HIDUP DAN HARAPAN |
Posted: 31 May 2011 07:56 AM PDT Oleh: Jin Brabus Salam Sejahtera Dan Salam Reformasi Agak lama Jin Brabus xmenulis cerita2 politik semasa selepas pembongkaran adun yang lompat melompat ni suasana politik tempatan dan Negeri Kedah khasnya agak terkawal kecuali 2-3 kes semasa banjir melanda dan juga lompatan MP Padang Serai yang lalu....seperti yang ditulis dan dijangkakan semuanya berlaku walau pun perkara yang dibongkarkan tidak diambil peduli oleh pimpinan atasan...maklumlah tulisan penulis picisan golongan marhaen xsiapa pun ambil pot dan xdi pedulikan..akhirnya semuanya menjadi kenyataan cuma yang umporno xdapat mengambil alih negeri Kedah walau pun hampir2 terjadi...Seperti biasa bila bersembang di kedai2 kopi ada juga kawan2 tanya hang dah bersara politik ke...senang je aku jawab...dah menang depa pandai la buat kerja..standard.kita cuma boleh pacak dan gantung bendera je.....hehehe....Tapi dengan keadaan kenaikan harga minyak ron97 dan kenaikan harga barangan seperti gula,minyak masak dan sebagainya terasa betapa semakin perit dan terhimpit golongan marhaen macam aku terasa juga nak meluahkan rasa xkepuasan hati...baru nak luahkan dah naik pula tarif eletrik..pergh!! makin sengsara la kita. Itu belum lagi kenaikan minyak petrol ron95 yang pastinya tetap akan dinaikkan cuma hanya waktu yang menentukan......Apa nak jadi di zaman Najib ni...semuanya naik..berturut turut pula tu....apa pasal pun xtau mungkin nak cover dia dan isterinya asyik kerap keluar negara...depa dok hura sakan kita rakyat nak kena tanggung.... Aku malas nak menulis cerita politik nasional ni kerana bukan taraf aku pun cuma aku nak cerita pasal senario politik Kedah dimana 2-3 hari lepas ada kejadian meruntuh gerai2 peniaga di jalan kelab cinta sayang Sg Petani , Taman Ria Jaya....gerai orang melayu yang diruntuhkan penguasa tempatan..Ada bloggers dah samakan Kerajaan Kedah dan Kerajaan LGE Penang yang meruntuh gerai peniaga kecil Melayu....Khabarnya semua yang meniaga di gerai2 tersebut boleh dikatakan penyokong kuat PR. Orang surau berhampiran pun ada. Kenapa Zalim sangat. Aku xtuduh kerajaan Kedah Zalim tapi kita kena siasat siapa empunya angkara..adakah tangan2 ghaib dibelakang kejadian itu untuk pedajal Kerajaan Negeri Kedah. Tapi kemuskilan juga timbul kemana perginya ahli2 Majlis yang dilantik Kerajaan PR negeri Kedah. Hampa tidoq ke?..Mana pi Adun Bt Selambau?.SIBUK MEMANJANG dan.dengaq kata kerap dok pi Thailand....pergi urusan peribadi ke urusan kerja..dengaq kata hang ada urusan perniagaan peribadi disana..Guna dana kerajaan negeri tapi buat kerja peribadi..mampuih la kalau macam ni. Patut la dah dengaq rungutan dari mulut DSAI menyesal dok pilih hang...Dah la dana dan kewangan untuk cabang hang xbantu..Kesian aku pada DSAI semua calun pilihannya semua buat onar dan menikamnya semula..Zulkipli Nordin orang dia katanya tapi hancuq jadi gila babi...Zahrin yang konon kawan lamanya..apa dah jadi..menghentam dia tanpa rasa belas...banyak dan panjang lagi kalau nak cerita...Berbalik pada cerita runtuhan tadi kenapa xada tolak ansur dah kepada peniaga. Setau aku kawasan tu menang sesuai untuk meniaga. Bukan ada gangguan lalu lintas pun. Ramai kakitangan kerajaan dan orang awam dok makan kat situ..Harap2 wakil kerajaan negeri cepat2 menyisat hal tersebut..dan arahan diterima dari siapa. Adakah ini satu muslihat politik kotor untuk menunjukkan bahawa kerajaan PR memang zalim dan jauh menyimpang dari slogan dan menifesto pilihanraya ,juga slogan Kedah Sejahtera seperti yang dilaung laungkan..Walaupun dah dengar kata ada perjumpaan peniaga dengan ahli2 majlis telah diadakan..keputusannya Wallahualam....Dah terantuk baru nak terngadah...jangan sampai baling2 kerusi . Dan yang penting Kerajaan Negeri hendaklah menyiasat perkara tersebut sampai kelubang cacing... Aku juga terbaca dalam blog cerita mengenai si Zamil. Pengerusi Parti Kita Negeri Kedah pasal kalau siapa dapat bawa orang yang muka seiras DSAI dia nak bagi Rolls Roycenya..Pergh!!!..kaya giler si Zamil ni no Banyak duit dia. Seingat aku la semua ahli aktif dalam PKR kenal akan dia. Berniga politik untuk kaya. Kawan atau wakil si Ezam di Kedah dan kawasan utara. Apa dia kelentong Zaid Ibrahim sampai percaya dan lantik dia ni jadi Pengerusi Parti Kita di Kedah pun kita xtahu...Sah Zaid terkena pasal punya la nak jadi Presiden Parti. Nak bagi Rolls Royce macammana sedangkan hutang baiki kereta kat kedai pomen pun xboleh nak jelas. Jangan nak auta dan jual temberang serta mencari publisiti murahan..Pada hang dok kacau DSAI pasal fitnah video sex tu baik lah jaga Isteri2 hang seramai 3 orang tu termasuk muallaf dari vietnam...ada juga pasal.. Dengaq kata juga hang dok sebuk cari kerusi nak bertanding PRU 13 ni nak lawan calun2 dari PR..awat hang cari tempat yang orang xkenal hang. Hang malu ke pasal kalau dikawasan hang orang kenal perangai hang. Hang jangan ingat dikawasan orang xkenal hang akan selamat. Keburukan dan duri onar yang hang buat akan tetap didedahkan walau dimana saja hang bertanding. Hang kena ingat tu!!!. Kesian kat Zaid Ibrahim kena kencing dengan hang.....hehehe. PRU13 dah semakin hampir..seawalnya bulan julai ini sebagaimana yang diriuhkan. Samada bulan julai atau bila2 masa pun ingatan saya sebagai rakyat dan pengundi juga cakap2 dari teman2 yang lain berharap PKR Kedah carilah calun yang betul layak dan yang tahan diuji. Baik dari segi tahan godaan harta benda dunia dan wang ringgit. Pastikan calun tersebut ditapis dengan sehalusnya agar pengundi xmenyesal dan calun2 ini boleh menjalankan amanah setelah mandat diberkan pada mereka. Jangan pilih calun2 yang mempunyai agenda peribadi. Sanggup berhabisan belasan ribu ringgit semata mata nak jadi ketua cabang. Dulu masa parti dalam kepayahan merangkak dan teraba raba muka pun xnampak. Bila dalam situasi menang dan2 dia la yang paling depan...bila tiba masa nak diadakan pemilihan cabang sibuk bagi bantuan sana dan sini. Habis ahli dibeli. Sanggup sewa bas supaya ahli keluar mengundi dan memilih dia sebagai ketua cabang yang baru... Hebat!!!..dah hampir sama dengan parti umporno. Juga pernah mengungkapkan kalau depa bagi aku 2-3 ratus ribu aku pun nak lompat sama. Xada jati diri. Buat program pun syok sendiri...Pilihlah calun2 yang xakan mengkianati Pengundi dan Parti. Mana calun yang menang baru2 ni perlu dibuat penilaian semula. Yang dok ada rasanya semua xreleven dah. Jenis xbuat kerja. Ada YB dah umumkan kalau dia xdipilih dia akan bertanding calunbebas...sampai tara tu.. Biaqpi kat dia. Dia nak hilang wang pertaruhan dia punya pasal macam bekas adun Padunngan di Serawak tu. Pengundi pilih atas dasar parti dan bukannya sebab peribadi.Bila buat banner ucapan selamat dihari kebesaran lambang parti pun xbubuh dah. Dia menang atas parti mana pun kita xtahu. Seolah dialah yang hebat,,. Jangan lagi ada adun yang mahu mengkianati pengundi. Peringatan yang cukup jelas kepada Kepimpinan PKR Negeri Kedah. Rakyat mahukan perubahan. Sudah lebih 54 tahun umporno bee end memerintah dah banyak menyusahkan rakyat terutamanya rakyat marhaen apakah kita tidak mengambil iktibar dari perkara tersebut. . Juga sebagai rakyat Kedah peringatan juga diberikan bukan sahaja kepada wakil rakyat PKR sahaja. tetapi semua wakil2 baik dari PAS dan DAP..diperingkat bawahan rakyat dah ada kedengaran cakap sumbang puak2 PR ni baik PAS aatau PKR sama aje. Xbuat kerja,lena dan pilih bulu.Tahu nak melaram dengan kereta mewah exconya kesana kemari.dan membuat perbandingan dengan Krajaan Negeri Pulau pinang yang amat sederhana. Terserah la kepada YAB Menteri Besar kita yang bijaksana. Untuk menilai NKRA wakil2 rakyat dibawahnya. Rakyat bawahan ramai yang xberpuas hati antaranya kerana kenaikan tarif air yang membebankan walau pun ada yang tahu keputusan tersebut bukanlah dalam bidang kuasa kerajaan negeri tetapi sekurang kurangnya lawan apa yang dibuat pusat.seperti Kerajaan Negeri Selangor. Nampak juga la Kerajaan Negeri ada unsur2 untuk membela rakyatnya. Bukan sahaja cakap2 dari orang2 diatas pagar tetapi kawan2 yang sama2 berpeluh dan berpenat menaikkan bendera dan memasang poster untuk memenangkan calun PR bila tibanya Pilihanraya. Cuma kita tahu dari segi amanah dalam pentadbiran memanglah kerajaan PR kedah adalah yang terbaik dan dipuji seperti dlam lapuran Ketua audit Negara.Pendapatan hasil Kerajaan Negeri meningkat dan bebas rasuah. Tapi Kerajaan negeri juga kena faham apa yang rakyat perlukan. Rakyat mahukan pembelaan agar tidak menyuisahkan dalam kehidupan yang semakin mencengkam.Yang mana perlu dibantu kena tunaikan tanggungjawabnya sesuai dengan Slogan KEDAH SEJAHTERA.........Apa pun tepuk dada tanyalah selera..Jangan sampai hilang majoriti....apa macam?.. SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT |
You are subscribed to email updates from HIDUP DAN HARAPAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan