Selasa, 24 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


BN cuba daftar rakyat Thailand di Tumpat : Pas

Posted: 24 May 2011 01:21 AM PDT

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafarmengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.


"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing. - tmi

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kenaikan RON95, Tidak Waras Sama Sekali

Posted: 23 May 2011 11:47 PM PDT

Tiada kewarasan bagi Kerajaan Malaysia menaikkan harga petrol RON95 dan lain-lain bahan api berteraskan petroleum sehingga Kerajaan mampu menjelaskan dengan benar dan jujur beberapa isu di bawah,

Berapakah peningkatan pendapatan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia sejak kenaikan harga petroleum dunia.
Berapa tong minyak mentah TAPIS Blend 44° yang dikeluarkan oleh PETRONAS sehari.
Berapa tong minyak mentah dan namakan jenis minyak mentah tersebut, yang diimport oleh PETRONAS untuk kegunaan tempatan.
Dimanakah dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang tercatat dengan jelas jumlah ringgit yang dibayar bagi membiayai subsidi petroleum.

Menurut data rasmi harga pasaran minyak mentah dunia, minyak mentah Malaysia, dikenali sebagai Tapis Blend 44°, berikut adalah harga minyak mentah tersebut di pasaran global:

(i) 8 April 2011 – USD127.94

(ii) 15 April 2011 – USD131.20

(iii) 22 April 2011 – USD129.19

(iv) 29 April 2011 – USD132.26

(v) 6 Mei 2011 – USD130.74

(vi) 13 Mei 2011 – USD120.47

Sepanjang tempoh kenaikan harga minyak global ini, Malaysia, Tapis Blend 44° adalah minyak mentah tertinggi harganya di dunia.


Berikut adalah harga minyak mentah di pasaran dunia mengikut negara-negara pengeluar di Timur Tengah pada 13 Mei 2011.

(i) Abu Dhabi, Murhan 39° – USD111.27

(ii) Dubai, Fateh 32° – USD106.74

(iii) Iran, Heavy 30° – USD105.87

(iv) Iran, Light 34° – USD109.86

(v) Iran, Kirkuk 36° – USD110.69

(vi) Kuwait, Kuwait 31° – USD105.77

(vii) Qatar, Dukhan 40° – USD109.92

(viii) Saudi Arabia, Arabian Heavy 27° – USD103.59

(ix) Saudi Arabia, Arabian Light 34° – USD108.84

(x) Saudi Arabia, Arabian Arabian Medium 31° – USD108.84

(xi) Oman, Oman Blend 34° – USD107.29

Pada pertengahan 2008, saya dan YB Dato' Haji Husam bin Musa pernah menerbitkan sebuah buku bagi menjelaskan mengapa harga bahan bakar di Malaysia tidak perlu dinaikan. Saya juga ada menulis dan menyertakan data-data di blog ini bagi menyedarkan masyarakat mengapa Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak terjejas dari segi kewangan disebabkan peningkatan harga minyak global.

Secara umumnya, rejim petroleum Malaysia digerakkan dengan menjual minyak mentah berkualiti tinggi tempatan dan membeli minyak mentah berkualiti lebih rendah untuk kegunaan tempatan.

Saya bersetuju bahawa subsidi adalah tidak elok untuk ekonomi pada jangka panjang. Saya bersetuju bahawa tabiat memberi subsidi secara berpanjangan adalah tabiat yang tidak sihat. Tetapi adakah benar Kerajaan Malaysia menanggung subsidi bahan bakar? Jika benar, dimanakah dalam dokumen rasmi Kerajaan Malaysia menunjukkan jumlah tersebut. Atau ianya sebenarnya adalah kos lepas (opportunity lost).

Kerajaan Malaysia perlu dengan jelas, menerusi PETRONAS atau mana-mana agensinya mengeluarkan data jumlah tong minyak mentah yang diimport negara untuk kegunaan tempatan setiap hari dan jumlah tong minyak mentah tempatan yang dieksport keluar negara setiap hari. Mengapa harus rasa tergugat di dalam mengeluarkan data tersebut. Bagilah rakyat Malaysia lihat dengan mata mereka sendiri dan biarkan otak kami mencongak apakah kos mengimport minyak mentah untuk kegunaan tempatan dicampur dengan kos penapisannya tidak lagi tertanggung oleh wang yang diperolehi daripada menjual minyak mentah tempatan ke luar negara.

Kesan Kenaikan RON95

Sehingga maklumat dan data-data ini menjadi tatapan umum, wajib bagi kita mengandaikan bahawa tujuan Kerajaan mengkaji semula subsidi pada RON95 antara lain bertujuan untuk membuat Kerajaan memperolehi lebih faedah daripada keuntungan PETRONAS kesan daripada kenaikan harga minyak global.

Alasan kerajaan pula seandainya kerajaan dapat berjimat, maka wang hasil potongan subsidi RON95 itu akan dapat digunakan untuk faedah rakyat. Maaf, saya tidak dapat bersetuju sama sekali.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut,

Andaikan RM30 billion adalah jumlah yang diperolehi kerajaan hasil 'berjimat' dengan mengurangkan subsidi, berapakah yang akan dinikmati semula oleh rakyat?
RM30 billion yang digunakan untuk subsidi adalah lebih besar faedahnya daripada RM30 billion yang dilaburkan untuk projek-projek pembangunan untuk kebaikan rakyat. Ini kerana RM30 billion sudsidi RON95 akan dinikmati oleh semua rakyat samada mereka memiliki kenderaan atau tidak.
Tetapi RM30 billion yang digunakan untuk menyiapkan projek untuk rakyat, mungkin menghasilkan projek yang bernilai RM10 billion sahaja, kerana RM20 billion lagi terpaksa dihabiskan untuk perkhidmatan perunding dan kajian serta hangus sebagai kos keuntungan satu dua syarikat.
Kesan menjimatkan RM30 billion dari subsidi RON95 sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga semua jenis barangan keperluan. Kerajaan tidak perlu menipu dengan cuba menyakinkan rakyat bahawa mereka berupaya mengawal kenaikan harga barang. Itu alasan lapuk zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad.
Kesan paling menyedihkan ialah, akibat penjimatan subsidi RON95 akan menindas mereka yang sebenarnya tidak memiliki kenderaan sendiri dan orang-orang miskin akibat daripada kenaikan kos kehidupan kesan dari 'penjimatan' kerajaan.

Keputusan untuk berjimat tidak boleh dibuat di dalam makmal berhawa dingin dengan punggung berlapikan kerusi empuk. Tidakkah cukup kerajaan Barisan Nasional yang lampau sewaktu pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi menyeksa golongan rakyat yang miskin dengan idea-idea yang bercambah dalam pejabat yang nyaman?

Kononya rakyat diberi pulangan daripada kenaikan harga bahan bakar menerusi pemberian rebat kepada pemilik kenderaan apabila memperbarui cukai jalan mereka. Siapa yang untung? Sudah tentu mereka yang memperolehi banyak kenderaan. Siapakah mereka yang memiliki banyak kenderaan? Apakah orang-orang miskin dikampung yang terpaksa terbeban akibat kenaikan kos barang keperluan itu memiliki banyak kenderaan?

Kesan beban kenaikan RON95 akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia walaupun mereka yang tidak ke pam stesen untuk mengisi minyak. Ada yang mampu menanggungnya, ada yang terpaksa menanggungnya dan sudah pasti ramai juga yang tidak berupaya menanggungnya.

Apakah Barisan Nasional berupaya menanggungnya?

Kerajaan boleh berkempen supaya rakyat mengubah cara hidup mereka bagi berhadapan dengan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Rakyat juga boleh berkempen untuk mengubah kerajaan bagi berhadapan dengan Pilihanraya Ke 13 kelak.

Maaf, saya merasakan pulangan yang diperolehi menerusi berjimat cara ini adalah sesuatu yang tidak waras buat masa ini.

Sila Baca :
Sheih on Sheih: Pariah Leadership and Death of an Economy
Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah
Kickdefella Bares All
Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy
Shahrir Confirmed Kickdefella's Finding
Market Full Of Oil: The USD VS Crude Oil Experience
Shahrir to fire thousands of Petrol Kiosk Workers
Minyak oh Minyak

kickdefella

Keluarga Ahmad Sarbini Patut Saman Mangkuk Ni..

Posted: 23 May 2011 09:59 PM PDT


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.


"Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya."katanya.


... tuduhan yang terlalu kurang ajar lagi biadap....

Sumber - http://dppwm.blogspot.com


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Anwar kembali ke tirai besi?

Posted: 23 May 2011 08:15 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.

Ketika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.


Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI: Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?

DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Mungkin tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?

DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?

DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?

DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.

DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?

DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?

DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan. - mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Eskay Rapat Dengan Pemberontak Thailand

Posted: 23 May 2011 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Dengan kerjasama bersama WikiLeaks, laman web Malaysia Today semalam meledakkan lagi satu kabel rahsia Amerika Syarikat, mengenai Datuk Shazryl Eskay Abdullah,(gambar) yang didakwa berhubung rapat dengan pemberontak selatan Thailand.

Kabel rahsia tersebut turut mendakwa Eskay, yang menjadi popular baru-baru ini kerana menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelakon dalam sebuah video seks milik beliau, telah menyifatkan Malaysia kawasan selamat untuk pemberontak Melayu Thailand.

Ia diberitahu Eskay dalam satu sesi perbualan dengan pegawai-pegawai atasan di Kedutaan AS pada 5 Februari 2006.


Pendedahan ini dibuat hasil kerjasama antara Malaysia Today yang dimilki Raja Petra Kamarudin dengan WikiLeaks. Kedua-dua pihak menandatangani kerjasama di London baru-baru ini.

"Eskay berkata beliau melaksanakan tugas pada pemberontakan Thailand secara umumnya tanpa bergantung pada kerajaan Thailand mahupun Malaysia, dan mengekalkan hubungan secara terus dengan pemimpin separatis Melayu yang tinggal di Malaysia," kata kabel yang didedahkan tersebut.

Dalam laporan itu juga disebutkan bahawa Eskay cuba berusaha untuk membuktikan identitinya berhubung beberapa dakwaannya bahawa beliau mempunyai hubungan langsung dengan sebahagian pemimpin separatis Melayu terkenal.

Beliau mengemukakan klip video yang dirakamkan beliau, dalam pelbagai pertemuan dengan mereka yang digambarkan beliau sebagai pemimpin separatis tua dan penggerak yang muda.

"Eskay telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin orang lama, pemberontak dan simpatisan dari selatan Melayu Thailand. Pandangan-pandangan beliau tentang pemberontakan adalah paling terperinci yang kami pernah dengar selama lima hari semasa lawatan ke utara Malaysia dan dikesan dengan baik dalam banyak perkara dengan informasi dan pandangan dari orang lain," tambal kabel itu lagi.

Menyifatkan Eskay sebagai seorang peniaga yang berketurunan campuran Malaysia-Thailand, kabel itu turut menyatakan bahawa Eskay telah memberitahu Kedutaan AS tentang peranan pentingnya dalam dialog 2005-2006 dengan pemberontak Thailand yang memaparkan bekas perdana menteri, Tuan Dr Mahathir Mohamad.

"Eskay, yang telah menjadi fasilitator Malaysia yang menerajui dialog dengan pemberontak Thailand yang ditaja bekas perdana menteri Mahathir, telah berhujah bahawa pemberontak generasi tua, yang kebanyakannya bermastautin di Malaysia, masih relevan kerana mereka membekalkan perkhidmatan sokongan dan tempat perlindungan kepada pemimpin muda.

"Beliau turut mengenalpasti satu pemimpin generasi tua yang aktif memberikan arahan untuk menyerang, dan menjangkakan bahawa kumpulan jenayah dan perkhidmatan keselamatan Thailand bertanggungjawab atas 70 peratus daripada kekerasan yang baru," tambah kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, Eskay juga telah berkongsi satu kertas kerja 12 muka surat mengenai pemberontakan dan pandangan Melayu Thailand, hasil daripada temuramah dengan pelbagai pemimpin separatis, yang telah disampaikan beliau ke Organisasi Perisikan Eksternal Malaysia (MEIO) pada Februari 1.

"Eskay telah meminta supaya kita tidak mengkongsikan kertas kerja tersebut dan kertas cadangan pengaman Februari 2006 kepada orang lain (kita telah menghantar dokumen tersebut dalam bentuk email rahsia ke EAP/MTS and Kedutaan Bangkok)," kata kabel itu lagi.

Di samping itu, kabel itu turut mendakwa beberapa orang sukarelawan Malaysia sangsi terhadap dakwaan Eskay tentang hubungannya dengan separatis Melayu dan mendakwa bahawa beliau pernah terlibat dengan transaksi perniagaan yang kontroversi pada masa yang dahulu.

Eskay adalah salah seorang daripada Trio Datuk T yang terdiri bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang melakukan jenayah baru-baru ini dengan mengaku memiliki dan menayangkan rakaman video seks yang didakwa mereka melibatkan Anwar kepada orang awam.

Meskipun begitu, sehingga kini, pihak polis masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Harakahdaily


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Harga Minyak Naik Minggu Depan..

Posted: 23 May 2011 08:05 PM PDT

Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.


Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Makcik Sitt Yang Hina Islam - Kenapa Tiada Tindakan Dari SKMM??

Posted: 23 May 2011 06:50 PM PDT




Sumber - makcikhajjahsittalwuzara2


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Subsidi: Kenapa rakyat miskin jadi sandaran

Posted: 23 May 2011 06:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan, maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan.

"Ke manakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Katanya, rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Beliau turut mempersoalkan kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.


"Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat," katanya.

Menurutnya, selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Katanya, pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa.

Sepatutnya, ujar beliau itu tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.

Setakat hari ini, katanya Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq dan Iran.

Justeru, tambahnya tidak hairanlah bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007 hingga 2010.

Ini, katanya bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.

"Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran," katanya.

Katanya lagi, ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion di mana wang itu akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.

Ini, menurutnya alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar.

Beliau berkata, penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi. - hrkh

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pas bimbang pengundi baru naik mendadak

Posted: 23 May 2011 05:30 PM PDT

Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan BN merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, strategi seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu dan di Sabah untuk membolehkan BN merampas Terengganu dari Pas dan mengekalkan cengkaman di Sabah.

Menurutnya, Pas ragu dengan pertambahan pengundi melebihi 17 peratus bagi setiap negeri PR, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan Pas pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah enam peratus paling maksimum.


"Sebelum ini Pas yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

"Lebih meragukan, berdasarkan semakan, pertambahan pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi yang didaftarkan di negeri terbabit, tetapi di Kuala Lumpur dan mereka yang bukan warganegara Malaysia.

"Saya bimbang dengan keadaan ini dan tidak menolak kemungkinan ianya satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR untuk merampas kembali negeri-negeri PR secara tidak sah," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.

Mohamad Sabu berkata, corak pendekatan itu kini sudah dikenal pasti giat dilaksanakan di Selangor bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

Menurutnya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar diatasi Pas dan PR kerana mendakwa turut melibatkan kerjasama SPR sendiri.

"PR belum tentu menang di Selangor kerana saya difahamkan SPR bertindak mendaftarkan bukan rakyat Malaysia untuk mengundi di Selangor sebagaimana dilakukan di Sabah dan Terengganu sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Mohamad turut mendakwa UMNO mengkhianati suara orang Melayu di Parlimen apabila tidak menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu tinggi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, tindakan BN itu dipercayai disebabkan bimbang kerusi di negeri terbabit dimenangi Pakatan Rakyat (PR), walhal keperluan untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu diperlukan untuk mengukuhkan suara Melayu di Parlimen.

"SPR dan BN sewajarnya menambah kerusi Parlimen di kawasan seperti Baling dan Kuala Kedah yang mempunyai penduduk lebih 30,000, selain menambah kerusi di negeri Kelantan dan Selangor," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Najib tak pernah janji semua pelajar cemerlang biasiswa, tegas Nazri

Posted: 23 May 2011 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.


"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.

Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus), komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Tambah beliau, biasiswa itu hanya akan dianugerahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam temu bual kendalian JPA.

Bagaimanapun mereka yang tidak memenuhi syarat itu masih diberi biasiswa untuk belajar di universiti tempatan, kata Nazri.

Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.

"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.

"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.

"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.

Sehubungan itu, Nazri terus berhadapan dengan kritikan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, mengetuai protes dengan pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A+ dan ke atas akan menerima biasiswa JPA.

Penelitian The Malaysian Insider menunjukkan kenyataan Najib tahun lalu mendedahkan bahawa perdana menteri ada menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar memperoleh 9A+ untuk belajar di universiti dalam dan luar negara.

"Jadi, jika anda tiada fakta, jangan bercakap. Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Peringatan kepada Datuk Seri Najib dari 400,000 guru

Posted: 23 May 2011 08:57 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib digesa untuk menjaga kepentingan 400,000 guru Malaysia. Ini berikutan ada dakwaan guru berkenaan sudah tidak yakin serta tidak percaya kepada CUEPAC, NUTP dan KSN dalam memperjuangkan kepentingan guru.

Berita baik pada Hari Guru peringkat kebangsaan di Kucing baru ini hanya menyenangkan segelintir 3000 orang guru dari kelompok Pengetua dan GPK sahaja.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, dalam blog Wan Zamzuri Wan Hasenan dipetik 'ternyata 400,000 orang guru kecewa dengan berita yang indah khabar dari rupa'.

Oleh itu, gesaan untuk Perdana Menteri menjaga kepentingan 400,000 guru yang kecewa dan terbeban kerana tiada kenaikan gaji menyebabkan mereka menderita dengan kesempitan kenaikan harga barang makanan dan minyak.


"Mereka ini akan melepaskan geram dengan mengundi pembangkang pada PRU 13 nanti dan rata-rata golongan ini berpendapat bahawa tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang menawarkan insentif RM500 sebulan lebih menarik hati.

Ini akan memberi kesan bahawa 400,000 guru yang melibatkan keluarga serta kawan-kawan mereka sebenarnya agen perubahan boleh mempergaruhi masyarakat dengan nilai undi 400,000 guru boleh bawa undi blok lebih 1.5 juta und," dalam kenyataanya.

Jika guru 400,000 ini nekad mengundi pembangkang dalam PRU 13 yang akan diadakan nanti, sudah pasti kerajaan Barisan Nasional dan UMNO boleh tumbang.

Beliau menyatakan lagi perlu diingatkan bahawa guru hari ini mempunyai semangatnya seperti guru sebelum merdeka dan sebelum Anwar Ibrahim masuk aktif UMNO yang mana jika dahulu guru adalah tulang belakang UMNO tetapi sekarang tidak lagi.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati, sudah pasti mereka tidak memperdulikan nasib UMNO dan BN jika Perdana Menteri tidak berbuat sesuatu untuk golongan 400,000 guru.

" Mereka hanya fikir kepentingan mereka sahaja sekarang kerana sekarang adalah zaman era politik kepentingan kumpulan dan dianggarkan 1.5 juta akan beralih kepada Pakatan Rakyat," tambahnya lagi.

Kesan yang dapat dilihat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti itu ialah Datuk Seri Najib, menteri - menteri BN, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan kehilangan jawatan manakala, Ahli Parlimen dan Ahl Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN akan mengganggur.

Oleh itu, beliau amat berharap agar Perdana Menteri akan berbuat sesuatu sebelum terlambat untuk buat keputusan yang memuaskan hati guru 400,000 Malaysia dan jangan mendegar pandangan sebelah pihak sahaja yang gagal membawa suara kepentingan guru.

Sumber dipetik daripada blog Zakri Ali


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kontrak TNB-IPP Memaksa Harga Elektrik Naik

Posted: 23 May 2011 05:28 AM PDT

PETALING JAYA 23 MEI : Kontrak yang dipaksakan ke atas Tenaga Nasional demi memberi keuntungan lumayan kepada syarikat penjana bebas (IPP) menyebabkan rakyat menanggung kadar elektrik yang tinggi berbanding negara jiran, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas ura-ura bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional akan menaikan kadar elektrik bulan depan selepas dinaikan pada Mac 2009.

Anwar mendedahkan rakyat Malaysia sekarang terpaksa membayar kadar elektrik yang jauh lebih mahal berbanding negara jiran seperti Thailand sungguhpun bahan api seperti gas asli di negara ini menikmati kemudahan subsidi.


Beliau berkata TNB mengalami pendarahan kewangan kerana terpaksa membayar harga yang amat tinggi untuk membeli elektrik daripada IPP.

Selain mengaut keuntungan berlipat ganda dari TNB, syarikat IPP juga menikmati subsidi gas berjumlah RM22 bilion ringgit.

"Jika dibandingkan dengan negara jiran, umpamanya, Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa," kata Anwar.

"Pada masa ini harga semasa (yang dibayar Thailand) adalah tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia," tambah beliau yang juga bekas Menteri Kewangan.

Anwar berkata seorang pemilik rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna di Malaysia terpaksa membayar 22 sen atau 22 peratus lebih untuk kadar yang sama.

Tarif untuk pengguna runcit di bawah kategori "tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah" di Malaysia pula adalah 37 sen per kWh atau 48peratus lebih tinggi dari kadar di Thailand iaitu 25 sen per kWh.

Anwar berkata usaha segera harus dilakukan untuk merunding semula kontrak IPP bagi memastikan tarif elektrik tidak membebankan pengguna negara ini.

" Mantan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga yang terlalu mahal yang dikenakan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta ke atas TNB.

"Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour). Harga elektrik yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah lebih mahal dari harga tenaga yang dihasilkan oleh TNB sendiri,"katanya.

"Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekaligus membolehkan Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) mengaut keuntungan yang besarlebih awal,"tambah Anwar lagi.

Menurut Anwar, perjanjian yang diikat dengan IPP hanyalah untuk melindungi syarikat IPP daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api namun meletakkan beban ke atas TNB dan rakyat sekiranya harga bahan bakar itu melonjak tinggi.

" Akibat dari perjanjian ini, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap. Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22billion setahun," kata Anwar.

" Justeru akibat perjanjian yang rumit dan berat sebelah ini, rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi,' tambah Anwar.

Ini berlaku apabila TNB terpaksa membayar kos yang tinggi kepada IPP dan tindakan syarikat swasta itu menuntut keuntungan pada kadar masa yang cepat sehingga membebankan rakyat, tambah Anwar.

Justeru mantan Menteri Kewangan itu menggesa Putrajaya menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas TNB, termasuk menggugurkan elemen yang menjamin keuntungan lumayan untuk syarikat berkenaan dalam setiap keadaan. - tvs



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

Posted: 23 May 2011 02:37 AM PDT

Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.


Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.

"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.

Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.

Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.

"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.

"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.

Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.

Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.

"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Usah potong subsidi gula, biar kurang untung Felda

Posted: 23 May 2011 02:31 AM PDT

Pentadbiran Najib sepatutnya mengurangkan beban rakyat, bukannya membantu syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Felda dengan meningkatkan keuntungan niaga menerusi potongan subsidi pengguna yang dipraktikkan sejak akhir tahun lalu, kata DAP hari ini.

Soal pemotongan subsidi juga menjadi bahan kenyataan pemimpin politik dan anggota jemaah menteri sepanjang minggu lalu dengan desas-desus bahawa harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan bulan depan.

Justeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.


"Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

"Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

"Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia," kata Lim.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion.

Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan ketua setiausaha kementerian kepenggunaan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

"Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

"Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia," katanya.

Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

"Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM," katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

"Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

"(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tanah runtuh: Polis siasat tragedi, nafi madrasah amal ajaran sesat

Posted: 23 May 2011 02:01 AM PDT

Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pemilik Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini berhubung tragedi tanah runtuh kelmarin yang mengorbankan 16 nyawa.

Keterangan diambil daripada pelbagai pihak bagi membantu siasatan dan mengenal pasti punca tragedi.

"Kita akan lihat sekiranya wujud kecuaian dan kelalaian dari mana-mana pihak sehingga berlakunya kejadian ini," kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah selepas melawat mangsa terselamat di Hospital Ampang hari ini.

Enam mangsa yang terselamat dalam insiden itu kini ditempatkan di wad khas hospital itu manakala tiga lagi di Unit Rawatan Rapi.


Dipetik laporan Bernama Online, Tun Hisan berkata, fokus siasatan akan tertumpu kepada status tanah berkenaan yang dikatakan tanah pertanian dan untuk mengesahkan sama ada pembinaan rumah di tanah itu mendapat kebenaran ataupun tidak.

Beliau berkata, polis sedang berbincang dengan Jabatan Mineral dan Geosains dan agensi-agensi lain bagi mencari punca yang mengakibatkan tanah runtuh itu.

Rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang.

Mengenai khabar angin kononnya rumah anak yatim itu (gambar) ada mengamalkan ajaran sesat, Tun Hisan berkata khabar angin itu tidak betul.

Satu lagi laporan Bernama Online menyebut bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) percaya hujan lebat luar biasa selama tiga hari mengakibatkan stuktur tanah menjadi lemah hingga membawa kepada berlakunya kejadian tanah runtuh.

Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Datuk Ir Ashaari Mohamad berkata, berdasarkan data taburan hujan yang diperoleh untuk tiga hari, sejumlah 29 milimeter (mm) hujan turun di kawasan itu pada Khamis lalu, diikuti 41mm pada hari berikutnya dan meningkat mendadak kepada 80mm pada hari kejadian.

"Jumlah hujan yang turun pada hari kejadian adalah luar biasa sebab jumlah normal adalah sekitar 20 milimeter. Apabila hujan turun dan meresap ke dalam tanah ia telah menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan boleh runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Ashaari berkata berdasarkan tinjauan pihaknya ke kawasan dan puncak cerun berhampiran tanah runtuh itu, terdapat lurah laluan air yang menuju ke kawasan runtuhan.

Selain itu, pokok-pokok yang ditebang di sekitar kawasan itu juga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi laluan air apabila hujan.

"Tanah-tanah masih bergerak dan kalau ada hujan boleh menyebabkan tanah runtuh dan kita kategorikan kawasan ini sebagai tidak selamat," katanya.

Berdasarkan maklumat diterima, beliau berkata, kedudukan antara cerun yang berketinggian 25 hingga 30 meter dengan bangunan rumah anak yatim itu juga terlalu hampir iaitu sekitar tujuh meter atau 25 kaki.

"Kita menganggarkan sejumlah 3,500 isipadu tanah atau bersamaan 600 buah lori, tanah yang runtuh dan menimpa rumah anak yatim berkenaan dengan ketinggian runtuhan empat meter dan lebar 54 meter," katanya.

Ashaari berkata, cerun di kawasan rumah anak-anak yatim juga telah dipotong dan itu menyebabkan berlaku ketidakstabilan pada keadaan tanah.

"Jadi hari ini kami nak teliti balik keadaan tanah dan melihat bagaimana kami boleh baiki semula struktur tanah ini. Kami juga meminta Pihak Berkuasa Tempatan mengawasi keadaan sekitar kawasan perumahan di kawasan ini kerana mereka juga terdedah kepada risiko sama," katanya.

Dalam pada itu, RM217,000 sumbangan disalurkan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor kepada 53 waris dan mangsa tragedi tanah runtuh itu dan rumah kebajikan berkenaan.

Setiap waris kepada 16 mangsa yang terkorban menerima RM5,000 setiap seorang manakala mangsa yang terselamat menerima sumbangan berjumlah RM1,000, sementara rumah anak yatim itu mendapat sumbangan RM100,000.

Selain itu kerajaan Selangor turut menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada setiap waris.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: