Isnin, 23 Mei 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


USAHAWAN IKS MELAYU MELAKA DIPINGGIRKAN

Posted: 22 May 2011 08:45 PM PDT

Gambar hiasan

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa kerajaan negeri Melaka lebih menjaga kepentingan pelabur asing berbanding peniaga kecil yang terdiri daripada warga tempatan.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, sebagai bukti, beberapa isu yang dihadapi kini membabitkan kira-kira 100 peniaga kecil yang diarah berpindah dari premis perniagaan asal mereka atas alasan projek pembangunan.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Katanya, kerajaan negeri tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.

"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan lebih 20 peniaga kecil di Banda Hilir yang terlibat dengan arahan berpindah. Selanjutnya

Tiada ulasan: