Selasa, 24 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Mana satu akan naik dulu,Ron95? letrik?

Posted: 24 May 2011 06:02 PM PDT

Hari ini pak-pak menteri akan bermesyuarat. Sebenarnya mereka dah pun buat keputusan, cumanya pada hari ini akan men'finalise'kan keputusan mereka itu dalam perkara apa cara nak 'kereqah' rakyat.

Sumber dari gurkah-gurkah politik di'port' ada bagi tahu yang kabinet BN/umno ini berbelah bagi dalam nak membuat keputusan berhubung perkara ini nak menaikan harga benda ini setelah hari-hari kena sumpah dengan rakyat marhain di-bawah selepas berita akan berlaku kenaikan harga minyak petrol RON95 tersebar.

MUNGKIN..! KEMUNGKINAN... kabinet tak akan 'penaik' harga petrol RON95 hari ini... buat masa ini laa...TETAPI hari ini punya mesyuarat kabinet, mereka di jangka akan men'penaik'an harga elektrik. Sebabnya sumber gurkah-gurkah politik ini kata yang TNB telah di benarkan dan dapat lampu hijau untuk menyusahkan dan membebankan rakyat-rakyat di bawah.

Gurkah-gurkah ini kata lagi yang 10% kenaikan harga tarif baru dah tentu terang! sebab, TNB punya dok tunggu kenaikan ini dah lama sangat dah, semenjak dari bulan tiga tahun 2009 dulu lagi, dengan alasan mereka kata harga arang batu dan lain-lain bahan mentah yang semakin mahal.

Hari ini kabinet meeting, esok pagi TNB mesti buat pengumuman.

dollah yankee -
Macam-macam cara nak 'kereqah' rakyat...

Tiada ulasan: