Briged Al-Akhdor LR2 |
UMNO hanya bijak mainkan Isu Agama & Kaum.. Jika bab nak tolong rakyat hancussss!! Posted: 20 May 2011 07:40 AM PDT Saya merujuk laporan Utusan Malaysia minggu lepas dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?' kenyataan ini adalah jelas cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan ini bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' dan melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah serta boleh memecah-belahkan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara kita. Akhbar Utusan Malaysia yang kini menjadi lidah resmi UMNO, telah melaporkan dakwaan bahawa pemimpin Kristian sedang berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara. Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan bahawa telah ada agenda tersembunyi untuk menlantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama Kristian. Laporan ini jelas cukup bahaya dan boleh memporak-perandakan keamanan yang sedia ada dalam negara. Ya, ramai di kalangan pengkaji politik beranggapan bahawa bagi memahami kedudukan sebenar politik Malaysia adalah amat mustahak mereka mendalami 'komposisi kaum' yang ada. Kaum-kaum yang ada pula mempunyai perkaitan rapat dengan agama yang mereka anuti. Bangsa Melayu dihubungkaitkan secara langsung dengan agama Islam, Cina dengan Buddha dan Kristian dan India pula dengan agama Hindu. Memang benar faktur 'kaum' dan 'agama' amat sensitif di kalangan penduduk berbilang bangsa di negara ini. Malahan mengkritik polisi-polisi tertentu terutamanya mengenai hak istimewa bumiputera Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama resmi negara serta kedudukan raja-raja Melayu adalah dianggap sebagai 'seditious' dan boleh diseret ke mahkamah. Isu 'kaum' dan 'agama' ini jugalah yang telah berpuluh-puluh tahun menjadi senjata ampuh Umno-BN terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya diadakan di negara ini. Rakyat cuba diberikan keyakinan bahawa hanya gabungan Umno-BN sahajalah yang 'viable' (berkemampuan) dan dapat menjamin kemajuan dan kemakmuran masa depan rakyat berbilang kaum di negara ini. Parti-parti pembangkang digambarkan sebagai 'tidak toleransi dan terlalu ekstrimis'. Malahan mereka juga digembar-gemburkankan akan membawa kepada kehancuran dan perpecahan kaum di negara ini. Sejak sekian lama di kalangan rakyat Malaysia telah diletakkan gambaran bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mungkin akan berjaya bersatu membentuk satu gabungan yang kuat bagi menghadapi kerajaan Umno-BN. Dalam hal ini, Pas dan DAP sentiasa menjadi sasaran 'perang saraf perkauman dan agama'. Media massa arus perdana pula akan sentiasa memberi gambaran bahawa kedua-dua parti ini tidak mungkin akan berjaya bergabung dan kalau ada gabungan pun ia tidak akan kekal lama kerana ia adalah lebih berbentuk 'perkahwinan sementara'. Gambaran umum yang memisahkan kedua-dua parti tersebut di bentuk sebegitu rupa sejak berpuluh-puluh tahun sehinggakan ianya mewujudkan 'fear' (ketakutan) di kalangan rakyat. Kedua-dua parti ini dipisahkan dalam dua 'diametric' yang terpenting iaitu; a. Pas digambarkan di kalangan masyarakat Cina sebagai sebuah parti ekstrimis yang memperjuangakan konsep 'Negara Islam' yang akan membawa kepada perlaksanaan undang-undang 'Hudud' yang kejam dan zalim. Di bawah pemerintahan Pas, rakyat berbangsa Cina akan didiskriminasi serta ditindas. Hak serta budaya kaum Cina akan dihapuskan oleh pemerintahan Pas. b. DAP pula di gambarkan di kalangan masyarakat Melayu sebagai sebuah parti 'chauvinistic Cina' yang begitu tebal memperjuangkan hak serta kepentingan orang-orang Cina sehingga ia boleh menggugat kepentingan bangsa Melayu. Hak serta kepentingan politik orang-orang Melayu juga akan di hapuskan oleh parti tersebut sekiranya mereka memerintah. Namun tembok 'kaum dan agama' ini telah berjaya di pecahkan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Masyarakat Cina kini tidak lagi 'takut' dengan Pas walaupun cuba diapi-apikan oleh komponen BN, Gerakan dan MCA. Namun sesetengah kalangan masyarakat Melayu, DAP masih di lihat sebagai parti Cina yang cukup berbahaya. Dan sentiimen inilah yang sedang diapi-apikan oleh Umno kepada masyarakat Melayu sehingga pelbagai isu kaum dan agama terus dihidangkan kepada mereka. Apa yang sedang di lakukan pleh media Umno ini adalah permainan politik orang yang terdesak dan dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira implikasi buruk kepada negara. Ini di tambah pula apabila Pas dan DAP kini berada dalam gabungan 'Pakatan rakyat'. Inilah yang amat menggerunkan Umno bagi menghadapi Pilihan raya ke-13 kelak. Bagi saya, pemberitaan dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang sempit ini bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang Melayu beragama Islam. Negara boleh hancur dengan permainan politik yang amat merbahaya ini terutamanya dengan corak pemberitaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab oleh media dokongan Umno-BN!. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan