Isnin, 16 Mei 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


BENTUK TUDUHAN QAZAF

Posted: 16 May 2011 02:46 AM PDT

seorang komentar "tanpa nama" menyatakan;

qazaf tuduh orang berzina.. eskay tak tuduh anwar berzina.. cuba perhati baik2.. dia kata anwar ada dalam video tu. itu sahaja.. mana ada kena qazaf gitu.. ingat kot cerdik.. rupanya tak reti hukum. emosi je lebih.. balik pakistan belajar lagilah weii 

JAWAPAN;

Dalam kitab "qanun jinayah syariyyah" tulisan bekas mufti sabah, Tuan Haji Said Ibrahim menyatakan bahawa, bentuk tuduhan yang boleh dikenakan hudud qazaf terbahagi kepada tiga cara, iaitu;

[1] tuduhan itu dibuat secara nyata dan terang. Ia sama ada dengan lontaran tuduhan secara terus seperti berkata, "Wahai penzina", atau menerusi penafian keturunan, seperti berkata, "wahai anak zina".

[2] tuduhan dibuat berbentuk kinayah [qiasan]. Iaitu menggunakaan perkataan yang tidak jelas, tetapi boleh membawa erti zina. keadaan ini, tertakluk kepada tafsiran kalimah berdasarkan uruf setempat dan masa. Seperti berkata, "wahai orang yang melakukan perbuatan terkeji"

[3] Tuduhan itu berbentuk "Ta'ridh" [sindiran]. Iaitu menggunakan perkataan yang tidak jelas, yang ia boleh diertikan selain zina. Seperti seseorang itu berkata, "isterimu sudah dikacau orang". [Qanun Jinayah Syariyyah : 60 - 61]

[MUKTAMAR PAS] MAT SABU TOLAK DATO DAN DATO SERI

Posted: 16 May 2011 01:17 AM PDT

Mat Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan abang Mat. Antara tokoh politik yang menyebabkan aku mengenali PAS adalah berfaktornya lidah tajam abang Mat [istilah Tok Guru Nik Abdul Aziz].

Di Kelantan, antara penceramah yang mudah untuk menghimpunkan hadirin adalah mat sabu. Selain beberapa tokoh lain seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Husam Musa, Allahyarham Bunyamin Yaaqub, Ustaz Nasaruddin Daud dan sebagainya.

Aku mengenali Mat Sabu lebih rapat selepas era 8 mac 2008. Di awal pertemuan, kami berbeda pendapat sehingga berlaku sedikit "jawab menjawab" sesama kami. Perbedaan kami itu menyebabkan kami semakin berkawan rapat dan sering bertukar-tukar maklumat antara satu dengan lain.

MUDAH BERBINCANG

Beliau tidak marah jika kita menyinis kepada beliau dalam beberapa tindakan beliau. Begitujuga, akan mengalah dengan teguran, jika teguran itu berjaya kita hadirkan hujjah-hujjah yang memuaskan hatinya.

Pernah aku menegur beliau secara sinis dalam sesuatu perkara, ternyata dia mudah menerima teguran sinis itu dengan hati yang terbuka. 

Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa abang mat susah untuk menerima teguran. Jika kita mengenali abang mat, pasti kita akan faham bahawa abang mat sabu memang sukar menerima teguran yang tidak mempunyai hujjah yang memuaskan hati. Tetapi, jika mempunyai hujjah yang memuaskan hatinya, dia akan menerima teguran itu.

BUDAYA POLITIK ZUHUD

Abang Mat seorang yang terlalu respek dengan budaya politik zuhud. Beliau amat respek dengan ulama-ulama Islam yang zuhud pada sudut pengamalan peribadi, tetapi berjaya memberi kesenangan kepada rakyat. inilah yang sering beliau ungkapkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dan perbincangan sesama kami.

Keteladan ini, bukan menjadi halwa telinga yang terbit dari mulut beliau sahaja, malahan diamalkan beliau sendiri.

Beliau sudah dua kali ditawarkan dengan gelaran dato, dan sekali lagi dengan gelaran dato seri, tetapi ditolak mentah oleh beliau. Pada beliau, tugas politik untuk menunaikan amanah rakyat, bukan untuk mencapai darjat dunia seperti mendapat gelaran tersebut.

Sekian

Tiada ulasan: