Selasa, 24 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pendedahan Eskay yang dikatakan mendebarkan oleh Pencacai UMNO..

Posted: 24 May 2011 07:53 AM PDT

Semalam ada sebuah blog Pro UMNO (blog mana aku dah lupa tapi yang pasti salah satu blog yang ada dalam blogroll pro UMNO/BN aku tu) menulis kononnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR semakin berdebar debar kerana menurutnya Eskay hari ini akan mendedahkan satu lagi kepincangan Anwar.

Hari ini aku tertunggu-tunggu juga apakah pendedahan yang dimaksudkan itu..

Selepas habis menghadiri training yang diadakan oleh The International Republican Institute dari United States di Sunway Hotel, Seberang Jaya tadi .. aku pun log-on ke alam cyber.. terjumpa satu pendedahan lagi oleh Eskay tentang Anwar Ibrahim..


Tapi kalau setakat pendedahan macam ni dikatakan mendebarkan.. tak tahulah aku nak kata apa..


'Saya tidak perlukan Anwar tetapi Anwar perlukan saya'

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkawan dengan individu yang beliau mempunyai kepentingan, dakwa bekas kawannya Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand di Langkawi.

"Tanyalah perkara ini kepada kawan-kawan Anwar yang sudah meninggalkan beliau semasa beliau berada dalam Umno dan PKR," katanya yang juga ahli perniagaan seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mendakwa, beliau bukan rakan karib Anwar seperti Datuk S Nallakaruppan tetapi rakan biasa yang dikenali sejak 1996.

Beliau juga mendakwa hubungan itu tidak mempunyai kaitan dengan kepartian atau menjadi pengikut Anwar.

"Saya tidak memerlukan apa-apa dari Anwar sebaliknya mantan timbalan perdana menteri yang lebih memerlukannya.

"Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa. Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya tetapi dia memerlukan saya bagi tujuan tertentu. Semasa di Thailand, banyak benda yang berlaku dan banyak benda yang berlaku itu saya tidak setuju.

"Sebagai seorang kawan, saya akan membantu apabila Anwar ke Thailand kerana kebanyakan masa beliau pergi seorang diri," katanya.

Video seks

Shazryl merupakan salah seorang individu yang mendedahkan video seks yang didakwanya Anwar kepada wartawan dan ahli politik terpilih bulan lalu.

Dua lagi individu ialah mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim yang menamakan kumpulan mereka sebagai Datuk T.

Kes itu kini sedang disiasat polis,

Ditanya mengapa sekarang beliau meninggalkan Anwar, Shazryl berkata."

"Soalan itu perlu diajukan kepada rakan-rakan seperjuangan Anwar seperti Dr Chandra Muzaffar, Senator Ezam Mohd Nor dan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan yang lain-lain yang meninggalkan ketua pembangkang itu kerana jawaban saya sama seperti mereka.

Shazryl juga mendakwa peribadi Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika pada awal perkenalan dulu.

"Sebagai seorang rakan lama, saya sangat mengetahui Anwar. Beliau sudah berubah sejak kebelakangan ini terutama selepas tuduhan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Pemimpin lemah

"Malangnya status emosinya kelihatan tidak setabil dan keutamaan serta agendanya tiba-tiba berubah. Dia menjadi pemimpin lemah di samping menghadapi pelbagai masalah peribadi, malahan dia sebenarnya sedang digunakan dan dimanipulasi oleh beberapa pihak untuk mencapai agenda mereka," katanya.

Shazryl juga mengingatkan Anwar supaya meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.
"Pesanan saya keluarga anda lebih penting. Pergi luangkan masa dengan mereka. Insya-Allah kamu akan menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak boleh lagi terus menafikan tidak terbabit dengan rakaman video seks dengan pelacur dipercayai dari China.

"Saya telah bersumpah bahawa kami berdua berada dalam paparan video itu. Anwar jangan nafikan lagi. Anwar perlu faham bahawa dalam kehidupan ini pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran. Rakyat sudah mempercayainya," tambahnya.


Free Malaysia Today

RON95 naik 20sen sajeee june ini - AmResearch

Posted: 24 May 2011 04:42 AM PDT

AmResearch sebuah Firma Penyelidikan Pelaburan menjangkakan kerajaan UMNO/BN akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20sen seliter menjadikannya dijual pada harga RM2.10 se liter mulai bulan june ini..

Ini menurut Firma tersebut adalah kerana peningkatan subsidi sehingga tiga kali ganda yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan UMNO/BN berikutan konflik yang melanda negara-negara di Timur Tengah dan juga Afrika Utara..

AmResearch menganggarkan kerajaan UMNO/BN menanggung subsidi pada kadar 90sen seliter sekarang berbanding 30sen pada ketika minyak mentah berharga US$79 pada tahun lalu sebelum ianya meningkat sehingga menjadi US$99 satu barrel tahun ini.

Hmm.. Baguslah tu.. pencacai UMNO tentu gembira dengan kenyataan dari AmResearch tu..


Cuma yang menghairankan aku ialah mengapa hanya Malaysia yang menerima implikasi dari pergolakan di Timur Tengah dan Utara Afrika itu.. sedangkan Negara-negara jiran tidak menerimanya?

Lagi satu.. kenapa pula AmResearch tidak menyatakan bahawa harga minyak mentah dunia sekarang ini sedang turun?


AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch.

Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

"Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95," kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

"Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.


The Malaysian Insider

Patutlah Najib tak kisah jika Rakyat marah....

Posted: 24 May 2011 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.


"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.


The Malaysian Insider

90% Pendedahan WikiLeaks adalah benar - Eskay

Posted: 24 May 2011 02:08 AM PDT

Naka - Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku hampir 90 peratus maklumat yang didedahkan dalam laman Wikileaks adalah benar namun menyifatkan laporan itu sebagai tidak lengkap.

Menurutnya, pendedahan Wikileaks adalah berdasarkan satu salinan kertas cadangan berhubung perdamaian di Selatan Thailand, yang diserahkannya kepada pegawai kedutaan Amerika Syarikat, Mark D Clark, pada 5 Februari 2006.

"Kebanyakan informasi yang didedahkan menerusi laman itu adalah betul, hampir 90 peratus betul, saya tidak nafikan yang saya terlibat secara langsung dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand, malah sejak dilantik sebagai Konsul Kehormat Thailand di Langkawi pada 2004, saya didatangi banyak kumpulan dari Thailand yang mengalami pelbagai masalah.


"Bagaimanapun, laporan itu tidak lengkap, bukan salah Mark, cuma dia datang sebelum kertas cadangan sebenar dimeterai antara wakil Malaysia dan Thailand pada 14 Februari 2006," katanya pada sidang media, di rumahnya, semalam.

Shazryl Eskay berkata, tujuan pertemuan yang diadakan dengan kumpulan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian di Selatan Thailand dan pada 2006, beliau dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan Raja Thailand ketika itu, dan Tun Mahathir diminta menjadi mediator untuk Selatan Thailand.

"Langkawi Peace Talk ditubuhkan dan perbincangan turut melibatkan kumpulan peringkat bawah dan juga pemimpin atasan kumpulan pemisah terbabit, dan hasil dialog bersama mereka, kita menghasilkan pelan perdamaian yang yang dimeterai pada 14 Februari 2006 dan dihantar melalui Tun kepada Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra.

"Kerajaan Thailand juga telah banyak melaksanakan permintaan kumpulan terbabit menerusi kertas cadangan itu dan ia jelas menunjukkan Kerajaan Thailand berusaha mencari jalan penyelesaian," katanya.


Sinar Harian

Harga minyak akan dinaikkan minggu ini...

Posted: 23 May 2011 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.


Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA

Iktibar Politik dari seorang bekas banduan..

Posted: 23 May 2011 09:47 AM PDT

"Saya bekerja untuk Lim Guan Eng."

Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.

Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. 'Bayarannya' hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai.


Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu!

Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati.

Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: "Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu." Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang.

"Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar."

Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya.

Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari.

Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni 'utara benar' dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab. Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi 'subkontrak'.

Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang 'kabel' sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras.

Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas?

"Semuanya bermula dari kepala," tegas Lim Guan Eng. "Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan."

Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan 'Darul Sampah'.

"Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya." Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. "Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri."

Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten.

Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut.

Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: "Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu." Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri.

Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am.

Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada 'utara benar', iaitu asas perjuangan politik kita.

Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar.


Roketkini.com

Tiada ulasan: