DIALOG RAKYAT |
- Utusan pemangkin fikiran Umno bukan rakyat
- Royalti: T’ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan
- Pencalonan ditutup 15 Mei, sidang media 17 Mei
- Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah
- UMNO Cuba Tawan Selangor Dengan Taktik Kotor?
- Pengawal keselamatan: Majikan diarah bayar tunggakan gaji minimum
- Protes aman dua minit sahaja sebelum bersurai
- Johor bukan lagi ‘kubu’ BN, KEADILAN rancang program gempur berterusan
- Anwar, Dr Wahba Al-Zuhaily dalam seminar Maqasid Syariah di Melaka
- Pembongkaran Isu Video Fitnah di Labu, N. Sembilan 13 Mei ini
- Nafi surat kerakyatan: Dah salah, Umno cuba tutup- Zuraida
- Keputusan cabar pengharaman kartun Zunar 14 Julai
- Harga Minyak Di Pasaran Asia Jatuh AS$101 Setong
- Kristian-Islam : Blogger pro-Umno Telagah, Gesa Bigdog Ditahan ISA
- "Kerakyatan Untuk Undi", PAS Selangor Mahu Menghadap Sultan
- Husam Pertikai Kerajaan Nafi Hak Kelantan Peroleh Royalti Minyak
- Kenaikan Harga Gula Umpama Pisau Dileher Rakyat
- Shamsul : Najib Tak Perlu "Melatah" Istilah Pandi Kutty
- Harga RON95 Dijangka Kekal Sehingga Pilihan Raya
- KM : Hisham Harus Paksa Utusan Tarik Balik Laporan
- 80 ribu tong sisa thorium belum ditanam
- Tutup cerita, PM Kristian tak mungkin: PERKASA
- Psikiatri: Teoh dalam kumpulan berisiko rendah
Utusan pemangkin fikiran Umno bukan rakyat Posted: 11 May 2011 05:10 AM PDT
| ||
Royalti: T’ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan Posted: 11 May 2011 05:08 AM PDT
| ||
Pencalonan ditutup 15 Mei, sidang media 17 Mei Posted: 11 May 2011 05:07 AM PDT
| ||
Ladang Rakyat cadang saman dituduh rampas tanah Posted: 11 May 2011 05:00 AM PDT
| ||
UMNO Cuba Tawan Selangor Dengan Taktik Kotor? Posted: 11 May 2011 04:01 AM PDT Staff Berita Semasa Pendedahan mengenai penglibatan Kementerian dan UMNO sekarang menjadi buah mulut dalam cerita politik tanah air.Dikatakan UMNO cuba tawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan dengan taktik kotor. Sekiranya berita ini benar, sememangnya taktik kotor sebeginilah yang boleh menyebabkan Malaysia ini hancur.Mudah-mudah sahaja memberi kerakyatan kepada bangsa asing lain dengan hanya kerakusan politik dan kekuasaan.Adakah ini yang perlu kita contohi?Pemimpin UMNO beginikah yang kita boleh harapkan untuk menjadikan Malaysia lebih baik? | ||
Pengawal keselamatan: Majikan diarah bayar tunggakan gaji minimum Posted: 11 May 2011 03:55 AM PDT Banyak aduan diterima daripada pekerja-pekerja yang digaji oleh syarikat keselamatan yang mendakwa mereka belum dibayar gaji selaras dengan kadar gaji minimum. KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji pengawal keselamatan swasta di Semenanjung diarah supaya segera membayar tunggakan gaji minimum kepada pengawal keselamatan mereka mulai tarikh berkuatkuasanya perintah itu 15 Feb lepas. Jofri Joakim, yang kini menjalankan tugas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, berkata ia selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan gaji) (Saraan Minimum Berkanun Bagi Pengawal Keselamatan Swasta Di Semenanjung Malaysia) 2011. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jabatan itu menerima banyak aduan daripada pekerja-pekerja yang digaji oleh syarikat keselamatan yang mendakwa mereka belum dibayar gaji selaras dengan kadar gaji minimum yang ditetapkan di bawah perintah berkenaan. Jofri berkata bahawa dalam perbincangan antara Kementerian Sumber Manusia dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia mengenai pelaksanaan gaji minimum pengawal keselamatan swasta, tempoh masa yang mencukupi diberikan kepada pihak berkenaan untuk mengambil langkah sesuai bagi mematuhi perintah itu iaitu sebelum 30 Jun ini. Katanya jabatan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang didapati melanggar perintah berkenaan sekiranya tempoh kelonggaran yang diberikan itu berakhir. Jika disabit dan didapati bersalah di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500 bagi setiap kesalahan, katanya. Pada 15 Feb lepas, kerajaan menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia antara RM500 dan RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian. Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat. Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis. | ||
Protes aman dua minit sahaja sebelum bersurai Posted: 11 May 2011 03:50 AM PDT Pengetua memaklumkan dalam perhimpunan sekolah bahawa beliau (pengetua) tidak akan melayan mahupun berjumpa dengan ibu bapa. SHAH ALAM: Protes aman ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan sikap pengetua sebuah sekolah menengah di Seksyen 25 di sini pagi tadi sempat berlangsung kira-kira dua minit sahaja sebelum bersurai atas arahan polis. "Anda boleh berhimpun selama lima minit tanpa menggunakan kad protes," kata seorang pegawai polis yang dikenali dengan nama Subra sahaja kepada sekumpulan 20 ibu bapa. FMT sempat melihat beberapa kad manila yang tertera dengan frasa seperti 'Pengetua gila kuasa' dan 'Apa tindakan Putrajaya?' Salah seorang jurucakap pihak ibu bapa, Puan Quah Saw Choon mendakwa bahawa pengetua memaklumkan dalam perhimpunan sekolah bahawa beliau (pengetua) tidak akan melayan mahupun berjumpa dengan ibu bapa. Para ibu bapa turut menunjukkan gambar vandalisme yang dilakukan pelajar pada dinding sekolah. Perkataan 'Megawati P******' tertulis pada dinding tersebut. Megawati merujuk kepada pengetua sekolah tersebut, Megawati Hasbullah. Kumpulan ibu bapa para pelajar ini telah menyerahkan petisyen pada minggu lepas mendesak Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pengetua sekolah ini ditukar. Perhimpunan aman ibu bapa ini merupakan usaha kali kedua oleh mereka. Mereka pernah protes buat kali pertama pada bulan lepas. FMT sempat berjumpa dengan Kashfi Abdul Rauf, pengerusi biro keselamatan Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG) sekolah tersebut untuk mendapatkan ulasannya. "Saya berada di sekolah pada 20 haribulan ketika pergaduhan antara dua kumpulan pelajar berlaku. Macam huru-hara. Saya yang menghubungi pihak polis," ujarnya. "Kita sedang berusaha menyelesaikan masalah ini," katanya. Beliau turut mempertahankan pengetua sekolah tersebut. Isu lama "Isu mahu tukarkan pengetua ini isu lama. Pengetua tak boleh keluarkan kenyataan sebab itu saya bercakap dengan anda. Hanya sebilangan kecil sahaja ibu bapa yang tidak puas hati," kata beliau lalu beredar tanpa mengulas lanjut. Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Anita Atan yang mengadakan pertemuan dengan ibu bapa yang tidak puas hati memberitahu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai pergaduhan tersebut sehingga terlewat. "PIBG dah minta pihak sekolah memaklumkan kalau ada apa-apa kes," kata Anita. Justeru beliau mencadangkan para ibu bapa yang tidak puas hati agar menghadiri mesyuarat PIBG pada 21 Mei ini. "Tulis apa yang anda tak puas hati. PIBG akan sama-sama menyelesaikan masalah," ujar Anita. | ||
Johor bukan lagi ‘kubu’ BN, KEADILAN rancang program gempur berterusan Posted: 11 May 2011 03:47 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Berdasarkan tinjauan yang dilakukan KEADILAN, rata-rata penduduk di negeri Johor yang terkenal dengan gelaran 'kubu Barisan Nasional' bertekad untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum ke-13 kelak. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Ezaddin Abdul Rahman berkata, sepanjang tempoh dua bulan melakukan tinjauan termasuk di kawasan bandar dan separa-bandar, isu utama yang dibangkitkan adalah peningkatan kos kehidupan mendadak selain isu sosial dan kebajikan. "Kepada golongan muda, isu pemilikan aset seperti rumah dan kereta menjadi permasalahan utama. Begitu juga dengan beban hutang pinjaman pendidikan yang besar. "Kepada kelompok yang hanya mempunyai taraf pendidikan sederhana dan rendah, isu mereka ialah peluang pekerjaan yang dimonopoli oleh warga asing. Jika mereka bekerja di sektor yang sama, pendapatan mereka sangat rendah, tak sesuai dengan kos kehidupan semasa," kata Ezaddin kepada Keadilandaily. Beliau menjelaskan demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman yang kononnya mendakwa isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah semata-mata kepada kredibilti calon Umno. Ghani dilaporkan merayu kepada orang Melayu di negeri itu termasuk ahli Pas untuk bersatu kerana kononnya perkembangan itu adalah satu cabaran besar yang boleh menggugat masa depan orang Melayu. "Orang Melayu di kawasan luar bandar yang paling banyak terkesan daripada peningkatan kos kehidupan akibat polisi kerajaan. Ini termasuk dasar kerajaan negeri yang pincang. Sebagai contoh, kadar tarif air yang paling tinggi di Malaysia adalah di negeri Johor," jelas Ezaddin.. Justeru, AMK Johor merancang untuk meneruskan program serupa ke seluruh pelusuk negeri. Terbaru, pada 7 hingga 9 Mei lalu, Cabang KEADILAN Batu Pahat dengan kerjasama Srikandi KEADILAN Pusat mengadakan tinjauan langsung dan program edaran risalah di sekitar kawasan Dun Penggaram, Senggarang dan Rengit. Turut hadir menjayakan program ialah Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail. Mereka turut singgah membantu mangsa kebakaran yang melibatkan 7 rumah kedai di pekan Senggarang. "Persepsi orang ramai terhadap Umno dan Barisan Nasional semakin buruk. Namun, pendekatan kita lebih menekankan kepada kesan positif yang berlaku sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang," ujarnya. | ||
Anwar, Dr Wahba Al-Zuhaily dalam seminar Maqasid Syariah di Melaka Posted: 11 May 2011 03:45 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama ulama terkemuka, Prof Dr Sheikh Wahba Mustafa Al-Zuhaily sebagai ahli panel dalam Seminar Maqasid Syariah di Melaka, 13 Mei. Profesor Dr Sheikh Wahba Mustafa al-Zuhayli dilahirkan 1932 di Dair Atiah, Syria merupakan seorang tokoh ulama dan cendikiawan Islam yang disegani khususnya dalam hukum syarak dan falsafah undang-undang Islam. Beliau kini seorang pendakwah di Masjid Badr, Dair Atiah dan banyak mengarang buku mengenai perundangan sekular dan Islam, yang kebanyakannya diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Dr Wahbah juga merupakan Pengerusi Perundangan Islam di Kolej Shariah, Universiti Damascus. Seminar Maqasid Syariah itu merupakan sebahagian siri Jelajah Anwar yang bertema 'Ubah Sekarang- Selamatkan Malaysia, selepas mengelilingi beberapa negeri, termasuk Johor, Perak dan Negeri Sembilan baru-baru ini. Selain Anwar dan Dr Wahbah, ia turut mengundang Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga bekas pimpinan Abim dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman sebagai Ahli panel. Program itu akan bermula jam 5 petang bertempat di Hotel Straits Meridian, Bukit Baru. Sebelum itu, KEADILAN Melaka akan mengadakan acara perasmian bangunan pejabat barunya di Taman Bukit Piatu Mutiara, pada jam 4 petang. Ia diteruskan pada jam 7.15 petang dengan solat maghrib berjemaah di Markas Pas Bukit Katil diikuti solat hajat Perdana untuk menjauhkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Prof Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Zuhaily akan menyampaikan tazkirahnya sejurus selepas itu. Kemuncak acara adalah ceramah perdana yang diadakan di di Kampung Duyung Tengah, Mukim Duyung yang turut dihadiri Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat. Antara penceramah yang akan menyampaikan ucapan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pesuruhjaya Pas Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Ahli Parlimen Satu lagi ceramah perdana akan dihadiri Anwar di Batu 8, Paya Rumput yang terletak di belakang Kilang Plastic IKS Paya Rumput yang turut membariskanpenceramah yang sama, selain Anwar yang akan akan turut menyampaikan pidato beliau. | ||
Pembongkaran Isu Video Fitnah di Labu, N. Sembilan 13 Mei ini Posted: 11 May 2011 03:44 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Isu video fitnah seks terhadap Ketua Umum KEADILAN akan dibongkar pada ceramah umum anjuran KEADILAN Cabang Rasah di Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 13 Mei ini. Ia akan menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN dan Pakatan Rakyat yang dibawa menonton rakaman video lucah oleh trio Datuk T Mac lalu. Bertempat di Kampung Lambar Batu 11, Labu, Nilai, antara penceramah yang bakal hadir ialah tiga Ahli Parlimen KEADILAN Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau). Dengan tajuk 'Pembongkaran habis-habisan', program tersebut dijadualkan bermula jam 9.00 malam yang dijangka menarik ribuan penduduk sekitar Rasah dan Seremban. Selain membongkar tentang penipuan video tersebut, penceramah yang dijemput juga dijangka mengupas mengenai isu-isu semasa termasuk kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. | ||
Nafi surat kerakyatan: Dah salah, Umno cuba tutup- Zuraida Posted: 11 May 2011 03:41 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, penafian Umno berhubung tindakannya memberi kerakyatan kepada warganegara Indonesia untuk meningkatkan undi, sudah dijangka. Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar bahawa surat meminta kewarganegaraan tersebut yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien adalah palsu. Hari ini, Zuraida turut hadir bersama Anggota Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar di Balai Polis Bukit Sentosa, Bukit Beruntung untuk membuat laporan polis berhubung isu itu. 'Biasa lah, selepas nafi mereka akan cover-up apa-apa yang mereka sudah lakukan. Kita sudah buat laporan polis. Malah, surat yang kita tunjukkan semalam itu juga lengkap dengan angka rujukannya" kata Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN. Zuraida seterusnya berkata beban pembuktian sama ada surat itu palsu tidak timbul kerana laporan polis sudah pun dibuat hari ini. " Jadi bukan tugas kita untuk memeriksa sama ada ia sepadan atau tidak dengan surat dalam rekod KDN. Samada palsu atau tidak biar polis selesaikan siasatan mereka dahulu," tegas Zuraida. Semalam, Zuraida membongkar surat berkenaan, yang ditulis Mohamed Idris kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien untuk memohon kelulusan mendapatkan status warganegara Malaysia (PR) terhadap kira-kira 2,000 warga Indonesia. Ia bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, di percayai untuk tujuan meningkatkan undi Umno di bahagian itu. Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang. | ||
Keputusan cabar pengharaman kartun Zunar 14 Julai Posted: 11 May 2011 03:39 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kula Lumpur hari ini menetapkan 14 Julai depan untuk mendengar keputusan berhubung tindakan Malaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif bagi mencabar pengharaman yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas dua buku komik kartunis Zunar, 'komik 1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. Penetapan tarikh keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa Khas 2, Datuk Rohana Yusuf dalam kamarnya selepas mendengar kedua-dua hujahan plaintif dan defenden berhubung permohonan untuk semakan kehakiman. Malaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif diwakili peguam K.Shanmuga, Nizam Bashir dan Aston Paiva dari Tetuan Azzat & Izzat Peguamcara Pemohon-Pemohon. Manakala peguam defenden adalah dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Nor Hisyam Ismail dan Mohd Salehuddin. Dalam hujahan hari ini, Nor Hisyam mengemukan beberapa sebab kerajaan mengambil tindakan mengharamkan dua komik kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque kerana didakwa mengandungi unsur-unsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam selain membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara, badan berkuasa dan badan kehakiman. Tambahnya lagi, kebebasan bersuara yang diberikan kepada rakyat bukan hak mutlak rakyat tetapi boleh dikekang oleh kerajaan. Sementara itu, Zunar ketika ditemui melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana pihak defenden membangkitkan isu dua buku komik tersebut kononnya berpotensi memudaratkan ketenteraman awam. "Mahkamah hari ini membangkitkan isu 'buku ini' ada potensi untuk memudaratkan ketenteraman awam. Keadaan ini bertentangan dengan prinsip kebebasan hak bersuara. "Setakat buku ini diterbitkan tiada demonstrasi yang dianjurkan oleh orang awam," kata Zunar. '1Funnya Malaysia' diterbitkan pada bulan November 2009 dan ia adalah rampaian kartun satira pentadbiran dan politik Malaysia oleh Zunar yang diterbitkan Malaysiakini sejak Oktober 2006 sehingga November 2009. Manakala 'Perak Darul Kartun' yang diterbitkan Sepakat Efektif pula diterbitkan pada November 2009 dan ia mengandungi rampaian kartun beberapa kartunis yang diketuai Zunar. KDN mengharamkan pencetakan, penghasilan, jualan, pengedaran, atau pemilikan kedua-dua buku itu atas alasan kononnya ia mengganggu ketenteraman awam. Mereka memohon agar pengharaman ke atas buku itu diisytihar tidak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Percetakan 1984, dan melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan. | ||
Harga Minyak Di Pasaran Asia Jatuh AS$101 Setong Posted: 11 May 2011 03:36 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah. Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14 setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York. Kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55. Pada 5 Mei lalu, kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter dengan pertambahan sebanyak 20 sen lagi. Ia merupakan kenaikan kali ketujuh sejak ia diapung mengikut harga pasaran semasa. Kenaikan tersebut juga merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara. | ||
Kristian-Islam : Blogger pro-Umno Telagah, Gesa Bigdog Ditahan ISA Posted: 11 May 2011 03:34 AM PDT The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR : Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu. Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN). Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno. Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu. Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. "Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian. "Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan. "Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya. Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama. Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah. "Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat. "Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya. Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog". "Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan. "Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya. Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Penganjur program itu, Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan. | ||
"Kerakyatan Untuk Undi", PAS Selangor Mahu Menghadap Sultan Posted: 11 May 2011 03:28 AM PDT TVS NEWS
GOMBAK : Dewan Pemuda PAS Selangor kini sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi menukar alamat di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini. Hasbullah berkata, ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam. Katanya, keraguan tersebut timbul apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. "Pemuda PAS Selangor akan bawa perkara ini kepada pengetahuan Sultan Selangor melalui memorandum yang akan diserahkan. Kita sedang berusaha untuk mengadap Tuanku Sultan dan surat telah pun dihantar, tunggu maklum balas daripada istana," kata beliau pada sidang media di pejabat PAS Kawasan Gombak, hari ini. Mengulas lanjut perkara tersebut, Hasbullah berkata, kebanyakan pengundi-pengundi luar yang bertukar alamat ini mengesahkan bahawa mereka telah dipanggil pihak-pihak tertentu untuk mengundi di kawasan-kawasan terpilih tanpa kerelaan. Ujar Hasbullah lagi, tambah mendukacitakan dan menyukarkan proses semakan itu apabila alamat lengkap pengundi-pengundi seperti tidak menunjukkan sebarang nama jalan, nama taman perumahan dan nama lorong. "Siasatan dan semakan mendapati pengundi-pengundi yang bertukar alamat ini diletakkan dalam sesebuah rumah dalam jumlah yang ramai dan tidak munasabah serta pelbagai bangsa iaitu terdapat setengah pengundi Cina dan India dalam rumah yang sama begitu juga sebaliknya," katanya. Minggu lalu, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud juga menggesa SPR menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara atas talian(online) dan pejabat SPR negeri. Beliau berkata, timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap. Selain itu, Pemuda PAS Selangor turut membantah tindakan SPR mendaftarkan seramai 303 anggota pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES) Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pengundi pos yang jelas melanggar peraturan dan akta SPR. Menurutnya, pihaknya telah membawa perkara itu kepada SPR selangor untuk mendapatkan penjelasan namun belum ada sebarang maklum balas. "Kenapa PALAPES UPM didaftarkan sebagai pengundi pos sedangkan mereka belum lagi menjadi anggota tentera?" soalnya. Sementara itu, pemuda PAS Selangor juga akan membuat satu laporan polis berhubung taktik jahat Umno-BN memberikan kerakyatan kepada 2,000 pengundi baru warga Indonesia. PKR semalam mendakwa Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, seramai 2,000 orang. Pemuda PAS Selangor juga mengggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR menjelaskan mengenai maklumat yang didedahkan itu. "Pemuda PAS Selangor berikrar tidak akan merelakan negeri ini digadai serta dicabul kedaulatannya daripada pihak-pihak luar yang bakal menjejaskan keharmonian dan kerukunan negeri Selangor daripada pihak-pihak yangrakuskan kuasa dan pangkat secara bacul serta tidak bermaruah," katanya. Dalam pada itu, nama-nama dalam surat Idris itu menyatakan bahawa ianya merupakan pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong dan terdiri daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan bekerjaya. | ||
Husam Pertikai Kerajaan Nafi Hak Kelantan Peroleh Royalti Minyak Posted: 11 May 2011 03:25 AM PDT Ditulis oleh Shakira Buang
SHAH ALAM : Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mempersoalkan pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganaktirikan negeri itu atas faktor politik. "Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional(BN) mempunyai dasar yang berubah-ubah dalam isu yang sama," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum berkata demikian bagi mengulas pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun 2011. Baginya, perkara itu yang disahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) ke-12 semalam membuktikan bahawa isu 3 batu nautika adalah isu yang sengaja diada-adakan untuk menafikan hak Royalti Petroleum Kelantan. Katanya, pembayaran semula royalti minyak Terengganu itu juga menunjukkan Perdana Menteri mempunyai dua polisi berlainan bagi isu yang sama dan ia memberi petanda aras bahawa slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan adalah slogan kosong tidak bermakna. Menurutnya, pembayaran royalti itu, sebagaimana kenyataan Menteri Besar Terengganu adalah berasaskan perjanjian 1975. Justeru, katanya Kelantan dan Terengganu menandatangani perjanjian yang sama 36 tahun yang lalu. "Secara jelas asas undang-undang adalah sama. Jika pembayaran terpaksa dibuat kepada Terengganu kerana kehendak perjanjian 1975, jelas tidak ada sebab hak Kelantan dalam hal yang sama dinafikan," ujarnya dalam kenyataan medianya hari ini. Beliau berkata, bagi berlaku adil dan merealisasikan kebajikan secara saksama serta pengembalian hak rakyat Kelantan, Perdana Menteri seharusnya menjelaskan segera pembayaran royalti minyak Kelantan sama sebagaimana yang dilakukan kepada Terengganu. | ||
Posted: 11 May 2011 03:24 AM PDT Najib Jumpa Kumpulan Kritian Esok 11/05/2011 Share |
SHAH ALAM : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian esok berhubung dakwaan 'konspirasi Kristian' seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu. Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan Setiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu bahawa mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri dalam mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan. Menurut akhbar itu lagi, mesyuarat tersebut juga akan diadakan secara tertutup. Hermen bagaimanapun enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan. Katanya lagi, hanya ahli CCM tertentu sahaja akan dijemput untuk menghadiri perjumpaan tersebut dan beliau antara mereka yang bakal menyertai pertemuan itu. Namun menurut Herman, Pejabat Perdana Menteri juga sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu. Beliau juga membidas akhbar milik Umno itu kerana membuat laporan 'palsu' itu dan bermain dengan 'api'. Laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu yang bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" itu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Akhbar itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu "pembohongan yang bahaya." | ||
Posted: 11 May 2011 03:23 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR: Ahli Biro Politik PKR, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sekiranya benar terdapat usaha untuk mendatangkan kecederaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merupakan satu perbuatan terdesak yang hanya dilakukan mereka yang gilakan kuasa. Ia berikutan kenyataan pemandu peribadi Anwar yang mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan Anwar dan keluarganya, sehingga menyebabkan berlaku kemalangan. "Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang terlalu terdesak dan gilakan kuasa. Selepas kes fitnah liwat pertama pada tahun 1998, Anwar dipenjarakan atas tuduhan jenayah. "Kemudian, dia diserang sekali lagi dengan fitnah liwat kali kedua pada 2008. Terbaru, video tuduhan zina dilemparkan kepadanya. Beginilah tindakan yang dilakukan oleh musuh untuk membunuh karektor beliau,". "Saya berdoa dan berharap, tidak ada sebarang percubaan 'pembunuhan fizikal', selepas begitu banyak 'pembunuhan karektor' dilakukan oleh musuh. Saya berharap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepadanya," katanya yang juga anggota Dewan Negara. Semalam, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya, mendakwa terdapat usaha untuk membunuh atau mencederakan Anwar ekoran unsur sabotaj pada brek kenderaan yang sering dinaiki Anwar, 19 April lalu. Ketika kejadian, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah berada dalam kenderaan terbabit bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. Abdullah Sani turut melampirkan gambar bukti kerosakan teruk pada bahagian brek dan kenyataan yang dibuat mekanik yang membaiki kereta itu. Mengulas lanjut, Dr Syed mengimbas kembali peristiwa kemalangan sehingga meragut nyawa Timbalan Yang Dipertua Agung Pas, Almarhum Profesor Datuk Dr Zulkifli Mohammad, bersama isterinya pada tahun 1964. Ketika itu, Dr Zulkifli merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan bagi sesi Dewan Rakyat yang pertama. "Sehingga hari ini, masih ada pihak yang beranggapan bahawa kemalangan itu merupakan tindakan sabotaj oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, belum ada sebarang laporan atau kajian terperinci berkenaan perkara itu. Ini adalah persepsi orang ramai," jelas Dr Syed Husin. Dr Syed Husin berkata, sekiranya benar wujud unsur sabotaj dan khianat untuk mendatangkan kecederaan terhadap Anwar, ia adalah satu kaedah politik yang sangat kotor. "Ketika kita diikat, padang permainan yang tidak rata, media tidak seimbang, mahkamah yang tidak profesional, kita diserang. Kemudian, apakah mereka sudah kehabisan hujah, sampai sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti ini?," ujarnya. | ||
Kenaikan Harga Gula Umpama Pisau Dileher Rakyat Posted: 11 May 2011 03:21 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima
REMBAU : Pengumuman kenaikan harga gula menyaksikan kerajaan pemerintah sekali lagi meletakkan pisau dileher peniaga kecil dan rakyat marhaen. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata hanya kerana mahu menjimatkan pemberian subsidi gula sebanyak RM116.6 juta, kerajaan pemerintah seolah- olah menutup mata kepada segala perit jerih yang membelit rakyat bawahan. Hakikatnya, berbilion ringgit boleh dijimatkan jika tiada ketirisan kewangan, rasuah dan pengurusan harta negara yang korup. "Apalah nilai ini (RM116.6 juta) jika dibandingkan dengan kes - kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan (itu belum masuk yang belum terbongkar). "Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat," tegasnya. Berkuatkuasa semalam, harga gula meningkat menjadi RM2.30 sekilogram berbanding sebelum ini RM2.10 sekilogram. Kerajaan pemerintah beralasan terpaksa menaikkan harga barangan asas tersebut kononnya kerajaan tidak lagi berdaya untuk melindungi rakyat. "Peniaga kecil pasti akan terhimpit dengan kenaikan harga gula dan jika mereka menaikkan harga, mereka terpaksa berdepan tindakan saman dari kerajaan persekutuan yang akhirnya menguntungkan kerajaan dengan berjaya mengutip duit saman," katanya lagi. Badrul Hisham berkata, kerajaan persekutuan bertindak melalikan rakyat dengan menggunakan istilah 'merasionalisasikan' subsidi secara berperingkat. Kerajaan juga bingkas membandingkan harga subsidi dinegara ini dengan negara jiran. "Seperti biasa teknik yang sama 'membodohkan rakyat' ialah dengan membandingkan dengan negara jiran," ujar Badru Hisham. Ulasan yang selalu diterima adalah, walaupun kerajaan menaikkan harga, namun harga di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, seiring dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Tatkala itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas. Industri gula ini telah menjadi industri yang dimonopoli oleh kelompok kroni tertentu yang punya kaitan dengan kerajaan persekutuan. Sehubungan itu, Badrul Hisham mendesak agar industri gula ini dibuka dari dimonopoli kelompok tertentu dan diagihkan kepada mereka yang layak. "Industri gula telah dimonopoli oleh kelompok kroni tertentu. SAMM mendesak agar industri gula ini dibuka dari dimonopoli tertentu, yang walau apa pun berlaku mereka tetap kaya dan untung," katanya lagi. | ||
Shamsul : Najib Tak Perlu "Melatah" Istilah Pandi Kutty Posted: 11 May 2011 03:20 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya bersikap lebih rasional dan profesional sebelum mempercayai mana-mana laporan media sebelum memberikan sebarang reaksi berhubung laporan yang dibuat. | ||
Harga RON95 Dijangka Kekal Sehingga Pilihan Raya Posted: 11 May 2011 03:18 AM PDT MALAYSIA KINI KUALA LUMPUR : Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum. | ||
KM : Hisham Harus Paksa Utusan Tarik Balik Laporan Posted: 11 May 2011 03:00 AM PDT Ditulis oleh ZeanaAima
PULAU PINANG : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Kementerian Dalam Negeri memaksa Utusan Malaysia menarik balik laporan mengenai dakwaan konspirasi DAP- Kristian serta membuat permohonan maaf. Guan Eng berkata, mesyuarat mingguan exco negeri hari ini memutuskan untuk menghantar aduan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menggesanya mengambil tindakan tegas terhadap akhbar milik Umno itu berhubung laporan muka depan tersebut pada 7 Mei lalu. Surat tersebut telah difaks kepada Hishammuddin di Putrajaya hari ini. Menurut Lim, laporan kontroversi itu telah terbukti palsu ekoran pengakuan dua ADUN Umno Pulau Pinang yang mereka tidak percaya ianya benar. Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad - memberitahu demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, walaupun mengakui Umno mempunyai pegangan besar dalam akhbar tersebut. "Mereka berdua merupakan dua pemimpin Umno yang pertama menyatakan mereka tidak percaya kebenaran laporan tersebut, dan bahawa ia adalah berita palsu," Lim berkata pada sidang akhbar di Komtar hari ini.-malaysiakini | ||
80 ribu tong sisa thorium belum ditanam Posted: 11 May 2011 02:57 AM PDT Mungkin ramai yang menganggap bahawa penduduk Bukit Merah telah bebas dari ancaman radioaktif berikutan penutupan loji pemprosesan nadir bumi, namun pada hakikatnya, terdapat 80,000 tong sisa buangan nadir bumi yang merbahaya tetapi masih belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya. Kes Bukit Merah memperlihatkan kita bahawa pengurusan sisa radioaktif adalah satu projek yang menelan kos yang tinggi, malah mengakibatkan pencemaran alam - satu pelaburan yang mungkin lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat (gambar kanan) memberitahu MerdekaReview, tapak pembuangan sisa radioaktif pertama yang terletak di Keledang Hill adalah untuk menanam kemudahan, perkakas kilang Asian Rare Earth dan sebagainya, namun sisa buangan radioaktif yang paling merbahaya hanya disimpan dalam tong besi, ditempatkan sementara di kawasan yang berhampiran dengan tapak pembuangan. Hew Yoon Tat menjelaskan, tapak pembuangan sisa radioaktif kedua yang dijadualkan siap dibina pada tahun 2006 oleh Asian Rare Earth Sdn Bhd adalah untuk menanam sisa buangan ini di bawah tanah, namun ditundakan kerana masalah teknikal. Menurut laporan The Star pada 13 Jun 2010, pembinaan tapak pembuangan sisa toksik kedua ini dimulakan sejak Januari 2010, malah New York Times pada 8 Mac tahun ini melaporkan bahawa 80,000 tong sisa buangan ini akan dipindah ke tapak pembuangan pada "musim panas tahun ini". Menurut Hew Yoon Tat, tempoh waranti selama dua tahun diberikan selepas tapak pembuangan sisa ini siap dibina; dan kerja pengendaliannya akan diambil alih kerajaaan negeri Perak selepas tamatnya dua tahun ini. MerdekaReview telah menghubungi syarikat Asian Rare Earth, dan pihaknya menyerah kepada bahagian perhubungan awam syarikatnya untuk menjawab soalan wartawan. Pihaknya mengesahkan laporan New York Times, malah memaklumkan bahawa sisa buangan thorium itu akan dipindahkan ke tapak pembuangan kedua pada Julai atau Ogos, dengan pemantauan wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Beliau menambah, keseluruhan proses pembersihan ini dijangka siap antara tahun 2013 hingga 2014. Wartawan MerdekaReview cuba memerhati di kawasan tersebut, namun dihalang ketika cuba mengambil gambar di situ. Oleh itu, wartawan hanya boleh menangkap gambar luaran tapak itu dari jarak jauh. Tempat yang hanya tiga kilometer jauhnya dari Papan, mempunyai pemandangan yang indah, dengan tasik ikan, rumpun, sungai malah kambing dan lembu. Asian Rare Earth yang 35% sahamnya dimiliki Mitsubishi Chemical Holdings telah menutup kilangnya pada 30 April 1994. Namun, 17 tahun kemudian, pembersihan sisa thorium masih belum disiapkan, malah kerja yang paling menyulitkan sedang menunggu di depan. Pihak kilang telah menanam bahan radioaktif yang muatannya 11 ribu truk, termasuk bumbung dan batu-batan kilang, ke dalam tanah yang 25 kaki dalamnya, setelah kilang itu ditutup. Tapak pembuangan sisa toksik ini terletak di hutan simpanan Keledang Hill. Menurut laporan New York Times pada 8 Mac, salah satu kontraktor Asian Rare Earth, Penasihat GeoSyntec, Anthony Goh berkata, jurutera meratakan sebuah bukit yang jaraknya tiga batu di dalam hutan, kemudian menanam bahan beradioaktif ke pusat bukit itu, dan seterusnya ditutup dengan 20 kaki tanah dan granit. Namun demikian, Asian Rare Earth pada ketika itu hanya memasukkan sisa thorium yang beradioaktif ke dalam 80,000 tong besi, dan disimpan di sebelah tapak pembuangan sisa tanpa ditanam ke dalam tanah. Dengan kata lain, penduduk tempatan di sekitarnya masih terdedah kepada ancaman pancaran radioaktif. Hew Yoon Tat yang menyaksikan sendiri bagaimana sisa radioaktif ini dikendalikan ketika itu berkata, sisa thorium seharusnya disimpan dalam tong keluli, namun pihak kilang hanya menyimpan dalam tong besi "second hand" (terpakai) untuk menjimatkan kos. Beliau berkata tong besi terpakai itu tidak tahan lama, dan bimbang telah rosak setelah sekian lama. Tan Ka Kheng yang kini mengajar di kolej swasta, ketika dihubungi MerdekaReview berkata, "Keradioaktifan sisa thorium adalah tinggi. Pada ketika itu, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mendapati kadar radioaktif di tempat simpanan sisa buangan mencecah paras 79,000 mRad, iaitu 790 kali ganda lebih tinggi daripada radioaktif alam persekitaran. Saya tidak faham mengapa 80,000 tong ini tidak didahulukan pengendaliannya." Menurut laporan New York Times, kerja pembersihan yang paling sulit bakal dijalankan pada "musim panas" ini, dan Asian Rare Earth akan menggunakan robot dan petugas yang dibekalkan kemudahan keselamatan untuk mengeluarkan 80,000 tong sisa buangan toksik ini, dan ditanamkan ke dalam tapak pembuangan setelah dibaur dengan simen dan kapur. Mahathir mendakwa ia amat merbahaya Pengendalian sisa buangan Asian Rare Earth tidak mendapat perhatian untuk sekian lama ini. Malah Tan Ka Kheng yang pernah terlibat dalam perjuangan anti-radioaktif bersama penduduk Bukit Merah tidak menguasai maklumat mengenainya. Sehingga Mei 2010, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa masih terdapat "jumlah kecil buangan nuklear" di negeri Perak, barulah The Star melaporkan bahawa masih terdapat 80,000 tong sisa buangan radioaktif yang belum dipindahkan ke tapak pembuangan kekal. Bagaimanapun, Mahathir (gambar kiri) mendakwa bahawa dirinya tidak tahu di manakah tempat sisa buangan tersebut ditanam, "Mungkin ia rahsia rasmi negara, tapi saya pasti kita telah menanamkan bahan ini." Padahal, maklumat Mahathir silap. Laporan The Star pada 13 Jun 2010 mendedahkan bahawa akhbarnya mendapati 80,000 tong sisa buangan ini belum "ditanam ke dasar tanah" sebagaimana yang dikatakan Mahathir. Kebimbangan penduduk Papan Dalam isu Bukit Merah ini, kerajaan dan pihak kilang tidak telus ketika mendedahkan maklumat yang berkenaan. Penduduk yang berhak untuk mengakses kepada maklumat itu tidak dimaklumkan. Lawatan wartawan MerdekaReview ke Papan mendapati penduduk tempatan masih diselubungi kebimbangan. Ketua Kampung Papan Kuan Yuk Lee, 68, memberitahu bahawa terdapat sebatang sungai di tapak pembuangan sisa radioaktif, dan sungai tersebut mengalir ke Kampung Baru Papan. Seandainya berlaku kebocoran, maka kesihatan penduduk Papan akan terancam. Kuan Yuk Lee juga Ketua MCA Cawangan Papan, mendakwa bahawa pihak berkenaan tidak melaporkan maklumat terperinci kepada penduduk kampung. Ketika ditanya sama ada beliau pergi ke kawasan tersebut untuk menjenguk keadaan sebenarnya, Kuan menjawab, "Dia (pihak pengurusan) tak bagi masuk!" Banyak rumah di kampung Papan yang ditinggalkan usang begitu sahaja, kata Kuan Yuk Lee (gambar kiri). Kini, terdapat kira-kira 100 keluarga di Kampung Baru Papan, dengan jumlah penghuni beberapa ratus orang, yang kebanyakannya warga emas. Isterinya, Chan Swee Yong turut gelisah sisa toksik itu dibawa angin ke tempat mereka. Pada hemat Tan Ka Kheng, Asian Rare Earth atau badan pemantau seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) perlu mendedahkan indeks pancaran radioaktif di situ, memandangkan pengendalian sisa buangan ini membawa kesan terhadap kesihatan penduduk. Malah di China, mereka akan mengumumkan indeks buangan air dari kilang setiap bulan, dan jelas Malaysia telah ketinggalan dalam hal ini, kata Tan Ka Kheng. Selain itu, Tan Ka Kheng berkata, "Menteri Besar Perak pernah berkata, 'Asian Rare Earth adalah syarikat swasta, dan bertanggungjawab kepada AELB. Maka maklumat itu tidak perlu diumumkan'. Tapi, jikalau tapak pembuangan sisa radioaktif itu selamat, mengapa takut diumumkan?" Beliau menambah, ini pentingnya Akta Kebebasan Maklumat, agar rakyat boleh mengakses maklumat-maklumat sebegini. Perjuangan penduduk Papan Hew Yoon Tat mengisahkan perjuangan anti-radioaktif yang dimulakan penduduk Kampung Papan pada tahun 1983, dan kemudian merangsang penduduk di kawasan berhampiran seperti Bukit Merah untuk menyertai perjuangan tersebut. Penduduk Papan mengundang pakar dari Britain dan Jepun untuk membuat kaji selidik di tempat mereka, dan berjaya mendesak agar Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Musa Hitam untuk mengumumkan agar tapak baru dicari untuk pembuangan sisa pada tahun 1984. Pada tahun 1986, kerajaan mengumumkan pembinaan tapak pembuangan sisa di Keledang Hill, namun pembinaannya hanya bermula pada 1989, siap pada tahun 1990 dan dipindahkan sisa itu ke situ pada tahun 1991. Menurut keratan akhbar pada ketika itu, lapan orang penduduk Bukit Merah membawa kes ini ke mahkamah pada 1 Februari 1985 untuk memohon agar Asian Rare Earth dihalang untuk terus beroperasi. Pada 14 Oktober 1985, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan penduduk. Namun demikian, pada Disember 1986, AELB yang belum genap setahun ditubuhkan, meluluskan lesen kepada Asian Rare Earth, dan kilang ini kembali beroperasi pada Februari 1987. Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) menganjurkan demonstrasi 20,000 orang pada 12 April 1987. Pada 11 Julai 1992, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah agar kilang ditutup,dan penduduk menyambut kemenangan perjuangan ini. Bagaimanapun, Mahkamah Agung menolak penghakiman Mahkamah Tinggi Ipoh pada 22 Disember 1993, dan Asian Rare Earth mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi. Namun, tekanan kerajaan Jepun dan masyarakat sivil di Malaysia akhirnya memaksa kilang ini untuk berhenti pada 30 April 1994. Baca: Sisa radioaktif masih bertaburan di Bukit Merah *Chan Wei See ialah Pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. Gambar-gambar lama di atas diambil daripada Hew Yoon Tat. | ||
Tutup cerita, PM Kristian tak mungkin: PERKASA Posted: 11 May 2011 12:08 AM PDT Salhan K Ahmad Timbalan presidennya Datuk Abdul Rahman Abu Bakar memberi alasan, keselamatan negara pada waktu ini bergantung kepada sentimen di kalangan orang Melayu. "Betul, kita faham dengan perlembagaan. Pelantikan (perdana menteri) hendaklah dilakukan apabila salah satu pemimpin parti yang mendapat kerusi majoriti dalam parlimen dipilih dalam parlimen, itu diakui. "Tapi (perdana menteri Kristian) tidak mungkin berlaku kerana keselamatan negara ini bergantung kepada orang Melayu. "Kalau Melayu rasa terancam, rasa tergugat, tidak ada keselamatan dan tidak akan ada ketenteraman," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri perusahaan perladangan dan komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang berkata, perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri. Isu pelantikan perdana menteri dari kalangan penganut Kristian itu timbul berikutan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu berhubung dakwaan bahawa pemimpin agama itu berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara Laporan akhbar itu adalah berdasarkan tulisan di blog Zakhir bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan. Zakhir dalam satu lagi tulisannya pada Ahad pula sekadar menimbulkan persoalan sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku manakala Ooi dan juga pemimpin gereja pula menafikan dakwaan yang dilaporkan itu. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata isu 'konspirasi Kristian' itu sepatutnya "dikira tutup" sekiranya ia sebenarnya tidak timbul. "Kalau tak ada dibincangkan, kita tak perlulah timbulkan. Perkara ini dikira tutuplah. "Realitinya, ini negara Melayu, negara tumpah darah orang Melayu. Kalau orang Melayu sendiri rasa tidak aman, macam mana hendak ada kestabilan sedangkan orang Melayu yang membentuk majoriti," katanya lagi. | ||
Psikiatri: Teoh dalam kumpulan berisiko rendah Posted: 11 May 2011 12:07 AM PDT S Pathmawathy Menurut laporan oleh Dr Paul E Mullen, yang dikemukakan kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, mangsa diklasifikan sebagai "kumpulan berisiko rendah". Mullen, seorang profesor psikiatri forensik di Universiti Monash, Melbourne, Australia, dibawa oleh Majlis Peguam bagi menentukan ciri-ciri keperibadian Teoh dan keadaan mindanya bagi membantu RCI menyiasat punca dan faktor-faktor yang menyuumbang kepada kematiannya. "Soalan kepada mereka yang diwawancara menunjukkan Teoh seorang yang teratur, kemas dan menpunyai kecederungan untuk menjadi sempurna. "Tiada bukti yang dijumpai bagi menunjukkan mangsa mengalami perasaan pilu atau sedih keterlaluan atau juga ketegangan yang luar biasa. "Personaliti Teoh dan kelakuannya tidak menunjukkan sebarang cadangan bahawa beliau mempunyai risiko untuk membunuh diri. "Justeru, pendapat saya, Teoh Beng Hock jelas dalam kumpulan berisiko rendah untuk bunuh diri apabila beliau dibawa dalam tahanan SPRM," kata Mullen. Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga mendapatkan pendapat sendiri dengan melantik perunding psikiatri forensik Dr Badi'ah Yahya dan psikiatri komuniti Dr Nor Hayati Ali. Badi'ah iberkhidmat di Hospital Permai di Johor manakala Nor Hayati adalah dari Hospital Selayang, Selangor. Kedua-dua Badi'ah dan Nor Hayati dalam laporan mereka tidak memberikan kesimpulan yang menyeluruh. "Pada pendapat kami, Teoh mempunyai risiko untuk membunuh diri dan faktor melindungi dirinya yang mengurangkan risikonya bagi berbuat demikian," kata mereka. Teoh dibawa ke ibu pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam Shah Alam pada 15 Julai 2009 untuk disoal-siasat berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah. Beliau dijumpai mati pada koridor tingkat kelima bangunan yang sama pada keesokan harinya. Keterangan oleh pegawai kanan SPRM semasa prosiding telah melepaskan Ean Yong daripada sebarang kesalahan.Suruhanjaya yang bersidang sejak 14 Februari lalu, berakhir hari ini selepas saksi ke-70, iaitu Dr Ba'diah selesai memberi keterangannya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan