Jumaat, 6 Mei 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kasih Ibu Hingga "Mati"

Posted: 06 May 2011 07:30 AM PDT

Kejadian tsunami yang berlaku sekitar Mac 2011 di Jepun.

Isteri Saman Suami RM37 Juta Kerana Gagal Main Peranan di Katil

Posted: 06 May 2011 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan. Tidak ada kena-mengena dengan gambar ini!

Seorang lelaki di Dubai disaman oleh isterinya sebanyak 45 juta dirhams (RM37 juta) kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami sehingga menyebabkan isterinya itu mengalami tekanan mental.

Isteri lelaki itu memberitahu mahkamah bahawa suaminya enggan "bersama" dengannya empat bulan pertama perkahwinan sebelum dia mengetahui suaminya itu sebenarnya mengalami masalah mati pucuk lapor Gulf News. 

"Apabila kali pertama suami "melakukannya", dia melakukannya secara kasar dan dengan cara yang tidak sepatutnya," dedah wanita itu di mahkamah.

"Saya kemudiannya mendapat tahu suami mengalami masalah ereksi. Keadaan itu sama sekali bertentangan dengan pengakuannya sewaktu kami menandatangani kontrak perkahwinan. Saya mengalami tekanan mental dan emosi dan hilang harapan untuk menjadi ibu," katanya lagi.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini.
P/s: Moralnya, kalau tidak "berkemampuan", jangan menipu, jangan aniaya orang!

Jurublog UMCO Kaitkan PAS dengan Jenayah/Keganasan

Posted: 06 May 2011 03:00 AM PDT


Blog pro-UMCO ini milik jurublog wanita. Berdasarkan keterangan, rasanya jurublog ini seorang peguam. Tidak kisahlah siapapun dia! Yang menjadi masalahnya, si jurublog ini mengaitkan (walaupun bukan secara langsung) kejadian jenayah yang rasanya berlaku di luar negara dengan "ajaran PAS". Apa justifikasi/alasan dia mahu berkata demikian? Adakah dia beranggapan Islam PAS ini berunsur keganasan? Menurut keterangan blog ini, lelaki yang gambarnya tertera di atas menembak ahli keluarganya kerana mereka enggan memeluk Islam.

P/s: Bukan sekali, sudah banyak kali TM perhatikan gelagat penulisan blog ini.

Pelakon Era 70-an Mokhtaruddin Didakwa Mencabul

Posted: 06 May 2011 02:45 AM PDT


Saya petik:

[Mstar] SELAYANG: Seorang pelakon era 70-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan mencabul seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah perlindungan yang diasaskannya.

Mokhtaruddin Mohd Said, 56, yang merupakan pengasas Pusat Pemulihan Akhlak Remaja Bermasalah di Batu 11, Gombak, dekat sini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dia yang pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Langit Tidak Selalunya Cerah (1981) dan Cikgu Sayang (1983) didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa yang difahamkan menginap di situ tanpa kerelaannya.

Mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Najid Ismail membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 17 Jun depan.

Anak tertuduh, Datuk Mohd Bismi Adira yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Raudah Enterprise membayar jaminan tersebut. 
 
 

Mesin Pengeluar Mani (Sperma) Diperkenalkan. Jangan Terfikir...

Posted: 05 May 2011 08:30 PM PDT


Saudara (pembaca DCM), anda tidak perlu duduk/baring di tempat khas, kemudiannya "distimulasikan" (dirangsangkan) untuk mengeluarkan air mani selepas ini. Sebuah syarikat di China berjaya mencipta sebuah mesin pengeluar mani (sperma). Mesin ini telah dipamerkan di Pesta Peralatan Perubatan Antarabangsa China yang diadakan baru-baru ini.

Syarikat SanWe, pencipta mesin ini, menjelaskan fungsi mesin ini sebagai "alat ini boleh membuat stimulasi pergerakan seperti vagina wanita". Perggghhhh!!! 

Keterangan produk di laman rasmi syarikat pula menyatakan: "Mesin ini boleh membuat stimulasi umpama vagina melalui urutan, sentakan, hisapan [dan]  getaran, [dan boleh] bertindak terhadap kemaluan lelaki,  mengeluarkan sperma dengan lebih cepat dan selamat". Wah!!! 

Sambung keterangan itu lagi, "Mesin ini adalah peralatan klinikal terbaik untuk mengeluarkan sperma."  

P/s: Saya harap pembaca DCM tidak akan terfikir... untuk menyalahgunakan mesin ini untuk tujuan lain. Kah kah kah!

Bomoh Tua Rogol Anak Tiri Depan Isteri

Posted: 05 May 2011 06:20 PM PDT


Saya petik:
[UM] IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.

Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Noor Hayati memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010.

Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris.
 P/s: Gila!


Isteri Muda Osama Jadi Rebutan AS-Pakistan

Posted: 05 May 2011 05:04 PM PDT

Saya petik:
[Kosmo] WASHINGTON - Amal Al -Sadah yang merupakan isteri termuda ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden menjadi rebutan antara Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan selepas Islamabad kelmarin enggan membenarkan AS menyoal siasatnya.

Amal penting kepada kedua-dua pihak kerana dia mengetahui tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam operasi membunuh Osama di samping maklumat tentang kumpulan Al-Qaeda yang diketuai suaminya.

Pakistan bagaimanapun melarang AS menyoal siasat Amal, 27, yang kini dirawat di sebuah hospital tentera di Rawalpindi kerana kakinya cedera akibat ditembak.

Wanita berasal dari Yemen itu menerpa ke arah anggota komando AS untuk melindungi suaminya semasa rumah tempat tinggal mereka di bandar Abbottabad, Pakistan diserbu pada malam Ahad lalu.

Anggota komando itu menembak kaki Amal tetapi dia tidak dibawa bersama oleh pasukan komando AS selepas sebuah helikopter dalam operasi itu terhempas di pekarangan rumah tersebut.

Amal kemudian ditangkap oleh pasukan keselamatan Pakistan.

Sebelum ini, AS melaporkan dia ditembak mati anggota komando selepas Osama menggunakannya sebagai perisai manusia untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, AS menukar cerita pada Selasa lalu dengan menyatakan Amal hanya cedera akibat ditembak dan dia tidak menjadi perisai manusia untuk melindungi Osama.

Perkahwinannya dengan Osama dilaporkan diatur bagi mengukuhkan hubungan dan pengaruh ketua Al-Qaeda itu di Yemen.

Amal dilaporkan berbangga kerana dapat menjadi isteri Osama.

Ketua Al-Qaeda itu telah menghantarnya pulang ke Yemen kerana bimbangkan keselamatannya tetapi dia berjaya kembali ke Pakistan walaupun dipantau oleh agensi perisikan AS.

Menurut majalah Time, wanita itu memberitahu penyiasat Pakistan bahawa mereka tinggal di rumah tersebut sejak tahun 2005.

Menurut Time, seramai enam saudara- mara Osama termasuk enam kanak-kanak dan seorang isterinya dibawa ke hospital di Rawalpindi untuk dirawat selepas pasukan komando AS melakukan serbuan. - Agensi
 
 

Tiada ulasan: