Rabu, 25 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ubat Atasi Ejakulasi Pramatang HABIS di Pasaran Singapura dalam Masa SEBULAN

Posted: 25 May 2011 08:00 AM PDT



Dalam masa sebulan penjualannya di Singapura, ubat untuk mengatasi masalah ejakulasi pramatang, PRILIGY, habis di pasaran. Apabila membaca inti pati berita yang disiarkan di AsiaOne ini, maka terdetik di hati saya, adakah masalah batin yang dihadapi oleh lelaki Singapura seteruk itu? Saya membayangkan hal yang sama mungkin berlaku di Malaysia apabila pil ini mula dipasarkan di negara ini atau kisah "kehebatan" pil ini mula dihebahkan kepada umum.

Berbalik kepada masalah batin lelaki di Singapura, data menunjukkan bahawa 1 daripada 3 lelaki di Singapura menghidap masalah batin. Hal yang sama turut berlaku kepada lelaki di negara-negra lain. Perangkaan itu berdasarkan kajian PEPA sebuah organisasi yang giat mengatasi masalah tenaga batin lelaki. Oleh itu, tidak hairanlah jika ubat tersebut dijual bagaikan pisang goreng panas di sana.
Apa itu PRILIGY? Priligy ialah tablet biji yang perlu diambil 1 atau 3 jam sebelum melakukan aktiviti seksual. Pengambilannya terhad untuk sekali sehari dan berdasarkan saranan pengamal perubatan. Pil ini sesuai untuk lelaki berusia 18-64 tahun.

Anda BERMINAT? Kepada lelaki yang sudah berkahwin, sila dapatkannya di farmasi bukannya di kaki lima sekitar Chow Kit dan sebagainya. Awas, pil tiruan!

Ramalan Kiamat Pada 21 Mei Gagal, Paderi Kemuka Tarikh Baharu

Posted: 25 May 2011 07:00 AM PDT


Alahai!

Sebelum ini, Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping meramalkan dunia akan kiamat pada 21 Mei 2011. Namun, ramalannya itu tidak menjadi kenyataan. 

Menurut Camping dan sekumpulan paderi yang menyertainya, dunia akan mengalami gempa bumi secara besar-besaran pada tarikh itu dan akan musnah pada tarikh itu.

Kini, Camping mengemukakan tarikh baru, iaitu 21 Oktober 2011. Tinggal lagi lima bulan untuk orang bertaubat, katanya. Tambahnya lagi, kemusnahan itu akan berlaku serentak di seluruh dunia. Seperti kenyataannnya sebelum ini, beliau meramalkan akan berlaku gempa bumi kuat di seluruh dunia pada pukul 6 petang waktu tempatan.

Baca di sini untuk berita lanjut.

[Berita Baik] Premis 7-Eleven Selangor Tidak Jual Arak di Kawasan Majoriti Melayu

Posted: 25 May 2011 06:14 AM PDT

 
Saya petik:

[HD] SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.
Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu.

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

"Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya," katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah  kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

P/s: Alhamdullilah! Bagaimana dengan penjualan arak di negeri BN? Cuba tanya Parpukari!

Selepas Masjid, Video Fitnah Tersebar ke Kampung. Pihak Berkuasa Buat Apa? Buat Bodoh?

Posted: 25 May 2011 05:40 AM PDT

Saya petik:

[MK] Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Terbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuat naik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

Mohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan di sebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.




Budak 12 Tahun Dirogol Abang Angkat yang Dikenali Melalui Facebook

Posted: 25 May 2011 05:05 AM PDT


Saya petik:

[HM] AMPANG: Seorang murid perempuan berusia 12 tahun mendakwa dirogol abang angkatnya berusia 17 tahun dua kali selepas berkenalan melalui sebuah laman sosial beberapa bulan lalu, di rumah lelaki itu, 18 Mei lalu.

Menurut kakak mangsa yang enggan dikenali, dia mendapati adiknya tidak pulang ke rumah seperti biasa pada hari kejadian.

"Adik saya selalu tiba ke rumah paling lewat pun jam 4 petang, namun hari itu saya menunggunya hingga malam namun tetap tidak pulang.

"Selepas gagal menghubunginya, saya bersama bapa pergi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang mengenai kehilangannya.

"Bagaimanapun, keesokan harinya kami menghubunginya dan menjemputnya di rumah saudara kami di Keramat.

"Akibat tidak berpuas hati dengan penjelasannya, kami membawa dia ke IPD Ampang sekali lagi dan ketika membuat laporan itulah dia menceritakan apa yang berlaku ke atasnya," katanya....

P/s: Salah siapa?

[Terkini] Ismail Sabri Umum Tiada Kenaikan RON95, Diesel, LPG

Posted: 25 May 2011 01:30 AM PDT


Maklumat ringkas ini saya peroleh di blog-blog pencacai. Kata Ismail, "Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat." Ayat!

Yang menariknya, Ismail Sabri berkata jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan. Adakah sehingga selepas PRU 13 atau selepas kemarahan rakyat reda?

P/s: Ada udang di balik mi. Dua tiga hari lepas, puak-puak ini sibuk mendendangkan cerita bebanan kerajaan menanggung subsidi untuk rakyat marhaen. Namun apabila media pro-PR menyerang isu ini dengan membangkitkan pelbagai perkara termasuk subsidi yang diterima oleh IPP, nada kerajaan BN hari ini sudah bertukar.

Awas, PRU 13 semakin hampir!





Taktik Jurujual Kereta Minta Habuan Seks daripada Pelanggan Terbongkar

Posted: 25 May 2011 01:15 AM PDT

Saya petik:
[SH] Sura Gate, Dungun – Tindakan seorang jurujual kereta yang membawa pelanggannya ke sebuah bilik hotel atas alasan kononnya untuk membincang urusan jual beli kenderaan, membawa padah apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada berdua-duaan di tempat penginapan tersebut.

Serbuan kira-kira jam 9.30 malam di Hotel Sri Gate juga berjaya membongkar taktik jurujual lelaki terbabit yang difahamkan sering memperdaya wanita untuk urusan tersebut sebelum mendapat habuan seks.

Ketika serbuan dilakukan, jurujual lelaki berasal dari Kuala Terengganu itu hanya memakai tuala mandi, manakala teman wanitanya bersembunyi di dalam bilik air dalam keadaan bogel.

Sehelai baju kurung dan coli wanita milik pasangan perempuan yang berasal dari Besut serta baju kemeja lelaki berusia 28 itu turut dirampas sebagai bahan bukti untuk disabitkan di mahkamah ketika proses pendakwaan nanti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

P/s: Duit dapat, berahi pun dapat, tetapi dia lupa DOSA BESAR pun dapat!

[Kemas Kini] Kabinet TANGGUH Keputusan Naikkan Tarif Elektrik dan Kurangkan Subsidi Rakyat Marhaen?

Posted: 25 May 2011 12:15 AM PDT


Saya petik:

[MK] Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

[TMI] KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.

Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

"Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin," katanya ketika dihubungi.

P/s: Sekurang-kurangnya serangan terhadap usaha BN menaikkan harga minyak dan bil utiliti di blog dan di media PR  berjaya menggerunkan BN. Walaupun penangguhan itu untuk sehari dua atau sebulan dua, namun hal itu tetap suatu kejayaan. Tahniah!

Ibu Tawar Dara Anak

Posted: 24 May 2011 09:23 PM PDT

Felicia Rea McClure

Seorang wanita di Salt Lake City  didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000), lapor AP.

Wanita yang dikenali Felicia Rea McClure didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. 

Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit. Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. 

Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya.  

P/s: Ibu iblis

Cabaran Paling Bangang daripada Pemimpin UMCO

Posted: 24 May 2011 07:35 PM PDT


 "Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13" -TMI. Baru baca tajuk pun sudah membuatkan orang tergelak.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan', kata Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. .

Aduhai! Adakah ini sahaja jurus perang psikologi Zahid Hamidi?

Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruhnya dalam meraih sokongan rakyat.

Apa macam UMCO keluar BN untuk uji sejauh mana sokongan yang diperoleh mereka daripada rakyat Malaysia? Berani?

P/s: Perkara-perkara bodoh ini tidak perlulah ulas panjang-panjang. Nanti kebodohan itu berjangkit kepada kita.


Murid 10 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Lelaki Gila Seks

Posted: 24 May 2011 06:30 PM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan.

"Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.

"Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah," katanya....
 P/s:Gila! Bagaimana penjenayah gila seks dengan mudah melarikan murid tersebut dari kawasan sekolah? Ada yang tidak kena dengan kawalan keselamatan di sekolah itu. Pihak berkenaan perlu menyiasat hal ini agar kejadian sama tidak berulang. Biarlah kes Nurin Jazlin menjadi pengajaran kepada semua.



Lelaki Rogol Remaja Bawah Umur di dalam MPV Ibunya

Posted: 24 May 2011 05:55 PM PDT

Suspek

Saya petik:

[BH] AMPANG: Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan merogol remaja bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard putih milik ibunya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibacakan di depan Hakim Manira Mohd Nor.
Dia dituduh merogol pelajar sebuah sekolah menengah berusia 15 tahun dalam kenderaan itu di tepi jalan sekitar Ampang pada jam 11 pagi, 11 Mei 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan jenayah kekerasan selain untuk melindungi mangsa.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap Sabtu awal bulan dan menetapkan tarikh sebutan pada 20 Jun depan.

Tertuduh yang memakai baju T coklat muda dan seluar jeans biru kelihatan sugul dan terus mencium tangan ibunya sejurus keluar dari kandang tertuduh apabila mahkamah menangguhkan prosiding. 



Berbelas Polis Digantung Tugas Paksa Tahanan Wanita Menari Bogel

Posted: 24 May 2011 05:05 PM PDT

Sekadar hiasan.

Menurut berita AFP,  pihak berkuasa Mexico menggantung tugas 15 anggota polis kerana memaksa seorang tahanan wanita menari bogel sebagai pertukaran untuk dibebaskan dalam kejadian di sempadan bandar Tijuana.

Stesen televisyen semalam menyiarkan rakaman video seorang wanita yang menari separuh bogel di hadapan sekumpulan polis. 

Anggota itu termasuk seorang bekas askar yang kini seorang bekas ketua polis digantung tugas kelmarin, kata pegawai majlis perbandaran Tijuana, Jesus Chavez. 

Tiada ulasan: