Rabu, 11 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Siasat Penulis Blog 'Marahku' dan 'BigDog'

Posted: 10 May 2011 10:06 PM PDT

SHAH ALAM 11 MEI : Kementerian Dalam Negeri digesa menyoal siasat blogger pro- UMNO, yang bertanggungjawab menimbulkan kontroversi agama kononnya terdapat usaha mahu menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

Menterinya, Hishammudin Tun Hussien sebelum ini berkata pihaknya akan membuat siasatan berhubung perkara itu, namun sehingga kini penulis blog 'Marahku' dan 'BigDog' masih belum dipanggil untuk sebarang siasatan.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata siasatan bersabit dakwaan itu harus segera dilakukan bagi menjamin keharmonian kaum.


"Bila orang yang mengeluarkan blog itu blogger itu yang mulakan mengeluarkan berita yang palsu tidak dipanggil tetapi dipanggil adalah orang yang dihina," kata Jui Meng.

Jui Meng menyifatkan, tindak tanduk Hishammudin dan KDN dalam menangani isu ini menggambarkan betapa terdesaknya kerajaan persekutuan menimbulkan rasa cemas dikalangan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini untuk menaikkan kemarahan orang Melayu di kampung lah, orang bandar tahu ini tidak benar punya tetapi di luar bandar yang mana tidak ada internet mereka didedahkan dengan apa itu daripada media Umno khasnya Utusan Malaysia," katanya lagi.

Blogger pro- UMNO itu sebelum ini mencemaskan banyak pihak apabila mendakwa sekumpulan paderi sedang berusaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara sekaligus membolehkan perdana menteri dilantik dikalangan mereka yang beragama Kristian.

"Ini akan mengakibatkan mereka naik marah terhadap orang Kristian tetapi saya percaya mereka kalau benar- benar dapat berita yang betul mereka akan marah Umno sebaliknya," katanya.

Pendedahan berbaur rasis itu diceduk akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dimuka surat hadapan, tanpa melakukan sebarang siasatan atau paling kurang pengesahan daripada pihak yang dituduh.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah pembohongan.

Dakwaan itu turut mengheret nama Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan parti kompenan Pakatan rakyat, DAP.

Bagaimanapun, DAP bingkas menafikan pembabitannya dalam usaha seumpama itu.

Dalam pada itu, sebuah blog pro- Umno, 'Papa Gomo' mengecam pendedahan provokasi yang dibuat blogger "Bigdog" atau nama sebenarnya, Zakir Mohammed.

'Papa Gomo' menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Tiada asas kukuh untuk sabitkan dakwaan mahu jadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Secara logik mustahil pihak Kristian boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini," kata penulis blog Papa Gomo.

Justeru "Papa Gomo" menyarankan agar kerajaan memandang serius laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Penulis itu juga menyarankan agar penulis "Bigdog" ditahan di bawah akta ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA," ujar penulis blog itu lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Islam tetap agama rasmi Malaysia

Posted: 10 May 2011 09:55 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut.

Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.

"Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.


"Agama rasmi Persekutuan bermaksud agama rasmi Malaysia, ia sama sahaja sebab Persekutuan ini dibentuk dari negeri-negeri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Syahredzan Johan yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara dengan merujuk kontroversi yang tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

"Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

"Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau.

Mengulas lanjut kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Tuan Ibrahim berkata walaupun ada pihak mahu agama lain termasuk Kristian menjadi agama rasmi ia tidak boleh dilakukan kerana banyak prosedur yang terpaksa diikuti.

"Kalau kita lihat sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan ia melibatkan Dewan Rakyat, perlukan dua pertiga majoriti Parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong, sebab itu bagi saya ini isu mainan yang sengaja diwujudkan untuk timbulkan keadaan kerana realiti ia tidak akan berlaku.

"Kedudukan Islam (sebagai agama rasmi) tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu bimbang dengan isu-isu yang sengaja dibuat... Islam adalah agama rasmi Malaysia," katanya.

Justeru beliau meminta supaya semua pihak agar tidak memandang serius perkara itu seperti mana yang dilaporkan Utusan Malaysia kerana ia sengaja "dicipta" untuk mewujudkan ketegangan antara agama.

"Bagi saya ini bukan isu sebenar, ia adalah isu yang sengaja dibuat untuk menimbulkan satu suasana yang akhirnya memihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

"Daripada tiada polemik jadi polemik, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku tapi sengaja dibuat," katanya sambil menambah, "bagi saya isu ini adalah isu yang sengaja dibuat untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu-isu sebenarnya yang berlaku."

"Isu yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan kos hidup, kenaikan harga gula dan kenaikan harga minyak... ini adalah isu yang dialihkan supaya rakyat tidak tumpu kepada isu yang mereka hadapi," katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang ini, beliau tidak menolak isu-isu perkauman dan agama yang dimainkan Umno melalui Utusan Malaysia petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Ini adalah bunga-bunga kepada persiapan pilihan raya umum sebab setiap kali isu perkauman dan agama dimainkan ia adalah tanda pilihan raya (sudah dekat) dan Umno akan mengambil keuntungan di sebalik perkara ini

"Sebab itu, bagi kita, PAS dan Pakatan Rakyat sudah sepakat iaitu Islam agama rasmi, bahasa Malaysia bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu dipertahankan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dipertahankan, ini adalah dasar bersama kita dan tiada yang mempertikaikannya baik PAS, PKR dan DAP," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Madey Makin Tua Makin Merapu

Posted: 10 May 2011 07:08 PM PDT

PAS menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa PAS alat DAP, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan PAS menyebabkan orang Melayu berpecah.

PAS hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu.

Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.


PAS alat DAP adalah modal lapok umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti PAS alat DAP?.

PAS boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.

Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulamak yang berada di dalam umno menubuh PAS, kerana tidak menDAPat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulamak keluar untuk menubuhkan PAS kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada umno supaya Islam terpelihara.

Dulu Tun menipu rakyat mengatakan PAS ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya umno ditubuhkan atas restu penjajah.

PAS ingin mengigatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insyaAllah PAS akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam.

PAS merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan PAS zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga PAS ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan.

Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya PAS ditendang kerana menentang undang-undang dharurat di Parlimen. Bukankah waktu itu PAS dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?

Kedah La



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Allah Rahmati Sultan Kelantan

Posted: 10 May 2011 07:03 PM PDT

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.


Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nik Aziz: Gesaan MCA pulaukan Utusan tepat

Posted: 10 May 2011 05:54 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.

Menulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?" tulisnya.


Utusan Malaysia pada muka depannya semalam meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai 'pandi kutty' - perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Gesaan yang tepat

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Najib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Sebarkan fitnah

Anwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu 'pandi kutty' terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty." kata Anwar pada ceramah tersebut.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Isu pengundi: Umno nafi, gesa PKR tarik balik tuduhan konspirasi

Posted: 10 May 2011 05:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Umno Hulu Selangor menafikan pihaknya ada menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing untuk membolehkan mereka didaftar sebagai pengundi kawasan tersebut menjelang pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu, Umno bahagian tersebut juga menggesa timbalan pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin menarik balik dakwaan itu, yang dibuat pada satu sidang media pagi semalam.

"Pengurusan Umno Selangor mengadakan mesyuarat khas petang tadi (semalam), dipengerusikan oleh Datuk (Mohamed) Idris (Abu Bakar) sendiri dan kami memutuskan dua perkara iaitu pihak yang membuat tuduhan perlu menarik balik tuduhan mereka dan jika tidak, kami akan saman mereka... ini fitnah," kata jurucakap Umno Hulu Selangor ketika menghubungi The Malaysian Insider.


"Perkara (permohonan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein) memang tak wujud, ia tak betul sama sekali... pemeriksaan kami mendapati ada beberapa kesilapan... surat kepala yang digunakan juga tidak sama seperti yang kami gunakan selalu, corak tanda tangan Datuk Idris juga lain dan ejaan nama Datuk Idris juga adalah kesilapan," kata jurucakap itu lagi.

Katanya, biasanya Idris menggunakan nama penuh "Datuk Hj Mohamed Idris Hj Abu Bakar", bukannya "Datuk Hj Idris Abu Bakar".

Katanya, Umno Hulu Selangor juga akan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Zuraida, hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan PKR Hulu Selangor juga akan membuat laporan polis hari ini ekoran pendedahan Zuraida semalam.

"Laporan polis akan dibuat sama ada di Shah Alam ataupun di Hulu Selangor sendiri," katanya lagi.

Dalam kenyataan dibuat semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menunjukkan satu dokumen yang mendakwa Umno berkonspirasi menukar status pemastautin tetap rakyat asing bagi membolehkan mereka memperoleh kerakyatan bertaraf penuh, yang jumlahnya melibatkan 2,000, bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Zuraida memberitahu bahawa satu permohonan bertarikh 23 Mac 2011 telah dihantar ke pejabat Hishammuddin untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri itu bagi mengubah status 2,000 pekerja asing yang kini memiliki status pemastautin tetap.

Salinan permohonan itu, menurut Zuraida, yang diberikan kepada beliau oleh seorang kakitangan awam Jumaat lalu, diedarkan kepada wakil media pada sidang media semalam.

Permohonan itu, yang bertajuk "Pilihan Raya Umum ke-13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor", menggunakan kepala surat Umno Hulu Selangor Umno dan ditandatangani oleh Idris.

Dokumen itu mendedahkan bahawa parti tersebut telah mengenal pasti dan mengesahkan senarai bakal pengundi dengan status pemastautin tetap yang boleh membantu BN di Hulu Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu dan kini memiliki 35 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pada April 2010, BN menguasai kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi pilihan raya kecil.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Video: Sidang Media Pendedahan Komplot Rampas Selangor!!

Posted: 10 May 2011 05:22 AM PDT

Sidang media di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya oleh Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

Timbalan pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13," petik surat berkenaan.

"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.

"Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.

Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.


Sumber - Jalan Pulang


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kemaskini - Cubaan Bunuh Anwar?

Posted: 10 May 2011 05:16 AM PDT

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.


Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kerajaan dituntut dedah pembelian kilang ‘Raja Gula’ oleh Felda

Posted: 10 May 2011 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak untuk mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).

"Felda ialah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan. Mengapa jumlah pembelian tersebut tidak diumumkan secara terbuka? Agensi mana yang dilakukan untuk membuat penilaian aset dan liabiliti syarikat tersebut," soal Azan.


Azan Ismail mendakwa, kerajaan seolah-oleh menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan rakyat, sehinggalah rentetan dari siri kenaikan barangan keperluan termasuk kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang diumum kerajaan semalam.

Menurut laporan media, FGVH turut membeli Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebidang tanah seluas 5,800 hektar di Chuping, Perlis dan 20% pegangan Tradewinds (M) Bhd dengan anggaran jumlah RM 1.5 billion.

Difahamkan kini, Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia kemudiannya membeli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia.

"Sekarang ini, jika Felda mahu mengimport gula dari Australia, agensi tersebut akan membeli dari syarikat yang dimiliki oleh Robert Kuok.

"Ini tidak memberikan makna kepada Felda kerana pada akhirnya nanti, sekiranya ada kenaikan harga gula di negara ini, maka Felda akan dipersalahkan.

"Sedangkan, keuntungan awal telah dikaut oleh orang yang sama, iaitu kroni Barisan Nasional dan pernah mendapat faedah dari monopoli gula selama puluhan tahun di negara ini.

"Felda belum tentu mendapat keuntungan, kerana gula adalah barangan kawalan. Jika ada pun, sudah tentu ia 'disedut' oleh pihak ketiga yang menjadikan nilai terkumpul tersebut sebagai dana pilihan raya bagi pihak Barisan Nasional," tambah Azan.

Dalam pada itu, Azan Ismail mendakwa, kerajaan cuba mewujudkan suasana tenteram di kalangan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dengan mendakwa, pembelian syarikat gula tersebut oleh Felda menunjukkan kerajaan prihatin terhadap agensi yang banyak memberikan faedah kepada orang Melayu itu.

"Orang Melayu jangan terperangkap dengan tindakan kerajaan ini. Pembelian kilang gula milik Robert Kuok oleh Felda tidak memberi jaminan bahawa nasib orang Melayu lebih terbela.

"Kita tidak tahu siapa yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut yang akan mengaut keuntungan. Apatah lagi proses pembelian FGVH tidak diumumkan secara terbuka.

"Sebab itu, kita tuntut dokumen tersebut didedahkan kepada umum," ujar Azan.

-keadilandaily-

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

‘Iblis’ guna nama saya, kata Ibrahim Ali

Posted: 10 May 2011 02:06 AM PDT

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dato' Ibrahim Ali menyifatkan orang yang menggunakan namanya sebagai 'iblis' dan bercadang membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu berkenaan.

"Tunggu Wiranita Perkasa buat laporan. Apa pun, memang ada 'hantu' atau 'iblis' yang guna nama saya," kata Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mendapat tahu ada pihak tertentu menggunakan akaun Twitter @IbrahimAliCLPT dan gambar beliau untuk akaun tersebut.


"Ini kerja desperado dan perbuatan terkutuk puak pengecut yang 'no ball', 'low class' dan najis. Siapa makan cili dia rasa pedas!" kata Ibrahim yang menzahirkan rasa marah beliau.

Beliau turut menafikan bahawa beliau mempunyai akaun mikro blog, Twitter.

Pemegang akaun @IbrahimAliCLPT hari ini menulis akan membuat laporan polis terhadap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang

Perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan berikutan kenyataan Syahredzan bahawa Malaysia tidak mempunyai agama rasmi.

"Saya tidak perlu berdebat dengan Syahredzan. Selaku Presiden Perkasa, saya hanya perlu buat laporan polis terhadap pengkhianat negara.

Secara kebetulan, Wirawati Perkasa turut membuat laporan terhadap Syahredzan.

Ketika ditanya perkara ini, Ibrahim berkata, "mungkin (dia) tahu wiranita nak buat repot, maka dia masuk dalam twit guna nama saya, maka betullah, yang twit itu saya. Betul-betul anak haram."


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: