Isnin, 30 Mei 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


AJIB TERTIPU.....

Posted: 29 May 2011 08:34 AM PDT

Aku teringat satu ceramah Almarhum Datuk Fadzil Noor dulu.... Seorang penipu bercerita kepada penduduk kampung bahawa raja akan datang solat di masjid kampung. Raja akan bagi duit bagi sesiapa yang datang pada hari itu....

Esoknya ketika melalui masjid si penipu melihat ramai orang berkumpul di masjid... dia pun menyangka bahawa memang betul raja akan bagi duit...sebab itu ramai yang datang masjid... Si penipu pun menuju ke masjid dan menunggu bersama orang lain...sayangnya mereka semua tertipu dengan cerita si penipu...lebih malang sekali...si penipu tertipu dengan cerita tipunya sendiri....

Dikhabarkan sejuta belia berhimpun di Putrajaya... Najib meyakini mereka berhimpun untuk mempertahankan BN... lalu bermadahlah Najib.... belia akan mempertahankan Putrajaya dari dirampas...."""

Betul ke kononnya sejuta yang datang itu untuk mempertahankan kerajaan yang ada??? adakah Najib tertipu dengan Sabri Chik atau Najib sengaja berceritaa untuk menipu....??? Belia yanga datang itu dengan berbagai tujuan. Budak sekola beruniform dikerahkan untuk berkhemah di Putrajaya yang takdak hutan... badan lain dikerah untuk meramaikan majlis...

Sebab itu sewaktu Najib berbicara penuh semangan...hanya pencacai yang berdiri di belakangnya menjadi pelawak bertepuk tangaan dan menjawab seruan Najib... Belia lain sibuk dengan urusan masing masaing...

Nampaknya Najib sedang tertipu dengan cerita tipunya sendiri....

Tiada ulasan: