AKU INGIN BEBAS |
| UTUSAN MALAYSIA: PEROSAK FIKIRAN RAKYAT Posted: 07 May 2011 07:50 AM PDT |
| RAKYAT DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO-BN Posted: 06 May 2011 09:06 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan BN supaya tidak terus "memperbodohkan" rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui "pembohongan" semata-mata untuk berkuasa, lapor TV Selangor. Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa dalam siri jelajahnya malam tadi, Anwar berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkannya sebelum bulan Ramadan ini. "Saya benci sikap pimpinan Umno yang anggap orang Melayu bodoh. Asal baca Utusan Malaysia dia anggap bodoh semua. Jangan berikan maklumat palsu. Semua kenaikan harga dan kos barangan naik jangan beritahu. Maknanya dia anggap rakyat ini bodoh," katanya. "Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno," katanya secara berseloroh. Malah ujar Anwar, serangan bertali arus Umno terhadap beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap cemas BN yang semakin hilang kepercayaan rakyat. "Sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib. "Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas," katanya di hadapan kira-kira 4,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu. |
| You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan