Khamis, 5 Mei 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eskay Tukar Kenyataan Kerana Takut Dakwaan Qazaf ?

Posted: 05 May 2011 08:02 AM PDT

Selain Eskay.. yang menuduh Anwar adalah lelaki dalam video lucah itu.. ramai rasanya.. kalau nak buat buat tuduhan Qazaf mahu memakan masa satu hari di pejabat Agama..

Tapi tak apa.. laporan tetap akan diteruskan, mungkin sekarang tiada tindakan dari Pejabat Agama atau mungkin tiada tindakan dari Mahkamah Syariah sekarang tapi andaikata PR berjaya ke Putrajaya tindakan pasti menyusul.. Insyaallah..


Eskay Tukar Kenyataan Takut Dakwaan Qazaf

Dalang video seks, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengangkat sumpah laknat yang menyalahi hukum syarak, semata-mata kerana khuatir dikenakan tuduhan Qazaf bersabit fitnah video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kredibiliti Eskay semakin terhakis saban hari melalui kenyataan yang tidak konsisten seraya menimbulkan kesangsian di kalangan umat.

Berdepan dengan kredibilitinya yang semakin rapuh, Eskay menggunakan kitab suci al-Quran sebagai cara untuk menghalalkan fitnahnya itu di mata rakyat.

"Saya yakin ketidaktentuan kenyataan Eskay berkaitan Anwar dalam video ini tentunya ada kaitan dengan desakan keras daripada kelompok NGO dan rakyat beragama Islam yang meminta Eskay dikenakan tuduhan Qazaf," tambah belau.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah Jawi perlu terus membuat tindakan susulan dan siasatan lanjut terhadap apa yang berlaku di masjid Sentul," kata beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Setelah mempertontonkan video lucah 21 minit itu kepada wartawan pada 21 Mac lalu, Eskay semalam menafikan beliau menuduh Anwar berzina.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay kepada pemberita selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong semalam.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Eskay hadir ke Balai Polis Kepong semalam memberi kenyataan bersabit kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Sentul pada 29 April lalu.

Ditanya pemberita, Eskay tidak dapat menjelaskan kenapa jam Omega yang didakwanya dicuri oleh pelacur terbabit tidak ada dalam rakaman itu.

Eskay juga mengaku beliau muncul dalam video itu tetapi menafikan dakwaan bahawa beliau pembekal pelacur terbabit.

Shamsul berkata penafian Eskay menuduh Anwar semalam bercanggah dengan sumpah laknatnya Jumaat lalu serta kenyataan media yang dibuatnya pada 21 Mac lalu.

Shamsul mahukan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya mendakwa trio Datuk T di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan bersabit Qazaf.

Jika didapati bersalah gandingan Datuk T - Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim boleh dikenakan tindakan tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

"Ini semua adalah perangkap politik yang mana kita tahu ianya bertujuan untuk memerangkap Anwar dan bukan niat sebenar. Sebab itu kita kembali ke mahkamah Syariah minta mereka menjalankan pendakwaan mengikut Islam dan itu tindakan yang sepatutnya dilakukan," katanya.





UMNO sudah tidak UMNO lagi..

Posted: 05 May 2011 02:40 AM PDT

Dulu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail merupakan dua manusia pemimpin yang dihormati oleh semua pihak. Walaupun UMNO menghadapi keputusan yang tidak baik di dalam pilihanraya 1969 tetapi kedua pemimpin UMNO ini memang dihormati oleh kawan dan lawan... tapi sekarang??

By Aspan Alias

Dalam posting saya yang lepas saya telah berjanji untuk membuat ulasan yang ringkas apa kah unsur-yang sudah tiada lagi yang menyebabkan rakyat sudah tidak memberikan sokongan penuh kapada parti yang memerintah. Apa pula unsur-unsur baru yang menyebabkan keadaan yang membuatkan perpaduan rakyat berbilang kaum ini luntur dengan cepatnya.

Apakah elemen-elemen baik yang sudah hilang itu? Pandangan politik selalunya boleh sahaja disangkal dan dinafikan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan kita. Tetapi perbezaan ini biasa kerana politik ini dimainkan oleh manusia yang mempunyai pemikiran yang amat susah untuk disatukan. Apa yang boleh disatukan ialah pemahaman dan 'understanding' bagi mencari 'point of reconciliation' di antara dua pemikiran yang berbeza.


Memang susah untuk mencarinya tetapi mengikut pengalaman yang sudah-sudah manusia atau individu pemimpin yang mampu mencari 'the point of reconciliation' itu ialah seorang yang secara relatifnya diterima dan dihormati oleh masyarakat umum, bukannya oleh mereka yang sedang memihak kepada mana-mana pihak yang berbalah.

Dulu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail merupakan dua manusia pemimpin yang dihormati oleh semua pihak. Walaupun UMNO menghadapi keputusan yang tidak baik di dalam pilihanraya 1969 tetapi kedua pemimpin UMNO ini memang dihormati oleh kawan dan lawan. Semua pihak dapat merasakan kejujuran Tun Razak maka mudahlah bagi PM kedua negara kita itu membawa kemeja perundingan untuk mencari penyelesaian kepada kerumitan yang sangat besar yang dihadapi oleh negara semasa itu.

Rakyat berbilang kaum termasuk kaum-kaum yang berbalah semasa itu melihat dan berkeyakinan Tun Razak adalah pemimpin yang ikhlas untuk mencari perdamaian. Itulah sebabnya GERAKKAN, parti pembangkang yang ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas dengan rakan-rakannya telah sanggup kemeja perundingan dengan pemimpin UMNO semasa itu walaupun UMNO telah menurun pengaruhnya di dalam pilihanraya 1969 itu.

Keyakinan yang sebeginilah yang sudah tidak ada lagi di dalam kepimpinan negara. Baik pemimpin serta ahli-ahli parti-parti yang ada melihat kepimpinan pada hari ini tidak sampai dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang saya sebutkan tadi.

Tidak mungkin mana-mana pemimpin lain yang serius untuk mendewasakan negara ini akan mempunyai keyakinan terhadap individu pemimpin yang mengutamakan glamour peribadi serta anak isteri serta kroni-kroni mereka. Jarang-jarang kita mendengar Tun Razak selaku PM negara ini beretorik dengan nada yang tinggi ibarat ketua demonstrasi dengan ucapan yang menggegarkan.

Mungkin pemimpin dahulu kekurangan 'form'nya tetapi mereka kaya dengan 'substance' di dalam mereka. Pemimpin dahulu menghormati rakyat dengan membawa rakyat bersama di dalam melaksanakan segala program kerajaan terutamanya program yang melibatkan kepentingan mereka. Pemimpin–pemimpin mengambil setiap masa berinteraksi dengan rakyat melalui segala usaha kerajaan termasuk program ekonomi yang melibatkan rakyat yang ramai di peringkat akar umbi.

Segala projek besar kerajaan akan dibawa sekali rakyat untuk bersama memikirkan cara yang terbaik dalam perlaksanaannya. Pegawai-pegawai penerangan di daerah merupakan pegawai kerajaan yang sangat penting dan diberikan tugas melaksanakan kursus sivik kepada semua kampong dan urusan itu dilakukan dengan ketua-ketua kampong dan JKKK. Ceramah sivik di adakan di setiap kampong dan dalam kursus sivik itulah rakyat membangkitkan apa-apa yang tidak kena dengan perlaksanaan projek-projek tersebut.

Berinteraksi secara 'direct' dengan rakyat itu banyak keuntungan bagi kerajaan. Pertamanya dari dialog-dailog itu kita akan dapat merasakan keinginan rakyat dan kita boleh mengetahui apa-apa kekurangan dengan program yang ingin kita laksanakan itu. Maka kita boleh melakukan 'adjustments' di sana-sini hasil dari lapuran dialog dengan orang ramai itu.

Kebaikan berjumpa terus dengan setiap rakyat di kampong-kampong ini akan membina perasaan interaksi rakyat dengan kerajaan. Di samping itu rakyat akan merasakan yang mereka adalah sebahagian dari 'decision making' oleh kerajaan itu dan mereka akan bersama-sama bertanggung jawab di atas apa-apa keputusan itu. Itulah yang berlaku di zaman pra-Mahathir dahulu. Rakyat merasakan yang mereka dibawa bersama di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Tetapi selepas zaman Husein Onn keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tidak di beritahu kepada UMNO dan JKKK dan rakyat ramai. Keputusan yang di ambil oleh kerajaan hanya dilaksanakan tanpa membuat apa-apa 'reference' kepada rakyat melalui UMNO dan JKKK. Dari sejak itu rakyat tidak lagi faham 'wisdom' sesuatu keputusan kerajaan itu. Orang ramai hanya diarah dan dipaksa menerima segala-gala keputusan tanpa soal jawab. Lama kelamaan rakyat tersisih dari kerajaan tanpa disedari.

Ketua-ketua kampong pun mempunyai masalah untuk memanjangkan idea kerajaan itu kerana ketua-ketua kampong pun tidak faham apa-apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Malahan ketua-ketua kampong sekarang sibuk dengan menguruskan projek pembangunan kecil melalui lessen-lesen kelas F mereka.

Sekarang ini di daerah-daerah pegawai di pejabat daerah sendiri pun ada dua tiga lessen kelas F untuk mendapatkan kerja-kerja dari projek pembangunan kecil di kampong-kampong dan tidak ada pihak yang melakukan 'monitoring' terhadap kegiatan yang salah ini. Tetapi sekarang itu sudah tidak menjadi kesalahan lagi kerana korupsi dan salah guna kuasa merupakan perkara yang sudah dibudayakan. Salah-salah sebut kita pula yang akan menjadi mangsa kutukan mereka.

Keadaan ini berlaku dihampir semua daerah. Mereka merupakan pemimpin penting di daerah tetapi mereka menyalah gunakan kuasa yang ada kepada mereka dan rakyat sendiri sudah 'detached' dengan puak-puak ini. Saya berpendapat penyakit ini tidak mungkin dapat diatasi oleh pimpinan pada hari ini kerana pimpinan sendiri menpunyai program peribadi untuk memperkayakan diri dengan mengambil sendiri projek-projek ini melalui kroni-kroni mereka.

Pemimpin sekarang ini berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan projek, tanah dan yang lain-lain untuk membina kekayaan mereka. Nilai kepimpinan yang ada sudah rosak binasa. Ramai pemimpin yang tinggi-tinggi di dalam UMNO atau BN sendiri mengakui hakikat ini tetapi mereka seperti juga pemimpin lain tidak berani bersuara untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini. Mereka takut jawatan mereka akan hilang. Masing-masing menjaga kepentingan msing-masing tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada generasi mereka yang akan datang.

Mereka hanya berani bercakap di belakang tetapi tidak berani menegur kepimpinan yang lebih tinggi dari mereka. Di hadapan pimpinan besar mereka tertunduk-tunduk untuk mengekalkan apa yang ada kepada mereka. Kepada mereka ini kita ucapkan 'Selamat Cari Makan' sahajalah.

Rakyat sebenarnya adalah di dalam 'desperation' untuk melihat perubahan tetapi mereka tidak nampak juga perubahan walaupun pemimpin tertinggi mengumumkan satu demi satu projek pembangunan yang nilainya berbillion ringgit. Rakyat di bawah tetap dengan keadaan lama malahan dengan naiknya harga barangan sekarang ini mereka merasakan himpitan dan tekanan dari kenaikan kadar inflasi yang tinggi itu.

Mereka memilih untuk memberikan undi dan sokongan kepada pembangkang yang dikatakan oleh pemimpin–pemimpin UMNO sebagai pihak yang tidak berkemampuan untuk menjadi kerajaan. Tetapi apabila rakyat di lima buah negeri memberikan mandat kepada PR maka nyata mereka mampu memimpin dengan lebih baik dari pihak kita.

Apabila PR mampu mentadbir UMNO pula yang berasa tidak tentu arah kerana rakyat nampaknya memberikan dukungan kuat kerana apa yang mereka mahu lihat, iaitu perubahan budaya dan sikap itu boleh diberikan oleh PR kepada mereka.

Ramai rakan-rakan dari Selangor mangakui yang pentadbiran Selangor sekarang adalah lebih telus dan mampu menyelesaikan perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kerajaan BN dahulu.Sebelum ini BN mengambil semuanya 'for granted' dan tidak menyedari rakyat ramai memerhatikan tingkah laku yang kurang baik sejak berdekad-dekad dahulu.

Sekarang ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor 'terhayak ke sana, terhayak ke sini' untuk memalingkan sokongan rakyat kepada mereka. Mereka berdemonstrasi di sana sini dan bercakap seperti orang yang sudah 'tidak betul' lagi. 'Attribute' mereka seperti pembangkang, maka mereka akan terus jadi pembangkang di Selangor. Bagi saya di Selangor keputusan pilihanraya nanti adalah 'predictable'. UMNO sudah tidak UMNO lagi.

Anda tahu maksud saya.


http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/umno-sudah-tidak-umno-lagi.html

Ketika harga minyak dunia Turun, BN Naikkan RON97

Posted: 05 May 2011 12:39 AM PDT


RON 97 dikatakan telah diapung oleh pentadbiran Najib mengikut harga pasaran dunia, dalam ertikata mudah harganya akan naik dan juga turun mengikut harga pasaran dunia..

Yang menghairankan ialah ketika harga minyak dunia turun harga minyak RON97 di Malaysia ini meningkat pula..Apa ke hal ni Najib? Pelampung yang mengapungkan harga minyak tu dah rosak ke? Hingga menyebabkannya boleh bergerak satu hala saja iaitu keatas sahaja.. atau ada 'Gate Valve' yang dipasang bagi membolehkannya mengalir pada satu hala saja.. (Sorry ya.. Technical punya ayat tu..)


Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan RON97

KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.

Harga minyak mentah di pasaran dunia juga dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.

Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

"Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN.

"Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras," katanya lagi.

Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.

"Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul," ujarnya.

Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

"Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini," ujarnya.

Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen).


http://www.keadilandaily.com/?p=12802

Pembohongan Eskay tentang video lucah semakin terserlah

Posted: 05 May 2011 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembohongan Ahli Perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.


"Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.

"Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.

"Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi kepada Keadilandaily.com.

Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar.

Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak memberi sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak mempercayai fitnah yang dilemparkan.

"Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat.

"Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah.

"Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini.

"Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah.

" Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya.

Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,"

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini.

Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan.

Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China.

Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara.


http://www.keadilandaily.com/?p=12791

RM20 Juta tak dapat.. Eskay akan berbohong lagi...

Posted: 04 May 2011 09:15 PM PDT

Semalam Eskay yang merupakan sahabat Rahim Thamby Chick dan juga Shiub dari PERKASA telah menyerlahkan sifat munafik yang berada didalam dirinya kepada semua..

Sifat munafiknya itu jelas bila beliau berkata "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya" yang menafikan sumpah laknat yang telah dilakukannya jumaat lalu.. – bacalah di SINI

Satu kenyataan yang membuatkan ramai blogger-blogger Pro-UMNO dan juga pencacai-pencacai UMNO mati kutu..


Hari ini pula The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu. – The Malaysian Insider

Ada orang kata inilah punca utama Eskay menyerang Anwar kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi bagi pihaknya dalam kes tuntutan ini..

Mahu dedah lagi salah laku Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Malah, Shazryl Eskay turut mengesahkan rakaman video berkenaan yang diterimanya sebelum dipertontonkan kepada media dirakam di Malaysia, bukannya di Thailand seperti digembar-gemburkan berikutan tersebar beberapa bahagian di laman YouTube menggunakan tulisan Thai.

"Saya hanya akan dedahkan beberapa konspirasi membabitkan Anwar sebaik polis mengesahkan kepada masyarakat siapa pelaku sebenarnya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan video seks itu. "Kita tunggu dan lihat.. saya percaya kebenaran akan muncul selepas ini. Siapa dalam video terbabit juga akan terungkai," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong, di sini, semalam.

Trio Datuk T iaitu Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dipanggil memberi keterangan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu ketika sumpah laknat dilakukan.

Shazryl Eskay yang tiba kira-kira jam 11 sebelum meninggalkan pekarangan itu tiga jam kemudian. Bagaimanapun, dua lagi Datuk T turut memberi keterangan di balai polis berlainan.

Jumaat lalu, Shazryl Eskay ditemani Rahim dan Shuib membuat sumpah laknat di masjid Amru Al-As bagi membuktikan kebenaran berhubung isu video seks yang didedahkan mereka.

Ketika ditanya sekiranya polis tidak mendedahkan pelaku dalam video terbabit, adakah pendedahan konspirasi itu akan dilakukan, Shazryl menjawab, segala-galanya bergantung kepada keadaan.

"Saya tahu semua orang marah selepas kami mendedahkan video seks berkenaan sehingga ramai pihak menyuruh saya membuat sumpah laknat bagi membuktikan kebenaran terhadap apa yang saya buat.

"Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan," katanya.

Turut ditanya sama ada beliau adalah pembekal wanita kepada Anwar Ibrahim berikutan dirinya turut berada dalam video berkenaan, Shazryl Eskay enggan mengulas lanjut berikutan siasatan polis sedang berjalan.

Sementara itu, Rahim ketika dihubungi mengesahkan turut memberi keterangan berhubung insiden kekecohan di masjid Jumaat lalu, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis yang dibuat.

"Cukuplah hanya memaklumkan saya turut membuat laporan polis pada hari ini," katanya.


Berita Harian

Eskay Tidak Tuduh Anwar.. jadi.. Apa Khabar Pencacai UMNO sekarang? (Video Inside)

Posted: 04 May 2011 10:43 AM PDT

Apa khabar sekarang pencacai-pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan bahawa lelaki yang sedang melakukan seks di dalam video lucah edaran pencacai-pencacai UMNO itu adalah Anwar Ibrahim?

Mereka menulis seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar dari Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sendiri.

Pencacai-pencacai UMNO melalui blog-blog mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki di dalam Video itu adalah Anwar biarpun banyak perkara didalam video itu telah dipertikaikan bermula dari janggut, perut, rambut, jam omega, tempat kejadian malah hingga keparut pembedahan.. (aku pertikai setakat tu saja.. tapi kawan aku pertikai tentang kemaluan yang katanya kelihatan tidak berkhatan.. cuba korang jenguk Biaqpila )


Tidak lupa juga kepada pengunjung setia Blog ASD ini iaitu Anak Kg Pertama yang telah meninggalkan komen "Alasan!!..lagi..lagi alasan!!..yg penting orang dalam gambar tu..SIAPA DIA??? DI MANA DIA???...kalau ASD dah tak percaya mengapa masih buat ulasan? jika masih beri ulasan maka ia adalah benar dan tulen video tu, cuma pelakunya aje segelitir rakyat shj yg masih tak percaya. Mintalah umat Islam buat baca yassin dirumah..masjid..minta si pelaku keluar mengaku cepat...sebab makin hari rakyat hairan kenapa si pelaku belum keluar mengaku...sebab teman si pelaku dah mengaku...sampai bersumpah2 mengaku..." komennya telah ditinggalkan di SINI

Tidakkah dengan kenyataan Eskay selepas memberikan kenyataan kepada pihak Polis Kepong petang semalam yang mengatakan "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya" membuktikan tuduhan oleh pencacai UMNO itu adalah fitnah?

Cuba korang baca firman Allah s.w.t. ini : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." (Surah al-Ahzab 33:58)

Bacalah juga firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur ini..

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.

Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: 'Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.'

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta." (Surah an-Nur 24:11-13)

Fikirkan.. berbaloikah upah yang anda dapat jika dibandingkan dengan api neraka yang menanti anda?

Saksikan dan dengar apa Eskay kata pada minit ke 2:15 video ini..



Tapi… kalau Eskay kata di tidak menuduh, habis dalam Video ni siapa yang bersumpah?


Sumpah si Eskay itu..

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

"Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".


Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan.


TVS News

Tiada ulasan: