Sabtu, 14 Mei 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


GEDEBE Klate dicari.

Posted: 14 May 2011 08:16 AM PDT


Nama: Nasir Abdullah a.k.a Nasir Uban
Alamat: 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
Umur: 40-50
Pernah memegang jawatan Ketua Pemusa Umno Cawangan Kampung Sireh.
Pekerjaan: Pembantu Dato' Fathmi
Kesalahan: Memukul sukarelawan NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR)
Info: Sebarkan agar tangkapan dapat dilakukan kerana satu laporan polis telah dibuat.



Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi.Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit.

Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya.

"Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya.

Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya.

Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata.

"Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut.

"Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi.

"Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu.

Tindakan bacul

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut.
"Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini.

"Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.

Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu.

Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain.

"Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu.

"Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya.

Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.



True color elitis : Anwar tak menyesal masuk UMNO.

Posted: 14 May 2011 04:05 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.

"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka.

Berucap di hadapan seribu anggota ABIM di Universiti Selangor (UNISEL) di Shah Alam, Anwar berkata, tindakannya pada tahun 1982 itu juga secara tidak langsung mematangkan NGO Islam lain, termasuk ABIM.

"Ada orang beranggapan, tanpa Anwar habislah ABIM," katanya sambil memberitahu andaian itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Dengan nada membela diri, beliau menjelaskan, penyertaannya ke dalam Umno pada masa itu bukan bertujuan "mengukuhkan amalan fitnah, penindasan dan rasuah".

Sebaliknya, tambah Anwar, bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Menceritakan pengalaman awalnya bersama Umno, Anwar mendakwa tindakannya menyertai usrah (perbincangan) selepas Subuh dan qiamullail (solat malam) mengundang perasaan tidak selesa segelintir anggota parti itu sendiri.

Pengalaman amat pahit, kata Siddiq

"Mereka kata ada usaha mengubah landasan Umno," katanya tanpa menyebut pihak tersebut secara jelas.

Sebelum itu, presiden ketiga ABIM Datuk Dr Siddiq Fadzil yang memangku jawatan itu ketika Anwar meninggalkan ABIM berkata berasa amat "pedih" dengan tindakan itu.

Katanya, setelah cukup 40 tahun usia ABIM pada tahun ini, beliau mahu memberitahu bahawa pengalaman itu amat pahit sekali.

"Kalau saya anak-anak kecil dan mahukan ghanimah (harta), sudah tentu saya mengamuk dan lari (keluar ABIM)," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Dia juga menghambur pertanyaan yang membuatkan Anwar terus tersipu-sipu di pentas.

"Dia jadi menteri kewangan, apa dia bagi pada kita? Kita tahulah dia sibuk, baru masuk dah hendak bertanding ketua Pemuda (Umno)," katanya lagi dengan sinis.

Dalam gerakan Islam di Malaysia, masih banyak pihak yang beranggapan tindakan Anwar menyertai Umno 29 tahun lalu sebagai pengkhianatan dan mengecewakan banyak pihak.

Lebih-lebih lagi, ABIM merupakan antara gerakan Islam terawal dan paling berpengaruh ketika itu.- mkini

Gua : Ini true color elitis. Baik Hadi, baik Anwar. Mana pernah mohon maaf atau mengaku silap. Maksum.


Gua terima sms lebih celaka dari Nurul Izzah.

Posted: 14 May 2011 02:20 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua rasa, gua dapat sms lebih celaka dari yang Nurul Izzah dapat. Cuma kompius sket sama ada gua nak buat laporan polis atau tidak. Sms dari nombor 23282 bertulis begini :

RM0: PERCUMA untuk 7 hari! Dapatkan berita sms selebriti MANGGA yang memaparkan perihal artis popular tempatan. RM1.50/minggu seterusnya. Hantar ON WMANGGA ke 23282.

Mangga? Utusan? UMNO? Perosak Rakyat? Gua pun reply :

Khaakhhh ptuih! WMANGGA ke 23282


Penarik Beca yang terbiar di Kelantan.

Posted: 14 May 2011 12:31 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua bertugas malam semalam. Sambil membetulkan seat bucket kereta lama gua yang terkoyak sini-sana. Jam menunjukkan 4.30 pagi. Kucing jantan gangster berparut sini-sana tidak bertuan setia menemani gua.

"Nak lepak dalam kete boleh, tapi kalau lu kencing, siap." Sound gua. Si kucing buat tak port. Tidur2 kucing. Member gua sengeh sambil menarik dalam sebatang Nusantara hijau.

"Lu gula naik harga 20 sen, gege. Tapi rokok tu?"

Member gua sengeh lagi. Kunci jam terakhir pukul 6.30 ke 7.00 pagi. Masih ada waktu tidur. Tapi perut lapar. Start kete, arahkan ke stadium. Nasi berlauk panas sudah ada bermula jam 4 pagi di sini. Tabiat gandum gua semakin pudar ditomoi beras siam di Kelantan ini. Ahh...

Sudah habit gua, time makan, terutama sensorang mesti berfikir. Adakala berangan. Tiba2 terpandang di seberang jalan. 3 batang tubuh tua tidur di ruang pejalan kaki. Setiap satunya bersama beca masing2. Tiada kamera pula mahu rakam. Bangkit persoalan...

Sudah berapa lama 3 tua ini berada dalam keadaan begini? 20 tahun? Tiada keluargakah mereka? Bagaimana boleh mereka berada dalam laluan takdir sebegini? Apakah dasar kerajaan negeri untuk membela golongan bukan elite ini?

Perut gua lapar, diberikan kemudahan oleh Allah untuk bergerak mencari, membeli dan memakan nasi. Bagaimana dengan perut 3 si tua? Sedih bro.. dalam menanti sisa-sisa umur mereka itu, apa yang mereka ada hanyalah beca.

Ada setengah pinggan nasi lagi untuk gua habiskan. Ada seketul peha ayam yang 60% sudah habis. Gua berniat untuk habiskan sehingga 80% lagi, sebelum gua tapau untuk si kucing gangster. Jika gua meronda dan mengumpulkan penarik beca si sekitar KB, berapa orang yang gua boleh dapat? Mungkinkah 20? Mungkinkah 15?

Ada berapa sekolah pondok di Kelantan? Mungkinkah 50, mungkinkah 40? Bagaimana jika kerajaan negeri menempatkan penarik beca tidak berumah, tidak berkeluarga ini di sekolah2 pondok. Disediakan bilik tinggal, diberikan tugas sebagai pekerja am, dan diberikan elaun sebanyak RM300 atau seumpama yang mampu oleh pendapatan kerajaan negeri?

Nasib dalam sisa hidupnya terbela, beroleh pula peluang merapatkan diri dalam dunia agama. Mudah2kan menjadi asbab mencuci daki dan dosa lama yang membuatkan mereka berada dalam dunia sebegini.

Jika 20 orang darap RM300 = RM6000 sebulan. Ah.. mahal lagi rasanya sekeping plastik bernombor PAS17 dan PAS12. RM72000 setahun. Ahh.. mahal lagi program2 memperkasakan ulama demi survival hiraki dalam parti.


PAS Kedah jangan dilihat serupa UMNO.

Posted: 13 May 2011 09:10 PM PDT

Oleh : Malaysiakini

Sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan negeri Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memorandum berhubung tindakan pentadbirannya KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

Bercakap selepas menyerah memorandun itu di ibupejabat PAS pagi, wakil Majlis Perwakilan Pelajar KUIN Muhamad Aiman Che Abdul Razab berkata, mahasiswa terbabit didakwa mengganggu solat Jumaat ketika mengadakan demonstrasi tersebut, serta membuat kenyataan media mengenainya April lalu.

"Itu merupakan hak mahasiswa untuk bersuara. Kalau mereka dihalang untuk melakukan perkara ini, saya percaya ia akan memberi imej negatif terhadap kerajaan Pakatan sendiri.

"Kita (selama ini) menunggu kerajaan yang boleh memimpin mahasiswa dan boleh memberikan kebebasan untuk mahasiswa bersuara.

"Jadi tindakan seperti ini akan memberikan imej yang negatif kepada Pakatan Rakyat sekiranya tindakan tatatertib ini diteruskan," kata Muhamad Aiman, yang merupakan salah seorang daripada pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib itu.

Menurutnya lagi, lima pelajar lagi terdiri daripada tiga pelajar Kulliyah Tahfiz dan masing-masing seorang mahasiswa Kulliyah Syariah dan Kulliyah Usuluddin.

Sehubungan itu, Muhamad Aiman yang juga presiden Gerakan Mahasiswa KUIN menuntut supaya pertuduhan terhadap mereka digugur. Mereka menerima surat tunjuk sebab itu pada 4 Mei lalu dan diminta menjawabnya dalamm tempoh 14 hari.

Katanya, mereka menghantar memorandum kepada Abdul Hadi selepas gagal untuk menyelesaikannya dengan pihak KUIN dan kerajaan negeri.

"Sebaliknya terus mengeluarkan surat tunjuk sebab. Jika gagal, kami akan digantung selama satu semester," katanya yang juga pelajar tahun dua Fakulti Muamalat.

Muhamad Aiman mendakwa surat tunjuk sebab itu "melanggar statut" KUIN kerana telah terlepas pandang beberapa peraturan, termasuk membuat siasatan dan memanggil mereka memberi keterangan.

Sebelum itu, Muhamad Aiman menyerahkan memorandum tersebut kepada penolong setiausaha agung PAS, Ahmad Sabki Yusof di ibu pejabat parti itu di ibunegara.

Turut mengiringinya ialah pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab dan yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Univerisiti Malaya, Mohd Syahid Mohd Zaini.

Muhamad Aiman memberitahu pemberita bahawa Ahmad Sabki yang juga naib ketua Pemuda PAS akan menyampaikan memorandum tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Memorandum itu juga akan diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim di ibupejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.

Tiada ulasan: