Biaqpila |
- Isu Kristian - Hishammudin
- Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena sebat?
- Pemuda PAS diharap 'pikat' puteri Umno
- Lagi Pendedahan SPR Pindah Pengundi
- Pelakon drama veteran didakwa cabul pelajar
- LAWAK AHAD: ADA APA ENCIK?
Posted: 08 May 2011 03:00 PM PDT SHAH ALAM 8 MEI : Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien dangkal apabila menyifatakan Malaysia berada dalam keadaan bahaya hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia dan blogger pro-Umno bahawa ada pihak mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, kata seorang pemimpin PAS. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menganggap Hishamuddin sebagai cetek pengetahuan mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang menteri kabinet. Beliau berkata, Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam. Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" semalam dibidas pelbagai pihak berikutan hanya menceduk dakwaan daripada 2 laman blog pro- UMNO, BigDog dan Marahku, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kredibiliti tertentu. Dakwaan itu terus dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia, Paderi Besar Pulau Pinang, DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa mencela Utusan dan blogger terbabit, Hishamuddin sebaliknya menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya". Ketika dihubungi TV Selangor, Khalid yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, bukan sahaja DAP malah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjulang agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara. Khalid turut menepis dakawaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. "Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja. "Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen," katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian. Khalid kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika. "Umno yang sepatutnya nak memperjuangkan kepentingan orang melayu patutnya berusaha untuk menjadikan orang melayu lebih cerdik tetapi malangnya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri jelas mereka nak sekongkol nak jadikan orang melayu takut dan bodoh," katanya. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena sebat? Posted: 08 May 2011 05:00 AM PDT Oleh: Wira Arjuna "Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: “A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim. Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan. Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong: “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay. Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan. Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan. “Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita. Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul. Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah? Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri? Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu? Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat. Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah. Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam. Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga. Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran. Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah? Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah. Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali. Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu? Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina? Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum. Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas. Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah? Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini? Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini? MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pemuda PAS diharap 'pikat' puteri Umno Posted: 08 May 2011 03:00 AM PDT KUALA NERUS - Pemuda PAS diharap menjadi 'idola' kepada pemuda-pemuda lain dan dapat 'memikat' puteri Umno supaya dapat bersama-sama dengan perjuangan PAS. Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Abu Bakar Abdullah peningkatan sokongan dikalangan orang-orang muda kepada PAS akan dapat menewaskan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. "Kita (PAS) mengarapkan pemuda-pemuda (PAS khususnya) dalam DUN Tepoh menjadi idola, kepada pemuda-pemuda lain, dengan (menunjukkan) semangat yang tinggi dan istiqamah, "dengan kebangkitan yang berlaku, kita harap bukan sahaja kita dapat memikat pemuda dikalangan Barisan Nasional, termasuk Puterii-puteri mereka, InsyaAllah kita kena pikat (puteri Umno),"ujar Ustaz Abu Bakar yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Tepoh. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan saf kepimpinan baru DUIN di Tepoh, di Gong Badak, dekat sini, 4 April. Menurutnya, golongan pengundi muda yang berumur diantara 21 hingga 30 tahun akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihanraya akan datang. Beliau yakin dan percaya dengan kemampuan, pemimpin pemuda PAS akan dapat menawan kembali DUN Tepoh dari Umno dan Barisan Nasional. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda Terengganu, Ustaz Rudzuan Hashim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus. BO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lagi Pendedahan SPR Pindah Pengundi Posted: 08 May 2011 12:00 AM PDT PETALING JAYA 6 MEI : Selepas ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad mendedahkan tindakan licik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sejumlah 500 pengundi di Selangor dipercayai untuk kepentingan UMNO BN, kali ini giliran, ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San pula berbuat demikian. Lau mendedahkan sebanyak 190 pengundi pos di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, tanpa sebarang sebab munasabah ditempatkan di DUN Kampung Tunku, walhal, balai polis berkenaan terletak dikawansan DUN Damansara Utama, SS2, Petaling Jaya. Justeru, Lau meminta agar SPR memberikan penjelasan berhubung perpindahan pengundi pos berkenaan. "Kawasan SS2 terletak di dalam kawasan DUN N36 iaitu Dun Damansara Utama, saya membuat laporan kepada SPR terhadap penambahan pengundi pos ini," kata Lau. Sebelum ini SPR dikesan memindahkan hampir 500 pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka, menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan, dipercayai penyokong UMNO BN. Hasil kajian PAS Selangor sebelum ini menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira- kira 80,000 orang berbanding 35,000 pada pilihan raya umum lalu. Tindakan SPR yang dilihat cenderung kepada UMNO BN ini tampak selari dengan seruan Perdana Menteri Najib Razak semalam bahawa UMNO Selangor harus menggunakan segala 'senjata' yang ada bagi merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat. Dalam perkembangan lain, Lau turut membidas sikap hipokrit parti kompenan Barisan Nasional, MCA yang sebelum ini berkata akan memboikot akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia. MCA mendakwa Utusan adalah suara Melayu dan seringkali menghentam serta mengkritik parti itu. Akan tetapi boikot itu umpama 'hangat- hangat tahi ayam' apabila parti itu menjemput 'Utusan Kota' iaitu akhbar sisipan Utusan Malaysia untuk membuat liputan sidang medianya. "Ini menunjukkan bahawa pihak MCA adalah sebuah persatuan yang tidak berprinsip dan mungkin ada udang disebalik batu," ujar Lau. TVS KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Pelakon drama veteran didakwa cabul pelajar Posted: 07 May 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Seorang pelakon era 70-an yang membintangi drama "Langit tidak selalu cerah", Mokhtaruddin Mohd. Saad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan mencabul seorang pelajar. Mokhtaruddin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail. Tertuduh yang juga merupakan pengasas kepada pertubuhan Raudah iaitu sebuah badan kebajikan, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun, di Asrama Raudah di No 336, Batu 11, Gombak pada 2.30 petang, 1 Mei lepas. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan. - Bernama/kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 07 May 2011 06:00 PM PDT Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang.. Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya.. "Ada apa encik..? Ada apa ?" Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata, "Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..." KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan