Rabu, 4 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


MCA Cuba Kelentong Rakyat.. Macam La Rakyat Bodoh Sangat

Posted: 03 May 2011 11:09 PM PDT

MCA: Kami Ikut Demokrasi, Bukan Ugut Pengundi Cina

KUALA LUMPUR 4 MEI : MCA hari ini menegaskan keputusannya tidak mahu menerima jawatan dalam Kabinet jika gagal mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihanraya umum akan datang bukan satu ugutan untuk mendapatkan undi kaum itu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pendirian parti itu sesuai dengan prinsip demokrasi dan untuk menghormati keputusan pengundi kaum Cina.

Ramai pihak sebelum ini menyifatkan keputusan MCA itu seolah-olah untuk memaksa pengundi Cina supaya menyokong parti itu jika tidak mahu kehilangan perwakilan dalam Kabinet.


Perdana Menteri Najib Razak sendiri bersetuju dengan keputusan MCA berkenaan yang dibuat berikutan penolakkan pengundi Cina terhadap BN pada pilihanraya negeri di Sarawak bulan lalu.

"Majlis Presiden MCA memutuskan bahawa MCA akan menarik diri sepenuhnya daripada semua jawatan dalam kerajaan pada semua peringkat jika parti kami gagal mendapatkan mandat pengundi Cina pada pilihanraya umum akan datang," kata Liow beliau.

"Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan yang mendalam dan tidak ada kaitan dengan apa yang disebut sebagai politik perkauman," tambah beliau.

Liow mendakwa keputusan itu menerima sokongan meluas akar umbi MCA di seluruh negara.

Presiden MCA Chua Soi Lek menyalahkan kepimpinan parti sebelum ini kerana menerima jawatan dalam Kabinet walaupun parti itu tewas teruk pada pilihanraya umum yang lalu.

Meskipun membuat tuduhan itu, Chua sendiri mencadangkan anaknya untuk diangkat menjadi Timbalan Menteri dalam Kabinet Najib pada tahun lalu.

Chua sendiri menerima perlantikannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno kini terhegeh-hegeh cari simpati PAS

Posted: 03 May 2011 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan Umno yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, Umno kini ibarat 'orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja' sedangkan mereka selama ini yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan hodoh dan menghinakan.

Selama ini, katanya mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.


Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, perlu dingat bahawa selama puluhan tahun Umno hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka.

Menurutnya, PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar.

Bahkan, ujarnya hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

Selain itu, katanya hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihan raya umum dan kecil.

"Apakah dalam keadaan demikian, Umno masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?" soalnya.

Tegasnya, DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia, bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah dikenakan ISA, dipenjara, bahkan dibunuh.

Ini semua, jelasnya dilakukan oleh pemimpin Umno yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu.

Beliau menambah, masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan Umno terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS.

Begitu juga, ujarnya nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah.

Menurutnya lagi, sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya Umnolah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu.

"Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN, bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik?" tanya beliau.

Beliau turut mempersoalkan ke mana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion.

Ini, katanya semua berlaku kerana Umno sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang Melayu kepada Umno sudah semakin terhakis.

"PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang Melayu, lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang," katanya.

Tegasnya, orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik 'Machiavelli' Umno sehingga sanggup mengenepikan syariat Islam.

DPPP juga, katanya melihat tindakan Presiden Umno yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR.

"Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat Umno yang semakin menghampiri penghujungnya.

"PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan Umno sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13," tegasnya. - Hrkh

'Ada tak kena dengan pesawat RM86 juta Taib'

Posted: 03 May 2011 09:17 PM PDT

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.


Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu," katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Najib Akui Blogger Bakal Gugat BN Dalam PRU13

Posted: 03 May 2011 08:04 PM PDT

Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mengenai kewujudan media internet menyukarkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak didakwa merupakan alasan dan jawapan terhadap kehilangan kerusi kepada Pakatan Rakyat.

Menurut editor di sebuah syarikat media internet, Onn Yeoh, keputusan yang dicatatkan pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan kerusi-kerusi di kawasan bandar beralih kepada Pakatan Rakyat membuktikan keberkesanan media atas talian kepada pengundi.

"Beliau (Najib) berkata demikian sekadar ingin memberikan alasan kepada kehilangan banyak kerusi BN kepada Pakatan Rakyat," katanya.


Presiden Umno itu ujarnya, perlu mencari sebab kehilangan 15 kerusi kepada Pakatan Rakyat daripada sibuk menunding jari menyalahkan media internet yang terhasil daripada ruang demokrasi yang lebih luas terbuka. Tambah Onn Yeoh, media arus perdana bersifat tradisi lebih mudah dikawal oleh BN dalam menyebarkan segala bentuk propaganda dan bahan-bahan kempen.

"Kita lihat media internet yang hanya terhad kepada penduduk di kawasan bandar memberikan kesan yang sangat ketara apabila Pakatan Rakyat menang di kawasan-kawasan berkenaan. Jika di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, mereka tidak ditembusi liputan internet menyebabkan mereka tidak memperolehi maklumat yang banyak untuk membuat penilaian," ujarnya.

Hal tersebut menyebabkan Pakatan Rakyat hanya menang di bandar sahaja dan kalah di kawasan pedalaman. Jelas Onn Yeoh, kawalan yang longgar ke atas media internet sememangnya menyukarkan kejayaan BN untuk membolot lebih banyak kerusi.

Terdahulu, dalam satu laporan Bernama, Najib dilaporkan sebagai berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka. Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini.

Osama tidak bersenjata ketika dibunuh

Posted: 03 May 2011 07:44 PM PDT

Osama bin Laden dilaporkan tidak bersenjata apabila komando Amerika Syarikat menyerbu masuk ke biliknya dan menembak beliau mati di tempat persembunyiannya di Pakistan, menurut White House.

Tindakan itu sekali gus menukar pernyataan rasmi mengenai insiden berkenaan dan menimbulkan persoalan apakah Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.

Namun menurut beberapa laporan yang belum disahkan, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.


Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.

Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.

"Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum," katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.

Saksi pembunuhan bapanya

Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.

Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.

Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.

- Agensi

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ulama Saudi pertikai cara AS semadi jenazah Osama

Posted: 03 May 2011 07:10 PM PDT

RIYADH, 4 Mei — Ulama-ulama Arab Saudi, antara Negara sekutu Amerika Syarikat (AS) dan tanah air kelahiran Osama bin Laden, menolak kenyataan Washington bahawa negara kuasa besar itu telah mematuhi segala keperluan Islam ketika menyemadikan ketua rangkaian Al-Qaeda itu di Laut Arab semalam.

Osama, 54, ditembak mati oleh pasukan elit AS di timur laut Pakistan awal pagi kelmarin selepas diburu lebih satu dekad.

Jenazahnya diletakkan dalam beg khas dan dilepaskan di utara Laut Arab dari kapal membawa pesawat Carl Vinson, demikian menurut tentera negara itu.

Bagaimanapun ramai umat Islam di Arab Saudi dan rantau Teluk Arab termasuk penentang ideologi Osama berkata kata-kata suci yang dibacakan bagi pengasas Al-Qaeda tidak mengetepikan kejutan tentang cara jenazah Allahyarham dilepaskan ke laut sama sekali.


"Itu bukan cara Islam. Cara Islam ialah mengebumikan seseorang di kawasan darat sebagaimana dilakukan ke atas orang lain," kata Sheikh Abdul Mohsen Al-Obaikan, penasihat Mahkamah Diraja Saudi.

Pada masa-masa lalu, jika seseorang itu mati di kapal dan boleh dikebumikan di darat untuk beberapa hari dan "kemudian dilepaskan di laut (dengan benda berat)," katanya dipetik Reuters.

"Hari ini kesnya berbeza. Kita ada pesawat, penyejuk beku dan tidak perlu melepaskan jenazah di laut dengan cara begitu," katanya.

Kata beliau, Osama tidak mati di laut dan jenazahnya pula diterbangkan ke kawasan perairan selepas ditembak mati di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer dari Islamabad.

Washington menegaskan jenazah Osama telah dilayan dengan baik, mengikut tradisi Islam.

Jenazahnya dilaporkan dimandikan dan dibalut dengan kain putih serta dibacakan ayat-ayat suci — upacara yang berlarutan kira-kira 40 minit.

Issa al-Ghaith, seorang ulama dan hakim Arab Saudi berkata, beliau Washington telah melakukan kesilapan dengan menyemadikannya di laut, di mana ia satu cara bercanggah dengan Islam.

"Ia menunjukkan Amerika bimbang walaupun dia sudah mati," kata Issa.

Di Yemen, pengkritik berkata jenazah Osama patut diserahkan kepada keluarganya.

"Tidak cukup membacakan ayat-ayat suci ke atas jenazah Osama bagi mengurangkan kemarahan penyokongnya ataupun umat Muslim yang lain," kata Mohammed al-Ahmedi, seorang wartawan Yemen.

Washington pula berkata langkah penyemadian di laut adalah cara terbaik ekoran kekangan masa dan atas andaian bahawa jenazah Osama kemungkinan tidak diterima oleh mana-mana negara ataupun mengambil masa yang lama.

AS juga berkata mengikut tradisi Islam jenazah mesti dikebumikan dalam 24 jam.Penganalisis-penganalisis mendakwa tidak mungkin Arab Saudi akan membenarkan pengebumian Osama di buminya.

Keluarganya, yang menjadi kaya dengan projek pembinaan, telah memutuskan hubungan dengan Osama dan dia juga telah dilucutkan kewarganegaraan Saudi pada 1994.

Malah, penganalisis juga berkata Washington kemungkinan tidak mahu lokasi penyemadian Osama diketahui bagi mengelakkan ia menjadi sumber inspirasi bagi serangan masa depan.

"Bagi mereka, ia dijustifikasikan dari sudut politik dan psikologi. Ini kerana mereka tidak mahu dia ada makam (yang mungkin dijadikan tempat pemujaan)," kata Mustafa Alani, penganalisis keselamatan di Pusat Penyelidikan Teluk, Dubai.

"Saya merasakan cara jenazah diuruskan akan menjadi satu isu di kalangan sebahagian Muslim," katanya lagi.

Bagaimanapun ada pihak menyokong keputusan AS.

"Jika dikebumikan, akan ada pihak menjadi mati syahid dan akan ada orang yang akan mencarinya ataupun menghadiri upacara pengebumian," kata Aya Abdullah, seorang rakyat Saudi yang berusia pertengahan 20-an. — Reuters

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Osama mati atau tidak? Teori konspirasi mula muncul

Posted: 03 May 2011 05:22 PM PDT

NEW YORK, 4 Mei — Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.


Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori "konspirasi Osama hidup" kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: "(Berita) kematian Osama satu pembohongan."

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut "misteri (kematian) makin meningkat."

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati "adalah terlalu awal" dan AS belum menyediakan "bukti-bukti yang meyakinkan."

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?"

Di lokasi "Ground Zero" New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

"Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?' kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: "Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu."

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia "tidak gembira" dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat." — Reuters

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Hadi: Eskay Pegang Quran Namun Tidak Ikut Hukumnya

Posted: 03 May 2011 09:13 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran.

"Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab," kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya, tambah beliau.


Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan.

Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quaran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas.

Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menolak fitnah bahawa beliau pelaku video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat.

Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya fitnah yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama.

"Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid…(mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," tegas beliau. - tvs

Pendedahan Penglibatan Polis Cawangan Khas Bukit Aman Dalam Kes Fitnah Anwar Ibrahim

Posted: 03 May 2011 06:56 AM PDT


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Anwar yakin PAS kekal di Pakatan Rakyat

Posted: 03 May 2011 06:43 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan PAS dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diharapkan oleh Umno dan BN.

Sambil menyifatkan cadangan Umno sebagai usaha terdesak, Anwar (gambar) berkata, PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bersama Pakatan Rakyat daripada menyertai BN.

"Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno... Umno terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan PAS dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya letakkan kepercayaan penuh, usaha dilakukan Umno itu adalah untuk melaga-lagakan PAS, PKR dan DAP, namun ia tidak akan berlaku," kata beliau pada sidang media di sini.


Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Beliau mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka.

Bagaimanapun Hadi dan pemimpin-pemimpinan kana menolak pelawaan tersebut.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Setiap dua minggu kita akan berjumpa untuk merangka strategi besar hadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana ia juga akan membincangkan mengenai persediaan Pakatan Rakyat dan dasar bersama kita.

"Selain itu, dalam mesyuarat hari ini kita juga menyentuh soal projek Lynas Corporation, yang mana isu ini telah menjadi isu nasional dan antarabangsa... selain kurang ketelusan dan keputusan berbeza yang dikeluarkan... kita desak kerajaan supaya batalkan projek ini," katanya.

Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan Buku Jingga sebagai alternatif untuk rakyat selepas BN gagal melaksanakan sepanjang 53 tahun ia memerintah.

"Kita bergantung kepada Buku Jingga, yang akan kita gunakan sebagai alternatif untuk menangani isu rakyat walaupun kita disekat melalui media, namun kita percaya ia boleh disampaikan," katanya.

Tambah Anwar, setakat ini respons yang diberikan rakyat berhubung Buku Jingga amat memberangsangkan.

"Rakyat terima baik Buku Jingga ini walaupun kerajaan memfitnah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat negara dan kawasan ceramah di halang polis," katanya.

Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama

Posted: 03 May 2011 04:59 AM PDT

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.


Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Misi Tawan Selangor - Perancangan Jahat SPR Sudah Bermula

Posted: 03 May 2011 03:12 AM PDT

SHAH ALAM 3 MEI : Suruhanjaya Pilihanraya dikesan memindahkan hampir 500 pengundi di Selangor untuk menambah undi Barisan Nasional bagi merampas kembali negeri ini pada pilihanraya umum akan datang, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad mendedahkan di DUN Cempaka sahaja bilangan pengundi baru didapati naik secara mendadak pada suku tahun pertama tahun ini.

Iskandar adalah ADUN kawasan itu.

Siasatan mendapati SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.


Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno, kata beliau di sidang akhbar tengah hari tadi.

"Perpindahan ini antara lain melibatkan AJK Umno dari DUN Teratai, contohnya AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana, Abdullah Thani Bukari dipindahkan ke Taman Dagang di dalam DUN Cempaka," kata beliau.

"Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan pula dipindahkan ke DUN Cempaka iaitu dua ke Taman Bakti, dua ke Pandan Jaya dan satu ke Lorong Molek Kampung Pandan. Seramai 10 orang ahli Umno dari Kampung Cheras Baru telah juga dipindahkan ke DUN Cempaka," tambah Iskandar.

Iskandar yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Selangor berkata, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di DUN Cempaka itu masih bermastautin di DUN Teratai.

Antara alamat digunakan untuk mendaftar pengundi dari DUN Teratai adalah Dewan Kemas di Lorong Molek, Kampung Pandan dalam DUN Cempaka.

Berdasarkan perkembangan itu, PAS akan mengemukakan bantahan kepada SPR, kata Islandar. Beliau mahukan badan itu bersikap adil dan telus menangani aduan itu.

Menurut Iskandar, setakat ini PAS mengesan pemindahan 484 pengundi di sekitar Selangor. Ia membabitkan 150 pengundi di Selat Klang, Kota Raja (99), Cempaka (25), Meru (38), Dusun Tua (72) dan Shah Alam (100).

"Pemindahan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja Umno-BN bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dan ianya dipercayai turut melibatkan jabatan serta agensi kerajaan yang lain.

"Diharapkan SPR menyiasat dengan adil dan telus mengenainya. Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diharap turut melakukan siasatan," katanya.

Iskandar berkata usaha Umno itu akhirnya akan memakan diri sendiri dan menikam rakan komponannya. Ini kerana pemindahan pengundi mungkin menguntungkan Umno namun akan merugikan parti komponen seperti MCA dan Gerakan.

Contohnya pemindahan pengundi dari Teratai ke Cempaka mungkin menambah undi Umno tetapi akan menjejaskan undi untuk calon Gerakan di DUN Teratai.

Beliau menegaskan pemindahan pengundi dilakukan kerana Umno mencari kemenangan di kawasan majoriti pengundi Melayu setelah kehilangan sokongan pengundi Cina dan India.

Kajian PAS menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira-kira 80,000 orang dengan 35,000 daripadanya membabitkan kawasan DUN ditandingi PAS pada PRU yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Perdana Menteri Najib Razak akan mengadakan pilihanraya umum pada bulan Julai berasaskan perkembangan politik semasa.

Ini termasuk usaha Umno memperhebatkan kempen mengaibkan Anwar dan keluarganya dengan menggunakan video seks fitnah dan perlawaan Najib kepada PAS untuk menyokong Umno- BN.

Pada masa sama MCA pula memberi kata dua kepada pengundi Cina supaya menyokong parti itu jiak tidak mahu menghakis perwakilan kaum itu dalam kerajaan sekiranya BN terus menerajui Malaysia.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Lelaki Melayu Terakhir P. Pinang Di Tahan Polis

Posted: 03 May 2011 02:30 AM PDT

Ghani panjat pagar DUN, ditahan polis

Pengkritik paling lantang terhadap kerajaan Pulau Pinang Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas menyerahkan memorandum kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Mohammed Ghani (kanan) yang datang bersama 10 penyokong berjaya menyerahkan memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.


Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.

Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditudup.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

‘Apakah Presiden MCA mahu musuhi umat Islam’

Posted: 03 May 2011 02:12 AM PDT

Pemuda PAS pusat menyifatkan kenyataan komponen BN-MCA kononnya mahu menutup pintu kepada parti itu jika tidak sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya sebagai satu "pendirian keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan" dengan umat Islam.

Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin, yang menimbulkan sentimen perkauman dan keagamaan, tidak wajar wujud kerana umat Islam bukan sahaja majoriti dalam negara, malah Islam adalah agama persekutuan.

"Apakah masalahnya jika PAS meletakkan prinsip Islamnya yang bertepatan dengan agama persekutuan ini dan adakah MCA mahu bermusuhan dengan PAS atau bermusuhan dengan umat Islam negara ini?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kelmarin, Dr Chua berkata MCA menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Bekas menteri kesihatan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau.

Sabtu lalu, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Firdaus juga berkata kenyataan Soi Lek membenarkan Umno sebagai parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam telah menjelaskan "siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN."

"Ternyata kenyataan beliau membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam," kata beliau lagi.

Kata beliau lagi, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu.

Oleh itu katanya, mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan ia mahu melaksanakan Islam.

"Ini menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno.

"Mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang," kata beliau sambil menambah, keadaan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

"Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR," katanya.

Faridaus berkata Pemuda PAS pusat mahu menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan.

"Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini.

"Pemuda PAS pusat juga menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah," katanya.

Kata bekliau, PAS tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR.

"Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat," katanya lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: