Selasa, 31 Mei 2011

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Tarif Air dan Elektrik Naik Salah Kita ?

Posted: 30 May 2011 08:14 PM PDT

Assalamualaikum .. salam hormat
saja nak menyuarakan pandangan pada isu yang sedang hangat dan diperkatakan dan kini heboh disembangkan tak kiralah kat mana kita berada. Sebenarnya ramai yang menyalahkan bahawa tarif air dan elektrik naik disebabkan oleh harga minyak dunia yang naik secara mendadak ekoran daripada permasalahn yang berlaku dan melanda dunia asia barat. Malahan ada yang menyalahkan kerajaan seolah-olah mereka penyebab utama yang menyebabkan ianya naik dan terpaksa dinaikkan.

Pada pandangan saya secara peribadinya, kalau nak kata kerajaan yang salah tu mungkin tak banyak yang salah. Tapi yang banyak salahnya ialah kita yang tidak tahu untuk menghargainya. Mana tidaknya, kita banyak melakukan pembaziran dalam penggunaan bahan tersebut. Contohnya macam penggunaan air. Kita lebih banyak mencemarkan air daripada menjaga dan memulihara sumber air. Contoh yang terdekat yang saya boleh katakan ialah sungai Melaka.Dengan bau yang boleh membuatkan kita akan rasa nak muntah bila bau.

Penggunaan barangan elektrik yang terlalu banyak pun boleh mengundang kepada pembaziran dan kenaikan tarif yang tinggi. Daripada maklumat yang saya perolehi daripada seorang rakan, tarif yang dinaikkan pada tahun ini merupakan yang paling tinggi dalam sejarah. Jadi Sama-samalah kita menilai semula tindakan kita ..

Tiada ulasan: