Ahad, 22 Mei 2011

.

.


Menjelang Subuh

Posted: 21 May 2011 11:03 AM PDT

Pra Muktamar Di SACC Malam Tadi

TIDAK rugi kalau petangnya saya telan dua biji pain killer semata-mata untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Pas Pusat di Shah Alam Convention Centre, di Shah Alam. Banyak manfaat dan faedahnya, selain dapat makan, tentulah dapat melihat suasana majlis berkenaan. Majlis itu adalah khas untuk memunggut derama untuk tabung pilihan raya umum ke-13.

Menganjurkan majlis untuk memunggut derma seperti itu menjadi kebiasaan bagi Pas. Pas tidak sesekali begitu melampau mengguna agensi kerajaan untuk membantu pilihan raya mereka seperti UBN. Mungkin juga kerana Pas tidak menjadi kerajaan seperti UBN. UBN pantang terlintas apa yang lalu depan matanya asalkan demi untuk kemenangan akan menggunan apa saja agensi kerajaan untuk membantu kemenangannya. Kalau biawak melintas pun dan dikira dapat membantunya digunakan sama.

Majlis malam tadi hebat, ceria dan bertaraf bintang serta berjaya. Ia juga kemas dan pro. Saya rasa back drop pentasnmya sahaja bernilai tidak kurangn RM10,000 begitu juga perhiasan lain termasuk kelengkapan untuk mempersembahan klip video "menuju ke Putrajaya." Walaupun kilp video itu masih ada kecacatannya, tetapi ideanya bagus dan bernas, ia boleh disunting dan diperkemaskan lagi untuk memberi impak yang lagi hebat, kemudian disebarkan macam penyebaran video lucah. Tahniah kepada pengarah majlis, Takiyuddin Hassan.

Lebih bererti juga malam tadi dua pemimpin utama Pakatan Rakyat hadir menjadi tetamu khas, Lim Guan Eng dan Dr Wan Azizah. Bagaimana pun kerana masalah 'timing' Guan Eng terpaksa berundur awal manakala Anwar Ibrahim pula tidak hadir kerana berada di Sabah. Kehadiran Wan Azizah dan Guan Eng menjadi simbol ikatan dalam Pakatan Rakyat masih utuh dan kemen. Tanpa banyak menyedari orang baru Pas sdr Soberi Shaffi juga hadir sama ditempatkan di meja vvip.

Tidak diumumkan berapa jumlah kutipan malam tadi. Secara kasarnya dari beberapa jumlah yang disebut oleh juruacara, sekitar RM200,000. Dalam pada itu masih ada akur janji yang dibuat dan surat akur janji itu diserah kepada pemimpin Pas yang menyambut huluran derma berkenaan. Majlis malam tadi bersifar perlancaran kutipan derma. Dua pemimpin utama Pas, Mursyidu Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Abdul Hadi Awang menerima derama.

Sebaik saja majlis dibuka seorang demi seorang naik ke pentas untuk menghulurkan derma. Sebenarnya tangan orang Pas begitu ringan dan tulus untuk memberi derma jihad. Paling merujakan juga bila mana dua tiga orang kanak-kanak juga naik untuk memberikan derma bagi pihak orang tua mereka. Ini satu tedalan dan didikan yang baik. Sedari kecil lagi orang Pas telah menterbiahkan anak-anak mereka agar menjadi pemurah dan simpatis.

Acara menarik malam tadi, juga untuk tujuan mendapat wang bagi tabung pilihan raya ialah pelelongan gambar muka depan surat khabar Harakah. Dalam lelongan malam tadi cover yang memuatkan gambar Nik Aziz telah dijual dengan harga RM17,000 merupakan gambar yang termahal. Manakala cover yang memuatkan gambar Allahyarham Fadzil Nor semasa berucap pertama kali di Parlimen dijual dengan harga RM7,000. Manakala gambar cover yang memuatkan persidangan Exco 'allahyarham' kerajaan Pas Terengganu pula dijual dengan harga RM3,000.

Biarlah pelelolangan itu tidak mencecah sejuta tetapi ia meriah dan menjadi slog senggang dalam majlis berkenaan yang mempunyai daya sentimental valuenya tersendiri.

Ada pun saya malam tadi, tujuan sebenar menghadiri majlis itu walaupun dalam keadaan 'tidak tasa' ialah untuk melihat suasana majlis itu berjalan. Sejauh mana ia berjaya dan mendapat sambutan serta untuk berjumpa dan melihat wajah-wajah pemimpin Pas. Saya sudah mengira majlis itu bakal dihadiri ramai pemimpin Pas kerana dua faktor, pertama kerana muktamar Pas yang hampir tiba kedua kerana kehadiran kedua pemimpin utama Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Ternyata apa yang bermain di kepala benar, majlis malam tadi dihadiri oleh hampir semua pemimpin tertinggi Pas. Pemimpin besar yang tidak ada hanya, timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din yang katanya berada di Sabah. Begitu juga dengan Dr Hasan Ali yang bergegas ke Hulu Langat ke tempat tragedi tanah runtuh yang menimpa kediaman anak yatim tengah hari semalam. Saya pasti kalau bukan musibah itu beliau akan hadir kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Selangor.

Yang lain semuanya ada, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan begitu juga dengan tiga Naib Presiden, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan juga Tuan Ibrahim Tuan Man. Begitu juga dengan sebahagian besar ahli jawatan kuasa agung. Ketua Mulismat, Nuridah Salleh dan Naibnya Siti Zailah Yusuff dan ajaknya juga ada. Cuma ketua pemuda Nasarudin Hassan tidak kelihatan dan seseorang yang patut hadir juga, Husam Musa tidak juga kelihatan kerana katanya ke Cina atas alasan urusan perdagangan kerajaan dengan kerajaan.

Apa yang saya dapat rasakan malam tadi keramahan dan semangat ukhwah sesama ahli dan pemimpin Pas agak berlainan seperti biasa. Malam tadi semua ahli Pas khasnya pemimpin begitu ramah dan begitu mesra sekali. Cara percakapan, cara bersalaman menggambarkan akan Pas yang sebenarnya, sebagai sebuah parti berkebajikan dan bersaudara sesama sendiri.
Melihat aksi-aksi ini saya secara senyap terasa sebak dan cukup bahagia sekali, kerana ukhwah dan perhubungan seperti inilah yang mahu dilihat dalam Pas kerana ukhwah akan menjadi aset kekuatan jemaah.

Apa yang dapat saya saksikan ada pemimpin yang sebelum ini dilihat perang dingin di antara satu sama lain, tetapi bersalam kejap dan ahlan wasalan seolah melupai segala perselisihan fahaman atau pun tuduh menuduh di media.

Orang lain yang hadiri juga saya kira dapat merasai akan suasana ini. Dari jauh lagi ternampak saja kelibat masing-masing mereka akan menguit tangan dan berjalan mara kemudian bersalaman, bertanya khabar dan sebagainya. Saya sendiri rasanya tidak kurang 10 orang yang bertanya kenapa dengan kaki, apabila tertenguk saya berjalan kurang selesa, ini menandakan mereka prihatin dan berjiwa kebajikan.

Ada juga yang bersalam dengan saya sampai tiga kali atau bersalaman sampai tidak mahu lepaskan tangan dan menggarut telapak tangan. Anih? Ada yang saya merasa mereka kurang senang dengan saya, tetapi menjadi baik dan mesra atau ingin 'berdamai'. Cuma kalau pun yang masih geram dengan saya ialah seorang pemimpin dari Terengganu yang secara bergurau mengatakan saya, .."enta ni Sayuti masih konsisten mengkritik ulamak.." Tetapi saya tidak merasa apa kerana luahan itu disampaikan secara penuh diplomasi dan saya kenal akan hati budi dan keluhuran semangat jihadnya. Lagipun yang saya kritik bukan institusi ulamak tetapi batang tubuh mereka atas kapasiti pemegang jawatan.

Alangkah bahagia dan cantiknya kalau sikap ramah dan kepedulian ini kekal dan menjadi amalan harian. Tentulah bagi mereka yang uzur ataupun sakit akan sembuh dengan sendirinya bila dilayan demikian. Kesakitan dan kesusahan sebenarnya akan hilang kalau berada dalam jemaah yang ahlinya berhemah dan ramah kasih dan sayang.

Bagi saya suasana malam tadi juga tak ubah seperti pra muktamar Pas ke 57 yang akan berlangsung pada 3 - hingga 5 Jun depan, kerana semua pemimpin besar hadir. Majlis malam tadi seumpama majlis perasmian muktamar. Laksana sementara menunggu muktamar bersambung masing-masing releks dan mencuri peluang untuk berkempen di saat akhir memastikan kemenangan. Kerana itu ada pemimpin yang terlibat dalam pertandingan saya perhatikan tidak duduk diam, mereka berjalan dari meja ke meja bertanya khabar dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk memadah kenduri kawin anak. Dapat dirasakan ada yang merasakan tidak mahu berpisah kerana terlalu sayang pada kesempatan yang wujud.

Apu pun kalau malam tadi ada kempen mengempen, ia berjalan dalam sihat dan seperti dikatakan sungguh menyeronokkan. Inilah wajah Pas sebenarnya, yang menerima dan menganggap jawatan bukan sesuatu kebangaan tetapi satu amanah. Jawatan bukan untuk bermegah tetapi menggerakkan perjuangan. Merebut jawatan bukan meretakkan silaturahim dan parti tetapi mengukuhkan perjuangan dan mengeratkan perhubungan.

Tidak mengapa kalau dengan penampilan dan aksi malam tadi ada yang berkempen kerana ia masih dalam landasan yang halal dan tidak melampau. Kempen sedemikian juga memanis Pas sebagai sebiah badan siasah, dan menjadi hiburan dalam sebuah perjuangan yang menerima demokrasi. Tidak ada huluran sampul, atau pun penajaan majlis makan malam seperti Umno. Tidak ada buku ataupun risalah yang dikeluarkan seperti dalam Umno dan tidak ada tukang tulis yang diberikan wang untuk menulis bagi mana-mana pihak. Justeru kalau ada yang bercadang menubuhkan sekterait kempen hendaklah lupakan niat itu.

Biarlah Pas kekalkan suasana ini kerana inilah keindahan dalam Pas. Jangan ada hendaknya kempen yang memburuk peribadi di antara satu sama lain. Siapa pun lawan kita ingatlah dia adalah sahabat dan saudara kita. Berkempenlah dengan tertib. Saya yakin kalau Pas dapat mengekalkan keistimewaan mereka ini Pas tetap akan dihormati oleh kawan dan lawan dan tidak pula mustahil menjadi parti pujaan ramai di masa depan.

Awalnya selamat berkempen untuk semua calon! [wm.kl. 2:50 pm 22/05/11]

Tiada ulasan: