Anak Sungai Derhaka |
- UMNO Pulau Pinang Mengelupur lagi..
- Undilah Barisan Nasional!! Esok.. Gula naik lagi Dua Kupang!
- PANAS!! Pengkhianat UMNO Pulau Pinang mendedahkan dirinya..
- Memang UMNO lemah.. - Tengku Adnan
- Mak Aih!! Macam ni punya pondok bas pun RM20,000.00?
- Pemimpin UMNO berjuang untuk Harta, Kontrak dan AP - Tun Mahathir
- Istana SU Agung UMNO terbakar..
- Tiada PRU-13 dalam jangka masa terdekat
UMNO Pulau Pinang Mengelupur lagi.. Posted: 09 May 2011 06:26 AM PDT Semalam ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir di majlis perasmian projek pembinaan jalan penghubung di Jalan Bagan 29-Jalan Siram di Taman Bagan beliau telah diserbu oleh sekumpulan Pemuda UMNO yang lagaknya seperti samseng. Mereka menyerbu tanpa mempedulikan apa itu protocol hanya untuk bersemuka dan bertanya kepada Ketua Menteri kenapa hendak ditukarkan agama rasmi Negara ini dari agama Islam kepada Kristian? Banner Provokasi Anak Melayu Pulau Pinang yang dipimpin oleh seorang Mamak. kalau korang klik kat gambar untuk imej yang lebih jelas, korang akan nampak mereka inilah pengkhianat kepada UMNO kerana mereka Ahli UMNO yang mengundi PR.. kliklah.. Guan Eng diserbu oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin Sedangkan isu ini adalah fitnah yang dibawa oleh beberapa blog pro UMNO dan dipanjangkan pula sebarannya oleh Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan. Jawab Guan Eng kepada mereka.. "itu Utusan yang kata, tanyalah utusan kenapa tanya beliau." Adakah benar mereka itu masih memperjuangkan Bangsa dan Agama? Sedangkan Tun Mahathir sendiri telah berkata "Orang Melayu sekarang nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara," sepenuhnya di SINI Jelas Pemuda UMNO Pulau Pinang kini kekurangan anak Melayu yang layak sebagai pemimpin hingga terpaksa melantik Anak Mamak.. Bukan kerana Bangsa dan Agama sebenarnya Guan Eng diserbu disitu tapi kerana Guan Eng hadir bagi merasmikan projek jalan pintas yang membolehkan pengguna-pengguna lebuhraya terutama penduduk sekitar Butterworth mengelak membayar 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai. Ini adalah jalan alternative yang menyebabkan UMNO Pulau Pinang dan sekutunya kehilangan satu lagi isu untuk dimainkan.. Kerana sebelum PRU12 yang lalu, DAP dan PR pernah menjanjikan tol di Sungai Nyior akan dimansuhkan jika PR berjaya menguasai Pulau Pinang. Bagimanapun tindakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Lebuh Raya Butterworth – Kulim itu terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat oleh kerana itu kerajaan PR Pulau Pinang sering dikatakan cakap tak serupa bikin oleh pencacai UMNO.. Sekarang pencacai-pencacai UMNO itu telah kehilangan satu lagi isu… maka mengelupurlah lagi mereka kali ini.. Hero hero Pemuda UMNO Shaik Hussein Mydin dengan sidang akhbarnya.. Salah seorang dari AJK Pemuda UMNO Bahagian Bagan yang ditahan untuk soal siasat.. Berita berkaitan.. 'Jalan rakyat' tak payah bayar tol Mohd Sabri Said BUTTERWORTH, 9 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan 'jalan rakyat' khusus kepada penduduk sekitar Butterworth bagi mengelakkan membayar kadar tol 50 sen sehala di Tol Sungai Nyiur mulai semalam. Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika merasmikan jalan sepanjang 1 kilometer dari Jalan Bagan 29 ke Jalan Siram menyifatkan satu lagi kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji pilihan raya membantu rakyat bukan membebankan mereka sebagaimana yang menjadi amalam Kerajaan Barisan Nasional (BN). "Pulau Pinang sekali lagi mencatit sejarah apabila berjaya memperkenalkan 'jalan rakyat' bagi kemudahan penduduk di sekitar Butterworth yang hendak ke Seberang Jaya mahupun ke lokasi lain tanpa membayar sesen pun tol," terangnya diiringi tepukan hadirin. Tindakan Kerajaan BN yang membenarkan sebuah syarikat mengutip tol di jalan sedia ada dari Seberang Jaya ke Butterworth tiga tahun lalu dilihat membebankan rakyat apabila pengguna jalanraya Butterworth-Kulim terpaksa membayar RM1 pergi balik. Pembinaan jalan rakyat itu juga, sambungnya yang juga Ahli Parlimen Bagan, boleh dijadikan pengajaran kepada pemerintahan yang zalim supaya membuang jauh tindakan menindas rakyat dengan bebanan kewangan. Bahkan, katanya pembinaan tersebut juga merupakan satu contoh kebajikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat berikan terhadap sokongan mereka pada pilihanraya umum lepas. "Kita buat secara tander terbuka di mana kosnya RM5.7 juta dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri semata-mata untuk melihat rakyat gembira. Melalui tender terbuka itu sebuah kontaraktor melayu yang tiada kabel dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat berjaya melaksanakan tugas dengan baik," jelasnya. Dulu ujarnya, penduduk Taman Bagan tidak boleh keluar sebab jalanya adalah jalan mati melainkan menghala semula ke Butterworth tetapi setelah mendapati pembangunan pesat berlaku di situ, maka jalan rakyat dilaksanakan. Kata Lim lagi, kerajaan negeri yang berjiwa rakyat bukan sahaja memberikan kesenangan dan kemudahan pada rakyat keseluruhanya malahan boleh menghidupkan semula jalan yang sudah mati. "Untuk memberikan kesenangan kepada semua Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menghidupkan jalan yang dah mati. Mana ada kerajaan yang sanggup buat macam tu," katanya. Harakahdaily |
Undilah Barisan Nasional!! Esok.. Gula naik lagi Dua Kupang! Posted: 09 May 2011 05:06 AM PDT Macam biasa.. pihak kerajaan berkata walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.. Dan seperti biasa juga.. esok Najib akan berkata pula " Kenaikkan ini adalah minima, jadi para peniaga tidak sewajarnya menaikkan harga minuman... Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. Malaysiakini |
PANAS!! Pengkhianat UMNO Pulau Pinang mendedahkan dirinya.. Posted: 09 May 2011 04:16 AM PDT Mereka wajar dilabel sebagai pengkhianat kepada parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama iaitu UMNO kerana mereka adalah ahli-ahli UMNO yang telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu.. Pengkhianat kerana jika diperhatikan pada gambar yang dirakamkan di Taman Bagan semalam diatas.. mereka secara terbuka telah mengaku bahawa mereka telah mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu.. Kalau tak nampak korang klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.. kalau malas nak klik tengoklah kat bawah nie.. Hmm.. patutlah UMNO Pulau Pinang menjadi pembangkang sekarang di Pulau Pinang.. ada ahli yang mengundi Pakatan Rakyat rupanya.. Bagaimanapun tahniah buat para pengkhianat kepada UMNO itu kerana melakukan satu langkah yang bijak dengan mengundi Pakatan dan dalam masa yang sama mengambil upah dari UMNO.. |
Memang UMNO lemah.. - Tengku Adnan Posted: 09 May 2011 04:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 Mei – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan pandangan bekas ketua parti itu, Tun Dr Mahathir Mahathir bahawa komponen teras BN itu kini lemah sambil menambah, ia perlu menjauhkan diri daripada "hubungan-hubungan yang lemah." Semalam, bekas presiden Umno itu berkata parti itu sangat lemah sekarang disebabkan kewujudan pemimpin-pemimpin lemah, yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam. Dr Mahathir juga memberi amaran BN akan berhadapan lagi dengan prestasi buruk yang disaksikan pada pilihan raya 2008 jika parti itu tidak menjauhkan diri daripada rasuah dan nepotisme. Bagaimanapun Tengku Adnan (gambar) mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan menekankan presiden sedang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti. "Ya, ia perkara baik yang dikatakan oleh bekas presiden saya. Beliau adalah betul. Ada beberapa hubungan lemah dalam Umno sendiri di mana presiden sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan itu. Dr Mahathir memimpin Umno selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. "Itu sebabnya perdana menteri mengambil tindakan tegas," kata beliau. Sebenarnya kata Adnan, Najib sendiri mahu meminda perlembagaan Umno dan mahu memudahkannya mudah agar undi akar umbi tinggi. "Saya memberitahu beliau bahawa ia kemungkinan satu masalah bagi penyandang. Beliau berkata tidak dan biarkan agar ia lebih bebas," kata beliau kepada pemberita pada sidang media hari ini. Akhir 2009, Umno meminda perlembagaannya dan memansuhkan sistem kuota. Pindaan itu membolehkan 60,000 perwakilan berbanding 2,600 sebelum itu. "Ini perkara-perkara yang saya percaya orang ramai akan faham apa yang presiden sedang cuba lakukan. "Ya, saya tidak boleh menafikan ada kelemahan hubungan, bukan sahaja bagi Umno, tetapi juga Barisan Nasional, malah pembangkang juga lemah berbanding dengan kita buat masa sekarang," katanya. Amaran Dr Mahathir itu mirip kritikan yang beliau pernah melontarkan ke arah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun selepas melepaskan jawatannya pada Oktober 2003. Abdullah meletakkan jawatan pada 2009 dengan menyambut baik kepimpinan Najib. Tengku Adnan mengulangi bahawa Najib melakukan sedaya upaya bagi Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bagi Melayu tetapi juga bagi komuniti-komuniti lain agar turut berbangga. "Ia adalah cabaran sebenar ketika harga barangan dan minyak semakin meningkat. Tolong berikan perdana menteri satu peluang dan saya percaya beliau sedang cuba sedaya upaya," katanya. Bagaimanapun Tengku Adnan enggan mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan harus menangguhkan pilihan raya umum. Katanya, perkara itu akan ditentukan oleh Najib. The Malaysian Insider |
Mak Aih!! Macam ni punya pondok bas pun RM20,000.00? Posted: 09 May 2011 01:01 AM PDT Menurut ADUN Lukut dari DAP, Ean Yong Ting Sin beberapa orang kontraktor yang di mintanya untuk menganggarkan kos sebenar pembinaan perhentian bas itu adalah hanya disekitar RM5,000.00 sahaja.. Bagaimanapun pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah membelanjakan sehingga RM20,000.00 bagi tujuan pembinaan pondok bas itu.. Patutlah pemimpin UMNO boleh membina istana macam yang dah terbakar ni...( baca di SINI) Probe RM20,000 bus stops LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here. According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council's (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical. The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic. "When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000 "Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount," said Ean Yong. The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter. During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation. PDMC completed the two bus stops one week ago. On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School. "The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don't know why PWD is slow in taking the necessary action. "After all we are talking about the safety of school children," he said. Free Malaysia Today |
Pemimpin UMNO berjuang untuk Harta, Kontrak dan AP - Tun Mahathir Posted: 08 May 2011 09:59 PM PDT Pagi tadi Astro Awani melaporkan.. Tun Mahathir telah berkata "Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,". Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa.. Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah.. Jika Mahathir sendiri yang pernah menerajui UMNO selama lebih dari 20 tahun telah berkata pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri bukannya untuk kepentingan bangsa, agama dan Negara secara tidak langsung Tun juga mengatakan bahawa pencacai-pencacai UMNO telah ditipu oleh pemimpin mereka.. Mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana sifat taksub yang melampau hinggakan mereka menjadi buta untuk melihat hakikat sebenar pemimpin yang mereka sanjung itu.. Dr M ramal pilihan raya bukan tahun ini KUALA LUMPUR: Tun Mahathir Mohmad meramalkan pilihan raya umum tidak akan di adakan pada tahun ini. "Kalau buat sekarang Umno akan kalah kerana isu perkauman sedang kuat. "Umno pula dalam kedudukan yang lemah walaupun tidak terlalu lemah. "Tetapi terpulang kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak," kata bekas perdana menteri selepaas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras hari ini. Dr Mahathir menjawab soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13. "Tunggu habis edah" tambahnya dengan nada bergurau. Menurut beliau, Umno berada dalam kedudukan lemah kerana orang Melayu marah dan tidak menyokongnya. "Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. "Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama danb negara," katanya. Dr Mahathir ekstremis sama ada parti politik dan individu kini muncul kerana kerajaan yang ada hari ini lemah. Menurutnya, ekstremis tidak muncul sepanjang beliau menjadi perdana menteri selama tahun. "Ada juga segolongan orang Cina yang ekstrem. Tetapi orang Cina tidak larang dia bercakap. "Dalam Umno ada ekstremis juga," tambahnya. Free Malaysia Today |
Istana SU Agung UMNO terbakar.. Posted: 08 May 2011 07:51 PM PDT KUALA LUMPUR - Rumah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di sini nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Tengku Adnan berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api. "Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan. "Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tengku Adnan berkata, sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. "Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya. Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata, enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran. Halim berkata, bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas. "Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya. Sinar Harian |
Tiada PRU-13 dalam jangka masa terdekat Posted: 08 May 2011 07:36 PM PDT SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan menolak spekulasi ia akan diadakan pada 11 November ini. Prof Ahmad Atory Hussein dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, jika ia diadakan dalam masa terdekat, dikhuatiri mimpi ngeri Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 pada 2008 lalu akan berulang. Pada PRU-12, Pakatan Rakyat (PR) rampas Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor daripada BN dan kekal memerintah Kelantan. "Perdana Menteri tidak akan mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat kerana banyak lagi perkara penentu kejayaan BN masih belum diselesaikan, terutama berkaitan ekonomi dan politik. "Pemilihan tarikh pilihan raya tidak boleh diadakan secara tergesa-gesa. Kerajaan perlu mengambil peristiwa pada PRU-12 sebagai pengajaran," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas spekulasi PRU-13 akan diadakan pada 11 November ini berikutan ramalan beberapa pihak bahawa angka 11 adalah kegemaran Perdana Menteri. Angka itu menjadi penting kerana kebetulan Allahyarham bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua itu, lahir pada 11 Mac 1922; ibunya, Tun Rahah Noah, lahir pada 11 Jun 1933, tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Selain itu, Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kenderaan rasmi beliau juga 11. PRU-12 diadakan pada Mac 2008 dan mandat memerintah kerajaan BN selama lima tahun itu sepatutnya berakhir Mei 2013. Ahmad Atory berkata, kemungkinan besar PRU-13 akan diadakan pada 11 haribulan atau bulan November, tetapi tidak percaya akan diadakan tahun ini. Bekas pensyarah, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berasa Perdana Menteri tidak akan adakan PRU pada masa parti komponen BN masih tidak menunjukkan prestasi meyakinkan. "Walaupun sudah memasuki lebih separuh penggal memerintah sejak PRU-12, Perdana Menteri masih belum yakin dengan sokongan golongan muda terhadap UMNO dan beliau tentu bimbang dengan sokongan kaum Cina yang tidak memihak kepada BN. "Jika perkara ini masih belum diatasi dan perancangan masih belum dilaksanakan, pilihan raya dalam masa terdekat dilihat akan merugikan BN," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan