DIALOG RAKYAT |
- Malaysia Kristian? Alahai, Sekarang Pun Malaysia Bukan Negara Islam...
- Yayasan Amal Malaysia : Satu Dekad Mencurah Bakti
- KULIT KHINZIR LEBIH BAIK DISENTUH DARIPADA AKHBAR INI
- UMNO punya pasal, tanah tergadai
- Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor
- Hindraf nafi tuntut pemansuhan sekolah dan institusi agama
- Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia
- Pendedahan pertemuan paderi diserah ke SKMM
- Apabila Utusan menggugah keharmonian negara
- Banglo empat tingkat Tengku Adnan terbakar
- Biskop: Laporan Utusan tiup kebencian kepada Kristian
- Bahasa dalam iklan perlu kelulusan DBP, PBT
- PAS: Utusan makin melampau
- Politik Selatan Johor berubah selepas p'raya Singapura
- Utusan makin melampau
- Persiapan PRU 13 agenda penting muktamar
- Anak muda, Jom Ubah
- Perkasa buat laporan polis di seluruh negara
- White House edar lima klip video koleksi Osama
- NGO Islam: Kristian agresif ancam Muslim Malaysia
- Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu
- Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan bahaya, kata Guan Eng
- Singapura: PAP kekal kuasa, Parti Pekerja cipta sejarah
- Kristian-Islam: Dakwaan Utusan spekulasi amat tak tanggungjawab, kata Pemuda PAS
Malaysia Kristian? Alahai, Sekarang Pun Malaysia Bukan Negara Islam... Posted: 08 May 2011 03:14 AM PDT Analisis Isu Oleh: mazwandi Hamba tidak mahu bercerita tentang Utusan yang tidak waras berkenaan fitnah Malaysia akan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, sebab nama pun fitnah, buat apa kita cerita pasal cerita yang tiada. Apa yang hamba hendak ceritakan disini ialah sebenarnya Malaysia ini pun bukanlah negara yang agama rasminya Islam. Islam hanya sebagai agama persekutuan di Malaysia. Apa pula maksud agama persekutuan di Malaysia? Bermaksud Islam tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dipinda dalam Perlembagaan Malaysia. Manusia di Malaysia perlu faham, Islam adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia, yang bermaksud Perlembagaan Malaysia yang dicipta penjajah dahulu yang kemudian diluluskan oleh umno dan sekutunya adalah lebih tinggi dari Islam.. Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut; "Perlembagaan adalah undang-undang utama Persekutuan, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengannya hendaklah terbatal setakat ia berlawanan itu." Jarum penjajah masih lagi kekal di Malaysia dengan terwujudnya Perlembagaan sebegini rupa. Ianya diwujud untuk memastikan bahawa Islam yang terwujud di Malaysia ini hanya disempitkan dengan kewujudan undang-undang syariah yang lemah dan tertakluk kepada Perlembagaan. Bukannya tertakluk kepada sumber tunggal Islam, iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Qias Ulama.. Maka, apa yang ada kepada Islam didalam negara Malaysia ini? Apa yang hendak dibanggakan sangat oleh umno, perkasa dan perhebat berkenaan Islam yang sungguh tidak berkuasa di negara Malaysia ini? Islam di Malaysia adalah sangat lemah dan tidak dikukuhkan dengan sesuatu yang solid didalam pentadbiran dan juga dari segi undang-undang di Malaysia.. Jika perzinaan berlaku, apa yang boleh Islam di Malaysia lakukan terhadap pesalah yang berzina itu? Denda berapa ribu RM sahaja. Esok pelaku zina akan berzina lagi. Isu arak, apa yang Islam di Malaysia boleh lakukan? Tangkap dan bayar denda tidak seberapa dan kemudian esok boleh minum arak lagi. Apa pula kes dengan judi? Berjudilah kamu sepuas-puasnya sehingga kamu masuk ke lubang neraka?. Jika seseorang manusia Islam, tiba-tiba dimurtadkan, hanya kerana bernikah dengan kekasihnya yang bukan beragama Islam, maka apakah kuasa yang ada didalam negara Malaysia untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan kuasa undang-undang yang ada di Malaysia sekarang? Adakah undang-undang yang solid untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Jawapannya tiada!. Kerana apa? Kerana enakmen murtad masih belum ada di Malaysia. Mengapa masih tiada? Kerana ianya mesti diluluskan di Parlimen dan jika dilulus pun, namun jika tidak mengikut semangat Perlembagaan, maka enakmen itu akan digugurkan secara automatik.. Pelik bukan, satu suruhan oleh Allah SWT, yang jelas dari As-Sunnah, perlu diluluskan oleh segerombolan manusia yang dipilih dalam pilihanraya kemudian mestilah mengikut kepada Perlembagaan yang dibuat oleh sekumpulan manusia yang bukan beragama Islam pun! Apa kes ini?. Selagi umat Melayu masih berfikiran umno kolot dengan menganggap terwujudnya masjid, maka Islamlah negara itu, dengan bebas bersolat, berwirid dan merayakan hari kebesaran Islam, maka Islamlah negara Malaysia ini, maka selagi itulah Islam akan hanya menjadi bahan kosmestik didalam pentadbiran negara Malaysia. Digunakan hanya bila diperlukan dan dibuang jauh-jauh jika tidak diperlukan.. Malaysia adalah sebuah negara neo-sekular, bukannya negara Islam. Jika menuduh Malaysia adalah negara sekular, maka ianya adalah tuduhan yang agak berat dan sedikit tersasar. Namun apakah neo-sekular dan apakah juga sekular itu.. Maksud sekular adalah sebuah negara yang ditadbir dengan memisahkan secara total antara pemerintah dengan agama. Dunia untuk pemerintah dan akhirat untuk agama. Ianya sebuah doktrin pemisahan Gereja didalam pentadbiran negara orang Kristian.. Manakala maksud neo-sekular pula ialah, terdapat pemisahan antara pentadbiran negara dengan agama, tetapi ada diselit dengan perkara-perkara agama yang ringan didalam pentadbiran itu. Ianya banyak berlaku didalam negara umat Islam. Contoh terbaik di Malaysia. Salah satu caranya ialah pentadbiran berlandas Perlembagaan dipisahkan sedikit dengan pentadbiran berlandas syariat. Contohnya Mahkamah Syariah untuk orang Islam diwujudkan tetapi mempunyai bidang kuasa yang kecil dan masih dibawah takluk Perlembagaan Malaysia.. Maka, apalah yang hendak dikecoh-kecohkan sangat berkenaan cerita Kristian hendak menjadi agama rasmi Malaysia. Ianya hanya penipuan politik oleh umno yang mengamalkan politik secara tindakan yang menghalalkan cara untuk mencapai tujuan walau ianya sah haram dan menipu. Sedarlah umat Islam di Malaysia, agama rasmi di Malaysia sekarang adalah Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang tidak menganuti agama Perlembagaan Malaysia ini, maka hukumnya adalah tali gantung.. Oleh itu, janganlah puak-puak umno hendak bermain politik jahat dengan mempergunakan agama sebagai medium untuk memecah belahkan rakyat Malaysia. Kerana kamulah bapak segala kejahatan yang berada di Malaysia ini kerana penipuan dan sekongkolan kamu dengan pihak penjajah untuk mengecilkan peranan Islam didalam pentadbiran negara Malaysia.. Dimanakah pula suara Zulkifli Noordin didalam hal ini, hamba masih teringat usul beliau didalam Parlimen pada tahun 2009 dahulu. Sila baca disini, harap PAS pula akan terus membawakan usul ini di Parlimen. Layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/" | ||
Yayasan Amal Malaysia : Satu Dekad Mencurah Bakti Posted: 08 May 2011 03:13 AM PDT MSO DIAM tidak diam Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) telah berusia 10 tahun. Dalam waktu satu dekad itu yayasan ini telah melangkaui hampir seluruh benua dalam mencurahkan khidmat bakti membantu mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukannya. Tanpa riuh randah dan hebahan Amal Malaysia selalu membawa delegasi dan misi ke serata lokasi di mana saja manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan kemanusiaan. Berbunyi saja loceng kecemas tidak kira di mana saja, delegasi Amal Malaysia akan bergegas dengan penuh kesedaran dan keinsafan atas amanah bergerak untuk memberi bantuan. Para sukarelawaannya akan sedia meninggalkan orang tersayang di rumah demi menyelamatkan makhluk sesama insan. Dalam tempoh itu Amal Malaysia telah mengibarkan bendera kemanusiaan Malaysia ke nun jauh di timur di Kwan Yen Cina, timur Kharton dan Kassala di Shara, Afrika. Pengembaraan Amal Malaysia ini bukan saja berhenti di situ, mereka sedang membuat persiapan untuk menghantar misi kemanusiaan jauh ke Timur, di Jepun dan jauh ke Barat di Benghaji di Tripoli Libya tidak lama lagi. Paling merujakan kadang kala ketibaan para sukarelawan Amal Malaysia ini di lokasi-lokasi di mana manusia memerlukan bantuan medahului dari Ngo-Ngo yang lebih besar dan bertenaga dari mereka. Inilah kepantasan dan semangat yang ada kepada sukarelawan Amal Malaysia ini. Mereka bergerak tanpa mengira sempadan dunia dan memberi bantuan tanpa melihat warna kulit, agama dan fahaman politik. Bagi mereka sesiapa juga asalkan manusia perlu dibantu. Saya sendiri penah dua kali terserempak dengan delegasi yayasan ini. Pertama sewaktu berlakunya tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan ketika gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia dua tahun kemudian. Semasa di Yogjarkata saya sungguh kagum melihat penglibatan para delegasinya. Mereka bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan seperti makan dan minum serta pakaian tetapi juga turut membawa paramedic dan beberapa orang doktor membantu memberi rawatan kepada mangsa. Mereka juga membantu memasang khemah perlindungan sementara dan sanggup berembun dan berhujan dengan mangsa gempa bumi. Demikian juga penglibatan mereka di Aceh. Bantuan mereka bukan saja terhenti selepas beberapa tahun selepas tsunami itu tetapi batuan kemanusiaan itu berterusan sampai kini. Amal Malaysia masih meberi peduli kepada nasib rakyat Aceh yang membutuhkan bantuan ekoran tragedi berkenaan. Untuk itu yayasan ini juga telah membangunkan sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim di mana seluruh kos perbelanjaannya ditanggung atau diusahakan oleh yayasan berkenaan. Seperti dikatakan tadi penglibatan Amalan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan bukan saja terhadap di rantau Asia sahaja, tetapi seluruh dunia. Di mana saja ada bencana dan kecelakaan alam, di mana saja ada manusia yang menangis dan merintih memerlukan bantuan, yayasan ini dengan segala kudratnya akan bergegas, melaksanakan misi tanggungjawab dan amal mereka seperti mana dituntut oleh agama - beramal kerana Allah. Sesuatu yang paling manis buat yayasan ini, rombongan mereka juga turut sama terlibat dalam membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza bersama kapal Mavi Marvara yang ditahan oleh Isreal. Orang kuat yayasan ini sendiri Jamaludin Elias hampir-hampir kehilangan nyawa apabila kapal dinaiki itu ditahan dan ditembak oleh askar Israel serta menyaksi sendiri akan kekejaman Israel dalam menindas rakyat Palaestin. Pagi tadi telah berlangusng mesyuarat agung perwakikan dwi tahunan yayasan berkenaan bertempat di Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Bangi Selangor. Sesungguhnya kalau saya tidak hadir ke mesyuarat berkenaan saya tidak tahu akan keupayaan dan juga segala aktiviti yayasan ini. Terkejut juga saya kerana Amal Malaysia disokong bukan saja oleh pelbagai glongan profesional tetapi turut sama disokong oleh beberapa wakil rakyat, antaranya Dr Rani Othman, Dr Halimah Ali Abdullah, Mohd Zaki Ibrahim, Shafei Salleh, bekas Ahli Parlimen Jeli, Apndai Mohamad dan lain-lain. Lebih 200 orang perwakilan dari seluruh negara hadir pada mesyuarat pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang juga penasihat yayasan berkenaan. Penglibatan Khalid dalam Amal Malaysia ini tidak ramai yang mengetahuinya, di mana beliau dilantik menjadi penasihat sebelum beliau jadi Menteri Besar Selangor lagi. Segala macam aktiviti yayasan dan penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan dipapar dalam mini pameran kecil di perkarangan pusat dakwah berkenaan sempena mesyuarat itu. Dari situ menyerlahkan akan peranan yayasan ini sebenar, bessar dan mereka bekerja memberi bantuan kebajikan seolah tidak mahu diketahui orang sesuai dengan marfum sebuah hadith mengatakan, kalau kita hendak melakukan kebaikan biarlah secara diam umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu. Ternyata aspirasi yayasan ini bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang melarat ditindas, tetapi yayasan ini juga turut berperanan lebih luas dari itu memainkan peranan sebagai badan dakwah. Amal Malaysia juga telah mengagaskan sebuah pusat dakwah guna menyediakan kader yang akan membawa risalah Allah ke seluruh alam. Tanpa sesiapa sedari, pusat dakwah berkenaan telah pun wujud dan kini kumpulan pertama sudah pun bermula. Kumpulan pertama ini terdiri dari saudara baru yang berasal di pedalaman Sabah dan Sarawak. Pasukan pelajar petama akan berakhir pada bulan Ogos depan dan kumpulan kedua akan mulai masuk September depan. Begitu mengkagumkan selain daripada pelajar ini dilengkap dengan asas-asas dakwah tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu untuk mengurus diri berupa asas-asas dalam bidang pertanian. Sesuai dengan kemajuan yang dicapainya Yayasan Amal Malaysia ini berhasrat untuk memperluaskan bidang pengajian ini dengan waktu ini sedang mengagaskan untuk menubuhkan sebuah bangunan sendiri bagi dijadikan pusat dakwah bekenaan. Tanah seluas empat ekar sudah pun diperolehi dan pembinaan kompeleks bernilai RM10 juta akan bermula bila-bila masa saja. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yayasan Amal Malaysia | ||
KULIT KHINZIR LEBIH BAIK DISENTUH DARIPADA AKHBAR INI Posted: 08 May 2011 03:06 AM PDT BARU sekarang saya tahu mengapa sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini. Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang disiarkan di dalam Malaysiakini berkenaan isu sensitif ini. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis. Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa. Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu. Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini. Saya tidak akan merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya saya akan menyentuh kulit Khinzir./ wfauzdin.blogspot.com | ||
UMNO punya pasal, tanah tergadai Posted: 08 May 2011 02:56 AM PDT PASPB Tanah itu dicagarkan kepada bank untuk tujuan perbelanjaan membina pejabat Umno Bahagian Pendang, 30 tahun lalu. Ahli Umno terbabit, Mohamad Said Awang Kechik berkata, tiada pemimpin Umno tampil menyelesaikan baki pinjaman overdraf yang ditanggungnya sehingga salah seorang rakan perniagaan, Yahya Abu membuat pembayaran RM15,346 kepada bank pada 19 September 1995 untuk mengelakkan dua tanah itu dilelong. Bagaimanapun, beliau sekali lagi diarah menjelaskan pembayaran semula pinjaman sebanyak RM25,000 oleh bank melalui perintah mahkamah pada Mei 1997 untuk mengelakkan tanah itu dilelong. "Sebagai tindakan susulan, kami memutuskan berjumpa dengan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Dr Afifuddin Omar yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan memohon beliau membuat permohonan pelupusan baki dan caj faedah pinjaman mencecah lebih RM100,000 ketika itu. "Dr Affifuddin memberi respons dan membuat permohonan pelupusan baki pinjaman overdraf itu kepada bank melalui surat bertarikh 1 Ogos 1997, bagaimanapun tiada jawapan balas dikemukakan bank," katanya. Mohamad Said mendakwa, beberapa kali berjumpa dengan pihak Umno Bahagian, termasuk Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rozai Shafian tetapi tidak mendapatkan kerjasama sewajarnya. "Saya mendesak Umno negeri segera menjelaskan tuntutan dan sekiranya tidak diberi perhatian, kami sekeluarga akan membawa tikar dan bantal untuk ke pejabat Umno yang dibina menggunakan wang kami," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dekat sini yang dihadiri puluhan media arus perdana termasuk RTM namun hanya sebuah akhbar sahaja yang melaporkan isu tersebut. Selain itu beberapa ahli Umno yang hadir turut melahirkan kekecewaan sehingga mengungkap 'Umno buat kami macam paria' ketika sidang media tersebut. Ujar mereka, pada 1979 ahli-ahli Umno sanggup meminjam duit daripada bank untuk menyiapkan bangunan Umno Bahagian Pendang. "Ahli-ahli Umno tersebut pinjamkan duit kepada Umno Bahagian, bukan sikit RM15,000. Malangnya bila siap bangunan itu, Umno bahagian tak mahu bayar balik dekat depa sampai la ni. "Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa Umno negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan. "Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" luah mereka. | ||
Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor Posted: 08 May 2011 02:49 AM PDT KELAB GREENBOC Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair' Oleh Aspan Alias Dato Seri Najib berkata yang UMNO akan melakukan segala-galanya dan apa jua caranya untuk menawan kembali negeri Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya maksud 'at all costs' yang disebut oleh PM Najib itu. Adakah PM Najib memberi isyarat yang cara yang dikatakannya itu tidak dibatasi oleh undang-undang dan etika demokrasi? Saya menjawab, "manalah saya tahu. Takkan orang pencen yang duduk di rumah sahaja boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Najib bagi UMNO kembali ke Selangor untuk memerintah". Kalau dikira dari sudut matematiknya UMNO amat sukar untuk mendapatkan kembali negeri terkaya itu. Kita perlu mengkaji sebab yang menyebabkan UMNO Selangor itu rebah semasa pilihanraya yang lalu. Selangor memang sebelum ini merupakan kubu kuat BN khususnya UMNO dan tidak siapa pun terfikir yang UMNO akan mengalami kekalahan dalam mana-mana pilihanraya. Dalam keadaan itu sekali pun kita telah menyaksikan UMNO tumpas dalam pilihanraya 2008 yang lalu dan hilang kuasa mentadbir negeri itu di tangan Pakatan Rakyat. Selalunya jika sesebuah parti memerintah kerajaan negeri, parti pemerintah itu susah untuk digulingkan kerana 'networking' yang terbina itu akan menjadi mantap dari masa kesemasa. Kerajaan negeri selalunya akan menguasai pengaruh pemikiran rakyat di setiap kampong melalui JKKK yang merupakan struktor pentadbiran yang terendah di dalam sistem kerajaan kita. Tentunya rakyat yang kesemuanya ditadbir oleh JKKK ini akan menerima segala bentuk bantuan pembangunan kerajaan negeri kerana JKKK inilah saluran bantuan kepada rakyat akan disampaikan oleh kerajaan negeri. Mahu tidak mahu kerajaan negeri Selangor telah menunjukan prestasi yang agak lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang terdahulu. Jika kita lupakan isu politik partisan, maksud saya lupakan bab UMNO atau PR, Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar yang lebih berdedikasi dari MB-MB yang terdahulu. Jika kita dengar isu keburukan Khalid ia selalunya dinyanyikan oleh kumpulan politik yang bertentangan semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat. Satu perkara lagi yang menjadi perhitungan rakyat ramai ialah tentang momokan terhadap PR yang dimainkan oleh media perdana sejak berdekad-dekad dahulu yang tidak ada parti selain dari UMNO mampu memerintah sudah jelas tidak diterima rakyat lagi kerana momokan itu sudah terbukti meleset dari pandangan rakyat. Parti-parti pembangkang sekarang semua ada pengalaman memerintah sejak pilihanraya 2008 yang lalu dan nyata momokan terhadap PR sebelum ini tidak boleh lagi dijadikan isu oleh UMNO dan BN sekarang ini. Kalau ada pun isu yang dimainkan oleh UMNO terhadap kerajaan PR Selangor ia hanyalah isu-isu yang dicari dan dibelek untuk diisukan seperti orang mencari kutu dalam rambut. Segala isu-isu remeh akan ditimbulkan untuk diskredit kerajaan negeri itu khusunya terhadap MBnya sebagai cara mendapatkan kembali pentadbiran kerajaan negeri itu selepas pilihanraya yang akan datang. Yang menjadi perhatian sekarang siapa yang akan menerajui Selangor jika BN mengambil alih? Khir Toyo atau Noh Omar atau pun Mohd Zain Mohammed? Ramai berpendapat yang jika salah seorang dari nama ini dijadikan ketua untuk membawa perubahan di negeri Selangor, BN tidak akan mendapat sokongan kerana mereka bukanlah 'material' untuk membawa perubahan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin yang telah membawa masalah kepada negeri itu yang menyebabkan BN tersembam di dalam pilihanraya yang lalu. Bagaimana pula mereka pula yang hendak membawa perubahan? Jika ini lah orang-orangnya yang akan dinamakan sebagai pengganti kepada kerajaan sekarang maka adalah tidak salah jika kita anggapkan yang ia akan terhempas sebelum terbang. Rakyat sentiasa bertanya jika mereka yang telah merosakan sistem politik negeri itu bagaimana pula mereka yang kehadapan kononnya untuk memperbaiki keadaan yang dituduh sebagai tidak baik. Ada seorang rakan saya berkata, "If you want to damage the state give it to UMNO to rule, if you want to make it worse give it to UMNO to repair". UMNO, kepada rakyat khususnya rakyat Selangor telah melihat bukti yang semasa memerintah negeri itu banyak ketidak telusan pimpinan di lihat oleh rakyat maka itulah sebab yang besar kenapa rakyat memilih pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang puak ini jugalah yang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Selangor. Kita akui, didalam politik segala kemungkinan boleh berlaku tetapi kemungkinan itu tentulah beralaskan kepada situasi yang boleh diambil kira dengan tepat. Bagi Selangor kemungkinannya ada tetapi ia amat tipis selagi tidak ditentukan siapa yang akan menerajui kerajaan jika diberi mandat oleh rakyat. Selain dari itu isu nasional juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan samada Selangor mampu ditawan oleh BN. Isu video seks jelas menjadi 'counter productive' bagi BN. Rakyat menjadi mual dengan isu itu diperbesarkan dengan keterlaluan. Ini yang BN gagal untuk memahaminya. Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan. Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka. Ramai bertanya kenapalah ketiga MB ini masih berada di Pejabat Menteri Besar sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi kalau rakyat menolak nanti, rakyat dan parti pembangang juga dipersalahkan. UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu. -aspan alias Ulasan GB Di dalam UMNO, blogger-blogger sebegini biasanya akan tersisih. Dan kemudian akan di belasah secukup-cukupnya oleh blogger UMNO yang sifatnya kuat mencarut dan memfitnah. | ||
Hindraf nafi tuntut pemansuhan sekolah dan institusi agama Posted: 08 May 2011 02:44 AM PDT "Tuntutan dalam writ saman tersebut berkisar mengenai hak-hak yang sepatutnya diterima masyarakat India," kata Uthayakumar. PETALING JAYA: Aktivis Pasukan Tindakan Hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar menafikan bahawa Hindraf membuat tuntutan berkaitanpemansuhan sekolah dan institusi agama dalam writ saman yang cuba difailkan pada Ogos 31, 2007. Semalam, presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Mohd Zainul Rijal mendakwa bahawa writ saman kumpulan pendesak India tersebut membuat permohonan agar sekolah dan institusi agama dimansuhkan di Malaysia atas alasan Malaysia negara sekular. Zainul membuat dakwaan tersebut ketika menjadi ahli panelis forum Pembela yang bertajuk, "Islam Tergugat: Apa yang patut kita buat"di Pusat Islam, Kuala Lumpur. "Tuntutan dalam writ saman tersebut berkisar mengenai hak-hak yang sepatutnya diterima masyarakat India," kata Uthayakumar ketika dihubungi FMT. Beliau turut menafikan dakwaan memburukkan orang Melayu seperti yang didakwa Zainul. "Saya masih mempunyai salinan writ saman tersebut dan kami sememangnya tidak membuat tuntutan sedemikian," kata Uthayakumar. | ||
Pakatan Rakyat: Islam Agama Rasmi Malaysia Posted: 08 May 2011 02:43 AM PDT Isu agama rasmi bagi Negara ini menjadi sasaran terbaru aparat pemerintah, manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat. Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ianya merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan. Jelaslah bahawa Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ianya hanya layak menyandang gelaran "Tabloid UMNO" sesuai dengan kenyataan bahawa Parti tersebut merupakan pemegang saham sekaligus merupakan majikan mereka. Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanahair dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini. Berikut merupakan pernyataan bersama yang dibuat pada 8 September 2008 oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan turut dimuatkan didalam Buku Jingga:- KENYATAAN AKHBAR PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka. Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Sekian, terima kasih. ANWAR IBRAHIM LIM KIT SIANG HJ. ABDUL HADI AWANG | ||
Pendedahan pertemuan paderi diserah ke SKMM Posted: 08 May 2011 02:05 AM PDT BERNAMA Pendedahan dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan. "Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang hari ini. Rais, yang juga ahli parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Beliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak. Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini. | ||
Apabila Utusan menggugah keharmonian negara Posted: 08 May 2011 01:47 AM PDT Wira Arjuna Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian. Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga. Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka. Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya. Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini. Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di negara ini? Jangan melabur Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi yang akan bergolak. Penawarnya... Tamil Eelam | ||
Banglo empat tingkat Tengku Adnan terbakar Posted: 08 May 2011 01:39 AM PDT MALAYSIA KINI Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api. "Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan. "Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. "Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya. Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran. Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas. "Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. | ||
Biskop: Laporan Utusan tiup kebencian kepada Kristian Posted: 08 May 2011 01:37 AM PDT MALAYSIA KINI Presiden pertubuhan Biskop Katolik Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam berkata laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan merupakan laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. Murphy Nicholas menjelaskan, wartawan dan pengarang akhbar berkenaan tidak mengambil langkah sewajarnya bagi mengesahkan dakwaan yang dipetik daripada tulisan blog tersebut. "Jelas sekali laporan sebegini akan memberi kesan mewujudkan (keadaan) ketidakharmonian agama dan mengapi-apikan kebencian ke atas agama Kristian. "Kami menyeru kepada pihak berkuasa dan polis supaya segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi memastikan sumber kepada fitnah tersembunyi, provokatif dan berniat jahat (ini)," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, penganjur bagi pertemuan berkenaan – National Evangelical Christian Fellowship (NECF) – telah menafikan dakwaan penulis blog yang dipetik akhbar itu. "NECF seterusnya menjelaskan bahawa pertemuan itu hanya meliputi topik kepemimpinan beretika dan tidak ada agenda agenda (bersifat) penderhakaan seperti didakwa penulis blog dan laporan berita," katanya lagi. Dakwaan berkenaan dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan pertemuan itu didakwa dijalankan semalam di Pusat Kristian Katolik, Pulau Pinang manakala satu syarahan umum akan diadakan pada hari ini. | ||
Bahasa dalam iklan perlu kelulusan DBP, PBT Posted: 08 May 2011 01:37 AM PDT Para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata menerusi peraturan itu yang dilaksanakan sejak tahun lepas di bawah undang-undang kecil iklan PBT, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah mereka boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang. Beliau berkata jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan. "Ramai pengiklan yang telah memohon dan mulai tahun ini kami ada portal yang disediakan dalam laman web www.dbp.gov.my untuk memudahkan mereka (pengiklan) mengakses perkhidmatan yang disediakan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini. Mengulas mengenai kecenderungan pihak tertentu yang lebih mengutamakan bahasa asing pada papan iklan dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai, Termuzi berkata perkara seumpama itu tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata ini kerana undang-undang mengenai perkara itu sudah ada dan hanya penguatkuasaan undang-undang sahaja yang agar longgar. "DBP sudah membuat persetujuan dengan PBT untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua papan iklan, nama taman perumahan dan sebagainya. "Bukan tidak boleh gunakan (bahasa asing), pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) misalnya telah menetapkan saiz tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah 2/3 lebih besar daripada bahasa asing dan tulisan itu hendaklah lebih cerah daripada bahasa asing," katanya. Termuzi berkata PBT seharusnya memainkan peranan yang penting dan perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih serius. Sementara itu, Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan yang turut menyuarakan pendapat yang sama berkata perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku dan merupakan sesuatu yang amat dikesali. "Dalam majlis bandaran dan kerajaan tempatan ada peraturan atau akta yang mana penggunaan bahasa Melayu mesti ada pada setiap papan iklan. Saya lihat ia (penggunaan bahasa asing) sebagai kelemahan kerajaan tempatan, PBT yang tidak menguatkuasakan akta yang telah diperuntukkan," katanya. Beliau berkata tindakan tegas seharusnya dikenakan terhadap mana-mana pengiklan yang masih ingkar. Selain itu, beliau berkata bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa perpaduan kerana ia mampu menyatukan ketiga-tiga kaum utama negara, dan pada masa yang sama memantapkan modul dan kurikulum mata pelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah. | ||
Posted: 08 May 2011 01:24 AM PDT MALAYSIA KINI PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily. "Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut. "Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya. Laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam. "Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut? PAS: Islam agama rasmi "Tindakan double standard inilah yang menyebabkan media milik parti pemerintah semakin biadab dan semakin berani secara terang-terangan menyiarkan pelbagai perkara yang bercanggah dengan peraturan seperti klip seks video dan perkara-perkara perkaumanan," bidas Tuan Ibrahim. | ||
Politik Selatan Johor berubah selepas p'raya Singapura Posted: 08 May 2011 01:21 AM PDT
| ||
Posted: 08 May 2011 01:19 AM PDT
| ||
Persiapan PRU 13 agenda penting muktamar Posted: 08 May 2011 01:18 AM PDT
| ||
Posted: 08 May 2011 01:12 AM PDT
| ||
Perkasa buat laporan polis di seluruh negara Posted: 08 May 2011 01:11 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER TUMPAT– Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius. "Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan. "Jika benar seperti yang dilaporkan, Perkasa begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif," katanya dipetik Bernama. Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut itu. Di Balai Polis Kota Baru, laporan polis dibuat Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Muhammad pada pukul 2.30 petang. Beliau berkata laporan itu meminta polis membuat siasatan kerana jika benar, agenda itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara. "Perkasa Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa Islam adalah agama rasmi. Ia tidak harus dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam hal ini," katanya. Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecah-belahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan. "Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. "Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya di Kuala Klawang. | ||
White House edar lima klip video koleksi Osama Posted: 08 May 2011 01:09 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER WASHINGTON — Rakaman video yang diperoleh di rumah agam, tempat persembunyian Osama bin Laden selama lima tahun di Abbottabad, Pakistan, menunjukkan ketua rangkaian Al-Qaeda itu sendiri menonton liputan berita menerusi televisyen dan mengatur strategi operasi mereka. Lima klip terpilih yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kehidupan di rumah tersebut yang terletak di timur laut Islamabad. Osama mati ditembak oleh AS Isnin lalu. Rakaman-rakaman itu termasuklah filem-filem propaganda dan yang diambil bersama, menggambarkan Osama sebagai seorang yang obses dengan imejnya dan bagaimana dia menggambarkan dirinya kepada dunia. Seorang pegawai kanan risikan menyifatkan maklumat yang diperoleh dari rumah itu sebagai "koleksi tunggal terbesar" milik ketua rangkaian pengganas paling dikehendaki, lapor NBC News awal hari ini. Rakaman video itu diperoleh oleh pasukan elit SEAL tentera laut AS selepas Osama ditembak mati Isnin lalu. Satu pasukan petugas sedang bekerja sepanjang masa untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dari rumah tersebut dan membuat rumusan daripada pakar dari 10 agensi persekutuan. "Osama kekal sebagai seorang pemimpin yang aktif dalam Al-Qaeda, member arahan-arahan strategik, operasi dan taktikal kepada kumpulan itu," kata seorang pegawai. "Dia bukan sahaja pemikir strategik bagi kumpulan, dia juga aktif dalam perancangan operasi dan menggerakkan keputusan-keputusan taktikal dalam Al-Qaeda," katanya dipetik laman msnbc. Sedutan kandungan klip-klip yang diedarkan antara lain terdiri daripada: Video 1: Mesej penuh tetapi belum diedarkan. Mesej ini disediakan bagi rakyat AS. Ia dirakam sekitar 9 Oktober dan 5 November 2010. Osama duduk dan berpakaian jubah emas. Janggutnya diwarnakan, duduk dengan berlatarbelakangkan warga biru. Video 2: Osama duduk di atas lantai sambil menonton televisyen dengan video menyiarkan imej dirinya. Kamera ke arahnya menunjukkan dia duduk di atas lantai. Berjanggut warna perang dan memakai topi warna hitam. Dia ketika itu memegang alat kawalan jauh televisyen. Video 3: Satu video latihan. Osama telah mewarnakan janggutnya, berlatarbelakangkan papan yang digambarkan sebagai 'armoire'. Tiada tarikh bagi video ini. Video 4: Satu lagi video latihan. Latar belakang warna coklat dan memakai kemeja-T. Video ini juga tiada tarikh. Video 5: Satu lagi video latihan. Dia di depan cadar, memakai jubah berwarna emas dan baju putih. Dia memakai topi putih dan janggut disapu warna hitam. Video ini juga tiada tarikh. — Agensi | ||
NGO Islam: Kristian agresif ancam Muslim Malaysia Posted: 08 May 2011 01:06 AM PDT KUALA LUMPUR – Islam di Malaysia berhadapan dengan ancaman ekoran sikap agresif komuniti Kristian yang mahu bertekad menarik Muslim yang tidak kukuh akidah menganut agama itu, dakwa beberapa kumpulan Islam hari ini. Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendakwa masyarakat Kristian sedang menyusun perancangan terperinci untuk memastikan lebih ramai Muslim meninggalkan kepercayaan mereka, tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Presiden Pembela Dr Yusri Mohamad berkata, tuntutan-tuntutan masyarakat Kristian berhubung isu Allah dan juga Alkitab membuktikan mereka mahu mempengaruhi Muslim menganuti Kristian dan meninggalkan Islam. "Kita berhadapan dengan kumpulan Kristian yang agresif, ambil sikap konfrontasi," katanya. "Tuntutan-tuntutan mereka berhubung Al-Kitab, kalimah Allah berkaitan dengan usaha mereka menyebarkan Kristian... mereka menggunakan strategi ini untuk menjinakkan Muslim, dengan menggunakan terma-terma yang dekat dengan agama kita," kata Yusri ketika satu majlis di sini hari ini. Peguam syariah itu berkata ini ada usaha-usaha secara langsung untuk mengkompromikan kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Seorang saudara baru, Ann Wan Seng, yang merupakan sebahagian daripada panel hari ini yang membincangkan sama ada "Islam berhadapan dengan ancaman" berkata, masalah di kalangan Muslim negara ini ialah mereka tidak merasakan berhadapan dengan ancaman. "Kita perlu merasakan terancam... masalahnya ialah orang kita tidak merasakan apa-apa meskipun apabila kita berhadapan dengan ancaman. "Kita tidak boleh hanya mempersalahkan (komuniti) Kristian atas kerja mereka, kita tidak melakukan kerja kita," katanya lagi. Ann mendakwa Petaling Jaya kini berperanan sebagai hab bagi menyebarkan agama Kristian dan Muslim menjadi murtad. "Pihak Kristian melakukan yang ini secara diam-diam dan juga secara terbuka, mereka menyebakan risalah kepada pelajar Muslim kita. "Saya ada melihat perkara ini berlaku di Universiti Malaya (UM). Pelajar-pelajar wanita memakai tudung tetapi apabila anda mengalihkan tudung, mereka memakai salib," dakwa Ann. Ann juga mendakwa keadaan yang serupa berlaku di Johor di mana Persatuan Kristian Melayu Singapura menghantar anggotanya ke Johor untuk menarik Muslim menjadi Kristian. Seorang lagi anggota panel Zaid Kamaruddin dari Jemaah Islamiyah Malaysia (JIM) berkata, Muslim tidak boleh berpuas hati dengan keadaan semasa dan mengharapkan hak-hak mereka dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan ataupun oleh parti-parti politik. "Kesemua kumpulan Islam, NGO perlu bersatu atas matlamat bersama," katanya lagi. Utusan Malaysia edisi hari ini membawa laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi" berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam tadi. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu. Dalam respons, seorang anggota panel forum anjuran Pembela ini berkata, meskipun tiada peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, penyandang jawatan itu mestilah seorang yang beragama Islam. "Perdana menteri mestilah seorang Muslim, atau tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam. "Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam," kata peguam Datuk Zainal Rejal. | ||
Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu Posted: 08 May 2011 01:04 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER GEORGE TOWN— Bishop Antony Selvanayagam mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut. Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini. "Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi. "Ini laporan palsu," kata Selvanayagam. Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut. Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya: "Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya." Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. "Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat," katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah "Allah". Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi", berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno. Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri. Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin. Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu. Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini. Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. | ||
Kristian-Islam: Laporan Utusan pembohongan bahaya, kata Guan Eng Posted: 08 May 2011 01:01 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR – DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini. Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. "Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang," kata beliau hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut. Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok. "Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar (Utusan Malaysia)?" kata Lim lagi. "Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak," kata beliau sambil menambah, dalam usaha mahu meningkatkan sokongan, "mereka (Umno) bersedia untuk melakukan apa sahaja." Kata Lim, dakwaan terhadap DAP juga bukan sesuatu yang baru memandangkan beliau sendiri telah banyak kali menjadi sasaran serangan Utusan. "Satu hari mereka menuduh saya bukan rakyat Malaysia, seolah-olah saya lahir di luar negara... seperti sesetengah pihak menuduh (Presiden Amerika Syarikat) Obama," katanya. "Mereka pernah menuduh saya mahu menggantikan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimana saya boleh menjadi Agong... mereka tidak pernah memohon maaf atas pembohongan mereka," kata Lim. Dalam pada itu, Adun Komtar dari DAP, Ng Wei Aik menekankan bahawa parti itu sentiasa mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dan juga mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. "Ini petanda jelas bahawa Utusan Malaysia dan juga Barisan Nasional sudah muflis idea dan kini memfitnah, memutar belit dan memecahbelahkan rakyat Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Utusan, dalam muka depannya bertarikh 7 Mei 2011, dengan jelas menulis 'Kristian agama rasmi?' untuk mencapai objekifnya, untuk mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim untuk mendapatkan balik sokongan, bukan dengan menjana sokongan, tetapi dengan menakut-nakutkan orang ramai," kata Ng. Kata Ng lagi, pendekatan fitnah seumpama itu bukan sesuatu yang baru dan cara yang sedemikian pernah digunakan oleh Umno ketika pilihan raya umum 1990. Ketika pilihan raya umum 1990, aura Kristian akan mengambil alih negara pernah digunakan untuk mencemar nama Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu mengetuai Semangat 46. | ||
Singapura: PAP kekal kuasa, Parti Pekerja cipta sejarah Posted: 08 May 2011 12:56 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SINGAPURA — Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperoleh mandat baru untuk lima tahun lagi dengan majoriti besar daripada 87 kerusi dipertandingkan, tetapi mengalami kekalahan pertama kerusi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC). PAP tewas GRC Aljunied, sekali gus menyumbangkan Parti Pekerja (WP) kerusi signifikan di Parlimen. Kejayaan WP itu dilihat lebih signifikan kerana ia turut membabitkan kekalahan anggota Kabinet. Singapura berhadapan dengan pilihan raya umum yang menyaksikan saingan di majoriti kerusi buat julung kali dalam sejarah republik itu. Pada 2006, PAP memenangi 67 peratus undi dan 82 daripda 84 kerusi. Kali ini undi diperoleh merosot kepada 60 peratus. PAP memenangi enam kawasan pilihan raya keanggotaan tunggal (SMC) manakala WP menang di SMS Hougang. Yaw Shin Leong dari WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang. Kawasan SMC dimenangi PAP ialah Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North. Sebanyak 82 kerusi menyaksikan pertandingan selepas baki dimenangi tanda saingan ketika hari penamaan calon bulan lalu. Dengan kehilangan GRC Aljunied, bermakna Perdana Menteri Lee Hsien Loong perlu melantik Menteri Luar yang baru bagi menggantikan George Yeo. Menteri Kewangan Kedua Lim Hwee Hua merupakan seorang lagi yang kalah kepada WP di GRC itu, lapor Reuters. WP diketuai Setiausaha Agungnya Low Thia Khiang dan peguam korporat Chen Show Mao. Kerajaan PAP memperkenalkan sistem GRC 1988 atas alasan mahu memastikan calon minoriti daripada kalangan Melayu dan India diwakili di Parlimen. PAP tidak pernah hilang kerusi GRC sejak sistem itu diperkenalkan pada pilihan raya umum 1988. Di bawah sistem semasa, Singpura mempunyai 15 GRC yang menawarkan empat hingga enam kerusi setiap kawasan dan 12 SMC. — Agensi | ||
Kristian-Islam: Dakwaan Utusan spekulasi amat tak tanggungjawab, kata Pemuda PAS Posted: 08 May 2011 12:47 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pemuda PAS pusat menyifatkan dakwaan Utusan Malaysia semalam bahawa wujud konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi sebagai "spekulasi sangat tidak bertanggungjawab." Selain berpotensi menggugat keamanan, kata sayap PAS itu, spekulasi sedemikian juga dilihat umum sebagai usaha meraih perhatian politik murahan, sekali gus percubaan nekad untuk menyembunyikan kelemahan dan ketidakupayaan mereka menjaga agama Islam. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, spekulasi yang dicetuskan Utusan Malaysia menerusi laporan muka depannya bukan sahaja menampakkan kelemahan dan kegagalan ketara Umno dan Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah, ia juga berpotensi menyalakan api ketegangan antara agama. "Pastinya situasi ini akan menggugat keamanan negara dan rakyat yang sepatutnya memperoleh hak hidup aman dan sejahtera," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Katanya, seluruh negara gempar apabila Utusan Malaysia beberapa hari lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. "Suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini. "Sementara umat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Justeru itu, Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat," katanya lagi. PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan BN, kata Nasrudin. Malah katanya, kegigihan dan kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya. "Sungguhpun PAS menyertai kerjasama politik bersama parti- parti rakan kompenan Pakatan Rakyat, namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini," kata beliau. Malah pacuan semakin kencang ke arah menguasai negeri bahkan negara agar bebas daripada cengkaman pengaruh dan kuasa Umno juga BN yang menjadi punca Islam dilihat lemah serta terdedah kepada ancaman setelah lebih 50 tahun mereka memerintah, mengurus dan mentadbir negara. "Andainya Islam hari ini dilihat terancam dan penganutnya pula lemah pegangan agama adalah menjadi tanggungjawab semua melewati peranan dan tugas yang sayugianya dilaksanakan, kata Ketua Pemuda PAS pusat ini. "Sementara kerajaan selaku pemegang amanah rakyat untuk menjaga agama, negara dan warganya mestilah mengambil tanggungjawab dengan penuh keinsafan melepasi jangkauan sempadan kepentingan politik dan parti," tambah beliau. Justeru kata Nasrudin, beliau melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah. "Lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada Umno mewakili BN untuk memimpin dan mentadbir negara khasnya untuk melindungi agama Islam dan kesejahteraan rakyat," katanya. Nasrudin menambah, "malang sungguh, malang seribu kali malang" apabila Islam bukan sahaja tidak semakin kuat dan utuh tetapi dikesan umum bahawa ia semakin susut dan merosot "Jika Umno berjaya dan mampu menjaga agama Islam ini dengan baik dan menjadikan ianya semakin hari semakin kuat dan hebat, saya percaya dan yakin spekulasi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi negara ini tidak akan timbul. "Bahkan dalam masa yang sama, penganut-penganut agama selain Islam akan terasa aman dan selesa untuk mengamal serta menganut agama mereka," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan