Khamis, 12 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Posted: 11 May 2011 04:47 PM PDT

Wong Teck Chi


Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 01Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

azlan"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya."

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

azlanBarangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 02Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Posted: 11 May 2011 04:44 PM PDT


Salhan K Ahmad

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

NONEKatanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.

Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

NONETuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad.

P'raya umum agenda utama BN Jumaat ini

Posted: 11 May 2011 04:29 PM PDT

MALAYSIA KINI


Persediaan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi perkara utama yang akan dibincang pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini memandangkan ia akan mengendalikan pilihan raya 'percubaan' tidak lama lagi.

azlanSetiausaha agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya 'percubaan' itu akan dibentang dalam mesyuarat berkenaan memandangkan BN dijadual mengadakannya Julai ini.

"Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi dan analisis pilihan raya Sarawak, pendaftaran pengundi dan saya sendiri akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu. Semua ini berkait dengan persediaan pilihan raya umum kerana kita perlu bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada Bernama hari ini.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar daripada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pilihan raya negeri Sarawak.

Parti komponen BN di Sarawak juga dijangka membentangkan laporan mengenai pilihan raya negeri itu pada mesyuarat berkenaan untuk digunakan sebagai input dalam merangka strategi pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan melihat pelbagai aspek dalam usaha memperkuatkan persediaan kami untuk pilihan raya akan datang," katanya.

NONEDalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, BN menang 54 daripada 71 kerusi, sekaligus mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah Datuk V.K Liew berkata kajian semula pilihan raya Sarawak penting untuk BN kerana mereka perlu melihat kelemahan mereka dalam usaha mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

"Biasanya, apabila kita melalui sesuatu pilihan raya, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan jentera kita. Ia adalah pengajaran untuk membolehkan kita memperbaiki diri bagi menghadapi pertandingan yang lebih besar," katanya.


DPMM mahu keseluruhan projet MRT

Posted: 11 May 2011 04:25 PM PDT

MALAYSIA KINI


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu kerajaan menyerahkan keseluruhan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) yang bernilai berbilion ringgit kepada mereka dengan alasan syarikat bumiputera gagal mendapatkan sebarang tender berhubung projek berkenaan.

NONEMenurut laporan Bernama, presiden DPMM Syed Ali Alatas berkata beberapa syarat yang ditetapkan oleh yarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) kepada syarikat yang ingin membida
projek itu menyukarkan kontraktor Bumiputera untuk terlibat sama.

"Kami mohon untuk menjalankan keseluruhan projek MRT bersama persatuan kontraktor lain secara usaha sama atau pembelian syarikat-syarikat yang terlibat," kata nya pada sidang media mengenai cadangan balas anggota DPMM mengenai projek pembangunan infrastruktur terbesar
negara itu, di Kuala Lumpur, semalam.

NONEAntara syarat yang didakwa menyekat peluang Bumiputera ialah larangan untuk menjalinkan usaha sama dengan mana-mana syarikat pada komponen tertentu, dan mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM10 juta.

Syed Ali berkata berdasarkan syarat SPNB itu, DPMM menganggarkan hanya 37 syarikat atau kontraktor Bumiputera yang layak memohon untuk projek itu.

Turut hadir pada sidang media ialah Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mokhtar Samad. Persatuan Kontraktor Melayu mempunyai 16,000 anggota.

NONEMokhtar berkata persatuan itu menggesa kerajaan supaya menimbang semula syarat yang ditetapkan bagi membolehkan lebih ramai kontraktor Melayu atau Bumiputera terlibat sama dalam projek MRT.

"Kita harap kerajaan akan membenarkan usaha sama atau penubuhan konsortium supaya kontraktor Bumiputera turut layak menjalankan projek ini," katanya.

Menurutnya persatuan itu kini menagih jaminan yang diberi oleh Pengarah Urusan SPNB, Shahril Mokhtar bahawa mereka tidak akan mengetepikan kontraktor Bumiputera dalam projek pembangunan itu.

Pemimpin Umno perlu rujuk Tajus Salatin

Posted: 11 May 2011 04:23 PM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM


KITAB TAJUS SALATIN membawa suatu penganjuran konsep kepimpinan yang berteraskan Islam bagi menegakkan keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan.

Peranan dan fungsinya mampu dimanfaatkan dalam era globalisasi untuk melahirkan individu yang berketerampilan baik, positif dan peka terhadap kebajikan bersama.

Penghayatan teks ini akan menghasilkan para pemimpin yang adil dan keadilan itu akan dimanfaati oleh segenap lapisan masyarakat di bawah pimpinannya.

Pada era kini, kepincangan ini dilihat dengan timbulnya agenda kolonialisasi, penyelewengan, rasuah dan fitnah yang menular dalam masyarakat khususnya dalam kepimpinan Umno yang dilihat lebih bersifat rakus, angkuh, mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

Sikap negatif ini akan membawa kepada kehancuran dalam masyarakat khususnya memberi impak kepada pembangunan spiritual yang negatif.

Seterusnya kepincangan-kepincangan ini akan menjatuhkan nilai martabat sesebuah bangsa itu sendiri.

Dari perspektif Islam, manusia dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi yang dikurniakan akal dan tanggungjawab terhadapnya.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi setiap individu yang dianggap sebagai pemimpin untuk memenuhi tuntutan dan peranannya kepada penciptanya.

Justeru itu, karya kesusasteraan Melayu tradisional kitab Tajus al-Salatin adalah signifikan dalam menangani arus kepimpinan jelek ini.

Berteraskan Islam dan pemikiran serta konsep-konsep yang disarankan kepada pemimpin mahupun individu akan membentuk acuan sendiri dalam kalangan masyarakat dewasa ini.

Seterusnya penghayatannya dapat memberi keadilan dan faedahnya dinikmati sesama insan.

Karya kesusasteraan Melayu tradisional bukan hanya sekadar khazanah atau warisan bangsa tatapi merupakan titik permulaan peradaban kepada tamadun bangsa.

Segala pemikiran di dalamnya terkandung nilai sejagat yang harus dicerapkan ke dalam masyarakat kini.

Sehubungan itu, pemimpin-pemimpin Umno haruslah merujuk kepada kitab ini segala hal ehwal kepimpinan dan politik pada zaman nabi dan zaman sahabat nabi telah terakam dalam kitab ini.

Jadilah kitab ini sebagai pedoman dan rujukan sebagai cerminan dalam menjadi pemimpin.

*Tajus Salatin atau 'Mahkota Raja-raja', tulisan Bukhari al-Jauhari diselesaikan pada tahun 1603M dan dipersembahkan kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, yang juga digelar Sayyid al-Mukammil (1590-1604M) sebagai sumbangan pemikiran seorang cendekiawan untuk membantu sultan menjalankan arah pemerintahan dengan baik.

Pemimpin Umno macam pelawak tagih simpati rakyat

Posted: 11 May 2011 04:17 PM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Tindakan Umno BN yang mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti itu kini boleh disifatkan sebagai parti kurang upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Namun dalam masa yang sama, fitnah-fitnah yang diciptakannya berpusing pula menjadi bahan ketawa orang ramai, apabila ia ternyata tidak berasas, tetapi hanya sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terbaru Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya memperjelaskan lagi realiti itu, sehingga menyebabkan para pemimpin Umno kini turut disifatkan sebagai pelawak oleh pelbagai pihak.

Menurut beliau, Umno BN boleh disifatkan sedemikian kerana yang menzalimi rakyat bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu sendiri ketika mereka memerintah Selangor dulu.

Katanya, tetapi kini setelah Selangor berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap pihak boleh menilai sendiri betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti juga Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu rakyat dalam segala aspek.

"Ketika rakyat sendiri dapat melihatnya dengan jelas, mereka pula yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat menzalimi rakyatnya, jadi tak ke lawak tu namanya?" katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas perkara itu, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini secara terang-terangan telah mengarahkan para pemimpin Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, para pemimpin Umno antara lain telah menyambutnya dengan membuat tuduhan liar dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menzalimi rakyat Selangor sepanjang memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu.

Menurut Mahfuz, tujuan Umno BN mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi bagi membolehkan mereka membaham khazanah negeri Selangor bagi kepentingan mereka sendiri.

Realiti itu bagaimanapun amat berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah melakukan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat Selangor berbanding semasa Selangor berada di bawah pemerintah BN dulu.

Antara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor termasuklah memberikan air percuma kepada rakyatnya, warga emas yang meninggal dunia diberikan wang kifalah RM2,500, setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100 sehingga apabila berumur 18 tahun wangnya yang terkumpul sebanyak RM1,500.

Selain itu, turut disediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya, di samping pelbagai perkara lain lagi yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang jelas menguntungkan setiap rakyatnya.

"Jadi, dengan berbuat begitu, dari sudut manakah ukuran yang dibuat oleh Umno BN itu sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya?

"Tidakkah itu lawak namanya? Sememangnya para pemimpin Umno BN kini cukup bijak berlawak dan mereka tidak ubah seperti pelawak-pelawak yang sedang berlawak dalam rancangan lawak Astro," ujar beliau sambil tergelak kelucuan.

BN rancang pilihan raya olok-olok hadapi PRU-13

Posted: 11 May 2011 04:16 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang akan bermesyuarat Jumaat ini dijangka akan mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya olok-olok akan dibentangkan dalam mesyuarat Jumaat memandangkan Umno akan mengadakan pemilihan parti Julai ini.

"Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi pilihan raya negeri Sarawak, analisis keputusan pilihan raya itu, pendaftaran pengundi dan saya akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu," katanya.

Bernama Online melaporkan parti komponen BN Sarawak juga akan membentangkan laporan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat menambah bilangan kerusi dari tujuh kepada 15, dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar dari beberapa pilihan raya kecil yang telah diadakan termasuk keputusan pilihan raya negeri Sarawak.

Ia juga termasuk mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum Singapura Sabtu lalu sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan tarikh pilihan raya umum sehingga hujung tahun ini atau awal 2012 bagi memastikan sokongan Bumiputera dan pengundi India seterusnya memastikan kemenangan dua pertiga Parlimen.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sokongan Melayu terhadap Umno akan meningkat selepas pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan diri beliau untuk mencalarkan imej Pakatan Rakyat sebagai tanda pilihan raya umum akan diadakan Ogos ini.

Tapi sumber BN berkata Najib masih berhati-hati untuk mengadakan pilihan raya umum selagi beliau tidak yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga yang mana kini dilihat agak mustahil selepas sokongan orang Cina di Sarawak menunjukkan penurunan sokongan yang besar.

MCA telah mengalami kekalahan besar pada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga — yang mana parti itu hanya menang 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Bola sepak: PDRM minta bantuan Fifa siasat jual permainan

Posted: 11 May 2011 04:05 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM— Pihak polis mahu meminta bantuan perisikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berhubung dakwaan wujud rangkaian sindiket antarabangsa dalam menentukan keputusan perlawanan bola sepak yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata ia penting dilakukan bagi membolehkan polis menganalisa dan melancarkan operasi tertentu berhubung dakwaan tersebut.

"Kita mahu pasukan siasatan Fifa memberi maklumat risikan berhubung dakwaan rangkaian menetukan perlawanan beroperasi di Malaysia," katanya dipetik Bernama Online.

Dilaporkan ketua keselamatan Fifa, Chris Eaton akan mengetuai pasukan siasatan ke Malaysia sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan lebih 300 perlawanan di tiga buah benua dipengaruhi sindiket mengatur perlawanan.

Mohd Bakri berkata pihak polis akan menangani isu berkenaan kerana "kita tidak mahu memberi gambaran bahawa Malaysia merestui aktiviti demikian."

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah berkata pasukan khas sedia bekerjasama dengan pasukan siasatan Fifa yang menyiasat dakwaan wujud rangkaian mengatur perlawanan yang turut melibatkan rakyat Malaysia.

Najib gesa Umno buang politik berpuak hadapi PRU-13

Posted: 11 May 2011 04:04 PM PDT

TERKINI

Najib Razak berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 Umno malam tadi. — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Seri Najib Razak menggesa kepimpinan parti itu agar bersatu dan membuang politik berpuak-puak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Umno ke-65 di sini malam ini, Presiden Umno itu berkata, sebagai sebuah parti keramat di Malaysia, Umno harus melakukan perubahan lebih besar untuk terus mendapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Kalau kita bersatu, tiada politik puak-puak dalam Umno, kita merupakan parti yang lebih kuat daripada parti-parti lain. Apakah semua (perjuangan) kita sudah selesai? Belum... kenapa masih ada cakap-cakap, masih ada lagi politik puak-puak, apa guna kita sambut ulang tahun 65 tahun kalau kita tidak bersatu?

"Apakah kita sudah berkhidmat bersungguh-sungguh untuk rakyat? Apakah kita rajin turun padang? Dampingi rakyat? Adakah kita dekat di hati rakyat? Belum... belum lagi, jadi sambutan ulang tahun 65 ini kita mesti berikrar untuk dekatkan diri dengan rakyat sebagai pemimpin Umno.

Kalau Umno bersatu, apatah lagi orang Melayu pegang Umno parti keramat, Umno itu Melayu, Melayu itu Umno... kalau semua sudah sedar yang mana ada kekurangan kita perbaiki sebab kita tidak mahu sejarah kita berakhir," katanya di sini.

Kata Najib (gambar), selagi "semboyan" pilihan raya umum ke-13 belum ditiup semua kepimpinan parti Melayu itu harus bekerja keras untuk memantapkan parti itu.

Sambil merujuk beberapa siri kekalahan pilihan raya kecil sebelum ini, Perdana Menteri itu meminta agar kepimpinan parti itu melupakan "mimpi ngeri" yang berlaku dan bangkit untuk melakukan perubahan yang lebih besar.

Beliau juga menyifatkan kekalahan besar Umno pada pilihan raya umum 2008 merupakan satu "mimpi ngeri" yang harus dilupakan.

"Sejak setahun yang lalu pada tanggal sama kita telah berhimpun di dewan ini dan mungkin ketika itu kita mempunyai perasaan yang berbeza dengan perasaan yang kita rasai hari ini, pada masa itu mungkin ada perasaan sama ada parti yang kita kasihi ini akan dapat sokongan daripada rakyat setelah kita mengalami mimpi ngeri pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

"Setelah pilihan raya umum ke-12 kita telah mengalami beberapa pilihan raya kecil di mana parti Umno dan BN (Barisan Nasional) telah kecundang di beberapa kawasan yang diadakan, namun setelah kita membuat penyusunan semula dalam tempoh setahun lalu sehingga mutakhir ini nasib Umno sudah mula berubah daripada parti yang banyak mempersoalkan kelangsungan sebagai sebuah parti yang berkuasa hari ini, kita berdiri tegak sebagai sebuah parti yang unggul dalam negara," katanya.

Tegas Najib, beliau berkata demikian selepas menyaksikan Umno mula mendapat kembali sokongan rakyat melalui beberapa pilihan raya kecil yang dimenangi parti itu.

"Saya kata begini kerana beberapa ujian yang telah kita lalui kebelakangan ini bermula di pilihan raya kecil Bagan Pinang, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau kita telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang.

"Undi kita bertambah, ada undi yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 tapi di Kerdau ia melebihi undi pada 2004 malah kita dapat bantu rakan-rakan kita di Sarawak untuk memenangi pilihan raya negeri," katanya.

Bagaimanapun Najib mengingatkan agar kepimpinan parti tidak terlalu selesa kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Tapi adakah ini bererti kita berada dalam keadaan yang begitu selesa? Saya kata selagi semboyan belum dibunyikan... semboyan pilihan raya umum ke-13 belum dibunyikan kita mesti bekerja lebih kuat, gigih untuk mantapkan parti.

"Walaupun transformasi berjalan tapi kita harus mantapkan lagi, bukan susah sangat pun... bukan satu rahsia besar, tidak susah... mudah sahaja kerana kalau kita menoleh dan buka balik lipatan sejarah Umno cuba kita bayangkan nilai perjuangan orang dahulu kita akan akan tahu rahsianya iaitu bersatu, bersetia dan berkhidmat," katanya.

Justeru sebagai sebuah parti Melayu terbesar kata Najib, beliau tidak mahu parti itu terkubur seperti parti-parti Melayu yang lain.

"Kita tidak mahu Umno seperti nasib parti-parti lain, ada parti yang berjasa tapi terkubur, Umno belum mengalami nasib itu... jangan hendaknya kita dapat nasib sama.

"Semua pemimpin Umno seluruh negara, jenama kita masih tinggi nilainya di kalangan rakyat. Kalau kita bekerja kuat, kalau kita dahulukan rakyat, kalau kita setia kepada parti Umno akan terus berkuasa di bumi bertuah ini," katanya.

Semalam Najib menggesa kepimpinan parti meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya.

Tiada ulasan: