Selasa, 17 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


PAS Reform berakhir?

Posted: 16 May 2011 09:32 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna


Tersesat menjumpai N3 lama ketika isu dituduh memaki Sultan Johor dengan perkataan mampos dan pergi mampos. Setelah membacanya, dapatlah gua rasakan betapa leganya menegak Hadi akan kejadian yang menimpa gua ketika itu. Mungkin kifarah, mungkin platform, mungkin immune; hanya Pencipta gua sahaja ada jawapan yang tepat. Gua hanya bergerak atas apa yang gua faham, dan atas apa kebetulan yang mampu.

Gua tidak menolak PAS Reform boleh berakhir. Pada gua PAS atau PAS Reform hanya nama dalam kebetulan yang dikehendaki zaman. Tapi setakat gua menaip hari ini, tidak. Insyaallah. Langgar Hadi akan tetap berada dalam plan. Selagi ianya relevan. Cuma gua ada halangan tertentu sahaja yang berkemungkinan settle 23 Mei ini. Insyaallah.

Untuk ke Rusila, selain dari barisan media rasmi internet, dan bloggers / facebookers, gua umumkan bahawa gua telah mendapat akses dan bantuan dari seorang pemuda. Anak kepada seorang pemimpin PAS Terengganu. Yang berada di hiraki tinggi di Jalan Raja Laut. Insyaallah.

Tunggu 23 Mei ini, keputusan sama ada Allah still tangguhkan gua atau tidak. Wallahualam.


Belit dapat jadi senator.

Posted: 16 May 2011 08:53 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.
The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

"Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

"Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu," kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.


Selamat Hari Cikgu, Mak.

Posted: 16 May 2011 08:35 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Selamat Hari Cikgu, Mak.

Terima kasih, Mak.

Angah ucapkan terima kasih kerana dengan gaji Mak lah, antara asbab, Angah dan adik-beradik dibesarkan. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengeluarkan keluarga Mak gua dari garis kemiskinan zaman. Masih terngiang di telinga bagaimana kisah Nenek dan anak2nya dihalau dari tanah Atuk, oleh adik-beradik Atuk sebaik sahaja Atuk mati dalam perjalanan mengerjakan haji. Sejak itu, kami tiada lagi saudara-mara di Kuala Klawang, Jelebu, kecuali sedikit di Kenaboi.

Terima kasih juga kepada Nenek yang berkaki ayam berjumpa sana dan sini memohon bantuan pelajaran Mak gua. Akhirnya tidak mampu ke universiti dan sekadar memasuki maktab. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengizinkan Mak gua yang belajar dalam keadaan pensilnya disambung buluh kerana telah terlalu pendek untuk menulis, sehingga ke Maktab Perguruan Raja Melewar.

Segala puji pada Lu juga Ya Allah kerana mentakdirkan pertemuan Mak gua yang terkontang-kanting dengan Nenek gua di Seremban dalam menguruskan pelajarannya, dengan Abah gua. Akhirnya Abah dan Mak berkahwin ketika Mak masih belajar di Maktab. Perkahwinan yang tidak diisytiharkan kerana polisi maktab. Demi polisi itu juga, Abah dan Mak terpaksa mengelak eksiden sehinggalah Mak benar2 tamat. Setelah Mak menjadi guru di Felda Sendayan, barulah Along dan Angah wujud.

Segala puji pada Lu Ya Allah, yang menghidupkan dan mematikan segalanya,

Mohon maaf, mak.

Mohon maaf kepada Mak kerana sejak kecil Angah menjadi anak trouble maker dalam keluarga. Merosakkan reputasi mak sebagai cikgu.
  • Anak Cikgu Zaiton petang semalam pecahkan bumbung rumah Kak Normah masa main bola.
  • Anak Cikgu Zaiton petang semalam pecahkan cermin rumah Usop Bomoh masa main rondes.
  • Anak Cikgu Zaiton bertumbuk dengan anak Ustaz Atan.
Mohon maaf kepada mak kerana sejak kecil Angah tidak fokus kepada pelajaran. Merosakkan reputasi mak yang dibina Along.
  • UPSR Along 4A, Angah 2A2B
  • PMR Along 7A1B, Angah 5A,2B,1C
  • Along Degree, Angah Sijil Politeknik, Alang skang sambung Degree dalam Mekanikal, Ateh masih study Diploma Mekanikal.
Mohon maaf kepada Mak kerana mati2 tolak laluan menjadi cikgu. Angah mengaku bahawa ketika Angah ambil peperiksaan temuduga laluan cikgu di KGV Seremban dulu, Angah sengaja jawab salah kecuali kertas Math. Mohon maaf juga kepada Mak kerana menolak untuk hadiri temuduga Juruteknik Komputer Lembaga Peperiksaan Malaysia Selayang setelah usaha menyorok surat panggilan kantoi.

Malah menolak pula untuk sambung belajar dan terus terumbang-ambing dalam dunia kerja sendiri sampai sekarang. Walau idealogi Angah dan Mak berbeza dalam kerjaya dan hidup, tapi Angah tetap anak mak. Yeyeaarghhhh!

Mohon maaf, Abah.

Abah dah takda untuk Angah coretkan perkataan maaf. Tinggal mak jer.So, Angah wakilkan Mak lah atas dosa2 Angah kepada Abah.

Kalau Mak masih ingat, masa Angah sekolah rendah dulu, side mirror kete Abah pernah pecah pasal basikal Along tumbang, kan? Sebenarnya, Angah try buka side mirror tu. Nak tengok, macamana dia boleh diadjust dari dalam. Sekali terpecah plak. Nak cover punya pasal, Angah ambil basikal Along dan buat seolah2 basikal tu yang tumbang. Apa2 hal Along yang kena soal. Angah kan membesar dalam pemerintahan UMNO. Mujur Abah adalah cool person in the world.

Yang kes Cina Aiskrim tu plak, lupa dah Angah darjah berapa. Sebenarnya kesalahan asal datangnya dari dia sendiri. Member Angah ada syiling RM1. Angah minta dia belanja dan dia setuju hanya 20 sen. Angah minta aiskrim 20 sen. Tapi Cina tu bagi aiskrim 50 sen dan hanya mengatakan aiskrim tu 50 sen selepas Angah buka bungkus dia. Penipu!

Lepas Angah asak dia supaya pulangkan balik duit, Cina tu nak lari. Laluan pintu pagar Pakcik Ali Kambing Gurun tu kan ke sedikit mendaki. Cina tu press motor nak keluar, Angah dan rakan2 tarik tong dan motor dari belakang. Dia press, kami tarik, kami tarik dia press. Last2 terwheely dan terbalik. Yang tu bukan salah Angah. Yang Angah mengaku salah bab tong aiskrim tu hilang jer. Tu pun bukan Angah sorang. Ada ramai lagi jemaah yang lain. Esok kecoh dalam Utusan dan Astro kampung :

Anak Cikgu Zaiton curi tong Cina aiskrim.

Yang time form 5 dulu, ketika Angah nak pinjam kereta Abah untuk ziarah member eksiden, dalam keadaan tidak berlesen. Sebenarnya Angah nak tengok Cikgu Angah kawin. Kat Gemencheh. Tapi Angah tak tipu, memang Angah ziarah member pun, cuma time balik dari Gemencheh jer la. Plan dah cantet dah mak. Berapa jam ke Gemencheh, bila waktu melawat hospital, etc. Angah kan pemain chess. Tapi Abah boleh kosongkan meter kereta pulak. Kantoi bagaimana jarak ke Hospital Seremban mencatatkan lebih dari 300km. Aduss...

Segala puji kepada Lu Ya Allah.
Terima kasih Mak dan Abah.
Mohon maaf Mak dan Abah.
Al-fatihah untuk Abah.


Tiada ulasan: