Khamis, 12 Mei 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Samy Vellu ala PAS

Posted: 11 May 2011 06:32 PM PDT

Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib menyatakan sokongan kepada presiden dan timbalan presiden dan menggesa mereka dikekalkan.

Jawatan presiden hingga saat ini, nampaknya tidak ada yang mencabarnya.Tak kisahlah kalau Harun Taib keliling negara cadangkan supaya penyandangnya dikekalkan.

Tetapi jawatan timbalan presiden ada pencabarnya dan adalah kurang molek bagi Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama, melobi bagi pihak Ust Nasharudin Mat Isa bagi mengekalkan jawatan tersebut. Beliau seharusnya meraikan pertandingan yang dibenarkan parti dan harus menghormati pencalonan dari pihak kawasan-kawasan di seluruh negara.

Saya masih ingat katan-kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz, bahawa PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.

"Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah. Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa," katanya di sini di sini

Saya berharap kepimpinan ulama tidak terikut-ikut gaya kepimpinan MIC sewaktu Samy Vellu menerajuinya dahulu.

Sewaktu Subramaniam mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan MIC 2006 Samy Vellu sebagai Presiden MIC telah berkeliling di seluruh Malaysia, berkempen menyokong Datuk G. Palanivel.Datuk G. Palanivel Subramaniam menjadi timbalan presiden dan akibatnya Samy Vellu kehilangan sokongan daripada masyarakat India…

Ekoran itu, hanya 3 daripada 9 calon MIC menang dalam PRU12 dan Samy Vellu kalah di Sungai Siput.

Tiada ulasan: