Jumaat, 6 Mei 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


11.11.11 - tarikh pilihan raya umum ke-13?

Posted: 06 May 2011 04:56 AM PDT

MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Skim Rumah Pertamaku

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United.

"Saya terpaksa memohon maaf (kepada peminat Liverpool) terlebih dahulu. Kita tahu yang MU mempunyai saluran TV-nya sendiri, begitu juga dengan Chelsea.

"Tapi, Liverpool hanya menpunyai History Channel," katanya disambut gelak ketawa.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.

"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah.

"Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.

"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," katanya.

NONENajib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.

Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.

Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.

Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan?

Posted: 06 May 2011 04:31 AM PDT

Wira Arjuna

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONEDemikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

eskay abdullah in kepong police station sex videoSebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

NONEPaling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan "kerendahan moral" Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

azlanMungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.

Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut "dirotan" oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?


Gagal faham konsep pembangunan sebab ekonomi menjunam

Posted: 06 May 2011 04:27 AM PDT

Afiq Hazami, Pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Akibat dari kegagalan pemimpin negara yang ada kurang memahami konsep pembangunan yang sebenar menyebabkan ekonomi negara terus menjunam, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian sewaktu menghadiri program wacana ekonomi yang berlangsung di Menara MPAJ dekat sini petang semalam (gambar).

Program tersebut yang mengulas tentang isu pengangkutan awam di Lembah Klang mengenai penambahbaikan dan cabaran, Anwar berkata "Pembangunan yang hendak dilaksanankan perlulah bermula dari hati yang tulus dan berlandaskan ketaqwaan."

Tegas beliau lagi, masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Lembah Klang atau kawasan di sekitar Kuala Lumpur ini disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang.

"Sekiranya apa yang kita bangunkan tetapi kesannya merobohkan apa yang ada, bukanlah satu cara yang bijak untuk kita katakan sebagai satu pembanguanan," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM24 billion telah diberikan subsidi kepada sektor korporat seperti penjana bebas, konsesi lebuhraya setiap tahun, berbanding hanya RM11 billion subsidi minyak kepada rakyat yang sekarang cuba ditarik balik.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia menjelaskan kadar tol terus meningkat selepas beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Hal ini menurut beliau mendapat desakan daripada golongan yang mahu meningkatkan harga tol dan seterusnya membebankan rakyat.

Di samping itu, beliau juga turut menimbulkan persoalan mengenai kenaikan harga minyak pada dewasa kini yang mana memberi beban kepada rakyat.

Selain itu, gejala rasuah yang sukar dibendung, menyebabkan negara mengalami kebocoran sebanyak RM21 billion, jelas beliau ketika menyentuh isu rasuah.

Jelajah Anwar ke Terengganu hari ini

Posted: 06 May 2011 04:26 AM PDT

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan siri jelajahnya ke Terengganu, hari ini.

Harakahdaily dimaklumkan, program bermula 5.00 petang dijangka seramai 3,000 pemuda menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sebelum diarak ke program rapat setia pimpinan PKT Terengganu di Seberang Takir.

Beliau akan menyampaikan dua ceramah iaitu di perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Marang bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Abu Bakar Chik.

Manakala, ceramah keduanya diadakan di Dataran MTD Batu Burok, Kuala Ibai bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nor Manuty dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Setiausaha Politik Ketua Pembangkang, Abdul Rahman Yusof berkata selepas program bersama pimpinan PKR Terengganu, Anwar menunaikan solat Maghrib, solat hajat serta tazkirah di Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu.

"Ini program Siri Jelajah Anwar ke Terengganu untuk menjelaskan isu-isu terkini yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

"Rakyat akan didedahkan secara langsung mengenai politik, ekonomi dan permasalahan negara di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional hari ini," ujarnya.

Beliau difahamkan pelbagai tekanan cuba dilakukan oleh pihak tertentu bagi menghalang kelancaran program jelajah Anwar ke negeri ini.

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno

Posted: 06 May 2011 04:22 AM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain


ALOR SETAR: Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.

Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.

Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.

Najib jangan cabar kami – PKR Selangor

Posted: 06 May 2011 04:21 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: "Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor.

"Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun," tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam malam semalam.

"Saya ingin mengingatkan Najib agar jangan pernah berani cabar kami. Jangan jadi penderhaka kepada rakyat Selangor," katanya yang juga Ketua Wanita PKR.

Tambahnya, melalui ucapan itu, jelas membuktikan bahawa Najib kini sudah terlalu desperado (terdesak) dan sudah gila kepingin mahu memerintah Selangor.

Malah, katanya secara terang-terangan telah menunjukkan bahawa beliau akan bermain cara kotor demi merampas Selangor.

"Saya yakin beliau akan menggunakan cara yang lebih teruk berbanding di Perak.

"Saya mahu mengingatkan Najib, Kerajaan Selangor yang dipilih adalah berdasarkan atas mandat pilihanraya yang adil dan bersih," ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Maka, katanya niat Najib mahu merampas dengan cara kotor adalah suatu penghinaan dan penderhakaan kepada autonomi rakyat Selangor.

"Jika benar-benar Najib, yang juga selaku Perdana Menteri mahu merampas Selangor, dan seorang pemimpin yang berani berhadapan dengan rakyat, saya mencabar beliau untuk bersedia berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen saya, yakni di Ampang dan saya sendiri sedia menjadi penganjur utamanya," katanya.

Amerika didesak minta maaf bunuh Osama

Posted: 06 May 2011 04:14 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Solidariti Ummah terdiri daripada wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) memberi tempoh seminggu kepada Amerika Syarikat (AS) untuk meminta maaf secara terbuka kaepada seluruh umat Islam di atas pembunuhan kejam Osama bin Laden.

Sekiranya permohonan maaf itu gagal dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, gabungan itu akan mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan AS itu.

Perkara tersebut ditegaskan Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura), Azmi Abdul Hamid selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan AS, dekat sini hari ini (gambar).

"Media sudah menyaksikan memorandum itu diterima wakil AS, jadi kami beri tempoh seminggu kepada Barack Obama untuk minta maaf secacara terbuka kepada umat Islam.

"Jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran membantah tindakan ini," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis beruniform.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil Kedutaan AS, Greg Chapman itu antaranya mengecam tindakan tentera AS membunuh Osama bersama isterinya dengan kejam, di hadapan anak-anak mereka.

Selain itu, memorandum yang diwakili 21 NGO itu turut membantah tindakan Presiden AS, Barack Obama mengarahkan tenteranya menceroboh Pakistan bagi memburu 'pengganas' yang dianggap musuh ketat AS.

Mereka mendesak tentera AS agar segera keluar dari Pakistan dan berhenti menyeksa rakyat Pakistan.

Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) turut menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman.

"Perdana Menteri kita sendiri menerima secara positif kematian Osama.Kami membantah keras dan sebab itu bantahan di kedutaan AS ini juga sebagai tanda kami membantah kenyataan Perdana Menetri itu," katanya.

Sementara itu, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi yang turut serta dalam penyerahan memorandum itu turut membantah keras pembunuhan Osama dalam keadaan tidak bersenjata.

Muslimat katanya, tidak dapat menerima kekejaman tersebut apatah lagi pembunuhan itu dilakukan di hadapan anak-anak Osama.

"Bagaimana Amerika Syarikat yang mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kanak-kanak sanggup bertindak kejam begitu?

"Kami mendesak AS membebaskan ahli keluarga Osama kerana mereka bukan musuh AS," katanya.

Isu skirt: Pemuda PAS desak BAM, Putrajaya boikot BWF

Posted: 06 May 2011 04:12 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER



Pemain China Wang Shixian, yang berpakaian seluar, membalas pukulan Wang Yihan pada pertemuan final wanita Kejohanan Terbuka Malaysia 2011 di Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR— Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ekoran keputusannya mahu mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain-pemain wanita.

Sayap PAS itu menegaskan pihaknya kesal kerana BAM dan kementerian tidak proaktif bagi membantah keputusan tersebut.

"Pemuda PAS melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan tidak masuk akal dan remeh.

"Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton," kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang.

Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yakin idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka.

"Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri," kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya berharap pertubuhan wanita dan bukan kerajaan Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung.

"Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi," kata beliau lagi.

Selain itu kata beliau, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

"Dan, ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat.

"Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya," katanya lagi.

Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

"Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, Pemuda PAS pusat mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini.

"Dan, seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot," katanya lagi.

Video seks: Pengerusi Interlok terima CD, dakwa si pelaku bukan Anwar

Posted: 06 May 2011 04:09 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang "Datuk T" dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan "Prasan Mit" — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

"Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali," kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai "tidak Islamik."

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

"Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya," katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

"Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar," katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga "Datuk T" awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

"Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

"Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.

RoS akan jawab status daftar HRP dalam 14 hari

Posted: 06 May 2011 04:07 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Peguam P. Uthayakumar berjaya dalam percubaan permulaan untuk memaksa Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan dua yang lain bagi memberikan keputusan mengenai permohonannya bagi mendaftar Parti Hak Asasi Manusia (HRP) sebagai sebuah parti politik.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf hari ini membenarkan permohonan kebenaran Uthayakumar untuk satu semakan kehakiman bagi RoS, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan RoS cawangan Wilayah Persekutuan untuk melulus dan mendaftar HRP sebagai sebuah parti politik.

Laporan Bernama memetik Peguam Kanan Persekutuan Suhaila Haron yang mewakili ketiga-tiga responden sebagai berkata mahkamah telah memberikan 14 hari dari hari ini untuk responden berkenaan menjawab permohonan Uthayakumar bagi mendaftarkan HRP.

Beliau berkata mahkamah telah menetapkan 16 Ogos untuk mendengar merit permohonan semakan kehakiman.

Pada 6 April, Uthayakumar yang mewakili dirinya telah memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman bagi ketiga-tiga responden untuk menjawab permohonannya bagi mendaftarkan HRP.

Dalam permohonan itu, beliau memohon perintah mandamus untuk responden bagi melulus dan mendaftar HRP mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pertubuhan 1966.

Uthayakumar menuntut bahawa beliau telah memohon agar parti itu didaftarkan sejak 2000, yang ketika itu ia dikenali sebagai Parti Reformasi Insan Malaysia, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya.

Tarikh PRU-13 Najib berkait angka 11?

Posted: 06 May 2011 04:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November ini.

Desas-desus menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan Ogos atau November ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini hari ini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib (gambar) berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang."

"Saya rasa elok diteruskan teka-teki ini," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 hari bulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.

SAF beri JAWI satu bulan kuat kuasa qazaf

Posted: 06 May 2011 04:01 AM PDT




Mohd Azmi Abdul Hamid (kanan) menyerahkan memorandum kepada Abdul Murad Wahab. — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR — Saf Anti Fitnah (SAF), yang diwakili NGO Islam dan ulama memberi tempoh sebulan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan undang-undang Islam qazaf ketika isu video seks dan liwat semakin menjadi perhatian.

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika tiada sebarang tindakan di pihak JAWI dalam tempoh sebulan ini, perhimpunan lebih besar akan diadakan memprotes agensi tersebut.

"Kami meminta JAWI menguatkuasakan hukum qazaf. Kami beri tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kami akan adakan satu perhimpunan raksasa," kata beliau.

Azmi berkata demikian ketika berucap di Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman tersebut dihadiri kira-kira 40 orang yang rata-rata mewakili pertubuhan masing-masing.

Selain itu, Azmi turut mempersoalkan mengapa sehingga kini pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang qazaf.

Isu liwat dan pendedahan video seks, yang didedahkan oleh tiga "Datuk T" yang menjadi perhatian sekarang ini, khususnya dengan dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pihak berkuasa diberi mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan ... (tetapi) sehingga kini tidak dilaksana.

"Pihak berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton kepada jenayah yang dilakukan secara jelas itu," katanya.

Terdahulu, selepas ucapan pada himpunan tersebut oleh wakil pertubuhan dan parti politik, gimik mengoyak dan duduk di atas akhbar Utusan Malaysia turut dilakukan.

Ia bertujuan bagi menunjukkan rasa marah terhadap akhbar milik kerajaan itu yang disifatkan sebagai ejen penyebar fitnah.

Selepas itu, seramai 10 wakil pertubuhan antaranya Naib Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berarak ke JAWI bagi menghantar memorandum.

Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI Abdul Murad Wahab.

Jumaat lalu telah ada desakan terhadap JAWI untuk mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Jamil Khir: Semadi Osama di laut hina Islam

Posted: 06 May 2011 04:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SEPANG — Pengebumian jenazah pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden (gambar) di laut dianggap sebagai satu penghinaan kepada umat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal seperti itu tidak wajar berlaku dalam apa keadaan sekalipun kerana jenazah perlu dihormati.

"Kita tahu pengurusan jenazah dalam Islam, ia perlu diuruskan dengan cara yang sewajarnya.

"Zaman (umat Islam menunaikan haji dengan menaiki) kapal dulu, betullah (jenazah dilepaskan) masuk dalam laut tetapi zaman hari ini, (dikebumikan) atas darat. Jadi, ini sebagai satu perkara yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

"Saya rasa demikian untuk pengebumian jenazah sebab kita perlu menghormati jenazah itu juga," katanya dipetik laporan Bernama Online.

Jenazah Osama yang telah disemadikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik AS, selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam.

Beberapa negara Islam lain termasuk ulama dan tokoh agama mengecam pendekatan yang diambil oleh AS itu.

PKR Selangor dakwa Najib ‘resah dalam keyakinan’ hadapi Pakatan

Posted: 06 May 2011 03:56 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Malam tadi, Najib menggesa Umno Selangor menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
KUALA LUMPUR— PKR Selangor mendakwa Datuk Seri Najib Razak menyerlahkan "kebimbangan dalam keyakinannya" apabila menyeru kepimpinan Umno negeri itu "bangun dari tidur" sambil menggunakan apa sahaja sebagai senjata menawan semula kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, ia dengan jelas menunjukkan nada gelisah dan kebimbangan terhadap kecamukan usaha Najib selaku Perdana Menteri meyakinkan rakyat khususnya orang Melayu pada Umno Selangor.

"Beliau dengan jelas menyatakan bahawa Umno Selangor tidak boleh lagi mengharapkan kawasan majoriti Melayu untuk berpihak kepada Umno," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan petang.

Dalam satu ucapan di Shah Alam malam tadi, Najib yang juga Pengerusi Umno Perhubungan Selangor menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya "sudah hampir tiba."

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.

Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda berkata, ia secara tersirat membuktikan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat ke tahap yang selesa di sebalik serangan bertali arus Umno-BN kepada Pakatan Rakyat khasnya ke atas Ketua Umum PKR.

"Sokongan orang Melayu di Satok dan Balingian semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini menunjukkan orang Melayu di Sarawak, juga menolak BN.

"Realiti itu mencemaskan kepimpinan Najib di Selangor. Walaupun Kemas dan agensi-agensi lain dikudakan membantu mendaftar pengundi baru, menukarkan pengundi Sabah ke kawasan DUN sasaran, ia tetap mengusarkan Najib," kata wakil rakyat ini.

"… wujud cara tidak beretika memindahkan pengundi. Terdapat lebih tujuh pengundi yang tidak tinggal di situ dalam satu rumah. Itulah yang dimaksudkan oleh Najib, lakuan dengan cara apapun asalkan menang," kata Shuhaimi.

Justeru kata beliau, PKR Selangor berasakan kebimbangan Najib ini juga timbul disebabkan pergolakan dalaman BN Selangor dan usaha gigih berterusan kerajaan negeri Selangor dan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang konsisten menjaga semua kaum dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Tambah Shuhaimi, keresahan Najib juga berpunca dari masalah krisis kepimpinan Umno Selangor yang kian meruncing.

"Perbalahan merebut kuasa dan hasad dengki masih menebal di peringkat Bahagian Umno Selangor dan kurangnya koordinasi antara Umno negeri dan Umno bahagian bersama gerak kerja dengan anggota BN seperti MCA, MIC dan PPP.

"Lewat waktu ini sahaja kalangan anggota BN mencuba untuk berada dalam satu pentas walaupun jelas janggal di kalangan anggotanya - Umno pendokong parti perkauman manakala rakan MCAnya tidak lagi bertaring," kata beliau sambil menambah, nyata Umno Selangor masih dengan perangai lama yang "gila kuasa" dan menjadi "abang besar" dalam kalangan kesatuan BN hingga timbul 'rasa dibuli' oleh MCA dan MIC.

Katanya, seruan dari 'siren kecemasan' Najib ini sama sekali tidak melekakan PKR Selangor, bahkan menguatkan azam dan tekad untuk terus merancang siri pemantapan jentera parti yang terlatih, kemas dan sistematik untuk membantu rakyat.

Katanya lagi, PKR Selangor akan terus bersama rakan Pakatan Rakyat lain membantu kerajaan negeri memperkasakan agenda MES fasa terbaru yang mana hasrat membantu rakyat dengan program-program yang dapat meringankan bebanan mereka.

"Datuk Seri Najib boleh terus 'memujuk hati' kalangan Umno, namum itu tidak dapat menebus dosa Umno selama 20 tahun kebelakangan yang jelas menebalkan rasa mual rakyat pada Umno.

"Sesungguhnya kezaliman Umno-BN tidak akan dilupakan begitu saja oleh mereka yang merasainya. PKR yakin hati rakyat tidak lagi bersama Najb, Umno dan BN dulu, kini selamanya," katanya lagi.

Mahfuz: Usah samakan isu Umno-PAS bersatu dengan Fatah-Hamas

Posted: 06 May 2011 03:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

"Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

" Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

"Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, "kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?"

"Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk," katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan "Umnolah yang menjajah" bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh "kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t."

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

"Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

"Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka "merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara."

Keluarga tahanan EO ditipu RM13,000

Posted: 05 May 2011 04:48 PM PDT

Hazlan Zakaria

Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd Ramadhan Mohamed Ali berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai bayaran 'jaminan polis' kepada seseorang yang mendakwa diriinya 'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan.

eo detainee brother righ mohd ramadan left mohd rafiKedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.

Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.

Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 mother and brother holding police reportLelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.

"Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.

"Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank," kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 bank in slipWang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan.

Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.

Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned  050511 fadiah nadwa fikri"Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis," kata Moha.

Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.

Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO.

"Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa," katanya.


Arutchelvan tuntut IGP buat permohonan maaf

Posted: 05 May 2011 04:38 PM PDT

Abdul Rahim Sabri

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini menghantar memorandum kepada Tan Sri Ismail Omar menuntut Ketua Polis Negara itu memohon maaf secara terbuka.

Ini kerana dakwanya, pihak polis melakukan kesilapan berhubung penahanannya pada Hari Pekerja 1 Mei lalu.

psm send memorandum to igp bukit aman 05052011 03Hal itu berlaku susulan beliau ditahan semula pada hari tersebut kerana didakwa terlibat dalam satu kesalahan kecurian di bawah seksyen 380 Kanun Acara Jenayah yang dikatakan berlaku di Alor Star pada 1995 - 16 tahun lalu.

Susulan itu beliau diarahkan memberi keterangan berhubung perkara tersebut di ibu pejabat polis daerah Kota Setar pada 7 Mei ini.

Dalam memorandumnya hari ini, Arutchelvan mendakwa pegawai penyiasat yang dikenali Inspektor Shamsul menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau tidak perlu hadir ke IPD itu kerana terdapat kesilapan merekodkan nombor kad pengenalan lama beliau.

"Pada hal orang sebenarnya adalah seorang beretnik Melayu dengan nombor kad pengenalan yang sama tanpa huruf A dalam kad pengenalan.

"Inspektor Shamsul meminta maaf atas kesilapan ini yang dilakukan oleh orang lain yang menurutnya adalah kesilapan manusia," memorandum itu dipetik.

may day march 010511 crowd sit in at suhakamMenurut memorandum itu lagi, pegawai polis tersebut juga berjanji akan mengeluarkan nama aktivis pekerja itu daripada senarai orang yang dikehendaki atau "wanted list".

Memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa 1 Mei mendakwa penahanan Arutchelvan untuk menyabitkan beliau dengan kes kecurian "amat tidak masuk akal dan merupakan satu tindakan fitnah dan berniat jahat".

"Beliau juga pernah ditahan puluhan kali dalam kes-kes kepentingan rakyat marhaen dan isu-isu hak asasi manusia. Justeru, bagaimana sepanjang 16 tahun dari 1995 dan 2011, beliau tidak dapat dikesan polis," memorandum itu dipetik.

Sebelum itu bercakap kepada pemberita, Arutchelvan berkata beliau turut menghantar surat kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar meminta supaya surat jaminannya dibatalkan. Tuntutan itu juga terkandung dalam memorandum tersebut.

psm send memorandum to igp bukit aman 05052011 04"Saya minta mereka memberi surat secara hitam putih... (Ini kerana) ia tidak ada kena mengena dengan saya.

"Bagi saya ini adalah (perkara yang) merosakkan nama saya. Ini menjejaskan nama saya," katanya yang juga anggota Majlis Perbandaran Kajang dan aktivis Suaram.

Salinan surat itu juga turut dihantar kepada Ismail, ketua polis daerah Dang Wangi serta Majlis Peguam Negara.

Selepas sidang media itu, Arutchelvan menyerahkan memorandum berhubung kes kecurian yang dikaitkan dengannya itu kepada seorang pegawai polis dari bahagian perhubungan awam Bukit Aman untuk dimajukan kepada Ismail.

Kira-kira 20 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan tiga peguam - Datuk S Ambiga, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri - hadir memberi sokongan kepada Arurchelvan.


Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Posted: 05 May 2011 04:30 PM PDT

Wira Arjuna

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

umno mca chua soi lek najibInilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Selamatkan Islam

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

mca chua soi lek 050511 lost again then no cabinet 02Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa "sokong kami, jika tidak…"

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

NONE"Pentingnya" Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Muhyiddin-Mahathir menunggu

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

NONEBagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

NONEWalaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Tidak akan kerjasama

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

NONESebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.

Kedudukan Islam

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

"Lesen" ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

azlanTun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.




Ladang Rakyat: Umno jadi 'cacing kepanasan'

Posted: 05 May 2011 04:29 PM PDT

M Faqih


BETULKAH Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan kerajaan Kelantan pada 2006 merampas tanah rakyat.

Anehnya juga mengapa pemimpin Umno Kelantan meluat sangat terhadap program Ladang Rakyat sehingga didesak dikeluarkan kertas putih.

Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Mustapa Mohamed pula mahu mengembalikan semula tanah dibangun Ladang Rakyat seandainya BN berkuasa di Kelantan.

Begitu dahsyat dilempar tuduhan terhadap Ladang Rakyat sehingga diulang-ulang berkali-kali cerita sama di media dikuasai Umno dan BN. Sedangkan penjelasan dikeluarkan kerajaan negeri dibisukan begitu sahaja. Apa pun yang jelas lagi bersuluh, pemimpin Umno terlalu gusar dengan keberkesanan program Ladang Rakyat. Apa tidaknya apabila setiap bulan penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.

Penduduk miskin yang berpendapatan kurang RM530 sebulan layak disenarai sebagai peserta program berkenaan. Sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.

Sejak dividen pertama dibayar pada Julai 2006 sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM39.5 juta diterima peserta. Pada peringkat awal seramai 1,125 dipilih dan jumlah tersebut bertambah menjadikan sekarang 4,332 orang. Dividen sebanyak itu tidak pernah difikirkan Umno sebelum ini kerana sejak 1990 mereka mendakwa kerajaan di bawah PAS hanya mampu bertahan tiga bulan.

Hari ini Kelantan bukan sahaja tidak bankrap, sebaliknya lebih 4,300 penduduk miskin mendapat bantuan bulanan RM200. Dari mana bantuan tersebut kalau bukan hasil kebijaksanaan pentadbirnya.

Maka benarlah kata orang, Kelantan sebuah negeri berkebajikan. Bukan lagi omong kosong biar pun pemimpin Umno tidak serik menjaja kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Kewujudan Perbadanan Ladang Rakyat dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Febuari 2006. Mulai berkuatkuasa empat bulan selepas itu. Tujuan penubuhannya bagi meningkat sosial ekonomi negeri dan kehidupan penduduk. Selain itu menggalakkan kerja-kerja pembangunan tanah.

Falsafahnya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat melalui sektor perladangan. Selain itu bagi mengurangkan penerokaan tanah secara haram.

"Kita buat ladang dan hasil daripada kemajuan ladang, kita kumpulkan wang dan masukkan ke dalam akaun amanah peserta program Ladang Rakyat.

"Pihak yang diberi kebenaran memajukan tanah perlu membayar secara tahunan kepada akaun amanah. Dan akaun inilah yang kita agihkan kepada peserta Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan.

"Dividen pertama diagih pada Julai 2006. Sehingga Disember 2010 Ladang Rakyat telah membayar dividen sebanyak 39.59 juta," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Bilangan peserta disasarkan seramai 4,500 orang. Ada peserta digugur dan belum digantikan akibat kematian. Daripada jumlah tersebut 3,911 orang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Siam. Peserta di kalangan masyarakat Orang Asal pula seramai 247 orang.

Selain itu turut disenarai sebagai peserta peneroka asal yang menduduki tanah sebelum dimajukan Ladang Rakyat. Mereka seramai 174 orang. Tanah yang mereka usahakan sebelum ini tidak menjadi disebabkan pelbagai masalah termasuk dimusnah binatang liar seperti gajah dan babi.

Dr Nazmi berkata, tanah mereka tidak produktif dan peneroka terbabit menyerah kepada Ladang Rakyat untuk dibangunkan.

"Ladang Rakyat mengesan mereka benar-benar mengusahakan tanah tersebut dan menyenaraikan sebagai peserta Ladang Rakyat. Jumlah peneroka seperti itu terdapat lebih 100 di Lubuk Bongor, Jeli.

"Terdapat juga di beberapa tempat lain di Gua Musang. Mereka bersetuju kebun yang pernah diusahakan diserah kepada Ladang Rakyat.

"Mereka disenarai sebagai peserta untuk melayakkan mendapat dividen sebanyak RM200 sebulan," ujarnya ketika ditemui di sini.

Di Lubuk Bongor diusahakan dengan tanaman kelapa sawit seluas 8,000 ekar. Ladang tersebut dimajukan Ladang Rakyat Lubuk Bongor Sdn Bhd, anak syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.

Menurutnya juga Ladang Rakyat mengeluarkan mana-mana kawasan yang didapati terdapat pokok getah atau kebun diusahakan penduduk. Kawasan yang ada pokok besar kekal milik peneroka. Dan sekarang ramai di kalangan peneroka asal sudah mendapat geran hak milik.

"Sebab itulah kalau ditengok pelan ladang di Lubuk Bongor tidak berbentuk empat segi kerana ada kawasan yang terpaksa dikeluarkan kerana ada pokok milik peneroka asal.

"Bagi peneroka asal yang menanam lebih luas akan senaraikan lebih daripada seorang sebagai penerima dividen. Bergantung keluasan tanah yang mereka usaha sebelum ini.

" Ini bermakna setiap bulan ada keluarga yang mendapat dividen sehingga RM600," ujarnya.

Model yang dilaksanakan di Lubuk Bongor bagaimana tidak dapat dilaksanakan di Kampung Serian dan Batu 11 di Renok, Gua Musang kerana penduduk tidak berminat.

Penduduk di situ mahukan tanah dan tidak berminat disenarai sebagai penerima bulanan dividen Ladang Rakyat.

Dr Nazmi berkata, kawasan asal yang diluluskan kerajaan kepada Ladang Rakyat di Renok seluas 11,400 ekar. Namun seluas 4,200 ekar dikeluarkan selepas dituntut penduduk.

Sekarang hanya tinggal 7,200 ekar. Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk beberapa kali perbincangan dan perundingan dibuat.

"Ladang Rakyat keluarkan kawasan yang benar-benar diusahakan penduduk. Banyak perbincangan dibuat di peringkat pentadbir tanah Gua Musang.

"Pejabat Tanah juga memanggil wakil-wakil penduduk yang meneroka tanah tersebut di mana mereka telah mengecam kawasan masing-masing," katanya.

Kawasan tersebut dikeluarkan daripada lokasi yang akan dimajukan Ladang Rakyat. Dan selepas lebih dua tahun perundingan dibuat akhirnya Ladang Rakyat membuat pelan kali ketiga, di mana mengeluarkan kawasan diteroka penduduk.

Dan selepas keluar pelan bersih yang tidak lagi membabitkan kebun penduduk, juruukur dilantik menanam batu sempadan.

"Namun tiba-tiba datang kumpulan lain yang mendakwa kawasan tersebut milik mereka, sedangkan di tapak tiada apa-apa tanaman yang diusahakan.

"Tidak ada pokok-pokok getah atau buah-buahan. Pada peringkat awal perbincangan dibuat kumpulan itu tidak pernah datang menuntut hak mereka.

"Kumpulan seperti ini dipercayai terbabit menjual tanah-tanah kerajaan. Ini kerana penduduk yang benar-benar meneroka tanah sudah diselesaikan semasa pemutihan dilakukan," ujar Dr Nazmi.

Sebab itulah kata beliau beberapa ratus ekar di Renok belum dapat ditanam kelapa sawit biar pun geran sudah dikeluarkan atas nama Ladang Rakyat.

Ladang Rakyat juga membangunkan ladang kelapa sawit di Sokor, Tanah Merah; Kuala Balah, Jeli; Kandek, Kuala Krai dan Paloh 4, Gua Musang.

Di Gua Musang juga Ladang Rakyat terdapat di Limau Kasturi, Pasek, Hau dan Pulat. Jumlah keseluruhan kawasan dimaju dengan kerjasama beberapa syarikat seluas 50,000 ekar.

Biar pun terdapat tanah yang diluluskan tidak jauh daripada kawasan Orang Asal, namun penempatan mereka tidak termasuk dalam projek Ladang Rakyat.

Misalnya di Pasek seluas 1,500 ekar dikeluarkan daripada pelan asal Ladang Rakyat. Begitu juga di Belatim kelulusan asal kerajaan seluas 4,000 ekar, namun seluas 1,500 ekar direzabkan untuk masyarakat Orang Asal.

Di Balar (Dakoh), kelulusan awal kerajaan negeri seluas 6,000 ekar untuk program Ladang Rakyat, namun seluas 1,000 ekar dikeluarkan.

Oleh itu Dr Nazmi memberitahu isu yang dipalitkan terhadap Ladang Rakyat jelas tersembunyi agenda politik murahan pihak lawan.

"Ini kerana banyak tanah yang diberi kerajaan negeri dikeluarkan apabila didapati ada tanaman milik penduduk.

"Banyak perbincangan dibuat dengan penduduk tempatan bagi memastikan tanah yang mereka usahakan. Apabila terbukti milik penduduk, kita keluarkan," kata pula Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob.

Dr Nazmi juga hairan setelah pemutihan dilakukan ada pula pihak lain tiba-tiba tampil mengaku, sedangkan ketika perundingan awal mereka tiada. Ini menggambarkan ada pihak mahu mengsabotaj program untuk kebajikan rakyat.

Hentikan perdagang wanita

Posted: 05 May 2011 04:25 PM PDT

Rohayu Rusli


Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Rohayu Rusli, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Mansuhkan pengisytiharan darurat

Posted: 05 May 2011 04:24 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kerajaan turut digesa memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Malaysia seharusnya mencontohi negara lain seperti Mesir yang telah memansuhkan pengisytiharan darurat.

"Kita berada dalam kerangka undang-undang yang tempang. Memang ISA itu zalim, itu memang jelas tapi isu yang lebih utama ialah mengenai deklarasi darurat yang masih digunakan di Malaysia sedangkan negara lain seperti Mesir ianya sudah dimansuhkan," kata beliau dalam satu diskusi bertajuk 'Siapa di belakang ISA' di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLCAH), kelmarin.

Terdahulu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) melancarkan buku yang ditulis Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA.

Menurut Nurul yang juga Naib Presiden PKR, ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyediakan usul mengenai perkara tersebut namun ditolak Speaker Dewan Rakyat atas alasan ianya hanya boleh dibawa oleh Menteri.

"Keputusan yang kita (Pakatan Rakyat) ambil dalam sesi lepas adalah untuk memperkenalkan dan membahaskan akta pemansuhan darurat supaya semuanya ditarik balik di Parlimen dan pada masa yang sama kita kena menyediakan langkah-langkah susulan kerana apabila ditarik pengisytiharan darurat unang-undang yang diwujudkan semasa darurat berkuat kuasa akan menerima akibatnya.

"Usul (untuk memansuhkan pengisytiharan darurat) telah disiapkan dan diserahkan kepada Speaker malangnya atas kuasa Speaker ianya ditolak kerana dikatakan mana-mana ahli Parlimen atau undang-undang persendirian tidak akan dilayan kecuali usul memansuhkan pengisytiharan darurat itu dibawa oleh menteri," katanya.

Beliau juga berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mungkir janji apabila berkata bersedia menarik balik pengisytiharan di Sarawak dan Kelantan namun tidak melaksanakannya sehingga sekarang.

"Nazri Aziz dalam jawapannya kepada saya dan Ipoh Timur di Parlimen menyatakan kerajaan bersedia menarik balik pengisytiharan darurat Sarawak dan Kelantan tapi tidak dibuat sampai hari ini," katanya.

Sebelum ini, seorang pakar perlembagaan, Shad Saleem Faruqi berkata, banyak faktor yang mungkin menyebabkan kerajaan tidak menamatkan darurat.

Pertama, mungkin kerajaan jahil dalam perkara ini dan keduanya, kerajaan mungkin mendapati undang-undang yang digubal ketika darurat memberi "kemudahan" ketika digunakan.

Menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan.

Pada 8 Mac lalu, seorang remaja Muhammad Arif Abud Semah, 19, ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), atas tuduhan mencuri motosikal.

Ketika ditahan Arif turut mendakwa dipukul dengan teruk di bahagian kaki dengan kayu panjang dan wajar. Menurut Arif, meskipun beliau merayu dan meminta bantuan perubatan, namun ia tidak diedahkan.

Penangkapan Arif di bawah EO dan seksaan fizikal dan mental yang dialaminya dikecam hebat NGO seperti Pertubuhan Lawyer For Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Ini kerana tangkapan di bawah EO itu membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari, yang bertentangan dengan hak asasi manusia untuk mendapatkan pembelaan.

Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G

Posted: 05 May 2011 04:21 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR— Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."

"Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

"Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.

"Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

"Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

"Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

"Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

"Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

"Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali."

MRT mula operasi Januari 2017, kerja pecah tanah 8 Julai

Posted: 05 May 2011 04:17 PM PDT

TERKINI


Zulkifli Mohd Yusoff (kiri) ditemani Pengarah Eksekutif MMC-Gamuda JV, Datuk Azmi Mat Nor menjawab soalan pemberita pada sidang media petang tadi. – Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR– Perkhidmatan Transit Rapid Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula Januari 2017 – satu bulan selepas laluan pertama projek infrastruktur paling mahal itu selesai dibina pada Disember 2016.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) berkata MRT Lembah Klang juga akan memuktamadkan kerja-kerja pengubahsuaian laluan Sungai Buloh-Kajang akhir bulan depan, selepas sesi memperoleh maklum balas awam selama tiga bulan berakhir 14 Mei ini.

Kerja pecah tanah laluan pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) akan diadakan pada 8 Julai ini manakala kerja-kerja penyediaan tapak akan dimulakan pada hujung bulan ini, demikian menurut Prasarana pada taklimat media di sini hari ini.

Prasarana juga berkata tender projek pula akan dibuka akhir bulan depan dengan anugerah tender yang pertama akan diumumkan November ini.

"Kerja-kerja pembinaan bagi cadangan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula pada penghujung tahun 2011, tertakluk kepada kelulusan skim laluan rel terakhri," kata Pengarah Urusan Prasarana Zulkifli Mohd Yusoff.

Tambah beliau, hanya selepas laluan dan lokasi stesen ditetapkan "barulah anggaran kos boleh dibuat."

Katanya, secara keseluruhan tender untuk projek akan diumumkan secara berperingkat-peringkat bagi semua pakej, bermula dari bulan depan sehingga penghujung 2012.

Zulkifli juga menjelaskan, kontraktor akan dipilih berdasarkan rekod pretasi, kestabilan kewangan dan pengalaman mereka manakala pemilik projek MRT Lembah Klang, SPNB komited dalam memastikan ketelusan dan penyerahan projek mengikut jadual menurut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.

"Kerajaan menyedari tentang saiz dan kompleksiti inisiatif infrastuktur negara ini dan telah menetapkan garis panduan yang ketat bagi proses pemerolehan termasuk pemilihan kontraktor untuk pakej kerja," Zulkifli.

Tempoh pembinaan yang dirancang bagi laluan Sungai Buloh-Kajang adalah dari 2011 hingga 2016 dan apabila siap kelak akan menyediakan perkhidmatan kereta api kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan itu.

Laluan itu akan digabungkan dengan laluan KTM Komuter, LRT dan rangkaian bas transit yang sedia ada.

Tiada ulasan: