Rabu, 25 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Takut kalah Pilihanraya.. Sebab itu minyak tak naik harga..

Posted: 25 May 2011 04:55 AM PDT

SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan kabinet menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan kajian semula tarif elektrik dilihat berkait rapat dengan masa depan UMNO BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Mesyuarat kabinet yang menjadi tumpuan pelbagai pihak hari ini tidak mencapai apa- apa keputusan yang menguatkan lagi spekulasi bahawa kerajaan pemerintah pimpinan Najib Razak bimbang popularitinya merudum dan ditolak rakyat pada saat- saat akhir.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet juga makin tertekan apabila tindakan mengurangkan subsidi membangkitkan kemarahan rakyat marhaen.


"Jadi oleh kerana keputusan Najib ini dibantah apabila datang PRU, sudah tentu barisan kepimpinan Najib akan ditumbangkan dan sebab itulah dia membuat perkiraan semula," katanya.

Dr Dzulkefly berkata Najib tersilap langkah apabila memotong subsidi yang selama ini membantu meringankan beban rakyat walhal beliau jelas dengan fenomena kenaikan harga barangan asas yang tidak seiring dengan kenaikan gaji golongan bawahan ini.

"Antara cabaran besar dalam PRU-13 adalah kenaikkan harga barang dan kos sara hidup yang terus meningkat, sementara pendapatan golongan berpendapatan rendah tidak ada pun kenaikkan," katanya.

Baru- baru ini, kerajaan pemerintah bertindak memotong subsidi gula kepada rakyat hanya untuk menjimatkan sejumlah RM116.6 juta.

Tindakan itu dikecam pelbagai pihak termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisyam Shaharin. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu memotong subsidi gula untuk membolehkan kerajaan berjimat- cermat. Tetapi, kerajaan harus berhemah dalam menangani ketirisan pengurusan ekonomi negara antaranya projek mega yang tidak memberi keuntungan jangka masa panjang kepada negara.

Antaranya, projek Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ), projek Menara Warisan Merdeka, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), projek Empangan Bakun dan sebagainya.

Tidak reda isu pemotongan subsidi gula, rakyat sekali lagi 'disergah' Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Ismail Sabri bahawa rakyat harus bersedia untuk kenaikan harga bahan bakar RON95.

Mengulas isu itu, Dr Dzulkefly yang dihubungi TV Selangor berkata, alasan kerajaan pemerintah bahawa kenaikan itu perlu berikutan kenaikan harga bahan bakar itu dipasaran global tidak masuk akal.

Ini kerana, Malaysia, meskipun bukan negara pengeluar utama atau tercorot, tetap memiliki sumber minyak tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut rentak pasaran dunia.

Beliau turut membidas kenyataan Najib yang menyamakan pemberian subsidi seperti memberi 'candu' kepada rakyat.

Najib berkata demikian ketika berucap di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu dan berjanji akan mengurangkan 'candu' itu secara berperingkat.

"Jangan tuduh rakyat ini ketagihan candu subsidi sebab apa? kalau tahu benda tu haram kenapa mulakan dulu? Maknanya bukan haram bukan ketagihan tapi satu dasar polisi sebuah kerajaan yang kena buat keputusan," ujarnya.

Beliau menambah, jika kerajaan pemerintah tetap enggan memberikan subsidi kepada rakyat, perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, elektrik, air sepatutnya berada ditahap yang cemerlang dan mesra kepada rakyat.


TVS News

Muhyiddin tidak berilmu?

Posted: 25 May 2011 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 MEI – Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP menunjukkan beliau langsung tidak berwibawa, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, kenyataan itu ternyata satu pembohongan, langsung menunjukkan betapa tidak berilmunya Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Pada 24 Mei lalu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memberi amaran agar Melayu tidak terperangkap dengan hajat besar DAP yang kononnya mahu memerintah Malaysia.


Kit Siang menjelaskan sejak pilihan raya pertama yang disertai DAP pada 1969, DAP telah meletakkan seorang calon Melayu untuk Parlimen, dan sembilan calon DUN yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

Sejak 1969, enam pemimpin Melayu DAP telah memenangi pilihan raya termasuk Allahyarham Ahmad Nor yang menang Parlimen Bayan Baru (1990-1995) di Pulau Pinang.

"Ini adalah bukti kukuh bahawa kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang langsung tak ada standard dan tak ada class," tegas Kit Siang.

Beliau turut mencabar Muhyiddin dan Zahid menamakan ahli parlimen atau menteri UMNO sekarang ini yang sanggup menyuarakan kebenaran sehingga disumbat ke dalam penjara untuk mempertahankan kebenaran kaum Melayu, seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP.

Kit Siang juga menggesa agar semua rakyat Malaysia menyoal kembali sebahagian pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membabi-buta tanpa fakta sahih.

"Semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain patut menyoal kenapa pemimpin UMNO seperti Muhyiddin dan Zahid Hamidi takut dengan usaha DAP untuk mendapat sokongan Melayu," katanya.


Roketkini.com

Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG buat masa sekarang

Posted: 25 May 2011 01:59 AM PDT

BN berjaya menunjukkan yang mereka prihatin akan keperitan hidup rakyat akhirnya.. minyak tak naik harga barang tetap akan naik kan??





Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan LPG.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.


Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

Adalah tidak fahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.


Malaysiakini

Video Lucah : Anwar pula saman Hishammuddin

Posted: 24 May 2011 11:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengemukakan saman balas fitnah ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyamannya berhubung isu berkaitan rakaman video seks didedahkan "Datuk T".

Justeru, Anwar menuntut sejumlah kerugian daripada Hishammuddin atas kenyataan fitnah yang dikaitkan dengan saman Menteri Dalam Negeri itu.

"Kami telah memfailkan (tuntutan) bela atas tuntutan Hishammuddin dan juga memfailkan tuntutan balas ke atas saman fitnahnya.


"Pokoknya, fitnah berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh beliau (Hishammuddin) ketika sidang media di Bukit Aman pada 21 Mac," kata peguam Anwar K. Shanmuga kepada The Malaysian Insider.

Pada 1 Mei lalu, Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui media dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut," katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar (gambar) dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.


The Malaysian Insider

PANAS!! Rotan Kartika hanya helah politik Najib.

Posted: 24 May 2011 09:07 PM PDT

Pendedahan ini menunjukkan kepada kita bagaimana UMNO yang boleh dikatakan Ahlinya terdiri dari 100% orang Islam menggunakan Islam untuk kepentingan Politik mereka..

Hukuman rotan yang dikenakan terhadap tiga perempuan Islam pada tahun 2010 setelah didapati bersalah kerana minum arak hanyalah satu pergerakan taktikal yang dilakukan oleh Najib bagi mendapatkan kepercayaan pengundi Melayu yang konservatif ini berdasarkan satu lagi Kabel yang didedahkan oleh WikiLeaks.

Diplomat US yang berpengkalan di Malaysia merasakan tindakan tersebut telah dilakukan oleh Najib dan UMNO sekadar untuk menguji dan menilai sentiment masyarakat Melayu Islam terhadap hukuman rotan yang dikenakan keatas model separuh masa Kartika Sari Dewi Shukarno.


Kartika didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang pada Julai 2009 kerana meminum minuman keras di sebuah hotel di Kuantan dan dijatuhi hukuman enam rotan dan denda RM5, 000.

Keputusan Mahkamah tersebut telah mendapat perhatian yang luas baik dari dalam mahupun luar Negara. Bagaimanapun hukuman tersebut telah tertangguh atas pelbagai alasan…


WikiLeaks: How Najib overcame the Kartika dilemma

KUALA LUMPUR: The caning of three Muslim women in 2010 under the syariah law for committing adultery was a tactical manoeuvre undertaken by Prime Minister Najib Tun Razak's new administration to retain the conservative Malay voters, Malaysia-based US diplomats believed.

They also felt that the caning of the three women was perhaps an attempt by Najib and his party Umno to test the waters to forecast the sentiments on part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno's caning for beer-drinking.

Kartika was found guilty by a Pahang Syariah Court in July 2009 of drinking beer at a hotel in Kuantan and was sentenced to six strokes of rotan and a fine of RM5,000.

The court's finding to cane her attacted wide attention, both from within and internationally, and the ruling had taken place just a year after Najib had become the prime minister. While her caning was pending for months for various reasons, the three women were caned in February 2010.

"Kartika's case put Prime Minister Najib's new administration in the difficult position of balancing the competing forces fighting for Malaysia's Muslim identity.

"While concerned about preserving Malaysia's image as a moderate Muslim state, Najib has been unwilling to date to criticise syariah law or otherwise downplay the seriousness of Kartika's offence for fear that it could damage Umno's Islamic bona fides," wrote a senior political officer based in the US embassy here in a confidential cable to the US State Department in Washington.

Details of the confidential cable sent in 2010 were leaked by WikiLeaks to popular blogger Raja Petra Kamarudin who had published the cable in his Malaysia Today website today.

"That the GOM (government of Malaysia) chose to cane three anonymous women, rather than the internationally renowned Kartika, seems to be a tactical manoeuvre by Umno to retain or lure back conservative Malay voters as well as perhaps a testing of the waters presaging Kartika's caning.

"That Najib feels the need to placate the most conservative Malays suggests that his stated intent to change to a more inclusive, less Malay-centric economic and political model is facing considerable, resistance within his own coalition," added the cable.

The cable must have been sent to the State Department immediately after the caning of the three women on Feb 9, 2010 as it makes no mention of the eventual outcome of Kartika's case. Following the intervention of the Sultan of Pahang, Kartika's caning sentence was eventually commuted to 20-day community service in April 2010.

The three women were sentenced to be caned for committing adultery in violation of Section 23 (2) of the Kuala Lumpur Federal Territory Syariah Criminal Offences Act of 1997.

Hisham the Islamic cleric

Home Minister Hishammuddin Hussien had announced on Feb 17, 2010, that government officials had caned three Muslims on Feb 9, 2010. The three women were believed to be the first women to be caned under the law in Malaysia.

Two of the women received six strokes of the cane and the other received four. The women were caned in a female prison.

The US cable noted that the sentencing of women to such corporal punishment under syariah law contradicts the federal law outlined in Section 289 of the Criminal Procedure Code that states that women are not to be subject to caning.

"In the current case, the three women, previously unknown to the public, were caned and the public was not informed for over a week.

"The canings were administered by federal prison officials in a federal women's prison. This gives rise to a possible violation of federal law that the GOM has yet to explain or address," added the cable.

The US cable also said that federal government was clearly playing a role in meting out a syariah punishment, with Hishammuddin "sounding like an Islamic cleric" in justifying the caning on the three women.

"The federal government has highlighted its role in meting out these sentences, indicating that the decision had Najib's support.

"Hishammuddin placed himself at the forefront of this issue, announcing on Feb 17 that the women had been caned, commenting that 'the punishment is to teach and give a chance to those who have fallen off the path to return and build a better life for the future,' sounding much like an Islamic cleric," said the cable.

The US diplomats noted in the cable that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin also failed to address the legal issue surrounding the caning of the three women, and had instead focused "on the need to explain that syariah caning is ritualistic rather than severe".

The cable further pointed out that the federal government's role in caning the Muslim women was also evident in a statement issued by minister in charge of religious affairs Jamil Khir Baharom who had reportedly said that the women were remorseful and "welcomed their sentence".

Women, Family, and Community Development Minister Shahrizat Jalil was also reported to have said: "As the minister in charge of women affairs in this country, I really hope that the whipping sentence on Muslim women will be carried out fairly and judiciously." - Free Malaysia Today

Also read:


The cable as published in Malaysia Today

Hang tu 'Anak Jantan' ka Zahid?

Posted: 24 May 2011 07:49 PM PDT

Kata Zahid "Kalau berani berbuat demikian (DAP keluar PR), barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan',"

Pasal 'Anak Jantan' ni.. Siapa pernah mendengar sebuah kisah seorang pemuda yang mendakwa dibelasah oleh sekumpulan kaki pukul kerana beliau bercinta dengan anak seorang Ahli Politik?

Dalam insiden ini Ahli Politik tersebut telah membelasah pemuda itu setelah pemuda tersebut lembik kerana telah dibelasah oleh kaki pukul upahannya itu.. Nasib pemuda tersebut agak baik kerana tindakan Ahli Politik itu telah dihentikan oleh isterinya sendiri yang turut berada ditempat kejadian..


Menurut pemuda yang telah dibelasah itu laporan Polis telah dibuat tapi siasatan hanya setengah jalan..

Rasanya tiada 'Anak Jantan' yang akan bertindak begitu.. membelasah orang yang lembik setelah dibelasah oleh kaki pukul..

Kisah tersebut telah dibukukan oleh Chegu Bard dan CD pengakuan pemuda tersebut juga telah dibuat.. kalau malu nak jumpa Chegu Bard lihat di SINI


Zahid cabar DAP keluar Pakatan Rakyat hadapi PRU-13

BAGAN DATOH, 25 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya dipetik Bernama Online malam tadi.

Menteri Pertahanan itu mengulas kenyataan Setiausaha Agung Lim Guan Eng semalam, mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah PR jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Zahid berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.


The Malaysian Insider

Pemimpin UMNO silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah

Posted: 24 May 2011 10:17 AM PDT

Tulis Tuan Aspan Alias … Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah, Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Roh politik UMNO yang dimaksudkan olehnya disini ialah para pemimpin UMNO yang bakal dilantik memegang tampuk pimpinan UMNO akan dipastikan dari jenis yang menurut cakap atau boleh dipulas telinga atau dalam lain perkataan pak turut oleh pemimpin yang akan meninggalkan tampuk pimpinan..

Pemimpin silih berganti, dari yang lemah kepada yang bertambah lemah


Kali ini mungkin banyak reaksi yang tidak menggemari pandangan saya tentang isu pembangunan negara. Saya tidak akan menyebut angka-angka secara 'quantitative' kerana ia akan membawa banyak lagi 'confusions' di kalangan yang membaca komen saya terhadap isu yang akan saya sebut ini. Sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara bermacam-macam telah di umumkan oleh beliau dengan 'jargon-jargon' yang besar untuk mengambil hati rakyat. Najib hendak menunjukan perbezaan beliau dengan pimpinan sebelumnya.


Tiada satu pun di antara initiatif yang beliau umumkan akan berjaya dilaksanakan dan ianya akan tetap tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa apa-apa munafaat kepada rakyat kecuali kepada beberapa kerat yang berada di dalam senarai kroni yang disayangi.

Sebaliknya apa yang kita dengar ialah penarikan balek subsidi kos tambahan kepada rakyat yang tua-tua dan yang tidak mempunyai pekerjaan dengan membeli barangan yang terkandung di dalamnya kos dari cukai 'GST'.

Saya sengaja menyebut isu ini kerana apa yang saya katakan kali ini akan berhadapan dengan kebenarannya. Mungkin banyak pihak yang akan membidas saya tetapi itu tidak mengapa kerana akhirnya nanti apa yang saya katakan ini akan terbuktikan kebenarannya.

Semasa Abdullah Badawi menjadi PM dahulu rakyat mula mempersoalkan kewibawaan beliau setelah 2 tahun memgang tampok kuasa yang dipusakakan oleh Dr Mahathir. Malahan semasa beliau menjadi Timbalan PM lagi sudah ramai di antara rakyat yang bercakap secara senyap-senyap mempersoalkan kemampuan beliau mentadbir sebuah negara seperti Malaysia ini kerana kepada pandangan ramai beliau hanya seorang yang baik tetapi bukan seorang pemimpin yang baik.

Salah seorang dari rakan saya yang sekarang berada di dalam kabinet sekarang ini berkata menyatakan, jika orang baik seperti Abdullah ini di jadikan pemimpin dia (Abdullah) akan jadi pemimpin yang tidak baik. Orang baik dengan pemimpin yang baik ada dua perkara yang berlainan. Seorang yang baik tetapi tidak pemimpin yang baik jika diberikan tanggungjawab untuk memimpin dia akan akhirnya menjadi orang dan pemimpin yang kurang baik.

Tetapi itu bukan kesalahan Abdullah, kerana beliau lantik oleh Dr Mahathir. Begitu ramai yang mempersoalkan kemampuan Abdullah Mahathir seorang yang mengatakan Abdullah itu boleh memimpin. Tetapi sesiapa yang ada roh politik UMNO yang kuat akan memahami kenapa Dr Mahathir berkehendakan Abdullah untuk menggantikan beliau walaupun beliau (Mahathir) tahu yang Abdullah bukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menjadi PM.

Ramai yang berfikir yang bercakap, apabila seseorang pemimpin diambil alih oleh yang lebih lemah darinya, pemimpin seterusnya yang akan mewarisi pimpinan negara akan datang dari mereka yang bertambah lemah. Bukan tidak ramai yang berkata semasa Abdullah mengambil alih kepimpinan negara, "bermula dari saat ini kepimpinan negara akan bertambah lemah dan lemah. Yang menggantikan Abdullah akan lebih lemah dari Abdullah dan sesiapa yang menggantikan pengganti Abdullah itu akan lagi bertambah lemah dan seterusnya begitulah sehingga parti dan pimpinan Melayu itu akan rebah dan tersungkur".

Apabila pemimpin lemah mengambil alih negara, dia akan cuba menutupi segala kekurangan yang ada pada dirinya melalui penerampilkan diri yang cantik serta 'disposition' yang menarik. Kelemahannya akan ditutupi dengan perwatakan serta 'personality' yang hebat dan sebagainya. Pemimpin lemah akan mengutamakan 'form' dari 'substance' kerana 'form' itu berkemampuan untuk membina persepsi yang baik untuk dirinya walaupun 'substance'nya tiada.

Tetapi menghadapi rakyat ramai, cara dan kaedah penerampilan secara ini tidak akan kekal. Akhirnya rakyat akan bertanya, "apa yang kita capai secara organiknya dalam pentadbiran ini?"

Apakah faktor yang memulakan kelemahan ini bercambah dan bercambah? Ianya bermula apabila Dr Mahathir tidak membentuk barisan pelapis yang boleh diyakini rakyat. Beliau lebih menumpukan untuk mengekalkan kuasa dan menerima siapa sahaja yang boleh memberikan dukongan serta sokongan terhadap beliau. Semua pemimpin yang seangkatan dengannya telah dinyahkan secara sistematik dan akhirnya hanya beliau dan kroni pemimpin yang lemah serta penuh dengan elemen negatif yang membinasakan negara.

Yang penting mereka-mereka ini menyokong beliau (Mahathir)..tidak kira mereka itu rasuah, lemah, politik wang penjenayah dan sebagainya. Selama 22 tahun beliau berpolitik secara begini, manakan nak jumpa lagi orang yang boleh memimpin kerana tidak seorangpun yang beliau didik untuk menjadi pemimpin yang berguna untuk negara.

Selebihnya pembaca boleh meneruskan apa-apa yang sauadara nampak tentang impak atau 'consequence' terhadap cara dan kaedah Mahathir memimpin negara. Salah satu sumbangan Dr Mahathir kepada negara ialah untuk membunuh dan membinasakan benih-benih baik untuk kepimpinan negara. Benih-benih baik ini merimaskan beliau untuk melakukan apa yang beliau suka dan kehendaki. Akhirnya beliau bejaya memerintah secara beliau selama 22 tahun tetapi tak dapat dipastikan samada pimpinan UMNO kepada negara ini akan kekala beberapa tahun lagi.

Sekarang ini kita berhadapan dengan cara Najib mentadbir yang penuh dengan retorik dan manisan mulut yang mengenakan. Bemacam-macam initiatif yang dilakukan tetapi ianya hanya tinggal sebagai initiatif di atas kertas. Ramai lah yang beriya-iya menyokong tetapi sudah ramai juga yang telah berfikir dan menganggap segala yang dilakukan oleh kepimpinan hari ini hanyalah 'hiasan' untuk mencantikan wajah buat sementara.

Sepenuhnya sila sambung bacaan anda di Ariff & Aspan Blog

Konsisten kononn.. Podah la Khairy!! Ni apa?? Siapa Tulis?

Posted: 24 May 2011 09:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sambil menegaskan pendirian beliau dalam isu berkaitan subsidi adalah konsisten.

Oleh itu tegas Khairy (gambar), Saifuddin tidak sewajarnya menyerang beliau kononnya telah berubah pendirian berbanding tiga tahun lalu, sebaliknya patut menyokong usaha membantah pengurangan subsidi RON95.

Semalam, Saifuddin mendakwa Khairy bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin berkata Ketua Pemuda Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.


Abdullah meletakkan jawatan pada April 2009 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Pendirian saya adalah jelas dan konsisten, di mana subsidi adalah satu perbelanjaan yang semestinya distrukturkan semula oleh kerajaan memandangkan ia bukannya satu perbelanjaan produktif," kata Khairy dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pada masa sekarang hanya tiga peratus daripada penerima subsidi yang sebenarnya tergolong di kalangan rakyat miskin.

"Mesej ini adalah suatu yang konsisten dan jelas saya utarakan semasa saya masih menjadi naib ketua Pemuda Umno, sehingga kini, termasuklah di medan Dewan Rakyat, dan yang mutakhir adalah dalam akhbar The Edge cetakan minggu ini – mungkin beliau tidak membaca penerbitan sedemikian kerana ia bersifat fakta dan bukannya fatamorgana," kata Khairy lagi.

Namun kata beliau, usaha ke arah itu harus mengikut turutan dan keutamaan terutama sekali apabila rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup dengan kenaikan harga barang makanan yang mencecah 11 peratus.

"Gesaan saya supaya subsidi RON95 tidak dikurangkan buat masa ini langsung tidak bercanggah dengan pendirian saya bahawa subsidi akhirnya perlu distrukturkan semula supaya lebih tepat sasarannya kepada mereka yang layak menerima dan mengurangkan beban defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

"Cuma, berdasarkan pengalaman lepas dan mengambil kira beban yang dihadapi rakyat hari ini, saya bantah kenaikan harga RON95 dalam masa yang terdekat," katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairy, adakah salah bagi mana-mana ahli politik mengubah pendirian atau pendekatannya sekiranya itu yang dianggap terbaik untuk rakyat.

Khairy menambah, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang patut menyokong pendiriannya membantah pengurangan subsidi RON95, bukannya menyerang beliau secara peribadi.

"Apakah beliau khuatir dengan peranan yang dimainkan oleh Pemuda Umno dalam menyuarakan pandangan rakyat jelata?" kata Khairy lagi.

Khairy juga menambah, Saifuddin barangkali tergolong di kalangan orang Melayu yang mudah lupa, ahli-ahli politik yang mengubah pendirian dan pendekatan mereka tanpa segan silu.

"Saifuddin juga tidak terkecuali. Beliau satu masa dahulu pernah dengan lagak sombong dan samseng, mengetuai gerombolan pemuda yang telah merusuh untuk menghentikan persidangan mengenai Timor Timur (kini Timor Leste) sewaktu beliau masih bersama Umno.

"Namun, selepas menyertai PKR, beliau memutar pendirian 180 darjah dalam isu ini, menjadi hero kepada kebebasan bersuara dan menuding jari kepada pihak lain yang kononnya mengarahkan beliau menyerang peserta-peserta persidangan tersebut," katanya merujuk kepada insiden awal 1990-an.

Pokoknya di sini, jelas Khairy, terdapat perbezaan ketara antara pendirian beliau dengan Saifuddin atas alasan tidak pernah menggadai prinsip dan persoalan pokok.

"Saya bersuara demi kesejahteraan rakyat walaupun masih komited terhadap usaha jangka masa panjang untuk memperbaiki sistem subsidi yang sedia ada.

"Sekiranya, Saifuddin masih bersikap ego dan menyerang saya, saya cuma minta rakyat nilai. Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?" kata Khairy.

Oleh itu tegasnya, "apa gunanya semalam jika bukan untuk sandaran dan petunjuk hari in?"

"Bukankah Saifuddin juga belajar daripada pengalaman beliau atau adakah beliau juga mengambil kesempatan politik untuk menjadi hero kebebasan bersuara sekiranya kita mengguna logik yang sama?" kata Khairy sambil menambah, "tampak jelas, pembangkang umpama ayam yang terkecundang."

Maka, katanya, oleh kerana tiada saingan idea atau pendapat bernas yang dapat ditawarkan, maka "bertempiklah Saifuddin bagi menempa nama sebagai hero pembangkang dengan suara dan lagu sumbang di pentas yang sudah roboh."-The Malaysian Insider


Cuba baca apa kata Khairy masa Bapak Mertuanya iaitu Pak Lah menjadi Perdana Menteri..






Sebahagian dari rencana ditulis Khairy yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO

Pada masa yang sama, ada juga desas- desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga tol dan sebagainya. Namun, bukankah peningkatan itu merupakan harga sebuah negara yang membangun dengan sumber asli yang terhad kerana realitinya, apakah yang datang dengan percuma?

Tambahan pula, bukankah sesuatu yang wajar diterima jika kenaikan harga tersebut berpunca daripada pengurangan subsidi, agar wang kerajaan dapat diperuntukkan kepada perkara-perkara yang lebih memerlukan, yang lebih bersesuaian seperti pembinaan sekolah, hospital dan jalan-jalan kampung di kawasan pedalaman? Dan perlukah kita terus mengecam dan mengkritik sedangkan Malaysia masih merupakan negara yang paling murah untuk didiami?


Research oleh EkEle.Net

Tiada ulasan: