Khamis, 19 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Rampas saja motor mereka!!!

Posted: 19 May 2011 09:12 PM PDT

Polis Trafik Pulau Pinang tolong jangan buang masa dengan mengarahkan mat-mat rempit menolak motorsikal mereka sambil menyanyikan lagu kebangsaan Negara-Ku..
(bukan negara ku-ku noe..?!)

Kalau masukan mereka dalam penjara, gomen nak kena bagi makan, nak kena bagi minum...(buang duit semua tuu..). Yang mana yang dalam kategori 'anak-anak hantu' pulak, kalau masuk dalam (jail), mereka akan bercampur dengan 'hantu-hantu' yang lagi besar yang sedang merengkok di-dalam sana. Mereka akan belajar sedikit sebanyak ilmu-ilmu nak jadi 'hantu' (ialah..bila duduk dalam sana,bukanya ada kerja sangat yang nak di-buat,melainkan makan,minum,berak..). Susah pulak gomen nanti bila mat-mat rempit ini bertukar karier dari merempit kepada men'jenayah'. Kalau saman pula, mereka tak ambil 'pot' nak bayar, kalau 'black-list' mereka pula, lebih ramai mat rempit yang akan tunggang motor mereka tanpa lesen, tanpa cukai jalan, tanpa perlindungan insuran. Bila ada 'road-block' lagi banyak yang akan lari dengan menentang arus. Lagi menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi... gurkah-gurkah politik di'port' nak cadangkan kepada siapa di Bukit Aman yang jaga trafik tu supaya, apa kata polis rampas saja motorsikal mereka yang didapati merempit. Simpan dalam balai atau dalam mana-mana gudang... 3 bulan untuk kesalahan pertama, 6 bulan untuk kesalahan kedua dan rampas terus motor itu untuk kesalahan merempit yang ke-3.

Gurkah-gurkah politik di'port' rasa cara ini sekurang-kurangnya boleh mengurangkan gejala merempit ini sebab, bila tak ada motor nak merempit macam mana?? kan??!

Mana-mana mat rempit yang bekerja pula dah tentu perlu motor nak bergerak, nak pergi kerja, jadi kalau tidak ada motor tentu boleh 'patah kaki' bukan kaa??!

Mungkin kalau mereka berfikiran macam mana yang gurkah-gurkah ini fikir, mereka mesti fikir 12 kali nak merempit sebab kalau kena tangkap merempit, motor akan kena rampas...

...tapi kalau yang dah jenis 'anak hantu' tuu..susah sikit lah! sebab mereka ini memang 'hantu'!!!


dollah yankee -
Taktik ini pernah digunakan lama dulu...dan gurkah-gurkah ini pun pernah rasa kena tolak motor mereka dari gurney drive sampai penang road.. 25 tahun dulu..!

Tak sangka,rupa2nya KJ seorang yang cukup jujur!

Posted: 19 May 2011 04:30 AM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' pun tak sangka, rupa-rupanya KJ adalah seorang pemuda dan pemimpin yang cukup-cukup jujur.


Sebabnya ialah, KJ memang jujur dalam bercakap perkara yang benar kepada pemuda-pemuda pergerakan umno bahagian  Pontian semasa dia ke sana untuk merasmikan mesyuarat perwakilan pemuda umno bahagian Rompin minggu lepas.

Biasa lah kalau dah datang untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian ... ucapan saja mesti panjang berjela-jela.. macam tu.. macam nie.. yang itu.. yang ini.. bla..bla..bla.. sampai lah kepada ayat-ayat ini ...
langkah tersebut di jangka dapat membawa kembali golongan muda yang saban hari semakin menjauhi umno dan Barisan Nasional (BN)... bla..bla..bla..

ingatlah saudara dan sahabat yang ada di sini bahawa BN kini sudah tiada lagi simpanan tetap bagi meletakan gagasan itu di tempat yang selesa untuk menubuhkan kerajaan, olih itu... bla..bla..bla..

dollah yankee -
Sumbat Anwar nanti kena...tak sumbat pun nanti kena...

Tiada ulasan: