Ajijoi |
Kecam kebiadaban MCA dan perkauman PERKASA Posted: 02 May 2011 10:21 PM PDT Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Perdana Menteri cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Isu 1 Melayu 1 Bumi dilahirkan hasil semangat perkauman Utusan dengan NGO melayu ekstrim bernama Perkasa. Lantaran kesal dengan sikap kaum Cina dan pribumi mengundi DAP di Sarawak menyebabkan kaum rasis melayu dalam Utusan dan Perkasa meraung menyeru kaum melayu bersatu menghadapi kesatuan kaum Cina di Sarawak. Utusan dan Perkasa buta statistic dan daftar undi kerana yang memenanagkan DAP bukan kaum Cina di Sarawak tetapi kaum bumiputera yang sudah muak makan hasil rasuah BN di Sarawak. Jika kaum Cina Sarawak mengundi DAP pun apa pula dosa mereka sedangkan DAP parti yang halal dari segi pendaftaran ROSnya? Adakah Perkasa dan Utusan buta tentang ROS? Kini MCA cukup jengkel dengan kemaraan DAP di Sarawak. Chua Soi Lek terlupa seketika bahawaa MCA adalah parti perkuaman Cina paling terserleh bermula daripada namanya sendiri yang melambangkan nama Cina! UMNO, Perkasa dan Utusan juga terkesima dengan kebiadaban MCA mempertikai hak istimewa melayu dalam perlembagaan. Kini Perdana Menteri menyeru PAS meninggalkan DAP dan pakatan rakyat seolah-olah Perdana Mneteri kita tidak sempat membaca surat khabar mutaakhir ini. Kepada kaum Melayu, kami Dewan Pemuda PAS Gopeng menyeru melihat isu PAS-DAP dengan lebih terbuka dan berfakta. Jika anda menyokong UMNO, UMNO juga bersekongkol dengan parti perkauman Cina dan teah lama menggadai nasib melayu Pulau Pinang kepada Gerakan. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama Posted: 02 May 2011 08:02 PM PDT Dewan Pemuda PAS Gopeng merasa kesal dengan kenyataan pemimpin utama Negara kita yang menyatakan keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama. Adakah beliau terlupa bahawa gejala keganasan atau military action bukan suatu fenomena sebaliknya suatu dielektika yang berlangsung akibat hambatan tertentu seumpama pembersihan etnik, diskriminasi dan tindak balas terhadap kekejaman empirelis? Adakah pemimpin umat islam yang giat mengampu AS yang mengeluar kenyataan bahawa keganasan serata dunia berkaitan dengan kegiatan umat Islam terlupa bahawa punca utama keganasa serata dunia adalah disebabkan penjajahan dan campurtangan pihak kuasa besar terhadap negara-negara umat islam? Terlalu lemahkah otak pemimpin umat islam untuk mengingati kekejaman zionis yang saban hari mejarah tanah umat islam Palestin sehingga menjadi sekangkang kera? Maklumat terkini menyaksikan statistik 1.2 juta jenayah penculikan anak-anak dan wanita yang lemah rakyat Palestin oleh polis-polis Yahudi yang sepatutnya difokuskan keganasan mereka. Catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di wilayah AS antara tahun 1980 hingga 2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol menguatkan lagi pernyataan ini. Setiap tahun Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Pengganas Kesatuan Eropah: Situasi dan Laporan Trend' dan laporan ini boleh diakses di laman web rasmi mereka. Hasil laporan tersebut jelas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Muslim; dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Maksudnya hanya 0.4% sahaja kes sahaja yang berkaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan, diskriminasi dan lain-lain. Namun begitu tidak juga kita mampu nafikan kematian Osama sekadar suatu propaganda AS yang kini kian tenat menapung perbelanjaan untuk memerangi manusia yang mungkin masih wujud atau tidak. Kini hutang AS tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S. Obama yang mengeluar kenyataan bahawa keadilan dunia telah tercapai dengan kematian musuh nombor 1 AS itu, kian cuak dengan jumlah kematian dan perbelanjaan dana peperangan anti pengganas yang diwarisi daripada dinasti Bush sebelumnya. AS mungkin tidak akan memberi komen implikasi mengejar manusia bernama Osama, 2 buah negara umat islam Iraq dan Afghan telah menjadi padanh jarahan tentera AS. Kini Libya pula akan diselongkar atas nama membebaskan rakyat Libya daripada tangan Gaddafi walaupun jelas serangan udara berkenaan bermotifkan egoisme dan neo-koloni teradap hasil alam Libya. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng |
You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan