Anak Sungai Derhaka |
- UMNO Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun (Video Inside)
- Tangguh naik harga Petrol kerana dibantah Pemuda UMNO - Khairy
- PRU-13 penentu hidup mati UMNO
- Pemilihan paling sengit
- Suaram lancar ‘Ops Scorpene’.
- Pakatan Rakyat lebih berani dari BN.
| UMNO Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun (Video Inside) Posted: 28 May 2011 04:39 AM PDT MUAR 28 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem amalan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) kini kian menyimpang dari landasan Islam apabila cuba menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.Katanya, ini kerana Umno-BN bukan sahaja membiarkan budaya fitnah berleluasa sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut. "Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah," ujarnya. "Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum PKR itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, semalam. Anwar kini dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh UMNO sejak 13 tahun lalu. Beliau dihambat dengan kes Liwat I dan II, paling terbaru beliau dikaitkan dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T. Bukan itu sahaja,malah isteri, anak dan cucu beliau juga turut terkena tempias gelora politik kotor UMNO ini. Menurut Anwar, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan. "Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno. "Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya. Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama. "Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang. "Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporan, kebaikan Umno," katanya. Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan kira-kira 2,500 orang dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam tadi. Kedatangannya ke Johor kali ini disambut dengan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan atau FRU dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba seawal jam 7 malam lagi. Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama pihak polis yang mensyaratkan supaya program itu tidak menghalang lalu lintas kawasan ini. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Pengerusi PKR Johor, Dato Dr Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. TVS News |
| Tangguh naik harga Petrol kerana dibantah Pemuda UMNO - Khairy Posted: 28 May 2011 12:41 AM PDT Khairy menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan.Sebaliknya, jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat. Wah.. dah semakin hebat Khairy sekarang ni ya... Tapi hingga sekarang Najib tak teringinpun nak meletakkan beliau didalam Kabinetnya yang peliknya Timbalannya pula Najib pilih untuk berada didalam Kabinet. Tidakkah beliau sedar bahawa bantahannya itu bagi Najib umpama anjing menyalak bukit sahaja? Anwar usah berangan-angan HULU TERENGGANU 27 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melupakan angan-angan untuk menarik sokongan orang Melayu mendukung strategi 'Malaysian Malaysia' yang dicetuskan oleh DAP. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan usaha Anwar itu sebagai tindakan terdesak dalam usaha meraih sokongan Melayu. Beliau yakin orang Melayu tidak akan sebegitu mudah memberi sokongan kepada pembangkang yang turut dianggotai oleh DAP. ''Kalau kita perhalusi, orang Melayu terbela di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, kalau ada isu berkaitan Melayu dan Islam, PKR tidak akan mendapat persetujuan DAP," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dekat sini, hari ini. Khairy diminta mengulas strategi 'Malaysian Malaysia' yang kini diatur oleh Anwar untuk menarik sokongan Melayu dan Cina kepada PKR. Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP bagi meraih sokongan kaum Cina. Menurut Khairy, semua sedia maklum bahawa dasar yang diamalkan oleh DAP akan mengetepikan orang Melayu, kerana parti itu tidak mempunyai dasar untuk membantu Melayu. Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan. Sebaliknya, jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat. Lidah Rasmi UMNO |
| PRU-13 penentu hidup mati UMNO Posted: 28 May 2011 12:28 AM PDT Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada UMNO, parti itu akan terus kukuh pada masa akan datang dan begitu juga sebaliknya... Tanah perkuburanpun dah ada dah ni.. semoga UMNO tumbang dan berkubur pada PRU13 nanti.. ![]() HULU TERENGGANU 27 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan ahlinya supaya tidak mengambil mudah pilihan raya umum akan datang kerana ia bakal menentukan 'hidup atau mati' UMNO. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepada UMNO, parti itu akan terus kukuh pada masa akan datang dan begitu juga sebaliknya. Sehubungan itu, tegas beliau, pemimpin Pemuda UMNO di semua peringkat tidak boleh sama sekali mengambil mudah pilihan raya tersebut kerana jika silap perhitungan, UMNO dan orang Melayu akan kehilangan kuasa. "Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti adalah penentu hidup atau mati kita (UMNO) dan kalau kita menang, UMNO akan terus teguh pada masa-masa akan datang," katanya. Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dekat sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat. Khairy berkata, beliau sendiri telah berjanji dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan jentera Pemuda bersiap sedia sepenuhnya sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Saya dah janji dengan Perdana Menteri, saya akan pastikan seluruh anak muda kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," ujarnya. Dalam ucapannya, beliau turut mengimbau betapa peritnya UMNO Terengganu ketika tumbang kepada Pas pada PRU Ke-10 sebelum kembali teguh dan menang semula pada 2004. Lidah Rasmi UMNO |
| Posted: 28 May 2011 12:07 AM PDT KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk kepimpinan Pas pada Muktamar ke-57 awal bulan depan diakui oleh pemimpinnya sendiri sebagai pertandingan paling sengit sejak parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1956.Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pertandingan ini sengit kerana kesemua calon bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditandingi oleh calon-calon 'heavy weight'. Calon Timbalan Presiden ditandingi oleh penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Mohamad Sabu manakala bagi jawatan Naib Presiden, ia ditandingi oleh Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengumumkan calon secara rasmi semalam, Abdul Halim menjelaskan, kesemua pemimpin-pemimpin Pas ini mempunyai sokongan tersendiri di peringkat akar umbi dan beliau tidak risau dengan perjalanan pemilihan nanti. "Sehingga kini hati saya tenang kerana saya tahu semua calon ada sifat dan akhlak yang tersendiri, saya juga tidak bimbang adanya pergeseran walaupun pertandingan kali ini sangat sengit," katanya. Beliau berkata, pemilihan parti pada kali ini turut mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Dewan Ulama tidak ada pertandingan dan barisan kepimpinannya nanti akan diumumkan secara rasmi pada Muktamar nanti. Pada pemilihan Pas kali ini, dianggarkan seramai 1,100 perwakilan mengundi untuk penggal 2011-2013 pada 3 hingga 5 Jun nanti. Sinar Harian |
| Posted: 27 May 2011 11:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan melancarkan kempen dipanggil 'Ops Scorpene' bagi meraih dana dalam siasatan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Perancis.Penyelaras Suaram, Izmil Amri Ismail berkata, ia berhubung siasatan terhadap syarikat Perancis, DCNS yang membayar komisyen kepada syarikat tempatan, Perimekar Sdn Bhd bagi pembelian dua kapal selam berkenaan. "Kempen adalah bermatlamat mengumpul dana bagi meneruskan litigasi yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis berhubung penyiasatan kehakiman dalam syarikat Perancis DCNS yang dikatakan membayar satu amaun komisyen kepada Perimekar, untuk pembelian kapal selam Scorpene," katanya dalam satu kenyataan. Pada Disember 2009, Suaram berkerjasama dengan peguam hak asasi dari negara itu, memfailkan aduan kepada mahkamah Perancis, supaya siasatan dilakukan. "SUARAM telah memantau skandal bukan sahaja mengenai kematian misteri dan mengejutkan Altantuya Shariibu, tetapi peranannya dan penglibatan dalam perolehan senjata untuk kerajaan Malaysia, membawa kepada pembunuhan ngerinya," jelasnya. Sehubungan itu, Suaram akan membuat satu sidang akhbar pada Isnin depan bagi menjelaskan perkara itu di Auditorium, Dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharajalela. Pada April 2010, peguam mewakili Suaram memberitahu, mahkamah Perancis telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta dari DCNS kepada Perimekar. Perundingan itu dijalankan menerusi Perimekar Sdn bhd, untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta- di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris. Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak merupakan pemilik Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu. Bagaimanapun sebelum ini sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan Armaris tidak pernah membayar Perimekar sebagai komisyen, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, yang dikatakan sebagai perantara dalam pembelian kapal selam berkenaan. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14285 |
| Pakatan Rakyat lebih berani dari BN. Posted: 27 May 2011 11:32 PM PDT SHAH ALAM 28 MEI: Penganalisis Politik Professor Dr. Abdul Aziz Bari berkata gagasan Pakatan Rakyat merupakan parti yang berani kerana berjaya meneruskan pemilihan pucuk pimpinan utamanya.Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. Malah, tindakan itu juga menunjukkan kematangan berpolitik setiap parti sekali gus menonjolkan sikap keterbukaan dan kefahamannya terhadap konsep sebenar demokrasi tanpa perlu mengganggu fokus utama Pakatan Rakyat dalam membawa perubahan. "Berbanding dengan parti-parti dalam Barisan Nasional(BN), Pakatan Rakyat lebih berani untuk meneruskan sekali gus tidak menafikan proses demokrasi terhadap ahlinya. Ini juga menunjukkan ketelusan dan akautibiliti mereka dalam parti komponen Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Tv Selangor. Pada November 2010, PKR telah mengadakan pemilihan partinya sehingga mengakibatkan pelbagai isu dan kontroversi menyelubungi pemilihan terbabit. Namun begitu, Aziz Bari percaya kematangan dan sikap percaya antara ahli parti yang ditunjukkan oleh PAS merupakan sesuatu perkara yang perlu dilihat rakyat dalam membina kemampuan parti Islam itu untuk terus mencapai matlamat mereka. "Saya fikir perkara itu tidak timbul kerana setahu saya mereka tidak pernah menafikan untuk menagguhkan pemilihan tanpa sebab dengan erti kata lain mereka yakin dengan kredibiliti dan integriti ahli-ahli parti. Mereka yakin dengan kematangan ahli dan sistem pemilihan dalam parti. Ini merupakan satu perkara yang saya fikir sangat baik kerana kalau kita bandingkan dengan komponen BN jauh sekali. Dengan kata lain mereka percaya dengan diri sendiri,"ujarnya. "Dibandingkan dengan komponen BN, mereka seolah-olah tidak percaya dengan kemampuan dan ketelusan dalam parti mereka sendiri. Ini perbandingan yang rakyat patut lihat," tegasnya. Dalam pada itu, Aziz turut mengulangi keyakinan beliau bahawa sebarang keputusan yang berlaku dalam pemilihan Pas tidak akan mengganggu fokus Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya memandangkan ia bukan kali pertama Pas mengadakan pemilihan parti dan perkara ini boleh dilihat melalui cara ahli Pas berpolitik berbanding Umno dalam Barisan Nasional. Ujar beliau lagi, kematangan Pas perlu dicontohi parti lain dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam kalangan ahli parti dan parti komponen. "Ya ini bukan kali pertama. Saya fikir benda ini dah berlaku sejak dahulu lagi. Ini merupakan satu bukti bahawa, satu parti yang cukup lama, yang tidak mendabik dada tetapi melakukan apa yang mereka sepatutnya lakukan. Ini merupakan satu perkara yang cukup baik," ujarnya. Muktamar Pas ke-57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun depan di Taman Melewar Kuala Lumpur. Setakat ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa sebarang tentangan. TVS News |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan