AdukaTaruna |
| Siapa terer Math tu cer jawab sket. Posted: 19 May 2011 01:34 AM PDT |
| Pilihan pemimpin mengikut rakan bukan Melayu gua. Posted: 18 May 2011 07:30 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Apa yang gua tulis adalah sisi pandang dari seorang individu. India. Pemuda. Bukan Islam. Namun, sebagai orang Islam, Melayu plak tu, pasti perlu mengikut apa yang Allah gariskan. Dari memahami bahawa kita baka yang lemah, terus rujuk kepada nas. Antaranya kita boleh rujuk nas memilih pemimpin dari Wan Xi, Saiful Islam, MAZA tanpa terikat kepada ciptaan Melayu Kepimpinan Ulama. Mudah2an kita tepat dan selamat. Dev. Rakan gua bermula di Teknik Port Dickson. Tingkatan 4. Badan dan perwatakan dia macam polis India yang eskot pembunuh Sosilawati tu. Terpisah sebentar kerana gua 'bertukar' ke Teknik Tuanku Jaafar. Gua jumpa dia semula di Politeknik Port Dickson. Sejak tingkatan 4 dia dakwa dia kumpulan 18. Gangster India. Gangster tak gangster, tukang kaber line gua jugak. Haha.. bawak2 benti la taksub kepada kumpulan gangster ni bro.. jangan hina lu punya tahap pendidikan. Berchating dengannya, masuk bab pemilihan PAS. Terbit satu soalan. Pilihan pemimpin pada pandangan dia. "Aku pilih pemimpin yang pernah dipenjara, ditangkap, disiksa, diaibkan kerana aku (rakyat tafsiran gua). Selain itu, dia tidak layak." Menarik! Tafsiran gua. Pada gua, member gua tu merujuk kepada pemimpin Hindraf, berbanding MIC kot. Tapi gua nak share tafsiran gua plak. TGNA - Gua tak sure ketika zaman mudanya. Gua belum lahir kot. Tapi skang ni, gua ingat damage yang besar kalau UMNO tangkap orang tua tu. Simpati akan memusnahkan simpanan tetap UMNO di kawasan Melayu Hutan. TGHA - Gua tak sure ketika zaman mudanya. Gua belum lahir kot. Tapi skang ni Hadi adalah aset UMNO. Pemilihan PAS ni, macam biasa, Utusan dan Parpu Kari akan berkempen untuk team Hadi. Anwar Ibrahim - Yang ni paling banyak kena tangkap. Tapi tak sure dia kena tangkap demi rakyat, atau demi kerusi Presiden UMNO. Sudah diterajang dari UMNO pun dia masih mengatakan tidak menyesal pernah masuk UMNO. Kalau dia tak diterajang dari UMNO? Gua ingat, Nik Aziz pun lumat bila dia jadi PM. Sebelum lu tanya soalan pada gua, kuda adalah kata jawapannya. Sejak diterajang dari UMNO, pelbagai kes disabitkan atau tersabit dengan Anwar. Juga gua tak sure sama ada kerana rakyat, atau kerana musuh peribadi UMNO. Jika Mat Sabu ditangkap kerana berjuang dapatkan pilihanraya adil, Anwar Ibrahim tidak ditangkap kerana perjuangan manifesto. Dia ditangkap kerana bawa masuk Saiful dalam PKR, sebagai kopi boy dengan wala' penuh ahli PKR. Jika dulu Lim Guan Eng ditangkap kerana membela gadis Melayu yang dirogol Ketua Menteri Melaka UMNO, Anwar dalam Liwat 1 pula dia ditangkap kerana diterajang UMNO. Kalau tak diterajang? Jika Lim Kit Siang, Karpal Singh ditangkap kerana Operasi Lalang, Anwar pula tidak pernah ditangkap kerana rakyat; kecuali sebelum berpalit bersama UMNO dan selepas UMNO. Ketika itu Anwar ditahan ISA demonstrasi Baling miskin bawah ABIM. Kes-kes terbaru ini, video seks muncul dari Eskay, kawan karibnya sendiri. Datuk Nalla yang lompat adalah tokey judi rakan baiknya. Zaid Ibrahim dibawa masuk oleh Anwar sendiri. Zul Nordin dikutip dari buangan Syura PAS, walau dia tahu PAS adalah rakan politiknya. Antara yang pernah ditangkap kerana rakyat. Mat Sabu Lim Guan Eng Pemimpin Hindraf |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan