Biaqpila |
- Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 22/5/11
- KENYATAAN HISHAMUDIN, ADA UDANG DISEBALIK MEE?
- TANAH RUNTUH: SENARAI NAMA MANGSA SERTA FOTO TRAGEDI
- LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAKNYA
Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan Posted: 22 May 2011 03:00 PM PDT KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain. Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi. Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik. "Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya. "Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,"ujarnya. Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila. Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri. Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku. Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah. "Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita",ujarnya.-HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
Posted: 22 May 2011 08:00 AM PDT
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
KENYATAAN HISHAMUDIN, ADA UDANG DISEBALIK MEE? Posted: 22 May 2011 05:00 AM PDT Cuba melindungi dua pihak, Umno dan KDN dan dalam masa yang sama masih berusaha menekan Pakatan Rakyat Terlalu lama Hishamudin mengambil masa untuk mendedahkan perkara sebenar berhubung isu penayangan video lucah oleh ketiga-tiga Dato' T yang diketuai oleh Dato' Syazril Eskay Abdullah. … Janganlah kerana ketiga orang terlibat yang seharusnya sudah didakwa itu adalah orang UMNO sendiri, maka tindakan sengaja dilewat-lewatkan. Nampaknya ini yang telah berlaku ! Ini di antara kata-kata yang diluahkan oleh Hishamudin,….. "Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal." "Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi kelmarin Siapa yang dimaksudkan oleh Hisham sebagai pihak yang ada kepentingan?....Ia seolah-olah menyindir Pakatan Rakyat khasnya DS Anwar Ibrahim. Walhal siapa sebenarnya yang memulakan episod video lucah ini? Bukankah pihak yang merancang fitnah dan menayangkan video lucah itu sendiri yang ada kepentingan? Pakatan Rakyat hanya menangkis tohmahan! Itu saja!. dan dengan izin Allah juga, sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin melimpah ruah. UMNO sepatutnya belajar! Insaf ! dan bermuhasabah! Tetapi malang!, mereka tidak mahu menggunakan akal yang Allah beri. Jangan salahkan rakyat bila mereka mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa dalam melakukan siasatan! Apabila tiada alasan yang kukuh mengapa hingga hari ini datuk T belum ditahan dan didakwa, maka niat sebenar kementerian yang dipegang oleh Hishamudin itu mudah dibaca. Tujuan Hishamudin dan PDRM menangguh-nangguh dan memberi kenyataan demi kenyataan, sudah pasti ada udang disebalik batu.(ada udang di sebalik mee, kata orang sekarang) Orang ramai sedar, tentu kepimpinan UMNO sekarang ini sedang memerah otak bagaimana hendak membenarkan perkara yang tidak benar, bagaimana hendak mengaslikan benda yang palsu ! Bagaimana nak mengolah semula cerita agar kebenaran dan keikhlasan datuk T untuk menegakkan agama Islam itu akan terserlah !!! …. UMNO seboleh-bolehnya mereka mahu mencari jalan supaya perkara fitnah dan palsu ini, dengan kuasa magik yang ada pada PM akan bertukar menjadi benar!. Sebab itu semua pihak yang bersekongkol dengan Umnol tak habis-habis menyebut yang video itu tulin ! video itu tulin ! tulin, tulin tulin !!. dengan harapan rakyat akan terima juga yang pelakun video itu adalah Anwar !! Anwar, Anwar !!! Mereka tak berani sebut yang pelaku dalam video lucah tulin itu adalah Anwar !! Kalau dihebahkan pelakunya bukan Anwar, seluruh ahli dan pemimpin UMNO akan malu besar!! PDRM, Hishamudin dan kementeriannya akan terbogel dengan sendirinya !! Oleh : rahimothman SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
TANAH RUNTUH: SENARAI NAMA MANGSA SERTA FOTO TRAGEDI Posted: 22 May 2011 01:47 AM PDT Seramai 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam. Operasi menyelamat yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada 8 pagi tadi bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. BERIKUT SENARAI NAMA MANGSA: 1) Azrel, 8, 2) Nael, 8, 3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10, 5) Farid, 34, 6) Zaim * 7) Angah * 8) Rahimi * 9) Zaid Ashwal, 18, 10) Riz, 9, 11) Lokman, 11, 12) Fahad, 9, 13) Aiman, 10, 14) Hazim, 9, 15) Mustakim * 16) Hasril, 11, Sembilan yang terselamat: 1) Khairul, 9, 2) Hairis * 3) Harris * 4) Akmal * 5) Aizat * 6) Alaudin * 7) Irwan, 33, 8) Din, 30, 9) Syafiq, 23, * umur tidak diketahui GAMBAR-GAMBAR DARI LOKASI KEJADIAN: Gambar oleh: Star,Berita Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan tabung bencana untuk membantu mangsa Tanah Runtuh di Bt 14 Hulu Langat . Siapa yang bermurah hati untuk membantu bolehlah menyumbang melalui : [ Tabung Kemanusiaan Pemuda : 564025400100 ; May Bank ] Semoga Allah murahkan rezeki anda semua. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? | |||
LAWAK AHAD: PAK PANDIR UJI ANAKNYA Posted: 21 May 2011 06:00 PM PDT Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak bekerja. Sekejap hendak jadi businessman, sekejap hendak jadi guru,sekejap hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak. Jadi,Pak Pandir dan Mak Andeh merancang untuk menguji anak mereka itu. Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andeh tinggalkan sekeping nota di atas meja di ruang tamu. Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi pekan,petang baru balik." Di tepi nota itu mereka tinggalkan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan sebotol arak. Pak pandir dan Mak Andeh kemudiannya menyorok dalam bilik kecil tidak jauh dari meja tersebut. Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi businessman. Kalau dia ambil kitab, maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini." Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan belakang,kemudian masukkan kedalam poket. Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab, kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan membawa ketiga-tiga barang tersebut. Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada apa yang abang bayangkan." "Kenapa paknya?" Tanya Mak Andir. "Ondeh akan jadi ahli politik!" SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan