Anak Sungai Derhaka |
- Mimpi Zahid Mat Arip Menjadi Nyata?
- Fitnah Video Lucah, Exco Pemuda UMNO simpati dengan Anwar..
- Nak Naikkan harga Gula.. buat cerita pasal Negara Kristian..
- KD Altantuya : Lagi Dua Rasuah didedahkan..
- PANAS!! UMNO Selangor meminta bantuan senjata untuk PRU13..
- Malaysia tiada agama rasmi?
- Demonstrasi di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO
Mimpi Zahid Mat Arip Menjadi Nyata? Posted: 10 May 2011 08:33 AM PDT Alangkah indah hidup ini jika mimpi menjadi nyata (mimpi jumpa hantu tak payah la..) tapi mimpi itu hanyalah mainan tidur kata orang tua-tua.. tapi mimpi mamat ni lain pula.. mimpi yang nampak lain macam saja.. 2 Mei lalu aku ada menyiarkan satu Videoclip yang diambil dari Minaq Jinggo, videoclip yang menayangkan Zahid Mat Arip yang dulu bersama PKR.. kini sudah keluar menceritakan tentang mimpi yang dialaminya ketika tidur mungkin kerana tak basuh kaki.. Mamat tersebut telah mengisahkan bagaimana beliau telah melihat didalam mimpinya itu Anwar dan beberapa orang Yahudi merancang satu konspirasi bunuh keatas Anwar yang dirancang oleh Anwar sendiri bagi membolehkan Anwar Ibrahim melarikan diri keluar Negara.. video tengoklah kat SINI.. Tapi hari ini apa yang dimimpikan oleh Zahid Mat Arip itu nampak mula menjadi nyata bila Pemandu peribadi Ketua Umum PKR membuat laporan polis mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga. Adakah ini Suratan, Kebetulan ataupun Perancangan??? Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar, brek kereta diusik PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu. Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar , Abdullah Sani Said (gambar). Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini. Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77. Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau. Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh. "Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta," katanya dalam laporan polis dibuat hari ini. Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar. "Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang. "Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan," katanya. Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan. Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan. Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu 'pin bolt', yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek. "Saya dimaklumkan mustahil bagi 'bolt' terkeluar tanpa diusik," katanya. Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa "ada pihak" yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu "menyebabkan kecederaan atau membunuh" ketua pembangkang atau anggota keluarganya. "Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar," katanya lagi. Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera. Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan. Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan "mustahil bagi 'pin bolt' untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak. "Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu 'pin bolt' pada kaliper brek. "Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua 'pin bolt'. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak," katanya. Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi 'pin bolt' terkeluar dengan sendirinya. Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik. Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu.- The Malaysian Insider |
Fitnah Video Lucah, Exco Pemuda UMNO simpati dengan Anwar.. Posted: 10 May 2011 04:36 AM PDT Rupa-rupanya ada juga Exco Pemuda UMNO Malaysia yang masih mengharapkan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Biarpun mereka ini memakai baju UMNO dan kelihatan seperti orang UMNO, bahkan sangat serakah untuk perut dan tembolok, tetapi hati, jiwa dan perasaan mereka adalah untuk Anwar Ibrahim. Penularan wabak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim menjadi indikasi utama tahap perjuangan puak-puak ini. Dalam mesyuarat Pengurusan Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini, terkeluarlah cerita tentang video tersebut. Secara automatik, terluncurlah keluar ayat-ayat simpati kepada Anwar dan pada masa yang sama, mengutuk Najib Abdul Razak dengan ayat-ayat yang sama seperti yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim!!! Mungkin perasaan simpati mereka kepada Anwar bolehlah diterima kerana ia melibatkan maruah, tetapi apabila ayat-ayat yang dikeluarkan itu sama seperti ayat-ayat Anwar Ibrahim dan sasaran mereka pula adalah Najib Abdul Razak, rasa-rasanya ada benda besar yang sedang berlaku dalam Pemuda UMNO Malaysia. Apatah lagi, Pemuda UMNO Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pondan yang cuba mengepit kemaluannya di celah kangkang!!! Disebabkan itulah juga, Pemuda UMNO Malaysia seringkali dilihat seperti gunting dalam lipatan yang bukan sahaja tidak mampu bekerja untuk UMNO, sebaliknya terlalu berjuang untuk mendapatkan jawatan bagi Ketuanya!!! Anehnya, puak berkenaan masih lagi berada di dalam UMNO. Sedangkan seharusnya mereka melepaskan jawatan atau meninggalkan UMNO untuk menyertai Anwar Ibrahim secara terang-terangan, bukannya seperti pondan bacul. Yang sahihnya, cara serampang dua mata yang diamalkan sekarang, diharapkan mampu memberi keuntungan maksima kepada mereka. Dengan kata lain, kalau Pakatan Rakyat menang, mereka akan segera menyeberang. Kalau UMNO-BN menang, mereka akan mendabik dada bahawa segala kemenangan itu adalah hasil kerja mereka. Sepenuhnya sila baca di The Flying Kick (Blog Pro UMNO) |
Nak Naikkan harga Gula.. buat cerita pasal Negara Kristian.. Posted: 10 May 2011 02:20 AM PDT Sebelum itu korang baca ni dulu.. Alasan Standard Kerajaan BN bila menaikkan harga sesuatu barangan.. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum. "Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di Kuala Lumpur hari ini. – sepenuhnya di Malaysiakini Pengumuman kerajaan BN hari ini untuk menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 nyata mendedahkan motif jahat akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang sengaja mewujudkan konspirasi kononnya DAP dan para paderi Kristian ingin menubuhkan sebuah Negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian. Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak UMNO untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar- dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula. Rakyat Malaysia biasa yang akan dibebani dengan kos sara hidup yang juga telah menyebabkan kehidupan masyarakat miskin lebih sukar. Anehnya, harga barangan selalunya akan naik berikutan kemenangan besar BN dalam pilihanraya. Laporan Utusan ini walaupun tidak munasabah, amat membimbangkan kerana motif UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sini jelas mengipasi ketakutan dan kebencian terhadap penganut Kristian. Begitu banyak laporan dibuat oleh pemimpin UMNO dan kumpulan sokongan UMNO meminta tindakan tegas diambil terhadap DAP dan para paderi Kristian. Seperti yang disangka, langsung tiada satu pun pemimpin UMNO yang menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap Utusan atas fitnah dan pembohongan tersebut. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen merupakan kenaikan 10% daripada harga lama iaitu RM2.10 sekilogram. Kenaikan ini adalah susulan kenaikan sebelum ini pada Disember tahun lalu di mana kenaikan adalah pada kadar yang sama. Kenaikan ini merupakan sebahagian daripada pemotongan subsidi pertama daripada kerajaan yang diumumkan pada 16 Julai tahun lalu, di mana ketika itu harga naik sebanyak 5 sen per liter untuk petrol dan diesel, 10 sen per kg untuk LPG dan 20 sen per kg untuk gula. Kenaikan ini juga muncul setelah kenaikan harga petrol RON97 meningkat sebanyak 20sen minggu lalu. BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat. Pertama, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi tiada sistem tender terbuka. Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumi. Minggu lepas, PBB telah memaparkan kaji selidik yang menunjukkan penurunan dalam kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini berikutan inflasi dalam harga makanan, petrol dan kekurangan iltizam politik untuk melakukan reformasi dalaman. Tambahan lagi, kenapa perlu bimbang dengan simpanan RM116.6 juta apabila kerajaan BN sepatutnya boleh menjimatkan RM19 bilion dengan menamatkan subsidi gas kepada pengeluar tenaga elektrik bebas (IPP). Daripada cubaan untuk menyimpan RM116.6 juta, Kerajaan BN boleh menyelamatkan 163 kali lebih banyak iaitu sebanyak RM19 bilion melalui penghentian subsidi gas untuk IPP. Pada tahun kewangan 2009, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi gas sudah mencecah sebanyak RM10.2 bilion. Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion. Utusan telah mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada memberi penjelasan mengenai kenaikan harga dengan mewujudkan pembohongan dan fitnah yang berbahaya terhadap golongan minoriti. Dengan kegagalan untuk menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongan bahawa agama Islam berada dalam keadaan terancam, kerajaan BN telah menjadi penghasut kebencian orang Islam terhadap komuniti Kristian. 'Double-standard' sebegini daripada pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO dalam usahanya untuk menyebarkan pembohongan berbahaya dan melancarkan kempen kebencian terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan. YAB Lim Guan Eng pada 10 Mei 2011 di Kuala Lumpur. |
KD Altantuya : Lagi Dua Rasuah didedahkan.. Posted: 10 May 2011 12:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia. "Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi," katanya. Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini. Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu. Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. http://www.keadilandaily.com/?p=13062 |
PANAS!! UMNO Selangor meminta bantuan senjata untuk PRU13.. Posted: 09 May 2011 09:01 PM PDT Pada 6 Mei lalu Najib dalam ucapannya di Shah Alam telah menggesa UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit (bangkit kerana ada pihak yang mengatakan UMNO Selangor masih tidur) bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13. Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Sepenuhnya sila baca di The Malaysian Insider Gambar dibawah menunjukkan antara senjata yang kini digunakan UMNO Selangor, iaitu meminta bantuan untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan untuk mendapatkan taraf warganegara Malaysia bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor yang tujuannya sudah tentu untuk menambah bilangan pengundi bagi UMNO/BN.. Sekurang-kurangnya 2000 permohonan telah diminta untuk kelulusan bagi membolehkan Hulu Selangor kekal didalam penguasaan UMNO/BN.. Kalau macam ni punya bantuan… Hmm.. teruklah Pakatan Rakyat Selangor nak mempertahankan Selangor… |
Posted: 09 May 2011 08:25 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah "agama rasmi" negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama "rasmi" dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri. Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai "tanggapan salah yang bahaya", yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial. "Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi. "Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam. Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa "agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan" dan menekankan bahawa perkataan "rasmi" tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian. Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya. "Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau. Beliau menambah, "setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan." Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang. "Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan," kata peguam itu. Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka. Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian. "Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah. "(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka. Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka. "Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan," katanya. The Malaysian Insider |
Demonstrasi di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO Posted: 09 May 2011 05:44 PM PDT Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya. Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata- mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian. Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini. DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP. DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tidakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu? Double- standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka. Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29-Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng. Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender tebuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu. Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol. BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa. Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama- sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/ 1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC. Dipetik daripada blog Lim Guan Eng |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan