AKU INGIN BEBAS |
PROJEK BANGANG - DAH BUAT BARU SEKARANG NAK KAJI SEMULA Posted: 19 May 2011 05:17 PM PDT Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi. Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008. "Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih 5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini. Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat. Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat. Komen: Dulu sebelum buat, tak nak fikir betul-betul kesannya terhadap ekonomi rakyat. Tapi kini bila tokey-tokey dan kroni dah jadi kaya-raya disebabkan nilai 1 sen, baru sekarang sedar projek nie sebenarnya projek bodohkan rakyat. Apa punya turrr!.... |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan