Biaqpila |
- Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni...!!!
- Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam
- Tarif elektrik mampu pada kadar rendah walau tanpa subsidi gas
- 'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA'
- DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe ?
- Pelik Si Khairy sokong subsidi ketika mentua jadi PM, bantah waktu Najib
- Umno hanya 'membela' pemimpin, bukan membela Melayu
Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni...!!! Posted: 24 May 2011 03:00 PM PDT Subsidi adalah topik yang hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat marhaen. Seperti biasa akhbar pencacai akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Mungkin perkataan subsidi kurang difahami oleh sesetengah rakyat marhaen tetapi ia cukup sinonim dengan syarikat-syarikat besar yang diapungkan di Bursa Saham. Seperti kata seorang yang bergelar orang kampung, 'Kerajaan pandai, kalau dia nak naik harga barang mereka akan naikkan harga minyak sahaja maka semua barangan lain akan naik'. Itu kata orang kampung yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi prihatin terhadap isu semasa. Sekarang para menteri cuba menerangkan kepada orang ramai bahawa pada tahun ini kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak hampir RM 20 bilion berbanding RM 10 bilion pada tahun lepas. Kata-kata orang politik yang meminta simpati rakyat betapa beban kerajaan semakin bertambah kerana subsidi sudah menjadi candu kepada rakyat. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya. Mungkin rakyat tidak mengetahui bahawa subsidi untuk IPP atau Pengeluar Tenaga Bebas telah diberi subsidi sebanyak RM 22 bilion setahun dalam urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun. Siapa pemilik saham besar dalam syarikat IPP tersebut jika bukan bilioner yang tersenarai orang-orang terkaya di Malaysia. Inilah sebenarnya orang yang telah menjadikan subsidi sebagai candu dengan dilindungi oleh pihak kerajaan dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan. Dalam masa tiga tahun ini, rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup sebanyak 33 peratus tetapi bagi kakitangan kerajaan, tiada langsung kenaikan gaji berlaku sejak sepuluh tahun lalu. Sudahlah bonus tahunan hanya RM 1000 dengan dua kali bayar berbanding dengan kakitangan swasta yang ada mendapat dua bulan gaji. Di manakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kononnya rakyat didahulukan. Dengan ura-ura harga minyak, gas dan elektrik akan dinaikkan, beban rakyat marhaen semakin bertambah. Inilah jasa Umno/BN untuk rakyat kerana membantu memberi bebanan yang berganda dengan menjurangkan lagi antara yang kaya dan yang miskin. Tanyalah berapa gaji para menteri dan timbalan menteri yang segala keperluan ditanggung setiap bulan dan masih bergaji RM 50-52 ribu sebulan. Lihatlah pula rumah para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka, adakah nilainya RM 100 ribu yang bagi rakyat marhaen angka yang cukup besar. Bagi Rosmah, nilai RM 100 ribu hanya untuk melelapkan mata selama sehari sahaja kerana egonya sebagai 'First Lady'. Mereka berlumba sesama sendiri membina istana-istana yang besar sehingga ada yang mencecah puluhan juta. Dari mana sumber yang mereka dapat untuk membina istana-istana besar-besar itu. Sejak era Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke era Najib, lebih RM 300 bilion duit rakyat lesap disamun oleh para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka. Apakah rakyat masih tidur atau masih mamai dek kerana RM 50 yang dimasukkan ke dalam poket oleh penyamun-penyamun ini setiap kali pilihan raya. Kerana RM 50, segala kutukan dan makian yang di laungkan kepada Adun dan MP Umno/BN yang menghilang diri selepas menang pilihan raya pun hilang sama dek tepukan dibahu menagih undi. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun. ruzanah SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam Posted: 24 May 2011 08:15 AM PDT Sarah dan Asra bertemu pada Ramadan tiga tahun lalu. Mereka berkenalan di sebuah acara buka puasa. “Kami berbincang, lalu sepakat untuk berkasih,” kata Asra seperti dipetik dari BBC. Ketika berkasih, Asra dan Sarah berbicara dari hati ke hati, bertukar pengetahuan tentang Islam. “Empat jam kami berbincang, mulai dari makan malam, minum kopi, berjalan kaki,” ujar Sarah. Satu jam setelah berkasih, Sarah langsung mengajak Asra menikah. “Terdengar aneh, tapi kami ingin melakukannya secara terhormat.” Asra menerima ajakan menikah Sarah. Mereka setuju untuk melakukan pernikahan secara Islam. Masalah muncul, tradisi nikah secara Islam biasanya dilakukan oleh pasangan lelaki dan perempuan. “Beberapa teman mengatakan, kamu tidak perlu Imam resmi, tapi kamu perlu mendatangkan seseorang yang mengetahui Islam dan mengerti Quran,” kata Sarah. “Akhirnya ada teman kami yang mahu menjadi Imam nikah, dia lesbian juga dan dia katakan upacara pernikahan ini boleh dilakukan di rumahnya.” Tiga bulan setelah Sarah melamar, hari yang ditunggu itu datang. Asra mengenakan baju tradisional Pakistan -shalwar kameez- dan Sarah mengenakan gaun merah muda. “Sebenarnya aku ingin mengenakan gaun kulit tapi Asra tidak setuju,” ujar Sarah. Sarah dan Asra juga menyiapkan sepasang cincin yang dibeli di Camden market. Mereka juga menyiapkan perjanjian menikah. “Kami melihat contoh perjanjian menikah pasangan berbeda jenis di internet,” kata Sarah. Dalam perjanjian menikah itu, Sarah mencantumkan seekor anjing. Bila mereka berpisah, anjing itu tetap milik Sarah. “Aku takut anjing itu diambil Asra,” ujar Sarah. Selain cincin, perjanjian menikah, mereka juga menyiapkan mahar senilai 5 poundsterling atau sekitar Rp 71 ribu. Mahar itu hanya simbol, tapi sampai saat ini mereka masih menyimpan mahar itu. Upacara pernikahan Sarah dan Asra dihadiri enam teman mereka, selain menjadi tamu, enam orang itu menjadi saksi. Pernikahan mereka juga disaksikan seekor kucing. Seremoni ini berjalan dalam bahasa Arab, tahap-tahapan mereka menikah pun layaknya pasangan berbeda jenis. Asra dan Sarah menikah secara Islam, namun perjalanan mereka tak mudah. Selain pernikahan sesama jenis ini tidak diperbolehkan secara akidah Islam, orang tua Asra juga menentang. “Sangat sulit buatku untuk memberitahu kepada keluarga bahawa aku lesbian, mereka tahu aku religius, tapi untuk mengakui aku lesbian sangat sulit,” katanya. Hal berbeda dialami Sarah, sebab dia tumbuh bukan sebagai Muslim. Dia baru menjadi muslim lima tahun lalu. Keluarga Sarah juga menerima bahwa dia seorang lesbian. Namun sepertinya, kata Sarah, mereka ingin aku tidak menjadi Muslim. Sarah dan Asra tahu mereka melawan dunia, pernikahan mereka juga ditentang mayoritas akademisi Muslim, tapi Sarah merasa itu bukan urusan orang lain. “Ini hubungan antara aku dan Tuhan, mungkin pernikahan ini bukan yang ideal, tapi kami mencoba yang terbaik.” Jumlah umat muslim di Inggris terus bertambah tiap tahun. Sebuah studi memperkirakan satu dari sepuluh warga Inggris beragama Islam pada 2030. Gelombang Islam ini juga menyentuh kaum gay di Inggris. Muslim gay ini bukan hanya berjuang untuk persamaan hak sebagai individu tapi juga persamaan dalam hal menikah. Beberapa kelompok yang membela kaum gay Muslim di Inggris mulai muncul. Kelompok itu di antaranya, Imaan dan Safra Project. Seorang tokoh yang mengadvokasi pernikahan gay Muslim adalan Imam asal Amerika, Daayiee Abdullah, yang juga seorang gay. Daayiee Abdullah telah menikahkan beberapa gay di Amerika. Dia juga memberi nasihat kepada gay Muslim di Inggris bagaimana cara melakukan pernikahan secara Islam. “Karena hukum Islam tidak memungkinkan sesama jenis untuk menikah, banyak yang bilang mustahil sesama jenis bisa menikah,” kata Daayiee Abdullah. Tapi, lanjut Daayiee, bila tidak mengizinkan pasangan sesama jenis untuk menikah maka ada pertentangan dengan pesan dalam Quran yang mengatakan setiap orang memiliki pasangan yang membawa kenyamanan./Tempo Interaktif Addin: Inilah fitnah akhir zaman, golongan sesat lagi menyesatkan.. moga kita di lindungi oleh Allah S.W.T. addin77 SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
Tarif elektrik mampu pada kadar rendah walau tanpa subsidi gas Posted: 24 May 2011 03:00 AM PDT Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang menteri berkaitan kemungkinan naiknya tarif elektrik dijangka pada bulan Jun 2011. Isu kenaikan tarif elektrik di negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah yang dipaksakan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dimetrai bersama dengan syarikat Pengeluar Tenaga Swasta/Bebas, terutamanya dengan Pengeluar Tenaga Swasta generasi pertama. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga yang terlalu mahal yang dikenakan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta ke atas TNB. Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekaligus membolehkan Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) mengaut keuntungan yang besar lebih awal. Perjanjian tersebut juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, disel dan arang batu, manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut makanya TNB lah yang terpaksa menanggungnya. Akibat dari perjanjian ini, telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap. Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun (jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli). Justeru dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi. Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif. Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia). Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%. Pengguna runcit di bawah kategori "tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah" terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand. Tarifnya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh. Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas (RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat. Ianya hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan serta kroni yang rapat dengan pemerintah. Sudah sekian lama negara kita dirampok se jumlah wang yang besar yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri yang lebih baik untuk rakyat. Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat. *Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen. merdekareview SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
'Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas-JAS, LPTA' Posted: 24 May 2011 12:00 AM PDT GEORGETOWN 23 MEI : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang. "Terdapat dua proses kelulusan yang berasingan iaitu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Presiden CAP, SM Mohamed Idris mendakwa, di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. "Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 'Ringkasan dan Rumusan' (muka 8-13)," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. "Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan 'Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenalpasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide'. "Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada 'Penilaian Kesan Radiologi' MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7)," tambahnya. Kelulusan JAS Pahang Idris mendakwa projek Lynas mendapat kelulusan JAS Pahang cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya. "JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius. "Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB," katanya. Sehubungan itu, katanya, CAP berasa bimbang: Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-8) apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa? Perlu diingat, katanya, bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut: 1. Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan; 2. Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya; 3. Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut; 4. Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59)." Wujud dua penilaian kesan Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas. "Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. "MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas. Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini?" soalnya. Idris juga bertanya sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB dan adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? "Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya? "Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas," katanya. Prosedur kelulusan Ketiga, kata Idris, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB? "Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui. 'Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?". Keempat, katanya, Lynas dikehendaki memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal. "Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan." Kelima, tambah Idris, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna. Penilaian manfaat kos "Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. "Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul. "Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas? "Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China," kata Idris sambil menambah bahawa terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas. Katanya, berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa: 1. Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, 'masih belum didedahkan oleh Lynas)' 2. Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA; 3. DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori; 4. Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci; 5. Ahli politik negeri dan persekutuan seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.- Malaysiakini TVS SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | ||||||||
DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe ? Posted: 23 May 2011 09:00 PM PDT |
8. | TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 | |
9. | TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS -PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. | 30/11/2011 |
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
BERITA DARI MSTAR
DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.
Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.
Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
Pelik Si Khairy sokong subsidi ketika mentua jadi PM, bantah waktu Najib
Posted: 23 May 2011 06:00 PM PDT
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menganggap usul Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaluddin untuk menentang kenaikan harga minyak sebagai sandiwara politik dan cuba berlagak jaguh terutama ketika menjelang pilihan raya.
Katanya, pendirian itu ternyata berbeza tiga tahun lalu apabila Khairy dilihat menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Badawi, yang juga bapa mentuanya menjadi perdana menteri.
“Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan. Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.
“Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Khairy dalam kenyataan disiar media semalam antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat dan melakukan penjimatan perbelanjaan.
Menurut Saifuddin, ia bertentangan dengan kenyataan ketika Khairy membahaskan usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemukakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 23 Jun 2008.
Dalam ucapan tersebut yang turut direkod hansard parlimen, Khairy berkata, ” Walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan”.
“Beliau (Khairy) juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan,” kata Saifuddin.
Saifuddin menambah, Khairy pada waktu itu turut mengakui meskipun rakyat terpaksa memikul beban, penstrukturan semula subsidi membawa sistem yang lebih adil dan progresif.
“Harus diingat, petikan ucapan itu adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun..
“Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengaburi mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13,” katanya.- keadilandaily
batuvskayu
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
Umno hanya 'membela' pemimpin, bukan membela Melayu
Posted: 23 May 2011 03:00 PM PDT
Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.
Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno.
Fakta sebenar, bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?
Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama.
Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Beliau mendakwa Melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu.
Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.
Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela Melayu.
1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang melayu.
2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata.
3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.
4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.
5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.
6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu.
7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).
8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu.
9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.
Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS
BO
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan