Jumaat, 6 Mei 2011

Biaqpila

Biaqpila


80 NGO Gesa JAWI Laksana Hukum Qazaf, Tolak Fitnah

Posted: 06 May 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR 6 MEI: Ratusan umat mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjd Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu.

80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik.

Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara.

Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik."

Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali.

Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan Himpunan Amarah Rakyat Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar.

Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam.

Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah.

"Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini.

Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan undang-undang syariah di Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi(Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan.

Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam.

Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam.TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 6/7/11

Posted: 06 May 2011 08:29 AM PDT

ESKAY NAK DEDAH YG NI KE?

Posted: 06 May 2011 05:00 AM PDT

Adakah cerita ini pula yang akan didedah Eskay?

Adakah akan ada lagi Melayu yang mengaku dirinya Islam akan mempercayai kata-kata seorang lelaki munafik yang ketika menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara tidak terfikir akan dosa mengaibkan saudara seugamanya tetapi bila gagal meyakinkan masyarakat (kecuali puak UMNO) menggunakan nama Allah untuk memperkukuhkan dakwaannya..?

Adakah akan masih ada lagi manusia yang mengaku dirinya sebagai seorang Islam mempercayai kata-kata seorang lelaki munafik yang telah bersumpah laknat didalam masjid mengatakan pelaku dalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim tetapi kemudiannya menafikannya pula secara terbuka seolah-olah semua Melayu Islam itu mudah lupa?

Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.


“Saya hanya akan dedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar sebaik polis mengesahkan kepada masyarakat siapa pelaku sebenarnya dalam video berkenaan.” Katanya.

Kali ini Eskay menunjukkan kepada kita bahawa beliau tahu bila pihak polis akan mengumumkan siapakah lelaki didalam video lucah itu..

Seolah-olah ada kerjasama antara beliau dan pihak polis bagi menjahanamkan imej Anwar..

Ada yang berkata lelaki di dalam video lucah itu akan didedahkan pada atau sehari selepas mahkamah mengumumkan samada kes tuduhan liwat terhadap Anwar dibuang atau Anwar dipanggil untuk membela diri pada 16 hb ini..

Apakah yang dimaksudkan dengan salah laku yang lebih besar itu?

Anwar akan dituduh meliwat lagi? atau Anwar akan dituduh berzina lagi? Atau Anwar akan dituduh meliwat dan berzina sekaligus pula?

Kedua-dua tuduhan itu didalam Islam memang satu tuduhan yang amat berat dan dosa yang ditanggung oleh pembawa fitnah itu juga adalah berat..

Jika Eskay mendakwa akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar, sudah tentu baginya meliwat dan berzina itu bukanlah satu kesalahan yang besar..

Mungkin apa yang didedahkan oleh Tuan MSO ini adalah perkara yang lebih besar seperti yang dimaksudkan oleh Eskay..

Sebahagian dari artikel yang dipetik dari MSO..

Satu maklumat yang diterima malam ini apa yang bakal didedahkan Eskay itu ialah berhubung dengan apa yang dinamakan sebagai tindak tanduk Anwar yang dilakukan di luar negara terhadap negara ini. Katanya satu ucapan Anwar di sebuah negara jiran akan didedahkan kononnya ia memberi ancaman keselamatan negara.

Dalam ucapan di majlis itu, Anwar dikatakan telah berucap sehingga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram di negara ini. Di mana dan apakah butiran ucapan Anwar itu sama-sama kita tunggu yang akan didedahkan oleh Eskay.

Menurut maklumat berkenaan Eskay katanya turut berada sama pada majlis berkenaan dan kemungkinan ia ada merakam ucapan atau tindak tanduk Anwar itu. Kalaulah ia hanya semata-mata berdasarkan ucapan Anwar rahsia yang dikatakan menggemparkan itu tidaklah sangat mengejutkan kerana mustahil polis tidak mengetahuinya.

Kata sumber itu mereka yang membenci Anwar sangat berharap apabila ia didedahkan menyebabkan Anwar akan disiasat kemudian ditangkap! Tambahnya juga beberapa orang tokoh Umno sudah pun mengetahui akan butiran yang bakal didedahkan oleh Eskay seperti mana dijanjikan itu.

Sepenuhnya sila baca di mso.melayu.blogspot.com

Segalanya mungkin.. kerana Eskay telah menunjukkan kepada kita beliau telah memandang ringan akan hukum Allah dengan bersumpah dirumah Allah kemudiannya menafikan secara terbuka..

darisungaiderhaka

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Isu : “ANWAR IBRAHIM GELOJOH”

Posted: 06 May 2011 03:00 AM PDT



Berdasarkan petikan akhbar ( Sinar Harian 2 Mei 2011 ) (Nasional) m/s N 7

Terima kasih kepada semua Rakan Media dan Rakan Kepimpinan yang sudi hadir pada tengah hari ini untuk kita bersama meneruskan perjuangan ke arah menyuburkan demokrasi dan melahirkan Malaysia yang baru yang bebas dari fitnah rasuah,pembohongan,kekejaman dan ketidak adilan.

Susulan kenyataan media oleh Tun Dr Mahathir yang disiarkan di dalam ( Sinar Harian 2 Mei 2011 ) (Nasional) m/s N 7, PKR Cabang Jelutong mengakui insan yang bernama Anwar Ibrahim memang gelojoh.

1.Anwar Ibrahim gelojoh untuk Ketuanan Rakyat tetapi Mahathir gelojoh untuk Ketuanan Melayu.
2.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menghapuskan rasuah tetapi Mahathir gelojoh mengamalkan rasuah.
3.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menzahirkan kebenaran tetapi Mahathir gelojoh menzahirkan fitnah.
4.Anwar Ibrahim gelojoh untuk menegakkan keadilan tetapi Mahathir gelojoh melakukan kezaliman.
5.Anwar Ibrahim gelojoh memperjuangkan kesamarataan tetapi Mahathir gelojoh memperkayakan kroni.
6.Anwar Ibrahim gelojoh menyatukan rakyat berbilang kaum tetapi Mahathir gelojoh memporak-perandakan rakyat berbilang kaum.
7.Anwar Ibrahim gelojoh untuk berkuasa demi membela rakyat tetapi Mahathir gelojoh memegang kuasa membela anak menantu dan kroni.

Di antara dua kegelojohan ini, siapa yang rakyat pilih ? Kepada Tun Mahathir, ingatlah kata-kata kamu dulu ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002... Dah lama dah.... PKR Cabang Jelutong menasihatkan pada usia yang sudah senja ini, lebih baik tutup mulut dan bertaubat kerana semakin banyak Tun Mahathir becakap, semakin terserlah kenyanyukan Tun Mahathir.

Ini tebukti dengan kenyataan Tun Mahathir yang menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO kerana terlalu cepat berkuasa dan tidak memilih jalan yang betul di dalam UMNO.
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan yang betul itu ?
Adakah dengan cara mengampu dan mengamalkan kronisme dan nepotisme ?
Adakah dengan merelakan rasuah dan penyelewengan ?
Adakah dengan membenarkan kezaliman dan ketidakadilan terus diamalkan ?
Inikah yang dimaksudkan sebagai jalan yang betul di dalam UMNO ?

PKR Cabang Jelutong mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya sedar dan bangun melakukan perubahan demi melahirkan Malaysia Baru yang bebas dan bersih dari segala kekotoran dan kezaliman.

Ubah Sebelum Parah ! Ubah Demi Maruah ! Ubah Sekarang ! Selamatkan Malaysia !

Sekian terima kasih.

Anuar bin Kamarudin
Setiausaha PKR Cabang Jelutong
sumber:fb

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

FILEM BARU: HANTU KAK LIMAH MASUK UMNO

Posted: 06 May 2011 12:00 AM PDT

Isi Dunia Yang Rapuh : Gambaran Kehancurannya

Posted: 05 May 2011 09:00 PM PDT



Al-Waqi'ah Ayat 1-11: "Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran. Sebuah video yang cuba mengambarkan sebuah kehancuran, ia bukan gambaran kiamat tentunya kerana Kiamat itu JAUH lebih dashyatnya, tiada tergambar dek akal manusia.

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah)"

Sebuah gambaran kehancuran menghancurkan ego & kemegahan manusia. Jangan dilupa kuasa Allah mampu meragut semuanya dalam sekelip mata. Bermula dari nyawamu wahai manusia..



www.zaharuddin.net


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SEBENARNYA WANITA ITU `DIROGOL' OLEH ANWAR ?

Posted: 05 May 2011 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?

Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.

Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.

Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.

Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya. Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?

Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi. Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?

Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com


armormech

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97

Posted: 05 May 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.
Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.
Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.
Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.
Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.
Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.
"Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN.
"Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras," katanya lagi.
Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.
"Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul," ujarnya.
Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.
"Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini," ujarnya.
Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter.

KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: