Rabu, 25 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium

Posted: 25 May 2011 08:05 AM PDT

MALAYSIA KINI


Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepada Harakahdaily.

Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerajaan jangan ganggu

bersih rally 271207 03Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ia aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

bersih rally 271207 04Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

Ganas dibalas ganas

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

bersih rally 271207 01"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Mengenai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai dan akan membantu menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

bersih rally 271207 06"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

Hindraf Makkal Shakti bawa kemelut ke mahkamah

Posted: 25 May 2011 08:00 AM PDT

Hafiz Yatim

Setiausaha penaja Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Ramesh hari ini memfailkan semakan kehakiman berhubung keenganan kerajaan mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

NONERamesh bersama pemimpin Hindraf P Uthayakumar dan M Manoharan, hadir ketika memfailkan permohonan itu di bahagian pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam permohonan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan RoS Wilayah Persekutuan dinamakan sebagai responden.

Ramesh memohon perintah certiorari bagi mengketepikan sebarang keputusan daripada responden untuk menolak permohonannya.

Beliau juga memohon writ mandamus bagi memaksa responden mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti dengan RoS dalam tempoh tujuh hari daripada keputusan mahkamah.

Katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan hak kebebasan untuk menubuhkan persatuan yang termaktub dalam Artikel 10(1)(C) dan dibaca bersama Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata.

Ramesh turut menuntut satu perintah mandamus mengarahkan responden-responden memutuskan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pertubuhan dan undang-undang supaya membenarkan permohonannya sebagai NGO.

Saman itu difailkan di Pejabat Mahkamah Tinggi menerusi tetuan M Manoharan & Co.

Kes Teoh: SPRM mohon penangguhan serah hujah

Posted: 25 May 2011 07:53 AM PDT

MALAYSIA KINI


Dua daripada tiga anggota yang membantu suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini selesai melaksanakan tugas mereka dengan menyerahkan dokumen hujahan masing-masing.

NONEPegawai Pengendali dan Majlis Peguam menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak urusetia suruhanjaya manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon penangguhan sehingga Jumaat ini untuk berbuat demikian.

Urusetia suruhanjaya itu, Muhamad Bukhari Ab Hamid, berkata peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (kiri), menghantar surat untuk penangguhan itu petang ini.

Katanya, pegawai pengendali yang terdiri daripada Amerjeet Singh, Kwan Li Sa dan Awang Armadajaya Awang Mahmud menghantar dokumen itu melalui wakilnya manakala Majlis Peguam dihantar sendiri oleh peguam Christopher Leong yang mengendalikan kes, di pejabat urusetia, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur.

Pada 10 Mei lalu, Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, mengarahkan semua pihak menghantar hujahan hari ini selepas selesai memanggil 70 saksi sejak dimulakan prosiding pada 14 Februari lalu.

azlanSementara itu, di luar mahkamah Christopher memberitahu pemberita bahawa beliau tidak gembira dengan tindakan SPRM yang gagal menyerahkan hujahan hari ini dan akan membuat permohonan supaya penyerahan hujahan ditutup.

Katanya, pihak Majlis Peguam menyerahkan dokumen setebal 340 muka surat.

Teoh, 30, Setiausaha Politik EXCO Selangor, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

azlanSelain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang bersidang, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, ahli keluarga dan pegawai SPRM dan terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Anggota suruhanjaya akan menyerahkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 24 Jun ini.


'Orang lama diperlukan bagi bantu BN menang'

Posted: 25 May 2011 07:48 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berazam turun padang ke seluruh Malaysia bagi mengenalpasti "orang lama" untuk membantu memenangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, tindakan itu dijangka akan dimulakan selepas permukiman pertama untuk sesi ini yang diangka pada Julai.

NONE"Orang lama pun ada peranannya, bukan sahaja orang muda," katanya sambil menyifatkan usaha mereka sebagai pelengkap kepada jentera sedia ada BN.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz berkata, bagi memenangkan calon BN dalam pilihan raya umum yang akan datang, MUBARAK buat masa ini perlu mengumpulkan maklumat dan data-data berkaitan terlebih dahulu.

"Kita akan kenalpasti di setiap kawasan, di negeri mana. Ini sebagai usaha sampingan membantu BN mencapai kemenangan," kata bekas ADUN Mentakab itu.

Sementara itu, mengulas peluang BN ekoran perkembangan politik semasa seperti kenaikan harga barang yang dilihat tidak menguntungkan BN, Abdul Aziz berkata perkara ini kini semakin berubah.

Menurutnya, ia merupakan kesan daripada program tranformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saringan ketat untuk calon

"Bagaimanapun, beban (pulihkan sokongan) ini tidak harus pada Datuk Seri Najib sahaja.

"Sebab itu perlu calon yang ada populariti, calon yang boleh menang. (Mereka) Tidak semestinya ketua bahagian (parti)," katanya.

NONESehubungan itu, Abdul Aziz menyarankan supaya BN memperkenalkan sistem saringan yagn lebih ketat dan terperinci untuk memastikan calon yang dipilih selari dengan kehendak di peringkat bawahan.

Sementara itu, ditanya tentang pengurangan undi Melayu kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, Abdul Aziz percaya ia dapat dijana semula melalui idea 1Melayu yang dilontarkan baru-baru ini.

Ini kerana, tambahnya, penyatuan orang Melayu merupakan tunggak kepada penyatuan bangsa Malaysia.

Bercakap selepas mempegerusikan mesyuarat majlis tertinggi MUBARAK, beliau juga mengumumkan melantik beberapa biro baru bagi melancarkan gerak kerja NGO itu untuk membantu BN.

MUBARAK yang ditubuhkan pada tahun 1993 dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat BN. Majlis itu mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang setakat ini.

Subsidi IPP: Lagi pembohongan, penipuan BN

Posted: 25 May 2011 07:42 AM PDT

MALAYSIA KINI


DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

NONESetiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

"Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?" soal Lim dalam satu kenyataan.

"Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu," katanya.

Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.

Sikap tak bertanggungjawab BN

"Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

Katanya RM19 bilion adalah "keuntungan" yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.

Tipu diri sendiri

"Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini," katanya.

azlanSebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

"Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

"Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga," katanya lagi.

Pengedaran video seks semakin meluas

Posted: 25 May 2011 07:39 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

NONETerbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

NONEMenurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

NONE"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

NONEMohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

Posted: 25 May 2011 07:30 AM PDT

Norain Saleh


Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

NONEDatuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

"Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

education school books 280804 teacher and student"Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

"Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanKetika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

"Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

"Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

"Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi.

NONEAbdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya.

PRU 13: PAS Sarawak berpotensi dapat sokongan

Posted: 25 May 2011 07:29 AM PDT

Harakahdaily


MIRI: PAS Sarawak mempunyai potensi untuk mendapat sokongan masyarakat bandar pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, Ramadhan Kasim pada majlis ceramah umum sempena meraikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Miri berpendapat masyarakat bandar adalah masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan yang mahukan kepada perubahan.

"Golongan ini juga memperolehi maklumat dari pelbagai medium serta info yang tepat," ujarnya.

Katanya, mereka tidak mudah termakan dengan pembohongan dan penyelewangan fakta yang dimainkan oleh media arus perdana.

Tambahnya, umum mengetahui permainan politik negara ini di atas padang yang tidak sama rata dengan penguasaan BN terhadap semua media arus perdana negara tanpa memberi ruang langsung kepada PR untuk menyampaikan penerangan.

Kini, katanya rakyat telah mula sedar dan mencari sumber alternatif lain untuk mendapatkan maklumat sebenar.

Jelasnya lagi, Miri antara sasaran PAS pada PRU 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jika diteliti, ujarnya perubahan besar yang berlaku terutamanya masyarakat bandar bukan hanya kaum Cina sahaja, tetapi kaum lain juga membawa gelombang yang sama pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Perkara ini dapat dilihat berdasarkan keputusan pilihanrya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana kerusi-kerusi bandar dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat dengan memperolehi majoriti yang cukup selesa.

"Atas semangat setiakawan yang dibina dalam Pakatan Rakyat, peluang ini perlu dimaanfaatkan secara adil dan saksama," katanya lagi.

Beliau menambah, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang merupakan sayap baru dalam parti perlu diperkasakan supaya kewujudannya dilihat benar-benar berfungsi.

Katanya lagi, PAS bukan hanya parti kampung, malah perjuangan PAS telah diterima oleh masyarakat yang pelbagai di segenap pelosok.

Dalam pada itu, ujarnya PAS juga perlu bekerja lebih serius untuk membela nasib rakyat semua kaum.

"Apa yang paling mustahak adalah kerjasama erat antara rakan Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan untuk menumbangkan BN serta meneraju bersama menuju ke Putrajaya pada PRU 13 nanti," katanya.

Azizan tolak timbalan presiden, tanding AJK

Posted: 25 May 2011 07:28 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya bertanding jawatan ahli jawatankuasa pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.

Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Ustaz Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk memberi tumpuan kepada Kedah.

Ustaz Azizan antara yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini selain penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sehingga kini, Nasharudin, Tuan Ibrahim dan Mohamad mengesahkan bertanding jawatan tersebut sementara Salahuddin mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Husam pula mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang

Posted: 25 May 2011 07:26 AM PDT

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.

Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.

Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.

"Ceramah tersebut akan bermula dengan majlis pelancaran agihan borang Felda Plantations jam 8.30 malam di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

"Pada 28 Mei, jam 2.30 petang, satu forum dan dialog isu-isu peneroka Felda dan janji Pakatan Rakyat akan diadakan di Jengka 16. Ahli panelnya terdiri daripada Mazlan Aliman, Harris Abdullah, Fadzli Ramly dan Yohanis Ahmad," ujarnya.

Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.

"Sebelah malamnya pula sekali lagi diadakan ceramah umum melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Siti Aishah Sheikh Ismail, juga di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau.

"Pada malam tersebut Anwar dijangka akan melancarkan montaj Universiti Felda, iaitu yang akan dibina oleh Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya nanti," katanya.

Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara.

Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut.

Tiada biasiswa: Arahan BN atau JPA

Posted: 25 May 2011 07:25 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA) amat kecewa kerana ramai pelajar lepasan SPM yang mendapat 8A+, khususnya yang bukan berketurunan Melayu, tidak mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sekiranya diberikan biasiswa, biasiswa yang ditawarkan itu hanyalah biasiswa dalam negeri (PIDN) dengan kursus-kursus yang ditawarkan tidak setaraf dengan kecemerlangan mereka.

Presiden MISA, Kishur Goonasaran (gambar) berkata, kejadian itu bertentangan dengan arahan Perdana Menteri dan Kabinet bahawa kesemua pelajar itu harus mendapat biasiswa JPA dengan kursus-kursus yang bersesuaian dengan pencapaian akademik mereka.

Menurut beliau, sepatutnya setiap arahan dari Perdana Menteri dan kabinet haruslah dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan dengan sepenuhnya.

Katanya, jadi timbul persoalan, mengapa lain yang disuruh lain yang dibuat dan apakah ini satu bentuk sabotaj dari pihak JPA terhadap semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Atau apakah ada satu bentuk arahan secara halus dari pihak Kerajaan BN untuk JPA?" katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MISA, di sini, hari ini.

Disebabkan kejadian itu, MISA berpendapat tiada gunanya Kerajaan BN menubuhkan 'Talent Corp' untuk mengatasi masalah 'Brain Drain' di Malaysia dengan memberi insentif kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk pulang berkhidmat di Malaysia.

Katanya, jika pelajar cemerlang seperti itu yang sepatutnya disanjungi dan dihargai dengan pemberian biasiswa diabaikan, ia tentunya hanya akan menyumbang kepada statistik 'Brain Drain'.

"Kita harus mengatasi punca utama masalah tersebut, bukannya hanya bertindak setelah semuanya sudah terlambat seperti kata pepatah, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya," katanya.

Dengan itu, katanya, JPA ternyata telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara adil tanpa diskriminasi terhadap para pelajar kita yang bakal menjadi tonggak negara.

"Ini juga adalah satu kegagalan yang jelas dari pihak kerajaan yang memperjudikan masa depan anak muda Malaysia. Kami amat kesal kerana perkara ini berulang setiap tahun tanpa ada jalan penyelesaian yang mutlak," katanya.

Pada masa yang sama, MISA juga inginkan supaya setiap pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2010 diberikan pembiayaan biasiswa daripada agensi kerajaan yang lain seperti BNM dan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami ingin menyeru kepada kerajaan supaya tidak lagi berdolak-dalik dalam hal ini. Janganlah memperjudikan masa depan anak-anak kita untuk kepentingan politik sempit. Kami di MISA inginkan supaya isu ini diselesaikan dalam kadar segera," tegasnya.

Pelajar-pelajar cemerlang yang diabaikan oleh kerajaan itu, menurut beliau, berjumlah 363 orang melibatkan kesemua bangsa termasuk India, Cina dan lain-lain bangsa dan kesemua mereka kini sedang membuat rayuan kepada JPA agar permohonan mereka itu dipertimbangkan kembali oleh JPA.

Sekiranya rayuan mereka itu tidak dipertimbangkan, MISA bercadang untuk mengadakan perarakan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin ini, 30 Mei, jam 11.00 pagi untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak Perdana Menteri campur tangan dengan segera dan membetulkan perkara itu.

"Selain itu, MISA turut menuntut agar nama-nama pemohon biasiswa JPA, nama-nama mereka yang berjaya dan nama-nama mereka yang gagal disiarkan di dalam akhbar utama di tanah air.

"Sekiranya pihak JPA tidak berkemampuan berbuat demikian kerana tiada wang untuk membayar kepada pihak akhbar bagi penyiaran senarai nama pemohon-pemohon, senarai nama pemohon yang berjaya dan senarai nama pemohon yang gagal, pihak MISA dan NGO-NGO India boleh membiayainya," katanya sinis.

Dalam hubungan ini, beliau hairan apabila pihak JPA enggan menyiarkan senarai nama mereka itu di akhbar, pada hal untuk menyiarkan senarai nama pelatih-pelatih PLKM, kerajaan tidak pula berfikir panjang walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar.

Selain itu, MISA turut menuntut Kerajaan BN agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja Biasiswa, bagi memantau proses temuduga oleh panel penemuduga terhadap para pemohon biasiswa JPA.

"Penubuhan Suruhanjaya Diraja Biasiswa itu amat penting, bagi membolehkan temuduga dan proses pemberian biasiswa bukan lagi dikuasai oleh GLC dan bukan juga menteri-menteri yang berkuasa penuh dalam hal ini," katanya.

MISA juga turut mendesak Kerajaan BN agar turut menyiarkan senarai nama panel penemuduga biasiswa JPA di akhbar, bagi membolehkan kesemua pihak menilai dengan adil prestasi dan kredibiliti mereka, demi keadilan kepada kesemua pihak.

Pada sidang media itu, MISA turut menampilkan seorang pelajar cemerlang berketurunan India dari Seremban, Negeri Sembilan, Heamanathaa d/o Padmanabalan yang mendapat 10A+, 1A dalam SPM tahun lalu yang didakwa telah menjadi mangsa diskriminasi berhubung pemberian biasiswa JPA.

Heamanathaa yang hadir bersama ayahnya bercita-cita untuk menjadi doktor dan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tetapi kini hanya ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk peringkat diploma bermula 29 Mei ini, bagi menjadi guru mata pelajaran bahasa Inggeris.

Peneroka Kesedar dihimpit kemiskinan

Posted: 25 May 2011 07:11 AM PDT

M Faqih

GUA MUSANG: Harapan peneroka apabila menyertai rancangan kemajuan tanah (RKT) setidak-tidaknya kehidupan mereka berubah setelah memiliki kebun sendiri.

Namun lain pula bagi peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) apabila ramai sekarang berada di bawah garis kemiskinan tegar.

Rata-rata peneroka berpendapatan antara RM350 sehingga RM500 sebulan hasil elaun sara hidup yang dibayar Kesedar selepas pokok sawit mereka ditebang bagi projek tanam semula.

Dengan jumlah pendapatan itu ramai peneroka tidak dapat membayar yuran persekolahan anak-anak dan menampung sara hidup harian.

Sedangkan bantuan sara hidup di bawah Felda RM1,000 sebulan bagi tahun pertama.

Abdul Shakur Che Daud, 43 (gambar bawah) dari Kesedar Paloh 2 berkata, sejak projek tanaman semula kelapa sawit dijalankan ramai peneroka sekarang dihimpit kemiskinan.

Katanya, jumlah elaun sara hidup tersebut dibayar Kesedar setiap bulan dalam tempoh empat tahun sehingga pokok sawit yang ditanam berbuah.

"Jumlah sara hidup sebanyak itu dipotong lagi setiap bulan sebanyak RM20. Kalau peneroka menerima RM350 dipotong RM20 maka tinggal RM330.

"Jumlah elaun sara hidup sebanyak itu menyebabkan rata-rata peneroka di bawah Kesedar sekarang semakin terhimpit sehingga ramai tidak mampu membeli keperluan harian seperti orang lain," kata beliau ketika ditemui di sini.

Sedangkan penubuhan Kesedar pada 1978 bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan selatan dengan utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Abdul Shakur berkata, matlamat membantu penduduk miskin seperti digaris di bawah akta Kesedar seperti tidak lagi berlaku sekarang.

"Cuba bayangkan dengan pendapatan sara hidup sebanyak RM330 sebulan hendak menghantar anak ke sekolah pun susah.

"Sekarang isteri dan anak-anak peneroka terpaksa bekerja di tempat lain bagi menyara kehidupan. Ada juga anak peneroka terpaksa berhenti sekolah," ujarnya.

Fauzi Hassan, 58 dari Paloh 1 bagaimanapun hairan mengapa setiap bulan peneroka dipaksa membayar tunai RM20 kepada Kesedar sebelum mendapat elaun sara hidup yang diterima melalui bank.

Video seks: Anwar pula saman balas Hishammuddin

Posted: 25 May 2011 07:09 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan "Datuk T".

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

"Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.

"Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac," kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

Pemilihan PAS akan tentukan ‘nasib’ kerjasama Umno-PAS, kata Mubarak

Posted: 25 May 2011 07:08 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.

"Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

"Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.

"Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya," katanya.

Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.

Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.

"Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.

"Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung," katanya.

Ditanya mengenai sama ada Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Parlimen, Abdul Aziz berkata berdasarkan transformasi yang dilakukan Najib, ia boleh.

"Berasaskan kepada transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, BN boleh (mencapai kemenangan dua pertiga).

"Kalau kita lihat ia ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil yang mana pengundi-pengundi muda, pengundi Cina, pengundi India sudah kembali selepas pilihan raya umum 2008," katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, kemenangan itu tidak seharus diletakkan di atas bahu Najib tetapi keseluruhan parti komponen BN.

"Tapi untuk meraih sokongan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada Datuk Seri Najib sahaja, beliau ada populariti tapi apa yang diperlukan adalah populariti calon-calon yang akan bertanding.

"Selain itu, MCA, Gerakan dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menjelaskan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib, ini bukan kerja beliau seorang... ini kerja semua parti komponen BN. Transformasi yang dilakukan ini sudah dapat diterima, komponen parti BN juga perlu ada transformasi dan ia perlu dilakukan dengan segera," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam Parlimen selain berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Namun pada 16 pilihan raya kecil yang diadakan, BN dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi lapan kemenangan.

Jangan masuk campur urusan JPA, Perkasa beri MCA dan MIC amaran

Posted: 25 May 2011 07:03 AM PDT


KUALA LUMPUR – Perkasa hari ini memberi amaran kepada MCA dan MIC agar tidak campur tangan dalam isu pemberian biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Justeru tegas Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar), pihaknya mendesak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar tidak tunduk kepada tekanan yang dibuat parti-parti politik termasuk dari Barisan Nasional (BN).

"Perkasa mendesak agar JPA tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti politik dalam soal urusan pemberian biasiswa.

"Ia urusan kerajaan dan MCA atau MIC jangan ganggu urusan JPA, Umno dan Pemuda Umno tidak ganggu JPA walaupun ramai Bumiputera tidak dapat biasiswa JPA dan pelajar Bumiputera yang tidak diberi biasiswa belajar di luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Kata Ahli Parlimen Masir Mas itu, sepatutnya semua pihak tidak memperbesarkan isu pembahagian biasiswa.

Beliau berkata pelajar-pelajar terbabit boleh meneruskan pengajian masing-masing dalam negara memandangkan semua kursus ada ditawarkan di pusat-pusat pengajian tinggi.

"Sepatutnya semua pihak bersyukur, belajar di mana-mana tidak menjadi soal apatah lagi belajar dalam negara sendiri, di mana-mana sudah banyak IPTA dan semua kursus ada ditawarkan.

"Ia juga menyelamatkan aliran wang keluar negara malah kosnya lebih tinggi. Membiayai seorang pelajar keluar negara boleh menampung dua hingga tiga pelajar belajar dalam negara," katanya.

Kata Ibrahim, kuota pembahagian biasiswa yang dilaksanakan kerajaan sekarang menyebabkan Bumiputera terjejas.

"Biasiswa untuk keluar negara hanya pascasiswazah dalam disiplin yang tidak ada dalam negara, oleh itu Perkasa cadangkan biasiswa ijazah pertama keluar negara di mansuhkan dan hanya biasiswa untuk belajar dalam negara.

"Bumiputera amat terjejas dengan kuota 55-45 peratus antara Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dibiayai oleh JPA," katanya.

Semalam Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

Empat anggota Syiah ditahan JAIS

Posted: 24 May 2011 05:04 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NONEDua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.

JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.

Umno anggap khatam al-Quran ‘racun’?

Posted: 24 May 2011 05:03 PM PDT

Mohd Nasir Awang


Kecelaruan minda para pemimpin Umno nampaknya sudah sampai ke tahap kritikal. Mereka bagaikan penasaran sehingga tidak lagi mampu berfikir secara rasional. Kerap kali mereka gagal membezakan apa yang benar dan salah, serta mana baik atau buruk pada sesuatu yang berlaku di depan mata.

Manakan tidak jika kenyataan-kenyataan mereka menyentuh beberapa isu kebelakangan ini diambilkira. Tidak perlu kita mengundur jauh ke belakang untuk meneliti kes-kes sebegitu.

Contoh terdekat ialah bagaimana Timbalan Presiden Umno, merangkap Timbalan Perdana Menteri, yang semakin tidak rasional melayani cadangan dan saranan pakatan pembangkang. Sikapnya yang hanya tahu menyalahkan parti lawan dalam setiap perkara membuktikan pemimpin nombor dua negara itu semakin sukar mengakui unsur positif disuarakan pembangkang.

Berpaksikan sentimen politik melampau Tan Sri Muhyiddin menjadikan tabiatnya untuk menggambarkan seolah-olah parti-parti pembangkang tidak ada sumbangan langsung dalam memperbetulkan perjalanan pemerintahan negara.

Beberapa isu membabitkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat dan cadangan kenaikan gaji kelompok guru tertentu baru-baru ini menyediakan contoh lebih spesifik.

Pakatan Rakyat sekali lagi menjadi bahan balunan Muhyiddin. Beliau menyalahkan pembangkang di atas bantahan dan rungutan meluas dalam masyarakat ekoran kenaikan harga gula, petrol RON97, serta ura-ura kenaikan RON95 dan tarif elektrik dalam masa terdekat.

Katanya, pembangkang hanya tahu memanipulasi isu-isu itu untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN). Sedangkan pembangkang sendiri tidak menyumbang apa-apa idea atau perancangan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi.

Nampak sangat orang nombor dua Umno itu sudah tidak mampu berfikir secara rasional. Beliau malah sekaligus cuba mendinding pengamatan rakyat daripada hakikat yang telah diketahui umum, bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar bercakap kosong mengenai isu-isu terbabit.

Sudah berbuih mulut pemimpin pembangkang, malah tidak sedikit yang kehausan tekak-tekak mereka menyuarakan cadangan dan idea penyelesaian. Tidak cukup secara verbal, Pakatan Rakyat juga secara bertulis telah mengemukakan jalan yang dirasakan paling sesuai mengatasi masalah kenaikan harga bahan bakar dan makanan utama.

Rasanya semua pihak telah maklum bagaimana Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mencadangkan beberapa langkah menangani kenaikan harga petrol, tanpa perlu melibatkan pemotongan subsidi untuk dinikmati rakyat. Antaranya dengan memotong subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), yang mana idea ini nampaknya telah mula dirasionalkan oleh salah seorang menteri BN sendiri.

Ada pun perancangan membela kebajikan penjawat awam, Pakatan Rakyat antara lain mencatatkannya secara jelas di dalam Buku Jingga. Salah satu tawaran yang banyak diperkatakan ialah mengenai kenaikan gaji guru RM500 sebulan dalam tempoh 100 hari memerintah negara.

Ertinya, sekiranya pemimpin Umno tidak dilanda kecelaruan minda, sudah tentu tidak sukar bagi mereka mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan sekadar bercakap atau hanya tahu mengkritik BN. Kita juga sebenarnya telah mengemukakan penyelesaian alternatif, yang rasional dan realistik.

Kemudian datang pula Perdana Menteri, yang juga Presiden Umno, menyamakan amalan pemberian subsidi kepada rakyat seperti 'candu'. Dalam kenyataannya di London, 16 Mei lalu, Dato' Seri Najib Razak berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," media memetik katanya.

Astaghfirullah al-Azim, inilah yang dikatakan celaru. Bagaimana seorang pemerintah tergamak menganggap tugas murninya menyempurnakan keperluan rakyat sebagai suatu amalan buruk dan wajar dihentikan?

Nampak sangat Umno kini cuba lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, bukan? Lalu bagi merasionalkan tindakan pengecut itu, mereka cuba menyamakan amalan subsidi (membela kepentingan rakyat) sebagai 'candu' (sesuatu yang membawa kesan buruk dan mesti dihentikan).

"Ketara benar BN semakin hilang punca dan mati akal memikirkan kaedah menyelamatkan kewangan negara. Yang mereka tahu nampaknya hanya menyalahkan rakyat, lalu memaksa rakyat menanggung beban itu,"tulis seorang rakan.

Menambahkan koleksi kes-kes membuktikan kecelaruan minda pemimpin Umno ialah tanggapan serong mereka terhadap himpunan anak-anak muda di Kota Bharu, hujung minggu lalu.

Media melaporkan, Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, pada 21 Mei lalu menggamit kehadiran lebih 15,000 anak muda. Sebahagian mereka adalah pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di negeri itu.

Tidak mengapa jika Umno mahu menempelak PAS di atas kejayaannya menghimpunkan belasan ribu anak muda di stadium malam itu. Para pemimpin Umno boleh mengatakan apa saja untuk memperlekeh usaha PAS itu. Ia boleh diterima sebagai adat politik.

Namun untuk menganggap apa yang dilakukan PAS Kelantan itu sebagai 'meracuni pemikiran' anak-anak muda adalah suatu yang amat mendukacita, bahkan agak terlampau. Malangnya, itu lah yang seolah-olah menjadi kegemaran para pemimpin Umno. Mereka kelihatan amat selesa melontarkan tanggapan amat negatif terhadap aturcara yang berlangsung malam itu.

Di sinilah perlunya pemikiran dan penilaian lebih rasional dari semua pihak, khususnya para pemimpin Umno yang semakin tersumbat minda mereka itu. Walau pun majlis malam itu dianjurkan entiti politik dan tidak boleh disangkal memang disulami agenda politik, perlu juga diteliti apakah bentuk pengisian program malam itu.

Bagai dilaporkan kepada umum, ia dipenuhi ucapan-ucapan para pemimpin PAS yang selalunya memang berselit ayat-ayat al-Quran, seruan berjihad meninggikan agama Allah dan pesanan mentaati perintah agama.

Bagi sesiapa yang gemar membelek al-Quran, mereka akan bertemu dengan ayat: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah Allah), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh" (Fussilat 41:33).

Di majlis itu juga, anak-anak muda dilibatkan dengan agenda solat berjamaah, solat hajat, khatam al-Quran dan seumpamanya. Bergema sekitaran Bandaraya Islam itu dengan bacaan ayat-ayat suci.

Apakah Umno tidak mampu membezakan antara kemurnian kalimah suci dengan kebingitan tepik-sorak pentas hiburan yang melalaikan? Mereka bukannya dihimpunkan untuk menjayakan konsert 1Malaysia atau apa-apa anjuran yang tidak menjadikan kalimah Allah sebagai suara utama, sepertimana lazim ditaja Umno.

Ternyata minda pemimpin Umno amat celaru dan keliru sekiranya sanggup menganggap tindakan menghimpun anak-anak muda untuk membaca al-Quran sebagai 'meracuni' pemikiran mereka.

Sedangkan al-Quran sendiri mengesahkan bahawa pada ayat-ayatnya itu sebenarnya mengandungi penawar untuk pelbagai jenis penyakit manusia.

Alangkah jahilnya mereka. Astaghfirullah!

Adun Limbongan dijangka keluar hospital Khamis ini

Posted: 24 May 2011 05:01 PM PDT

Harakahdaily


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menziarahi Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang sehingga hari ini masih dirawat sejak dimasukkan pada 19 Mei lalu akibat pendarahan usus.

Ini adalah kali yang kedua Tuan Guru menziarahi Zainuddin dalam tempoh beliau mendapat rawatan di situ, lapor portal MTD Limbongan.

Zainuddin yang telah dipindahkan dari Wad CCU ke Wad 10 dua hari lepas kini sedang menjalani rawatan susulan bagi memastikan tahap kesihatan betul-betul pulih sebelum kembali bertugas.

Menurut kata Dr Nur Atiqah, pegawai perubatan yang merawat beliau, Zainuddin dijangkakan dapat pulang ke rumah pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Tuan Guru Menteri Besar berpesan seluruh warga khasnya di Limbongan agar tidak perlu risau lagi tentang ketiadaan Adun buat sementara waktu dan berharap rakyat sekalian akan terus berdoa memohon kepada Allah SWT agar Zainuddin akan kembali bertugas seperti biasa.

Zainuddin ketika ditanya, menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan agama yang syumul dan insya Allah akan kembali bertugas untuk terus memikul amanah rakyat seawal yang boleh.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak lupa juga kepada semua yang datang menziarahinya di situ.

Dr Mariah, Dr Asiah tolak calon Ketua Muslimat

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Dua calon, Dr Siti Mariah Mahmud dan Dr Asiah Ali, menolak pencalonan jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada Muktamar PAS, Jun ini.

Dr Mariah telah memutuskan hanya mahu bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP dan AJK PAS Pusat, manakala Dr Asiah pula hanya mahu bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa DMPP.

Dengan ini, hanya tinggal penyandangnya iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Siti Zailah Yusof untuk jawatan itu.

Menurut Dr Mariah, keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan rakan-rakannya termasuk bersama rakan-rakan dari kalangan kepimpinan DMPP.

Katanya, kesediaannya untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP dan menolak pencalonan Ketua dan Naib Ketua bersandarkan kepada beberapa faktor.

"Di antara pencalonan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP, jumlah pencalonan bagi Timbalan Ketua DMPP yang paling tinggi bagi saya.

"Dengan itu, ia memberikan gambaran kepada saya bahawa dari ketiga-tiga jawatan itu, para perwakilan lebih berhasrat untuk saya bertanding jawatan Timbalan Ketua berbanding jawatan lain dalam DMPP," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja ketika dihubungi, hari ini.

Di samping itu, jelasnya, hasil perbincangan yang diadakan dengan rakan-rakan termasuk dalam usrah, mereka juga lebih suka jika beliau hanya bertanding jawatan Timbalan Ketua DMPP sahaja.

Manakala Dr Asiah ketika dihubungi menjelaskan, keputusannya untuk hanya bertanding jawatan AJK DMPP dibuat setelah berbincang dengan suami dan rakan-rakannya.

"Borang untuk bertanding AJK DMPP dah saya serahkan hari ini. Jadi dengan itu secara rasminya saya menarik diri untuk bertanding bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Ilham menjelaskan, keputusan untuk tidak bertanding jawatan tertinggi DMPP dibuat bagi membolehkan beliau memberikan sepenuh perhatian terhadap soal pendidikan dalam PAS, khususnya untuk menghidupkan Ilham.

Ilham adalah institut latihan yang diwujudkan oleh PAS untuk melatih ahli-ahlinya dalam pelbagai bidang khasnya berkaitan dengan agama Islam.

"Dalam Ilham, saya memang dah mempunyai tanggungjawab besar. Sekiranya saya memegang jawatan tertinggi dalam DMPP, saya bimbang akan terabai tanggungjawab saya terhadap Ilham.

"Politik bukanlah perkara main-main. Ia adalah amanah. Jika kita rasa kita dah tak layak, tak mampu kerana dah mempunyai tanggungjawab lain yang begitu besar, lebih baik kita tak bertanding, nanti hanya akan dimarah oleh ahli-ahli dan merosakkan parti sahaja," kata bekas pensyarah pendidikan Islam UiTM itu.

Jadi, katanya, bagi jawatan-jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua DMPP, beliau menyerahkan kepada calon-calon lain yang lebih berkelayakan untuk bertanding bagi kepentingan parti atau perjuangan Islam, walaupun beliau telah disahkan layak bertanding bagi jawatan-jawatan itu.

Sementara itu, seorang lagi calon Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof memberitahu, beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak bagi jawatan itu.

Beliau juga belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya bagi jawatan-jawatan lain dalam DMPP yang diterimanya termasuk Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan AJK.

"Segalanya masih dalam proses. Nanti saya akan beritahu kemudian," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang ketika dihubungi.

Calon layak bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Nuridah Mohd Salleh (Penyandang)
2. Siti Mariah Mahmud, Dr
3. Asiah Ali, Dr
4. Siti Zailah Mohd Yusof.

Timbalan Ketua

1. Asiah Ali, Dr.
2. Mumtaz Mohd Nawi, YB
3. Nuridah Salleh
4. Siti Mariah Mahmud, Dr
5. Siti Zailah Mohd Yusof , YB
6. Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua

1. Aiman Athiran Al-Jundi
2. Asiah Ali, Dr.
3. Mastura Mohamad
4. Mumtaz Mohd Nawi, YB
5. Najhatussolehah Ahmad, Dr.
6. Normala Sudirman
7. Nuridah Salleh
8. Rohani Ibrahim, YB
9. Siti Mariah Mahmud, Dr.
10. Siti Zailah Mohd Yusof , YB
11. Wan Hasrina Wan Hassan

AJK

1. Aiman Athirah
2. Amizan Baharuddin
3. Asiah Ali, Dr.
4. Azizah Khatib Mat
5. Azlina Che Haron
6. Bariah Alang Sapri
7. Fatimah Ismail
8. Fatimah Wan Teh
9. Fatimah Zainab Ibrahim, Toh Puan
10. Fazilah Abu Samah
11. Halimah Ali, Dr. YB
12. Hawa Yaakub
13. Kartini Ahmad
14. Khadijah Mahmud
15. Khatijah Jumangat
16. Kintan Man
17. Lo扡o?Ghazali, Dr.
18. Mariam Abdul Rashid
19. Mastura Mohamad
20. Maznah Taha (Melaka)
21. Mumtaz Mohd Nawi
22. Muna Izzah Fadzil Nor
23. Munirah Athira Hassan Adli, Dr.
24. Najihatussolehan Ahmad, Dr
25. Noraini Hussein
26. Norazliza Abd Latif
27. Norhafizah Musa @Ummu Hannan
28. Norhayati Bachok
29. Normala Sudirman
30. Nuridah Salleh
31. Nurul Huda Yusof Rawa
32. Nurwani Ahmat
33. Rahimah Sahit,
34. Rahmah Mohd Isa
35. Raja Azrina
36. Rohani Ibrahim, YB
37. Rohaya Yaacob, Dr.
38. Rosiah Salleh
39. Rosnah Abdullah
40. Rosni Adam, Dr.
41. Safinah Jusoh
42. Sakinah Awang
43. Salbiah Wahab
44. Salmiah Mohd Nor
45. Siti Aisyah Ghazali, YB
46. Siti Mariah Mahmud, Dr.
47. Siti Mariam Othman
48. Siti Zailah Yusof, YB
49. Wahibah Tahir
50. Wan Hasrina Wan Hassan
51. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
52. Zahroni A Bakar
53. Zaironi Othman
54. Zaitun Ahmad.

BN Perak tiada kuasa, Orang Asal tidak terbela

Posted: 24 May 2011 04:59 PM PDT

Harakahdaily


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kerajaan negeri dalam keadaan tidak stabil adalah berpunca kerana tidak mengikut lunas-lunas sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Ketuanya, Zawawi hassan berkata, ini menjadi punca utama kira-kira 1,000 Orang Asal yang tinggal di tujuh buah kampung di Pos Perwor masih tidak mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik walaupun sudah 20 tahun tinggal di kampung itu.

Katanya, DPPN Pk juga merasa sangsi malah kesal terhadap masalah yang bertimpa-timpa datang kepada rakyat tanpa jalan penyelesaian yang cekap oleh pihak kerajaan lantas masalah mereka terpaksa ditanggung sendiri.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu secara legal mengikut majoritinya, Barisan Nasional (BN) di Negeri Perak bukanlah sebagai pemegang tampuk pemerintahan yang sah tetapi sebenarnya kuasa rakyat adalah bukti kedaulatan sesebuah pemerintahan.

"Sekarang sistem demokrasi telah dicabul dengan tidak bermaruah oleh BN dan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan," ujarnya.

Menurutnya, Rukun negara hanya tinggal rukun semata-mata dan tindakan Umno BN sebagai pemerintah hanya mementingkan kuasa dan kroni mereka sahaja dan bukan berteraskan kebajikan yang sebenarnya.

Pemimpin Umno hanya berpandu ‘kitab’ Utusan

Posted: 24 May 2011 04:56 PM PDT

M Faqih


KOTA BHARU: Kitab rujukan bagi peimpin Umno ialah Utusan Malaysia apabila mempercayai bulat-bulat laporan berasas persepsi buruk akhbar terbabit mengenai Perhimpunan 10,000 anak muda di Padang Perdana Jumaat lalu.

Akhbar itu mengenakan tajuk 'PAS peralatkan pelajar agama' dan keesokan harinya diulas pemimpin Umno dengan paparan tajuk 'Nik Aziz bertopeng imej warak' dan 'PAS Kelantan terdesak eksploitasi pelajar agama'.

Wartawan akhbar terbabit sebenarnya gagal membezakan di antara pelajar dan pemuda PAS yang sendat memenuhi padang di mana ramai yang berjubah serta memakai t-shirt berwarna hijau.

Sedangkan jumlah pelajar sekolah agama yang hadir hanya sekitar 2,000 orang. Jumlah keseluruhan kehadiran kira-kira 15,000 orang.

Hanya berpandu laporan akhbar Umno yang melapor secara tempang, tiba-tiba Pemuda Umno Kelantan dan beberapa pihak yang berselindung di sebalik nama NGO melantah.

Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) berkata, dakwaan Utusan Malaysia dan pemimpin Umno kononnya PAS memperalatkan pelajar tidak berasas.

"Pelajar sekolah termasuk dari pusat pengajian tahfiz yang dijemput hanya sekitar 2,000 orang dan selebihnya kira-kira 13,000 lagi pemuda PAS yang datang dari seluruh Kelantan.

"Pelajar terbabit dijemput khas kerajaan negeri untuk menyertai acara khatam al Quran dan bermunajat bersama pemuda-pemuda PAS.

"Mengapa Umno cemburu sangat. Ini tidak lain lagi kerana perhimpunan tersebut jauh mengatasi kehadiran pada gelombang biru dilancarkan Umno Kelantan sejak tahun lepas," katanya di sini.

Pelajar dijemput khas kerajaan negeri bagi mengikuti program khatam al Quran dan munajat yang bermula selepas Maghrib sehingga Isya.

Sebaliknya akhbar Umno terbabit pada laporannya Ahad lepas mendakwa PAS memperalatkan pelajar sekolah agama apabila rata-rata mereka yang hadir berjubah.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, tidak timbul pelajar sekolah diperalatkan kerana mereka datang untuk mengkhatamkan al-Quran.

Menurutnya program khatam dan munajat berakhir dengan solat Isyak dan ada sebahagian pelajar pulang selepas itu.

"Program ceramah umum yang berlangsung selepas solat Isyak tidak ada lagi kaitan dengan Munajat Anak Muda," ujarnya.

Kata beliau Pemuda Umno Kelantan melatah kerana mahu menutup kelemahan mereka yang gagal menarik ramai demostrator hadir di hadapan Kota Darulnaim 16 Mei lalu.

Harakah lancar tabung bantu mangsa tanah runtuh

Posted: 24 May 2011 04:54 PM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Tabung Kemanusiaan Harakah akan menyalurkan semua kutipan yang diterima mereka bermula hari ini sehingga 30 Jun akan datang, kepada penghuni serta mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada Sabtu lalu.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaffar pada sidang media bersama Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat di Pejabat Agung PAS hari ini (gambar).

"Kutipan itu kita akan khususkan untuk membantu keluarga dan pembangunan sekolah dan madrasah yang terlibat," kata Kamarudin.

Sehubungan itu, bermula hari ini, tabung tersebut dibuka kepada semua pihak bersimpati sama ada syarikat, pertubuhan atau individu persorangan untuk memberi sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Bhd 1406 9010 0212 98 atas nama Tabung Kemanusiaan Harakah.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden rumah anak-anak yatim itu sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah kahas bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu sememangnya dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

Mazlan tolak naib presiden, tanding AJK

Posted: 24 May 2011 04:54 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Mazlan Aliman yang menerima pencalonan bagi dua jawatan iaitu naib presiden dan ahli jawatankuasa hari ini mengesahkan hanya menerima satu daripadanya.

Mazlan menerima untuk bertanding jawatankuasa PAS Pusat, iaitu jawatan yang sedang disandangnya.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

"Setelah menimbang beberapa perkara, saya hanya bersedia untuk bertanding bagi jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan menolak untuk jawatan naib presiden.

"Saya takut hilang fokus terhadap lajnah tanah yang saya pegang sekarang," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mujahid Yusof juga mengumumkan akan bertanding AJK sahaja walaupun mendapat pencalonan untuk timbalan dan naib presiden.

Pemuda PAS ziarah mangsa tanah runtuh

Posted: 24 May 2011 04:52 PM PDT

Rosli Yasmin


AMPANG: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hasan At-Tantawi mengetuai rombongan Pemuda PAS menziarahi mangsa tragedi tanah runtuh di Hospital Ampang yang turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Rombongan turut berkesempatan menjengah ke tempat kejadian tetapi tidak dapat memasuki kawasan tersebut kerana program bersama Perdana Menteri sedang berlangsung.

Nasrudin mengucapkan takziah dan berpesan kepada waris-waris mangsa supaya banyak bersabar dan berdoa untuk mangsa-mangsa yang terkorban agar dianugerahkan Allah ganjaran yang istimewa.

Sedikit sumbangan turut disampaikan sebagai tanda simpati DPPP kepada mangsa tragedi yang tidakdijangka itu selain memohon kepada masyarakat setempat untuk memberikan bantuan semampu yang mungkin untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

DPPP juga berharap agar kerajaan Selangor mahupun Malaysia membantu dan membaik pulih kembali rumah anak yatim tersebut.

"Sekiranya kawasan tersebut didapati tidak selamat untuk dihuni, maka kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan pertumbuhan sosial dan pendidikan ahli rumah anak-anak yatim itu terjaga," katanya.

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

Posted: 24 May 2011 04:49 PM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

Tiada ulasan: