. |
Posted: 15 May 2011 11:22 PM PDT Semuanya Ada Hikmat Dua tiga hari lalu para penyokong Anwar Ibrahim dan juga penyokong Pakatan Rakyat berdoa dan bermunajat kepada Tuhan agar selamatkan Anwar dari pertuduhan kes liwat dan dibebaskan. Bagi mereka tidak ada sebab untuk Anwar dipanggil membela diri. Beberapa keterangan saksi pihak pendakwa juga dikatakan bercanggah dan bohong. Hari ini mahkamah memerintah Anwar membela diri. Kata mahkamah ada prima facie terhadap pertuduhan itu. Ini bermakna kes itu masih dalam mahkamah dan Anwar belum bebas. Apabila mahkamah memutuskan demikian, ini bukan bererti Tuhan tidak mendengar doa dan munajat penyokong Anwar dan keluarganya. Tuhan dengar, cuma tidak menerimanya. Atau Tuhan telah menerimanya dan sedang menimbangkan. Kita jangan mudah menghukum apabila hakim membuat keputusan itu bermakna Tuhan tidak menerima dengar doa dan menerimanya. Tuhan maha kaya, Dia menerima doa dari sesiapa saja. Baginya setiap apa yang diputuskan oleh mahkluknya termasuk hakim itu adalah atas pertimbangan dan ianya ada hikmat. Satu hal yang kita perlu terima bahawa kita ini senantiasa dalam rahmat dan tertadbir dengan segala rahmatnya. Cuma bila kita jarang mengetahuinya kerana kita jahil dan buta. Kepada mereka yang gembira atas keputusan itu, janganlah riak dan bergembira, kerana kemuncak gembira itu adalah kedukaan. Dan pengakhiran kepada kedukaan yang benar itu ialah kegembiraan. [wm.kl. 2:20 pm 16/05/11] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan