks dan
Lebih 2,000 daripadanya berusia bawah 13 tahun.

Pakar Perunding Keluarga dan Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata di sebalik peranan Facebook meluaskan rangkaian hubungan sosial dan prospek perniagaan, ia sebenarnya lebih banyak mengubah karakter dan cara hidup masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kerana kelompok ini lebih mudah terdedah kepada gejala tidak sihat.

"Facebook atau apa saja laman sosial adalah cara paling berkesan berinteraksi kerana mempunyai tarikan tersendiri seperti status diri yang sentiasa dikemas kini dan koleksi gambar lebih interaktif. Secara positifnya, hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi lebih dekat dan tiada halangan

"Gaya bahasa terbukadan perkongsian gambar seksi menarik perhatian ramai mengenali mereka. Sekarang di Facebook, orang tidak kisah menelanjangkan maruah dengan berkongsi gambar seksi semata-mata untuk meraih perhatian.


Dengan penggunaan Facebook, pembentukan karakter negatif mereka menjadi lebih mudah.
Apa yang dilihat dan dilayari saban hari melekat dalam minda, malah trend semasa pengguna Facebook tidak segan silu berkongsi gambar seksi semakin mudah diakses pengguna muda.

"Percaya atau tidak ada yang gelisah jika tidak dapat membuka Facebook dalam sehari
"Di Facebook tiada lagi rahsia. Inilah yang dinamakan hidup yang telanjang. Saya juga selalu berdepan kes suami isteri bercerai kerana Facebook.
Maksudnya, isteri dapat hidu kecurangan suami dalam laman sosial atau cemburu melihat koleksi rakan Facebook suami yang seksi.

Berdasarkan statistik itu juga menunjukkan golongan usia antara 20 hingga 30 tahun adalah pengguna Facebook paling ramai iaitu lebih 4.6 juta orang manakala terdapat hampir 345 ribu pengguna yang melebihi usia 50 tahun.

Seramai 67,700 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap peluang perniagaan dan 211,200 daripada mereka mahu mencari kenalan

Baca lagi

Cari N3 lama-lama disini

Hadiah untuk Teman yang bakal menyambut cahayamata

Posted: 07 May 2011 07:25 AM PDT

Merenung Sejenak

Assalamualaikum dan salam blogger,sempena hari ibuni saya ingin hadiahkan satu doa untuk teman2 blogger yang bakal jadi ibu.


Klik Untuk Besarkan Gambar
Doa ini di ajarkan oleh guru saya,Ustaz Nazri yang sering saya ikuti kuliah beliau di masjid seminggu sekali setiap hari sabtu lepas maghrib.
Beliau dapat doa ini daripada guru beliau ,pengasas pondok Lubuk Tapah ,Kelantan.(Allahyarham Tokguru Hj. Abdullah Lubuk Tapah)
Doa ini adalah amalan ibu Radsulullah ketika mengandungkan Nabi.Menurut ceritanya Ibu Rasulullah SAW, ketika kandungannya mencapai dua bulan mendapati ada bacaan ini di bawah bantalnya lalu mengamalkannya.

Tahniah kepada teman-teman bloger yang bakal menyambut cahayamata pada tahun ini.Selamat hari ibu

Kesian Syazryl Eskay Tak Dapat Masuk UMNO

Posted: 06 May 2011 11:40 PM PDT

Isu Semasa

Kenapa Eskay tak dapat masuk UMNO,ini kerana perjuangan UMNO hanya dibawah lingkungan melayu (bercanggah dengan konsep One malaysia yang dibawa oleh PM)
Siapakah Eskay?1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.2)

Eskay juga dikatakan berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

-ijoks2009-
Selagi Umno tak ubah perlembagaannya dari perjuangan bangsa kepada perjuangan Islam selagi itulah Eskay tak dapat masuk UMNO walau sebagaimana besar sekalipun jasanya kepada UMNO

Sumber:
http://milosuam.blogspot.com/2011/05/siapakah-datuk-shazryl-eskay-abdullah.html
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: