Ahad, 8 Mei 2011

dollah yankee

dollah yankee


Bila nak bagi meletup??!!

Posted: 08 May 2011 08:33 PM PDT

Setiap individu membawa bersama-sama dalam dirinya sebutir bom jangka. Sekali sekala masyarakat dikejutkan oleh bom jangka yang sudah sampai masa untuk meletup. Masyarakat menganggapnya sebagai satu kejadian yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Peristiwa yang mengejutkan itu diperkatakan beberapa ketika kemudian dilupakan. Masyarakat lupa bahawa banyak lagi bom yang belum meletup.

Tuan punya bom yang sudah meletup itu mungkin memiliki beberapa biji lagi bom yang belum diletupkan. Dia dibiarkan bebas bergerak di dalam masyarakat dengan membawa bom-bom yang masih aktif ini.



Bom individu mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dalam menggoncangkan masyarakat. Ada yang lemah dan ada yang kuat.

Seorang suami yang memikul isterinya hanya menggoncangkan keluarganya dan mungkin juga jirannya. Seorang petani di sebuah kampung yang menetak seekor kerbau yang memakan tanamannya boleh menggemparkan kampungnya dan mungkin juga kampung yang berhampiran. Seorang askar yang mengamuk di Chow Kit Road dengan menggunakan 'machine gun' mencemaskan Seluruh negara. Begitulah kekuatan bom-bom individu yang berbeza-beza. Bom-bom individu boleh bergabung untuk menghasilkan tenaga yang lebih kuat. Satu kumpulan orang awam yang bertempur dengan pihak polis di Kampung Memali menggemparkan Seluruh negara, begitu juga dengan peristiwa di Kg.Medan. Peristiwa 13 Mei 1969 menakutkan seluruh rakyat dan menarik perhatian dunia.


Peristiwa Memali dan peristiwa di Kg.Medan sudahpun tamat. Peristiwa 13 Mei sudahpun tamat dan sudah dilupakan, tetapi bom-bom jangka ini masih banyak yang sedang aktif dan masih banyak terdapat disana-sini dan hanya menanti,menunggu masa yang sesuai untuk meletup atau diletupkan. 


dollah yankee -
Bom-bom jangka ini hanya akan diletupkan pada PRU-13

Agama pula disepak terajang...

Posted: 07 May 2011 09:45 PM PDT

Politik Malaysia sekarang ini macam BARA API daa.. Jika digenggam terlalu erat ia akan melecurkan tangan, tetapi jangan pula cuba nak tiup kerana mahu memadamkannya, kerana semakin ditiup semakin marak lah ia akan membakar dan boleh membinasakan diri dan persekitaran.

Perkataan BARA API adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan politik Malaysia hari ini.

Politik itu kuasa yang mencengkam, kerana itu, jika kita menggenggamnya terlalu erat ia akan membinasakan diri, kerana manusia menjadi alpa dan rakus apabila berkuasa. Apabila itu berlaku, nescaya azab Allah yang sangat pedih sedang menanti.

Tetapi, politik itu tidak boleh dielak dan dipadam dalam kamus kehidupan kita semua walaupun untuk seketika dengan alasan kini bukan masa untuk berpolitik kerana ia adalah sebahagian dari aspek kehidupan. Jika diabai dan ditinggalkan politik, maka hancur individu, keluarga dan masyarakat kerana fungsi sebenar politik adalah untuk menjaga keharmonian hidup dan mentadbir masyarakat berteraskan 'aqidah yang tulen dan unggul. 

Olih kerana politik Malaysia hari ini dipimpin olih golongan yang bila kencing pun tak teringat nak basuh, apa tah lagi mereka yang tak paham langsung tentang  agama, Al-Quran dan Hadith yang wajar menjadi sumber perlembagaan, maka gurkah-gurkah politik di'port' percaya  umat islam di Malaysia kita ini akan hancur.

Agama bukan satu mainan politik yang boleh diguna sebagai umpan untuk memancing undi. Agama adalah dasar kepada politik. Setiap parti politik yang terdiri dari orang Islam wajib MENGAMALKAN AGAMA DALAM POLITIK, BUKAN MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK POLITIK. Apabila pemimpin mempergunakan agama untuk kepentingan politik pelbagai perkara buruk pasti akan terjadi... tunggu dan tengok saja lahhh ...


dollah yankee -
gurkah-gurkah politik di'port' dah pernah berparang kerana politik agama di Kg.Rawa, kalau Anwar Ibrahim tak jadi pendamai.. tak tau lah apa nak jadi..!!

Tiada ulasan: