. |
Posted: 03 May 2011 07:46 AM PDT Najib Perdana Menteri Yang Lemah TIDAK pula diketahui apakah ada umat Islam di negara ini yang melakukan sembahyang ghaib ked atas Osama Ben Laden atau tidak. Mungkin tidak ada yang berbuat begitu kerana belum pasti sama ada benar atau tidak Osama dibunuh oleh tentera Amerika atas arahan Borack Obama. Amerika mendakwa mereka telah mengebumikan mayat Osama di lautan. Sehingga kini tidak pula ditunjukkan wajah Osama yang dibunuhnya. Sekeping gambar Osama yang di dalam keadaan luka parah disiarkan, diragui kerana posisi gambar itu sama dengan posisi gambar Osama yang disebarkan di dalam internet sebelum ini. Bagi mereka yang sudah tahu propaganda dan tektik jahat Amerika tidak akan mempercayai bahawa gambar yang disiarkan di internet hari adalah Osama ben Laden. Kita semua akan mempercayai apabila gambar sebenar disiarkan dan juga ujian DNA dilakukan dan mengesahkan ianya adalah Osama Ben Laden. Namun sebagai orang Islam kita tetap berdukacita atas kematian Osama itu. Seperti mana jelas Tok Guruku Nik Aziz seburuk mana dosa seseorang itu kalau ianya masih dalam Islam ia perlu dimaafkan. Serahkan soal itu kepada Tuhan. Kalau pun benar Osama syahid dan telah menghadap Allah kita redha. Kita juga merindui apa yang dicapai itu. Itulah sikap (sikap Nik Aziz) yang kita kena ambil, bertawakuf. Tetapi malang perdana menteri kita nampaknya tidak peka dan prihatin dalam soal ini. Belum apa-apa Najib Razak sudah menyifatkan kematian Osama yang belum sah itu akan mengamankan dunia. Katanya kematian Osama menyebabkan dunia akan selamat. Wah... begitu sekali Najib bahagia atas kematian saudara segamanya. Mungkin begitu jugalah pendirian dan sikap Najib terhadap Anwar seterus politiknya. Malaysia ini akan aman kalau Anwar dipenjara. Begitukah? Saya settuju dengan pendapat yang mengatakan kalau pun Najib terpaksa berlutut dengan Amerika dan dunia Barat tetapi beliau perlu juga menjaga hati rakyat negara ini terutamanya orang Islam dalam menerima kematian Osama. Kalau orang bukan Islam tidak berani memberi komen terhadap kematrian itu kenapa pula Najib sanggup berbuat begitu. Nampaknya orang Islam lebih faham dan prihatin daripada Najib. Tindak tanduk Najib itu menjelaskan bahawa dia seorang pemimpin yang yang tidak ada pendirian dan keberanian. Apa lagi keyakinan kepada orang yang berjuang atas agamanya sendiri. Saya bimbang kalau beginilah sikap lemah, takut dan bagaikan lalang Najib menyebabkan dunia tidak akan hormati Najib sebagai pemimpin dan kesannya negara kita mudah digertak dan diperkotak katikan. Untuk Osama al Fatihan kalau saudara telah kembali ke hadrat Allah, subhanalllah kalau anda masih hidup dan mengheret senjata memburu tenteta laknautullah Amerika. [wm.kl.10:540 am 03/05/11] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan