Khamis, 19 Mei 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


BERITA GEMBIRA - TARIF ELEKTRIK PULA BAKAL NAIK

Posted: 19 May 2011 05:45 AM PDT

Kalau sebelum ini kita mendapat durian runtuh akibat daripada kenaikkan harga gula dan minyak RON97 dan RON95, kini sekali lagi kita bakal meraikan pula kadar kenaikkan tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Berita gembira ini memang telah dijangka sebelum pilihanraya Sarawak yang lalu. Cuma ianya ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan sehingga selesainya pilihanraya tempohari.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Suka atau tidak suka, kita terpaksa terimanya selagi UMNO-BN berkuasa. Anda berhak marah tentang keputusan kerajaan menaikkan sesuatu harga barang atau perkhidmatan namun anda juga perlu salahkan diri anda kerana anda lah puncanya.

Persoalannya, "kenapa anda perlu marah"!...

KINI GILIRAN KAK ROS PULA JADI PAK TURUT UMNO

Posted: 18 May 2011 10:04 PM PDT

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

"Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

"Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

Tiada ulasan: