Ahad, 15 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Apa yang dah tertulis di Loh mahfuz untuk Mat Sabu??!

Posted: 15 May 2011 05:31 PM PDT

Siapa sangka kalau dah tertulis di loh Mahfuz kata... Mat Sabu boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Bunyi macam haramjadah noe..??!!, tapi orang putih pula ada kata.. 'who knows?' kalau benda ini di-ambil kira ...
'Kalau ada apa-apa terjadi kepada Anwar Ibrahim, jawatan Perdana Menteri mestilah datang daripada PAS' ,isyarat itu sudah dihantar dan pengundi-pengundi telah pun menerimanya.

Okey laa tuu...tapi Mat Sabu ni muncul dari mana pula yang nak jadi PM??!!

Mat Sabu ni datang dengan payung terjun... sebab mesyuarat pemilihan kepimpinan parti PAS akan berlangsung pada 3 haribulan jun nanti. Hari ni dah pun 15 haribulan, dan hari ni juga semua penamaan calun akan ditutup, jadi dia ada masa lebih kurang lagi dalam 2 minggu lebih sikit laa nak kempen.

Untuk pemilihan jawatan PAS tahun 2011 ini, jawatan untuk nombor 2 telah dilihat cukup 'hot' dimana penyandangnya Ustaz Nasha sedang memburu untuk penggal yang keempat manakala Mat Sabu pula nak cuba nasibnya untuk kali ke 2.

Semua mata dan telinga kini sedang tertumpu pada 2 nama besar yang akan merebut 1 kerusi besar pada 3 haribulan depan nanti.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah dimaklumkan yang 'grass-roots' lebih suka dekat Mat Sabu dari ustaz Nasha, dan tak hairan lah kalau dalam proses penamaan dan pencalunan dari bahagian-bahagian dan kawasan-kawasan ini, sampai hari ini Mat Sabu sedang mendahului ustaz Nasha dengan 70 - 40 lebih kurang.

Gurkah-gurkah ini juga kata yang senario ini nampak tak berapa baik lah sebab ustaz Nasha ni seorang ulamak yang juga Ahli Parlimen manakala Mat Sabu pula adalah ular dalam semak yang hanya dilantik ke Jawatan Kuasa Kerja Pusat dan kerjanya hanyalah pusing seluruh Malaysia untuk bagi ceramah.

Kalau di campur,di tolak dan dibahagi atas kertas dengan kedudukan ini, maka tak mustahil Mat Sabu boleh menang ke-atas ustaz Nasha dan boleh jadi timbalan pada TG Hadi, dan jika Pakatan Rakyat pula menang PRU-13 nanti, TG Hadi akan jadi Timbalan Anwar dan jika sesuatu terjadi pada TG Hadi selaku Presiden PAS, mati contoh nya, ya.. laa.. ajal maut ni ditangan Allah SWT..who knows? dan Mat Sabu selaku orang 2 automatik akan ambil alih tempat TG Hadi, maka jadi lah dia Timbalan Perdana Menteri dan jika sesuatu pula berlaku kepada Anwar... maka siapa lagi yang berhak jadi PM??

Lu pikir lah sendiri... Kah..Kah..Kah.. macam sial noe..??!

dollah yankee -
yaa...who knows??!!

Tiada ulasan: