Khamis, 19 Mei 2011

.

.


Ulasan Berita

Posted: 18 May 2011 08:08 PM PDT

Zailah Jauh Meninggalkan Fatah Haron

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf yang diperkecil-kecilkan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron ternyata diterima dengan baik di peringkat pusat. Muslimat Pas menganggap Zailah adalah wirawati dalam dewan itu.

Ini terbukti apabila Zailah dicalonkan untuk merebut jawatan Ketua Muslimat Pas dan juga ahli jawatankuasa Pas pusat. Jarang berlaku kepada tokoh muslimat mendapat pencalonan untuk dua jawatan serentak.

Berlainan dengan Fatah, bukan saja tidak dicalon untuk merebut jawatan timbalan presiden atau naib presiden, tetapi untuk merebut jawatan jawatankuasa juga tidak layak. Dari 83 nama mereka yang layak untuk merebut jawatan ahlijawatankuasa, tidak ada nama Fatah meskin pun dibahagian bawah, ngusut.

Mungkin Rantau Panjang ada mencalonkan nama Fatah, tetapi kerana tidak ada pencalonan dari mana-mana kawasan lain menyebabkan beliau tidak layak. Kubang Kerian yang dilihat seronok dengan gaya politik kampungan Fatah juga barang kali terlupa untuk mencalonkan nama Fatah.

Bagi mereka yang celik dan insaf dapat menilai keadaan ini. Di Rantau Panjang Zailah diperlakukan bagaikan kain buruk oleh Fatah Haroh. Fatah bukan saja tidak mengikhtiraf Zailah sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas, tetapi juga sebagai ahli Parlimen Rantau Panjang. Usahkan program anjuran Pas kawasan itu, tetapi prgoram yang dilaksanakan Zailah juga cuba disebotaj.

Hakikat ini boleh dilihat kepada kain rentang atau banner yang dipasang di Rantau Panjang sempena menyambut hari raya atau apa-apa, gambar yang dipamerkan hanya gambar Fatah bersama dua Adun, Ahmad Awang dan Nasharudin Daud. Gambar Zailah tidak ada. Ini menyebabkan Zailah terpaksa membuat kain rentang atau bannernya sendiri.

Apakah jenis ketua seperti ini, tidak diketahui. Tetapi orang Rantau Panjang semua sudah tahu bahawa Fatah kini sedang berkonfrantasi dengan Zailah tanpa dipedulikan Zailah.

Semasa berlangusng mesyuarat kawasan baru-baru ini katanya Fatah sedikit pun tidak menyebut nama Zailah walupun ahli Parlimen itu berada di atas pentas. Inilah kezaliman Fatah kepada seorang perempuan. Ramai orang pertikai sikap gila Fatah ini dan tidak hairan kalau ada mengatakan dia sudah 'babuk' dalam politik.

Tidak tahu apakah dosa yang Zailah buat di Rantau Panjang. Zailah adalah wakil rakyat paling aktif di Rantau Panjang berbanding dengan tiga yang lain termasuk Fatah sendiri. Hal ini bukan rekaan tetapi diakui sendiri oleh rakyat. Orang Umno juga turut kagum dan bangga atas kerajinan dan sikap ramah dan mempedulikan semua orang oleh Zailah.

Gara-gara itu menyebabkan ada orang beranggapan kalau berlaku pilihan raya sekarang ini, yang boleh menang hanya Zailah dengan Nasarudin di Merantai sahaja, sementara Ahmad Awang dan Fatah akan bungkus.

Pelik dan anih memikirkan politik Pas Rantau Panjang yang diketuai oleh Abdul Fatah Haron. Dari mana beliau belajar politik menganiyaan dan memperlekehkan orang walahu'alam. Sebab besannya Nik Aziz tidak pernah mengajar sesiapa berkelakuan begitu.

Apakah beliau dengki dengan prestasi dan kerajinan Zailah? Kalau pun Zailah lebih kedepan dan advance darinya ia tidak perlu cemburu dan irihati sebab keuntungannya kepada Pas juga. Apa yang dibuat Zailah untuk rakyat Rantau Panjang juga memberi laba percuma kepadanya. Program dijalankan Zailah tidak pernah mendapat bantuan setengeh dinar emas Kelantan pun dari Fatah. Usahkan nak bantu wang, bantu tenaga pun tidak. Apa-apa projek atau program yang Zailah laksanakan di Rantau Panjang digelapkan begitu saja.

Ramai orang tidak tahu bahawa mesyuarat Pas kawasan itu baru-baru dijalankan dalam keadaan tidak cukup korum. Katanya sebaik perwakilan mendaftarkan diri mereka tuang mesyuarat. Apakah perlembagaan Pas boleh membenarkan mesyuarat dijalankan hanya nama saja yang datang tetapi body berada di rumah? Bukan itu saja pernyataan kewangan juga tidak dibentang dan disahkan begitu saja. Nasib baiklah Pas itu Pas bukannya sebuah badan profesional. Kalau Pas itu badan profesional sudah lama Pas Rantau Panjang diharam atau digantung tidak bertali gara-gara Fatah.

Sebenarnya kalau ini benar-benar berlaku tidak menghairan. Sudah lama Pas Rantau Panjang berjalan tidak mengikut perlembagaan dan diuruskan ikut sedap hati dan kehendak nafsu ketuanya sahaja. Perkembangan dan kecacatan ini juga menyebabkan sokongan dan pengaruh Pas di Rantau Panjang ke belakangan ini semakin mengecup. Tidak mustahil kalau Pas masih mengekalkan Fatah di Dun Bukit Tuku Pas akan kehilangan kerusi 'penyelamat' di situ.

Kembali kepada Zailah, usahlah peduli permainan politik Fatah yang terus berhinghus itu walaupun dia sudah berakar tunjang dalam Pas. Teruskan perjuangan. Rantau Panjang hanya sekelumit daripada sebidang perjuangan Pas yang luas. Wadah Muslimat lebih luas dan sesungguhan Zailah lebih ke depan dan berpengaruh dari Abdul Fatah Haroh. Pencalonan yang diterima Zaliah itu membuktikan segala-galanya. [wm.kl.11:12 am 19/05/11]

Susupan Petang

Posted: 18 May 2011 05:15 AM PDT

Mat Maslan Perlu Masuk Makmal

KATA Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar jangan desak polis untuk mendedahkan identiti lelaki dalam video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tegas beliau tidak ada keperluan untuk polis berbuat demikian. Penyiasatan hanya terarah kepada pengedaran video bereknaan.

Dalam hal ini katanya, polis sudah siap membuat siasatan dan telah diserahkan kepada peguam negara. Terserah kepada peguam negara sama ada ingin mendakwa atau tidak pengedar video berkenaan.

Polis nampaknya tegas dalam hal ini dan konsisten dengan kenyataanya. Awal-awal lagi Khalid mengatakan identiti lelaki itu tidak perlu didedahkan. Memanglah tugas polis bukan mendedah tetapi menyiasat.

Tetapi yang menjadi persoalan kenapa mereka yang bertanggungjawab dalam penyebaranya belum dikenakan apa-apa tindakan sedang siasatan sudah pun selesai? Kelambatan peguam negara memutuskan status terhap mereka ia boleh menimbulkan kecelaruan kepada orang ramai, bukannya soal apakah watak dalam viudeo berkenaan Anwar ataupun Mahathir?

Khalid membuat penjelasan demikian sebagai menjawab kenyataan presiden parti Kita, Zaid Ibrahim yang mengatakan kredibiliti polis akan dipersoalkan kalau identiti lelaki itu tidak didedahkan. Apakh hak Zaid dalam perkara ini, apakah dia mengharapkan ahli PKR yang menyampah dengan Anwar ekoran pendedahan bahan lucah itu akan menyeberangi menyokong Kita dan dengan itu Zaid akan memiliki peluang untuk jadi PM?

Kenapa Zaid bersungguh dalam soal membabitkan Anwar tetapi diam membisu seribu bahasan terhadap kes yang mendapat perhatian umum seperti kes Teong Beng Hocak, Altatantul dan sebagainya. Kalau pun Zaid nak jadi PM rasanya beliau boleh mencari isu lain dan bukannya isu mengenai Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama juga Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan mengemukakan beberapa cadangan untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap video berkenaan. Antara cadangan itu ialah beliau minta Anwar saman Eskay dan mengambil pakar luar negara untuk mengesahkan ketulenan video berkenaan.

Saya tidak faham kenapa Mat Maslan bercakap demikian. Bukankah polis sudah mengesahkan akan ketulenan video berkenaan, jadi kenapa harus dikelirukan lagi dengan menyuruh Anwar menggunakan pakar luar negara. Soal Anwar dan penyokongnya tidak mempercayai itu soal dia. Tugas Mat Maslan dalam hal ini ialah memastikan bahawa rakyat khasnya ahli Umno mempercayai video berkenaan. Selain itu beliau juga kena pastikan Felda tidak akan mengalami kerugian berterusan sehingga bankrup?

Bukankah di sini apa yang menjadi maksud Umno dan Mat Maslan dengan pendedahan dan pengedaran video itu ialah supaya rakyat benci Anwar. Begitu juga dengan kes liwat. Umno sudah melakukan segala-galanya untuk tujuan itu dengan penuh profesional. Semua media arus perdana dan blogger upahannya juga sudah mengambil bahagian dan melakukan tugas dan amanah masing-masing dengan baik. Apa dibimbangkan lagi?

Apakah dalam tilikan Mat Maslan rakyat masih buntu dan tidak mahu percaya disebabkan penafian Anwar? Ini bermakna rakyat masih yakin dengan Anwar berbanding dengan polis dan juga Umno dan kata-kata Mat Maslan sendiri. Dalam hal ini apa yang perlu Mat Maslan lakukan ialah berusaha untuk pengaruhi rakyat mempercayainya dan menolak penafian Anwar. Kalau perlu Mat Maslan perlu masuk ke makmal mencari solution mengenai perkara ini.

Tidak perlu untuk Anwar memanggil pakar luar negara. Status video itu sudah pun disahkan. Dengan pendedahan yang berleluasa rakyat sudah dapat menghukumnya. Saya percaya rakyat sudah membuat penghukuman itu berhubung video berkenaan. Mat Maslan jangan cuba merendahkan (underrate) kemampuan rakyat. Rakyat hari ini bukan lagi sama dengan rakyat di tahun 40-an yang sezaman dengan ayah Mat Maslan, para peneroka dan ayah kita semua.

Jadi apabila orang ramai masih konfius, tidak mahu percaya dengan isi video berkenaan, masih tidak tergilakan Umno sedangkan ianya sudah disebar meluas, tentulah ada sebab-sebabnya. Rakyat boileh dipulas telinga tetapi hati mereka tidak boleh dipaksa. Rakyat samalah dengan kuda yang boleh diheret ke tepi sungai tetapi tidak boleh paksa dia minum air.

Pada saya duhai Mat Maslan mudah saja kenapa rakyat tidak mudah mempercayai dengan video berkenaan dan menjadi gila kepada Umno, kerana perbuatan menyebar video bagi tujuan memburukkan Anwar itu melampau sangat. Ia berlebih-lebihan. Sudah menjadi perangai manusia kalau sesuatu dibuat secara melampau meyebabkan bukan saja mereka tidak mahu percaya tetapi membenci dan marah. Inilah yang berlaku.

Umno terlupa untuk belajar dari kesilapan Mahathir sebelum ini. Masa Mahathir jadi PM dulu beliau sudah tabur isu liwat Anwar ke seluruh dunia. Disiarkan dalam semua media massa. Tidak cukup itu Anwar dipenjara. Apa hasilnya, akhirnya Mahathir terpaksa berundur kerana kesilapan itu. Patutnya kejadian itu diambil iktibar dan tidak diulangi lagi. Bila Umno mengulangi ia nampak sangat Umno kekeringan modal dalam perjuangan.

Percayalah memenjarakan Anwar mengaibkan beliau, hatta membunuh sekalipun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ketakutan yang membelenggu Umno dan pemimpin kini sesuatu yang bersifat halimunan. Sesuatu yang bersifat halimunan tidak boleh dihadapi secara mendada melainkan dengan secara halimunan juga. Mat (Mat Maslan) gua makan magi saja malam ni..! [wm.kl.8:30 pm 17/05/11]

Tiada ulasan: