Selasa, 24 Mei 2011

Addin

Addin


Pasangan Lesbian Ini Kononnya Nikah Secara Islam

Posted: 24 May 2011 05:00 PM PDT

Sarah dan Asra bertemu pada Ramadan tiga tahun lalu. Mereka berkenalan di sebuah acara buka puasa. "Kami berbincang, lalu sepakat untuk berkasih," kata Asra seperti dipetik dari BBC. Ketika berkasih, Asra dan Sarah berbicara dari hati ke hati, bertukar pengetahuan tentang Islam. "Empat jam kami berbincang, mulai dari makan malam, minum kopi, berjalan kaki," ujar Sarah. Satu jam setelah berkasih, Sarah langsung mengajak Asra menikah. "Terdengar aneh, tapi kami ingin melakukannya secara terhormat."

Asra menerima ajakan menikah Sarah. Mereka setuju untuk melakukan pernikahan secara Islam. Masalah muncul, tradisi nikah secara Islam biasanya dilakukan oleh pasangan lelaki dan perempuan. "Beberapa teman mengatakan, kamu tidak perlu Imam resmi, tapi kamu perlu mendatangkan seseorang yang mengetahui Islam dan mengerti Quran," kata Sarah.

"Akhirnya ada teman kami yang mahu menjadi Imam nikah, dia lesbian juga dan dia katakan upacara pernikahan ini boleh dilakukan di rumahnya." Tiga bulan setelah Sarah melamar, hari yang ditunggu itu datang. Asra mengenakan baju tradisional Pakistan -shalwar kameez- dan Sarah mengenakan gaun merah muda. "Sebenarnya aku ingin mengenakan gaun kulit tapi Asra tidak setuju," ujar Sarah.

Sarah dan Asra juga menyiapkan sepasang cincin yang dibeli di Camden market. Mereka juga menyiapkan perjanjian menikah. "Kami melihat contoh perjanjian menikah pasangan berbeda jenis di internet," kata Sarah.
Dalam perjanjian menikah itu, Sarah mencantumkan seekor anjing. Bila mereka berpisah, anjing itu tetap milik Sarah. "Aku takut anjing itu diambil Asra," ujar Sarah.

Selain cincin, perjanjian menikah, mereka juga menyiapkan mahar senilai 5 poundsterling atau sekitar Rp 71 ribu. Mahar itu hanya simbol, tapi sampai saat ini mereka masih menyimpan mahar itu. Upacara pernikahan Sarah dan Asra dihadiri enam teman mereka, selain menjadi tamu, enam orang itu menjadi saksi. Pernikahan mereka juga disaksikan seekor kucing. Seremoni ini berjalan dalam bahasa Arab, tahap-tahapan mereka menikah pun layaknya pasangan berbeda jenis.

Asra dan Sarah menikah secara Islam, namun perjalanan mereka tak mudah. Selain pernikahan sesama jenis ini tidak diperbolehkan secara akidah Islam, orang tua Asra juga menentang. "Sangat sulit buatku untuk memberitahu kepada keluarga bahawa aku lesbian, mereka tahu aku religius, tapi untuk mengakui aku lesbian sangat sulit," katanya.

Hal berbeda dialami Sarah, sebab dia tumbuh bukan sebagai Muslim. Dia baru menjadi muslim lima tahun lalu. Keluarga Sarah juga menerima bahwa dia seorang lesbian. Namun sepertinya, kata Sarah, mereka ingin aku tidak menjadi Muslim.

Sarah dan Asra tahu mereka melawan dunia, pernikahan mereka juga ditentang mayoritas akademisi Muslim, tapi Sarah merasa itu bukan urusan orang lain. "Ini hubungan antara aku dan Tuhan, mungkin pernikahan ini bukan yang ideal, tapi kami mencoba yang terbaik."

Jumlah umat muslim di Inggris terus bertambah tiap tahun. Sebuah studi memperkirakan satu dari sepuluh warga Inggris beragama Islam pada 2030. Gelombang Islam ini juga menyentuh kaum gay di Inggris. Muslim gay ini bukan hanya berjuang untuk persamaan hak sebagai individu tapi juga persamaan dalam hal menikah.
Beberapa kelompok yang membela kaum gay Muslim di Inggris mulai muncul. 

Kelompok itu di antaranya, Imaan dan Safra Project. Seorang tokoh yang mengadvokasi pernikahan gay Muslim adalan Imam asal Amerika, Daayiee Abdullah, yang juga seorang gay.  Daayiee Abdullah telah menikahkan beberapa gay di Amerika. Dia juga memberi nasihat kepada gay Muslim di Inggris bagaimana cara melakukan pernikahan secara Islam.

"Karena hukum Islam tidak memungkinkan sesama jenis untuk menikah, banyak yang bilang mustahil sesama jenis bisa menikah," kata Daayiee Abdullah.  Tapi, lanjut Daayiee, bila tidak mengizinkan pasangan sesama jenis untuk menikah maka ada pertentangan dengan pesan dalam Quran yang mengatakan setiap orang memiliki pasangan yang membawa kenyamanan./Tempo Interaktif

Addin:


Inilah fitnah akhir zaman, golongan sesat lagi menyesatkan.. moga kita di lindungi oleh Allah S.W.T.




Akhirnya Kahwin Juga Selepas 28 Tahun Bertunang

Posted: 24 May 2011 05:00 AM PDT

FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu. Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara, "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton." Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti. "Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara./Agensi

Orang Asli Perak, Dah 20 Tahun Masih Tiada Kemudahan Asas

Posted: 24 May 2011 03:00 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendakwa kerajaan negeri Perak gagal membela nasib masyarakat orang Asli apabila tiada kemudahan asas di Pos Perwor. Tujuh kawasan perkampungan yang didiami kira-kira 1,000 penduduk orang Asli di sini masih tidak mendapat kemudahanan jalan raya, bekalan air dan tenaga elektrik walaupun sudah 20 tahun tinggal di kampung itu.

DPPN Pk yang kesal dengan keadaan ini mendakwa ia berpunca daripada kerajaan negeri tidak mengikut lunas-lunas sistem demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sehingga menyebabkan rakyat terabai.

"DPPN Pk juga merasa sangsi malah kesal terhadap masalah yang bertimpa-timpa datang kepada rakyat tanpa jalan penyelesaian yang cekap oleh pihak kerajaan lantas masalah mereka terpaksa ditanggung sendiri," kata Ketua DPPN Pk Zawawi Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Kuasa rakyat

Zawawi berkata, mengikut pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) Perak bukanlah pemegang tampuk pemerintahan yang sah. Namun peralihan kuasa pada tahun 2009 berlaku apabila pemerintahan Perak di bawah Pakatan Rakyat 'dirampas' BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijadikan sebagai Menteri Besar yang baru.

"Tetapi sebenarnya kuasa rakyat adalah bukti kedaulatan sesebuah pemerintahan. Sekarang sistem demokrasi telah dicabul dengan tidak bermaruah oleh BN dan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan. "Rukun negara hanya tinggal rukun semata-mata dan tindakan Umno-BN sebagai pemerintah hanya mementingkan kuasa dan kroni mereka sahaja dan bukan berteraskan kebajikan yang sebenarnya," katanya./FMT


Kartunis Zunar Dapat Anugerah Antarabangsa

Posted: 24 May 2011 01:00 AM PDT

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI). CRNI merupakan satu badan NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Badan itu mewakili ratusan editorial kartunis seluruh dunia yang berperanan melindungi kartunis yang ditekan kerana karya mereka."Saya bersyukur kerana telah dipilih untuk memenangi sebuah award untuk kartunis editorial antarabangsa dari sebuah badan yang mewakili kartunis-kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI).


"Award tersebut ialah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning," kata Zunar dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Menurut Zunar, beliau akan hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai depan. 

Zunar yang baru menyambut hari lahirnya ke 50 sebelum ini dikenali sebagai seorang kartunis yang berani menampilkan karya yang tajam dengan sindiran dan kritikan terhadap pemerintah Umno-Barisan Nasional. Beliau pernah ditangkap dan bermalam di balai polis pada 24 September 2010, sebelum bukunya 'Cartoon-o-phobia' dilancarkan pada malam itu. 

Zunar ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku tersebut yang didakwa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk NGO mengecam tindakan tersebut.Selain itu, Kementerian Dalam Negeri turut mengharamkan dua lagi karya Zunar berjudul 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun. 

Pada 26 Julai tahun lalu, MKINI Dotcom, yang mengendalikan Malaysiakini dan Zunar memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik tersebut. Tekanan kerajaan Umno-BN terhadap Zunar merupakan salah satu faktor kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010. 

Kedudukan itu yang terendah sepanjang tempoh sembilan tahun dalam senarai 178 negara. Sebelum ini, Timbalan Pengarah bagi Asia di Human Rights Watch (HRW), Phil Robertson mendakwa kerajaan Malaysia pada hari ini hanya banyak bercakap dan berjanji di dalam memperbaiki rekod layanan kemanusiaan ataupun hak kemanusiaan tetapi masih lemah di dalam melaksanakannya. 

Phil juga menyifatkan janji-janji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu menegakkan hak-hak asasi rakyat sebagai satu janji yang kosong semata-mata. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran laporan dunia mengenai hak asasi bagi tahun 2011 pada bulan Januari lalu apabila ditanya mengenai perkembangan usaha mengukuhkan institusi hak asasi di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Laporan tersebut juga ada menyebut mengenai tindakan kerajaan BN yang menyalahgunakan undang-undang seperti mengharamkan dan merampas penulisan-penulisan politik, kartun-kartun (seperti buku Zunar) dan juga memberi halangan kepada penerbitan serta lesen penerbitan yang sukar disambung dengan menyalahgunakan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang juga sebelum ini dijanjikan kerajaan untuk menilai semula peruntukan undang-undang ini. 

HRW merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang ditubuhkan sejak tahun 1978 telah melancarkan laporan setebal 649 muka surat itu yang juga merupakan laporan ke 21nya yang menilai prestasi dan ketelusan amalan demokrasi terutamanya hak asasi manusia di lebih 90 buah negara seluruh dunia.


UMNO Be End Bantu FELDA Bukannya Bantu Rakyat

Posted: 23 May 2011 11:00 PM PDT

PETALING JAYA -  Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) lebih cenderung membantu Felda dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta tahun lalu berbanding membantu rakyat, apabila harga gula sebanyak 20 sen dari RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. "Keuntungan yang diperoleh Felda dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd," kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media hari ini, dipetik dari portal berita Kedahlanie.

Beliau berkata, buat pertama kali, Felda yang ditubuhkan pada 1956 merupakan badan berkanun bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan kaum Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.

"Ini diikuti dengan pengambilalihan pada 2010 oleh adik-beradik Kuok, dikuasai PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50 peratus saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20 peratus pegangan saham di Tradewinds.

"Ketika ini, Felda yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM dalam bursa saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85 peratus. "Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim menambah, tawaran umum dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.

MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah Felda. Ia menghasilkan hampir 60 peratus daripada pengeluaran gula halus di Malaysia bernilai kira-kira RM2.3 bilion. Tahun lalu, MSM memperoleh keuntungan sebanyak RM232 juta.

Kata Lim, keuntungan sebanyak RM232 juta itu sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.

Lim merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun. "Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperoleh MSM tahun lalu?

Golongan miskin

"Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, Felda menerima manfaat daripada RM111.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia," katanya. Lim berkata kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM111.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ia dimiliki oleh Felda.

"Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin. "BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM," katanya.

Lim menambah BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.

"Dasar sosioekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

"(Oleh itu) DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil," katanya./FMT

Wikileaks : Dato' Eskay Pernah Berurusan Dengan Pemisah Selatan Thailand

Posted: 23 May 2011 10:06 PM PDT

KUALA LUMPUR - A leaked confidential US embassy cable from 2006 has revealed the extent of influence wielded by businessman Shazryl Eskay Abdullah in dealing with Thai Malay separatists who are still involved in a war with the Thai government. Eskay, who was then the honorary Thai consul in Langkawi, had shared his indepth knowledge of the separatist movement and their activities with the US embassy high-ranking officers in a meeting on Feb 5, 2006. 


Details of the meeting were sent in a confidential cable by political counsellor Mark D Clark to the US State Department in Washington. Details of the cable were leaked by WikiLeaks to popular blogger Raja Petra Kamarudin who had published the leaked cable in his Malaysia Today website today. 

Clark, in the cable, had revealed some of Eskay's insight and knowledge of the separatist movement and their acts, including: the use of Malaysia as a safe haven; the role played by older generation insurgency leaders in providing support to the younger leaders; identifying one veteran insurgent as actively ordering attacks; the insurgents receiving financial assistance via Singapore from unknown sources; younger generation separatists entering Malaysia, particularly when the situation became "too hot"; and young insurgents given jobs at Thai restaurants and on rubber estates. 

Clark noted that Eskay's information on the insurgents were the most detailed the US team had received. "Eskay credibly appeared to have contacts with a large pool of old guard leaders, insurgents, and sympathisers from Thailand's Malay south. "His views on the insurgency were the most detailed we heard during five days of travel in northern Malaysia and tracked well in many respects with information and opinions from others," Clark said in the cable. 

The cable added that Eskay had described his significant "mediator" role in the 2005-2006 dialogue with Thai Malay insurgents and his frequent interaction with separatists on both sides of the border. "Eskay said he carried out his work on the Thai insurgency largely independent of the Thai and Malaysian governments, and maintained direct links with most known Malay separatist leaders resident in Malaysia. "To bolster his credentials, he showed video footage he had recorded of various meetings with men he described as elder separatist leaders and younger operators," added Clark's cable. 

Clark, however, warned that Eskay's belief in the usefulness of engaging the old guard contradicted the opinion of Malaysian politicians, officials and police who generally dismissed the old-timers as irrelevant. He also said that several Malaysians volunteered they were suspicious of Eskay's contacts with Malay separatists and alleged Eskay had been involved in controversial business deals in the past. Clark also pointed out in his cable that the identity of Eskay is protected throughout. 

The old guard The cable said that Eskay had informed the US officials that most of the older generation of Malay separatist leaders lived in Malaysia with the Malaysian government's knowledge and acquiescence. "Eskay confirmed that younger generation separatists, including those involved in recent attacks in southern Thailand, frequently entered Malaysia, particularly when the situation became 'too hot' and they required safe haven," the cable said, adding that the Malaysian government was not always aware of the identity and travel of younger separatists. 

The cable said that the older leaders, with well-established networks in Malaysia, constituted the support service for the insurgents, providing shelter and transportat, and arranging jobs, including in Thai restaurants and on rubber estates. Clark also said that Eskay named one veteran insurgent, Abdullah Idris, the vice-president of National Revolutionary Front, as responsible for ordering some of the ongoing attacks in southern Thailand. However, Eskay believed that the Malay separatists accounted for only 30% of attacks in the south with Thai army, policy and intelligence agency factions, along with criminal gangs, responsible for the balance. 

"Eskay relayed that many insurgent leaders believed deposed Prime Minister Thaksin (Shinawatra) and Thai Rak Thai party adviser General Chavalit (Yongchaiyudh) were funding much of the recent violence." The cable also said that Eskay admitted arranging meetings between Malaysian intelligence and various insurgents operating in Thailand, meetings which included an understanding of safe passage within Malaysia. 

However, he had said that even on Malaysian soil, Thai Malay militants did not feel safe from possible assassination or kidnapping. "On at least one occasion, a Thai bounty hunter had bribed local Malaysian police to abduct a separatist who was in Malaysia. "Eskay had intervened to release the target, whom the Malaysian police officer had locked in the trunk of his police car," added the cable. 

Foreign funding and international links The cable also noted that Eskay had revealed that some insurgents received funds from a bank in Singapore, which passed through money changers in the border town of Padang Besar, in Perlis. Eskay had also informed the US officials that he saw no evidence the Malay separatists had linked up with external terrorist groups such as Al-Qaeda or Jemaah Islamiyah. "Eskay did not know the origin of the funds… though there was in his view a clear potential for a link-up with terrorist groups," said the cable. 

Eskay commented that Malaysian intelligence did not pay adequate attention to this risk and he encouraged the US to keep a close watch on developments. The US officials' meeting with Eskay took place just days before a visit to Thailand by the then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to offer a Malaysian "facilitator" role for future informal talks between Malay separatists and Thai government intelligence. 

Eskay, however, felt that the Malaysian mediation role would not make progress. "Instead, Eskay anticipated continued violence," said the US cable, which also stated that Eskay had shared with the US officials a 12-page "confidential" paper on the insurgency and Thai Malay views, resulting from his interviews with numerous separatist leaders. 

More than 4,500 people, both Muslims and Buddhists, have died since shadowy insurgents launched an uprising in Thailand's southernmost region bordering Malaysia in early 2004. The three southern provinces have been under emergency rule since 2005, giving the military broad powers of arrest. 

Eskay is back in the news again in March this year after releasing a sex video which he claimed showed Opposition Leader Anwar Ibrahim having sex with a Chinese prostitute. Anwar has denied it was him in the video but Eskay is adamant that he is right, claiming that he was in the video together with Anwar. 

Also read: The cable as published in Malaysia Today./FMT


Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas?

Posted: 23 May 2011 07:00 PM PDT

Loji Lynas di Kuantan akan menjadi satu lagi mimpi ngeri. Lanthamide (nadir bumi) dari Australia yang akan diimport oleh Lynas ke Malaysia mengandungi thorium dan uranium, di mana pemperosesan di Kuantan akan menghasilkan sejumlah besar sisa radioaktif. Seterusnya, ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji Lynas.

Di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 'Ringkasan dan Rumusan' (muka 8-13).

Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan 'Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusa mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide'.

Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada 'Penilaian Kesan Radiologi' MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7).

Projek Lynas dengan segera mendapat kelulusan JAS Negeri Pahang, iaitu Cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius.

Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Sehubungan dengan perkara ini, kami berasa bimbang:

Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-8) apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa?

Perlu diingat bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut:


Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;

Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya; Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;

Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).

Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas. Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.

Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini? Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya? Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas.

Ketiga, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB? Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?

Keempat, Lynas dikehendaki untuk memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal. Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan.

Kelima, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna. Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar.

Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul. Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas? Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China.

Terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas. Berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa:

Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, 'masih belum didedahkan oleh Lynas)' 


Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;

DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;

Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci; Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.

SM Mohamed Idris


Kerajaan Selangor Lancar ‘Ops Selamat’Rumah Perlindungan Dan Kebajikan

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan Selangor melancarkan 'Ops Selamat', iaitu operasi pemutihan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di seluruh Selangor, umum Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail. Langkah itu dimulakan dengan mengeluarkan surat arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Selangor bagi mengenal pasti kewujudan dan lokasi rumah-rumah perlindungan dan kebajikan yang terdapat di seluruh negeri ini.

"Ia termasuklah rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah orang kelainan upaya (OKU), rumah ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan. "Seterusnya, kita akan memeriksa semua rumah ini sama ada benar-benar mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Peraturan itu termasuklah pemilikan lesen-lesen khas seperti lesen premis dan layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, lesen perniagaan daripada Pendaftar Perniagaan dan lesen operasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Jika kita dapati masih ada rumah-rumah ini yang tidak memiliki lesen-lesen berkenaan, mereka diminta supaya segera berbuat demikian," jelas Rodziah. Ini merupakan langkah proaktif kerajaan Selangor berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat pada 21 Mei lalu.

"Saya berharap melalui Ops Selamat, semua rumah perlindungan dan kebajikan di negeri Selangor dikenalpasti status mereka," tambah Rodziah yang mensasarkan Ops operasi ini akan berlangsung dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Beliau menambah, melalui 'Ops Selamat' kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor akan mewujudkan Pusat Sehenti (One Stop Centre – OSC), bertujuan mengkoordinasi pengeluaran lesen-lesen yang dikeluarkan oleh PBT dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum meluluskan sebarang permemohonan.

"Kerajaan Selangor memandang serius isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kami menggesa semua pihak tidak kira pengusaha rumah-rumah penjagaan, rumah perlindungan, rumah anak-anak yatim dan rumah kediaman persendirian memastikan keselamatan kediaman masing-masing agar tiada lagi nyawa yang terkorban disebabkan kelalaian dan tidak mengikuti peraturan yang d tetapkan," ujar Rodziah./KD


Tiada ulasan: