Selasa, 31 Mei 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


PERUBAHAN : MAHU ATAU TIDAK MAHU?

Posted: 30 May 2011 09:51 PM PDT

[1]

Perubahan adalah ungkapan yang menakutkan bagi mereka yang berkuasa sekian lama dalam suatu organisasi. Lebih-lebih lagi, apabila puak mereka sering ditolak oleh rakyat secara majority, waima dipertahankan oleh puak2 mereka yang minority.

Makanya, kedengaran ungkapan berbau "anti-perubahan". Mereka tidak ungkap "saya anti-perubahan" kerana bimbang dikatakan mundur. Ungkapan mereka mungkin berbentuk seperti "perubahan bersyarat" dan banyak lagi ungkapan yang sedap ditelinga, tapi dungu di otak.

[2]

Orang yang anti perubahan adalah orang yang tidak mempunyai masa depan. Mereka hanya fikir untuk makan pada hari ini, tetapi tidak fikir apa yang bakal mereka makan pada keesokkan hari dan hari selanjutnya. Apabila terdesak, baru mereka mahu berubah. Mereka berubah di kala dharurat, walhal kalau mereka berubah dari awal, mereka tidak akan terjebak dengan waktu dharurat.

Dalam Islam, perubahan ini amat penting. Nabi SAW menyatakan, "perbaharuilah iman kamu". Melambangkan kepentingan mengadakan perubahan. Perubahan yang disebut oleh Nabi SAW sebagai perbaharui itu, bukan bermakna mencipta yang baru, tetapi iman itu perlu sentiasa dikuatkan dan kemaskan agar kelihatan cergas dan muda seperti baru.

Perubahan dari sudut peribadi, wujudnya hadis di atas. Rupa-rupanya dari kerangka yang lebih besar, nabi SAW juga ada menyebut bahawa setiap seratus tahun akan ada mujaddid, iaitu sang pelaku perubahan atau dalam ungkapan lughawinya sebagai sang pembaharu. Melakukan pembaharuan dalam agama, bukan mencipta agama baru, tetapi pembaharu itu bertindak dalam mempamerkan Islam kepada manusia dalam wajah segar seperti baru.

[3]

Dari hadis di atas, kelihatan bahawa Nabi SAW tidak anti perubahan. Terbukti, Nabi SAW melakukannya.

Di awal dakwah di Makkah. Nabi SAW boleh disifatkan sebagai reformis. Beliau ditentang oleh golongan berkuasa, golongan pentaassub dan golongan pengampu. Nabi SAW ditentang dengan misi aqidah baginda itu, bukan kerana aqidah itu yang menjadi punca, tapi mesej penyerangan terhadap budaya pengamalan sang penguasa yang menindas dengan menggunakan nama tuhan-tuhan yang diaqidahkan oleh rakyat makkah ketika itu.

Abu Lahab dan Abu Jahal adalah golongan yang sukar menerima perubahan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Kenapa? Kerana mereka hidup dengan menindas dengan mencandukan kepercayaan rakyat kepada berhala-hala. Jika mahu mendapat keberkatan berhala, maka rakyat hendaklah patuh kepada mereka.

Lalu, nabi SAW dating menyerang berhala-berhala itu. Ia sudah pasti menganggu periuk nasi dan kekuasaan mereka. Ia dilihat sebagai sesuatu yang bahaya. Makanya, Nabi Muhammad SAW mula diserang.

[4]

Dalam budaya politik moden, ia memerlukan kepada kebijakan. Tanpa kebijakan, sukar mencapai kemenangan. Terutama, di era ini, budaya politik bukan sekadar pertembungan dengan musuh, tetapi wujud rakan saingan.

Rakan saingan akan berusaha mempamerkan yang terbaik untuk menarik minat rakyat. Kita sebagai pesaing, seharusnya menyangi mereka juga. Tindakan memburukkan rakan saingan tanpa berusaha hendak menyaingi secara sehat adalah budaya kebodohan dan kefiraunan.

Dalam budaya politik moden juga, perubahan hendaklah dilakukan melebihi dari kehendak rakyat. Jika rakyat sedang berharap mahu makan nasi, sebagai parti yang mahu menawani hati rakyat, perlu menawarkan nasi dan lauk pauk. Jika rakyat mahukan nasi, tetapi parti itu hanya dapat menyediakan beras sahaja, ia sukar diterima.

Cuma ada pihak mengatakan, gerakan Islam berubah tertakluk kepada desakan. Tanpa desakan, maka tidak perlu ada perubahan. Jika ini ungkapannya, tidak hairan sejak kejatuhan osmaniyyah, gerakan islam tidak pernah menang.

Sekian

JANGAN LUPA : MUNAJAT ROYALTI MINYAK

Posted: 30 May 2011 09:35 PM PDT

Tiada ulasan: