Jumaat, 13 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Pengkhianat UMNO Pulau Pinang mendedahkan dirinya..

Posted: 09 May 2011 04:16 AM PDT


Mereka wajar dilabel sebagai pengkhianat kepada parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama iaitu UMNO kerana mereka adalah ahli-ahli UMNO yang telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu..

Pengkhianat kerana jika diperhatikan pada gambar yang dirakamkan di Taman Bagan semalam diatas.. mereka secara terbuka telah mengaku bahawa mereka telah mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu..


Kalau tak nampak korang klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.. kalau malas nak klik tengoklah kat bawah nie..


Hmm.. patutlah UMNO Pulau Pinang menjadi pembangkang sekarang di Pulau Pinang.. ada ahli yang mengundi Pakatan Rakyat rupanya..

Bagaimanapun tahniah buat para pengkhianat kepada UMNO itu kerana melakukan satu langkah yang bijak dengan mengundi Pakatan dan dalam masa yang sama mengambil upah dari UMNO..

Memang UMNO lemah.. - Tengku Adnan

Posted: 09 May 2011 04:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan pandangan bekas ketua parti itu, Tun Dr Mahathir Mahathir bahawa komponen teras BN itu kini lemah sambil menambah, ia perlu menjauhkan diri daripada "hubungan-hubungan yang lemah."

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata parti itu sangat lemah sekarang disebabkan kewujudan pemimpin-pemimpin lemah, yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga memberi amaran BN akan berhadapan lagi dengan prestasi buruk yang disaksikan pada pilihan raya 2008 jika parti itu tidak menjauhkan diri daripada rasuah dan nepotisme.


Bagaimanapun Tengku Adnan (gambar) mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan menekankan presiden sedang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti.

"Ya, ia perkara baik yang dikatakan oleh bekas presiden saya. Beliau adalah betul. Ada beberapa hubungan lemah dalam Umno sendiri di mana presiden sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan itu.

Dr Mahathir memimpin Umno selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

"Itu sebabnya perdana menteri mengambil tindakan tegas," kata beliau.

Sebenarnya kata Adnan, Najib sendiri mahu meminda perlembagaan Umno dan mahu memudahkannya mudah agar undi akar umbi tinggi.

"Saya memberitahu beliau bahawa ia kemungkinan satu masalah bagi penyandang. Beliau berkata tidak dan biarkan agar ia lebih bebas," kata beliau kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Akhir 2009, Umno meminda perlembagaannya dan memansuhkan sistem kuota.

Pindaan itu membolehkan 60,000 perwakilan berbanding 2,600 sebelum itu.

"Ini perkara-perkara yang saya percaya orang ramai akan faham apa yang presiden sedang cuba lakukan.

"Ya, saya tidak boleh menafikan ada kelemahan hubungan, bukan sahaja bagi Umno, tetapi juga Barisan Nasional, malah pembangkang juga lemah berbanding dengan kita buat masa sekarang," katanya.

Amaran Dr Mahathir itu mirip kritikan yang beliau pernah melontarkan ke arah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun selepas melepaskan jawatannya pada Oktober 2003.

Abdullah meletakkan jawatan pada 2009 dengan menyambut baik kepimpinan Najib.

Tengku Adnan mengulangi bahawa Najib melakukan sedaya upaya bagi Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bagi Melayu tetapi juga bagi komuniti-komuniti lain agar turut berbangga.

"Ia adalah cabaran sebenar ketika harga barangan dan minyak semakin meningkat. Tolong berikan perdana menteri satu peluang dan saya percaya beliau sedang cuba sedaya upaya," katanya.

Bagaimanapun Tengku Adnan enggan mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan harus menangguhkan pilihan raya umum.

Katanya, perkara itu akan ditentukan oleh Najib.


The Malaysian Insider

Mak Aih!! Macam ni punya pondok bas pun RM20,000.00?

Posted: 09 May 2011 01:01 AM PDT


Menurut ADUN Lukut dari DAP, Ean Yong Ting Sin beberapa orang kontraktor yang di mintanya untuk menganggarkan kos sebenar pembinaan perhentian bas itu adalah hanya disekitar RM5,000.00 sahaja..

Bagaimanapun pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah membelanjakan sehingga RM20,000.00 bagi tujuan pembinaan pondok bas itu..


Patutlah pemimpin UMNO boleh membina istana macam yang dah terbakar ni...( baca di SINI)


Probe RM20,000 bus stops

LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here.

According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council's (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical.

The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic.

"When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000

"Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount," said Ean Yong.

The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter.

During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation.

PDMC completed the two bus stops one week ago.

On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School.

"The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don't know why PWD is slow in taking the necessary action.

"After all we are talking about the safety of school children," he said.


Free Malaysia Today

Pemimpin UMNO berjuang untuk Harta, Kontrak dan AP - Tun Mahathir

Posted: 08 May 2011 09:59 PM PDT

Pagi tadi Astro Awani melaporkan.. Tun Mahathir telah berkata "Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,".

Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa..

Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah..


Jika Mahathir sendiri yang pernah menerajui UMNO selama lebih dari 20 tahun telah berkata pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri bukannya untuk kepentingan bangsa, agama dan Negara secara tidak langsung Tun juga mengatakan bahawa pencacai-pencacai UMNO telah ditipu oleh pemimpin mereka..

Mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana sifat taksub yang melampau hinggakan mereka menjadi buta untuk melihat hakikat sebenar pemimpin yang mereka sanjung itu..


Dr M ramal pilihan raya bukan tahun ini

KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohmad meramalkan pilihan raya umum tidak akan di adakan pada tahun ini.

"Kalau buat sekarang Umno akan kalah kerana isu perkauman sedang kuat.

"Umno pula dalam kedudukan yang lemah walaupun tidak terlalu lemah.

"Tetapi terpulang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak," kata bekas perdana menteri selepaas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13.

"Tunggu habis edah" tambahnya dengan nada bergurau.

Menurut beliau, Umno berada dalam kedudukan lemah kerana orang Melayu marah dan tidak menyokongnya.

"Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri.

"Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama danb negara," katanya.

Dr Mahathir ekstremis sama ada parti politik dan individu kini muncul kerana kerajaan yang ada hari ini lemah.

Menurutnya, ekstremis tidak muncul sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama tahun.

"Ada juga segolongan orang Cina yang ekstrem. Tetapi orang Cina tidak larang dia bercakap.

"Dalam Umno ada ekstremis juga," tambahnya.


Free Malaysia Today

Istana SU Agung UMNO terbakar..

Posted: 08 May 2011 07:51 PM PDT




KUALA LUMPUR - Rumah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di sini nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.

Tengku Adnan berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.







"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.

"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tengku Adnan berkata, sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.






Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata, enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.






Halim berkata, bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.

"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.


Sinar Harian

Tiada PRU-13 dalam jangka masa terdekat

Posted: 08 May 2011 07:36 PM PDT

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan menolak spekulasi ia akan diadakan pada 11 November ini.

Prof Ahmad Atory Hussein dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika ia diadakan dalam masa terdekat, dikhuatiri mimpi ngeri Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 pada 2008 lalu akan berulang.

Pada PRU-12, Pakatan Rakyat (PR) rampas Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor daripada BN dan kekal memerintah Kelantan.


"Perdana Menteri tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana banyak lagi perkara penentu kejayaan BN masih belum diselesaikan, terutama berkaitan ekonomi dan politik.

"Pemilihan tarikh pilihan raya tidak boleh diadakan secara tergesa-gesa. Kerajaan perlu mengambil peristiwa pada PRU-12 sebagai pengajaran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi PRU-13 akan diadakan pada 11 November ini berikutan ramalan beberapa pihak bahawa angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri.

Angka itu menjadi penting kerana kebetulan Allahyarham bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua itu, lahir pada 11 Mac 1922; ibunya, Tun Rahah Noah, lahir pada 11 Jun 1933, tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Selain itu, Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga 11.

PRU-12 diadakan pada Mac 2008 dan mandat memerintah kerajaan BN selama lima tahun itu sepatutnya berakhir Mei 2013.

Ahmad Atory berkata, kemungkinan besar PRU-13 akan diadakan pada 11 haribulan atau bulan November, tetapi tidak percaya akan diadakan tahun ini.

Bekas pensyarah, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berasa Perdana Menteri tidak akan adakan PRU pada masa parti komponen BN masih tidak menunjukkan prestasi meyakinkan.

"Walaupun sudah memasuki lebih separuh penggal memerintah sejak PRU-12, Perdana Menteri masih belum yakin dengan sokongan golongan muda terhadap UMNO dan beliau tentu bimbang dengan sokongan kaum Cina yang tidak memihak kepada BN.

"Jika perkara ini masih belum diatasi dan perancangan masih belum dilaksanakan, pilihan raya dalam masa terdekat dilihat akan merugikan BN," katanya.


Sinar Harian

Takkanlah saya mahu percaya Utusan’

Posted: 08 May 2011 07:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya.

"Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara.


"Saya katakan, lagikan MCA tidak percaya Utusan Malaysia, takkanlah saya mahu percaya?" katanya dalam entri di laman Facebook.

Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: