Selasa, 3 Mei 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


'Tak mungkin Teoh mencangkung dan lompat'

Posted: 02 May 2011 11:02 PM PDT


Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporannya, Sallehuddin Muhamad, seorang professor madya dalam jurusan kejuruteraan melanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Katanya, terdapat sembilan kemungkinan.


"Mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar tidak mungkin kerana saiz tingkap yang terbuka itu. Kepala mangsa akan terhantuk panel tingkap jika beliau melompat dari kedudukan itu," kata Sallehuddin dalam laporannya.

Sallehuddin, yang mengkhusus dalam siasatan kemalangan kapalterbang dibawa oleh penyisat persendirian yang dilantik RCI, iaitu Michael Leslie Squires selepas suruhanjaya berkenaan mengarahkan lakonan semula kemungkinan kejatuhan itu melalui animasi komputer pada Februari lalu.

Katanya, suruhanjaya tersebut melawat lokasi kejadian pada Mac lalu dengan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Kimia dan pegawai polis.

Teoh, 30, setiausaha politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tingi, Tan Sri James Foong, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh, serta Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Halau Bomoh Asing Taib Mahmud

Posted: 02 May 2011 09:44 PM PDT


Seorang bekas pemimpin Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya menghantar pulang tiga bomoh asing Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari Sarawak kerana telah mengkucar-kacirkan politik negeri itu.

Salleh Jafaruddin menggesa rakyat Sarawak bersatu menuntut 'bomoh asing' berkenaan diusir kerana menguasai ketua menteri tersebut dalam kebanyakan keputusan berhubung negeri itu.


Beliau mendakwa dua pupunya itu kini ibarat tidak dapat dibantu berikutan kematian isteri pertamanya dua tahun lalu dan Taib di bawah pengaruh bomoh-bomoh asing berkenaan sejak 10 tahun lalu.

"Beliau dan negeri Sarawak akan akhirnya musnah jika tiada tindakan diambil segera bagi menghentikan pengaruh bomoh ke atasnya," kata bekas menteri pelajaran itu dalam satu kenyataan semalam.

"Jangan biarkan pengaruh mereka memerintah Sarawak dan memusnahkan legasi demokrasi kita. Mari kita bersatu bagi menghentikan pengaruh tersebut sebelum terlambat.

"Saya gesa menteri dalam negeri di Kuala Lumpur supaya segera membatalkan pas imigresen yang dikeluarkan kepada ketiga-tiga bomoh itu supaya mereka boleh diusir dari negara ini. Jika tidak rakyat Sarawak perlu bangkit menunaikan hak mereka menangkap bomoh tersebut," kata Salleh.

Salleh, yang bertanding menentang Taib di kerusi DUN Balingiant, bersemuka dengan bomoh berkenaan pada hari penamaan calon. Antara mereka seorang rakyat Australia, Stella, yang nama sebenarnya adalah Kharleen Tashman.

Katanya lagi, kemenangan BN pada 27 kerusi majoriti pengundi Melayu/ Melanau bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dakwa Salleh (kiri, bertopi), kemenangan berkenaan dicapai melalui pembelian undi dan juga ancaman oleh kumpulan 'samseng' ke atas orang ramai pada hari mengundi.

"Kebetulan saya terserempak dengan ramai daripada mereka pada hari mengundi di Balingian dan bersemuka dengna beberapa kumpulan yang cuba mengugut orang ramai di pusat mengundi sewal jam 8 pagi lagi," kata Salleh.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Poligraf - Sudah-Sudahlah Eskay.. Elok Belajar Baca Quran Bagi Betoi Dulu Lah..

Posted: 02 May 2011 08:33 PM PDT

Escay sanggup jalani poligraf secara lintas langsung ke seluruh dunia!

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Bencana Radiasi - Wang Didahulukan, Nyawa No. 2.. Baghal..

Posted: 02 May 2011 05:41 PM PDT

AELB: Lynas 'didenda' RM50 juta bagi setiap bencana radiasi

KUALA LUMPUR, 3 Mei . — Sementara panel antarabangsa sedang meneliti aspek kesihatan dan keselamatan, Lynas Corporation akan dipertanggungjawabkan dengan syarat 'denda' sehingga RM50 juta bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata syarikat Australia itu juga perlu menamakan individu yang perlu bertanggungjawab bagi sebarang kejadian tidak diingini sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini.

"Dalam undang-undang, entiti yang diberi lesen perlu menamakan seseorang yang bertanggungjawab bagi lesen dan ia akan bertanggungjawab sehingga RM50 juta bagi setiap insiden," kata Ketua Pengarahnya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan (gambar) dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.


Katanya, ia selaras dengan Seksyen 59(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom.

Pada 22 April lalu, Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang nadir bumi di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai.

Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai, dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB.

Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu.

"Mereka membuat keputusan (untuk melabur RM700 juta) sebab mereka percaya bahawa mereka boleh memenuhi syarat-syarat yang ketat," kata Raja Aziz.

Kata beliau, syarikat itu perlu membuat pradeklarasi dan mematuhi paras torium . — elemen radioaktif yang ditemui di kesemua simpanan nadir bumi dan uranium di kedua-dua bahan mentah dan sisa buangan.

Raja Aziz menambah, Lynas belum memenuhi keperluan permohonan bagi mendapatkan lesen praoperasi yang akan menyediakan tempoh selama tiga tahun bagi AELB untuk memantau dan mengesahkan sama ada keseluruhan proses pemprosesan adalah selari dengan perancangan pradeklarasi.

"Lynas ada menghantar kepada saya permohonan. Tetapi jika anda menghantar satu surat tanpa dokumentasi, ia bukan permohonan. Kami sudah melihatnya dan ia tidak lengkap," kata beliau.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Obama Kena Belajar Cara Menipu Dari Datuk K

Posted: 02 May 2011 06:53 AM PDT


Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ...

... might be a photo that was floating around the internet for the last few months!


And it appears to be photoshopped!


There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.


Did Obama just fall for a dirty trick by Pakistan's ISI? Inquiring minds want to know! :)

http://whatreallyhappened.com/
SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ekelee Apek Porno Ni.. Macam La PAS Tergila-Gila Sangat Nak Join BN..

Posted: 02 May 2011 06:46 AM PDT

Najib tak mahu sertai polemik negara Islam MCA bantah PAS

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Datuk Seri Najib Razak petang ini mengelak daripada diheret dalam debat berhubung bantahan MCA, yang mengenakan syarat ke atas pelawaan beliau kepada PAS agar menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri (gambar) mempelawa PAS menyertai BN tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam menutup pintu dengan mendakwa parti Islam itu mesti menggugurkan dasar negara Islamnya.

"Anda tahu, saya tidak mahu sertai polemik mengenai negara Islam sebab ada pelbagai tafsiran mengenai negara Islam," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


Semalam, Dr Chua menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Najib sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.

"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau.

Kelmarin, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) 'PAS ganti Umno', realitinya 'DAP ganti PAS', di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau.

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Cerita Lawak Paling Bodoh Dari Seorang Yang Paling Bodoh Dalam Umno

Posted: 02 May 2011 04:32 AM PDT


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: