Addin |
- (Video) Gempar!! Penduduk Berang, Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak
- Bongkar!! Saham-Saham Misteri Taib Mahmud
- Sah!! SPR Tali Barut UMNO
- Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik
- PRU 13 Lepas Bajet 7 Oktober
- Panas!! Usaha Terdesak UMNOporno, Keadilan Bakal Di Haramkan..
- Polis Bacul.. Ribuan VCD, Risalah Lucah Di Edarkan
- Dalil Video Seks Fitnah Di Ragui
| (Video) Gempar!! Penduduk Berang, Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak Posted: 19 May 2011 05:00 PM PDT IPOH - Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir. Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu. Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular. Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu. Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar. Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama. Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi. Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba. Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular. Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku. "Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam./Tvs |
| Bongkar!! Saham-Saham Misteri Taib Mahmud Posted: 19 May 2011 06:46 AM PDT Pemegang utama saham terbesar dalam syarikat tunggal terbesar di Sarawak masih lagi kekal Laila Taib, sebagai mana menurut Laporan Tahunan syarikat yang tersenarai sebagai syarikat awam! Arwah Laila Taib, iaitu isteri pertama Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, telah meninggal dunia dua tahun yang lalu, dan Ketua Menteri itu pun mengahwini isteri keduanya. Namun, arwah Laila masih selaku pemegang berjuta-juta saham yang dikatakan sekurang-kurangnya 13 juta saham, mewakili 11.32% dari syarikat itu. Ruang dan masa berkabung mungkin harus diambil kira bagi keluarga tersebut sebagai menghormati arwah, tetapi Laporan Tahun yang berusia dua tahun itu adalah terlalu lama bagi mereka menyenaraikan roh arwah sebagai pemegang saham di syarikat itu. Bagaimanakah cara arwah memperolehi saham-sahamnya? Rakyat Sarawak berhak mengetahui bagaimana arwah Laila Taib telah memperolehi saham-saham yang sebanyak itu. Janganlah beralasankan bahawa CMS itu telah diswastakan dari sebuah aset kerajaan Negeri suatu ketika dahulu. Tambahan pula, caruman pembayar cukai sebanyak 8.19% juga adalah sebahagian dari saham-saham di dalam syarikat berkenaan. Semua ini telah bergantung pada keputusan bekas suami arwah, iaitu Abdul Taib Mahmud, yang menyandang jawatan Menteri Kewangan. Maka, inilah masanya apa yang tersorok itu dibongkar untuk diketahui umum. Siapakah sebenarnya pemegang saham terbanyak dalam syarikat CMS? Adakah Ketua Menteri itu sendiri telah bertindak sebagai pewaris kesemua saham yang diwasiatkan arwah isterinya itu? Atau, adakah dia juga selaku pelaksana bagi pegangan-pegangan arwah isterinya itu? Dengan kedudukan politiknya, dia harus mengumumkan semua perkara yang berkaitan ini. Percanggahan kepentingan yang amat ketara Keseluruhan CMS amatlah memalukan, dibelengu percanggahan kepentingan yang ketara di mana Pengarah Urusannya, seorang warga UK bernama Richard Curtis, juga mengetahui setiap selok-belok dalam syarikat berkenaan. Curtis mungkin telah memperolehi gelaran "Dato", tetapi adakah dia telah juga memperolehi penghormatan dari peranannya di situ? Arwah Laila bukanlah individu utama selaku pemegang saham dalam CMS, tetapi syarikat yang bertindak selaku pemegang saham terbesar di situ adalah Majaharta Sdn Bhd, yang kini diketahui dimiliki oleh dua orang anak perempuan Ketua Menteri/Menteri Kewangan/Menteri Perancangan dan Sumber, iaitu Jamilah dan Hanifah. Di samping mereka itu, anak-anak lelaki Taib, Abu Bekir dan Sulaiman Abdul Rahman juga turut memegang saham terbesar dalam CMS! Harga pasaran saham semasa bagi syarikat itu mencecah nilai sebanyak RM 300 juta, yang juga berjaya meraih kontrak-kontrak dari kerajaan Negeri setiap tahun (terima kasih pada keputusan Abdul Taib Mahmud). Oleh yang demikian, kita ingin bertanya apakah sumber yang membolehkan mereka memperolehi kesemua saham-saham dalam syarikat itu? Kita harus ingat, Taib dikenali sebagai seorang bekas graduan yang bukannya kaya raya dan mewah ketika dia menamatkan pengajiannya dari University of Adelaide. Sekembalinya ke tanahair, dia telah bekerja di Pejabat Pendakwaraya Negeri selama lebih kurang dua tahun, sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Laila pula datang ke Sarawak selaku pekerja Pasukan Pengaman US tanpa sebarang punca pendapatan yang diketahui terjamin. Anak-anak mereka pula masih di bangku sekolah ketika mereka memperolehi saham-saham dalam syarikat ini, yang keseluruhannya terdiri dari aset-aset utama Negeri Sarawak. Maka jelaslah, Abdul Taib Mahmud, yang telah merundingkan bagi pihak Negeri Sarawak untuk menswastakan aset-aset ini untuk menjadi harta peribadi dia dan keluarganya! Maka, siapakah pemilih saham-saham itu sekarang? Kegagalan untuk mengumumkan pelaksanaan wasiat Laila Taib, dan agihan-agihan saham-sahamnya dalam CMS akan menjadikan para pemerhati membuat keputusan bahawa perkara ini akan tetap memalukan Ketua Menteri itu sendiri. Pemilikan saham-saham yang amat besar oleh arwah Laila dan anak-anak mereka adalah penyamaran yang tipis dengan harapan dapat mengelakkan dari dikesan oleh pihak SPRM yang merupakan sebuah perbadanan pencegahan kesalahan rasuah. Tetapi, kini Ahdul Taib harus membuat keputusan di mana dia harus meletakkan saham-saham itu seterusnya. Tambahan pula, kini dia mempunyai isteri baru, tetapi dia harus juga memikirkan isu-isu utama yang lain. Taib menghalakan tembakannya ke udara setelah marah dengan Ragat yang kerap keluar! Sifat-sifat wanita amatlah sukar untuk ditentukan. Anak Taib sendiri, Abu Bekir kini sedang melalui proses undang-undang menceraikan isteri pertamanya dengan nilai tuntutan sebanyak RM400 juta. Sumber-sumber dalaman telah menyebut Abdul Taib telah dengan tergesa-gesa mengahwini isteri keduanya dahulu, kerana kini setelah dia mengahwini Ragat Al-Kurdi (yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan adik iparnya, Robert Geneid) sebenarnya ibu kepada dua orang anak! Sebahagian dari cerita-cerita yang timbul setelah berlangsungnya perkahwinan mewah seorang Ketua Kerajaan Negeri! Rupa-rupanya pasangan tersebut bukan berbeza di segi usia, teapi mereka juga berbeza kepentingan. Baru-baru ini, seperti yang didengar oleh Sarawak Report, Taib telah menggemparkan seluruh ahli keluarganya di rumah mewahnya di Demak Jaya, dengan menghalakan tembakan pistol emasnya ke udara, kerana marah setelah mengetahui Ragat keluar dari rumah tanpa memohon kebenaran darinya terlebih dahulu! Dengan itu, adalah diandaikan bahawa Abdul Taib mungkin tidak akan menyerahkan saham-saham arwah Laila kepada Ragat. Namun, saham-saham itu pastinya akan diletakkan di tempat yang lain! Sudah masanya untuk mengembalikan apa yang dimiliki oleh Negeri Sarawak? Abdul Taib harus ingat bahawa suatu hari nanti dia juga akan pergi ke suatu tempat di mana arwah Laila telah pergi mendahuluinya, dan kesemua sahamnya tak akan dapat dibawanya bersama-samanya. Bagaimana Sarawak akan mengenang jasa dan baktinya jika dia telah memilih bidang pekerjaannya itu dan mensyukuri dengan apa yang sepatutnya dinikmatinya, termasuk gaji dan pencen seorang menteri sepertinya ketika dia masih bekerja? Selama tiga puluh tahun tanpa sebarang kepentingan dan mengetuai secara jujur sebuah kerajaan seharusnya telah memberikan faedah dan manfaat kepada rakyatnya, namun mereka kini masih dibelengu kesengsaraan hidup akibat ketamakannya. Kini seolah-olah Abdul Taib tidak mampu memikirkan apakah yang harus dilakukan dengan semua wang dan saham yang telah diperolehinya sejak sekian lama itu. Maka, kenapa sukar sangat untuk mengembalikannya kepada rakyat bagi memperolehi pengormatan dari mereka sebelum semuanya terlambat?/SR |
| Posted: 19 May 2011 05:13 AM PDT Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menjadi 'tali barut' dengan mencipta undang-undang baru yang hanya berpihak kepada Umno- Barisan Nasional. Pengarah Pilihan Raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata demikian mengulas peraturan baru diumumkan SPR pada 16 Mei lalu yang tidak membenarkan telefon bimbit dibawa masuk oleh agen pilihan raya. "DPPP mengingatkan SPR agar terus memainkan peranan sebagai pengendali pilihan raya tanpa perlu berpihak kepada mana-mana parti. Ketika 'mood' rakyat semakin mahu kepada perubahan, SPR tidak sepatutnya menjadi 'tali barut' kepada Umno/BN. "SPR perlu bersikap berkecuali namun rakyat kecewa dengan sikap SPR yang senantiasa mencari alasan untuk mencipta undang-undang yang sebenarnya memihak kepada Umno/BN," kata Mohd Firdaus dalam kenyataannya hari ini. Dalam pada itu, beliau meluahkan kesangsiannya berikutan peraturan baru SPR yang mahu menyekat sebaran maklumat awal keputusan pilihan raya oleh agen pilihan raya, melalui sebaran SMS atau telefon bimbit. "Tindakan ini seakan menyekat kebebasan maklumat yang perlu diterima dan disampaikan oleh seseorang kepada orang lain. "Biarlah pilihan raya berlangsung di atas 'padang yang sama rata'. Sebarang tindakan SPR sentiasa dilihat dan rakyat tidak akan berdiam diri jika SPR terus berlaku curang terhadap sistem pilihan raya di Malaysia," tegas beliau. Selain itu, Mohd Firdaus menyeru SPR menumpukan isu yang lebih besar iaitu memperbaiki imej pilihan raya di Malaysia berbanding peraturan baru yang diumumkan oleh badan itu. "Sepatutnya peranan SPR adalah untuk memperbaiki imej perjalanan pilihan raya di Malaysia, agar rakyat di Malaysia khususnya dan masyarakat dunia umumnya berpuashati. "Isu seperti daftar pemilih automatik, undi pos yang didesak agar dihapuskan, membersihkan daftar pemilih, akses kepada media, serta celup jari jauh lebih penting untuk ditumpukan berbanding isu remeh seperti yang diperjuangkan oleh SPR," ujarnya./KD |
| Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik Posted: 19 May 2011 03:30 AM PDT PETALING JAYA - Peningkatan secara drastik jumlah pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dipercayai berkait rapat dengan sindiket memberikan kewarganegaraan kepada warga asing, seperti yang didedahkan Parti Keadilan Rakyat 10 Mei lalu. Hasil percaturan licik itu, semalam UMNO Hulu Selangor mengumumkan jumlah pengundi dikawasan parlimen itu meningkat secara drastik iaitu, lebih 15 ribu orang, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar. Sehubungan itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) didesak agar segera menyiasat dakwaan itu dan melumpuhkan segala aktiviti 'menjual' kedaulatan negara itu. "Memetik Sinar Harian semalam, dia (UMNO Hulu Selangor) kata jumlah pengundi di Hulu Selangor meningkat lebih 15 ribu hasil usaha UMNO Selangor daftarkan mereka," kata Khalid kepada media ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. 11 Mei lalu Khalid bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang dengan tindakan terdesak UMNO BN yang berikrar mahu merampas kembali Selangor dengan apa jua cara tanpa menyedari tindakan itu akan menggadaikan kedaulatan negara. Modus operadi memberikan hak kerakyatan itu dilihat mirip kepada projek kad pengenalan di Sabah sewaktu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990. "Projek kad pengenalan tidak begitu diketahui di Semenanjung tetapi merupakan isu panas di Sabah. Sehingga kini kerajaan BN tidak mahu menangani isu itu dengan serius. Kita tahu mengapa, kerana Projek kad pengenalan adalah projek UMNO Sabah merubah demografi negeri tersebut bagi memastikan UMNO terus berkuasa," tegas Khalid. Sementara itu, bekas calon DUN Likas, Dr. Chong Eng Leong mengesahkan kegiatan memberi hak kerakyatan kepada warga asing berlaku secara berleluasa di Sabah. Eng Leong yag juga penulis buku 'Lest We Forget', adalah individu yang bertanggungjawab membawa petisyen daftar pemilih yang dicemari warga asing ke mahkamah sehingga memaksa pilihan raya kecil DUN Likas diadakan semula pada tahun 1999. Baru- baru ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Jaafar menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien memohon agar diberi status warganegara kepada kira- kira 2000 warga asing bagi mengundi BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang. Pendedahan itu dinafikan Idris dan mengugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada PKR. "Dia nak saman saya terpulang, Saya lapor Polis supaya perkara ini disiasat," kata Khalid. UMNO Hulu Selangor turut mendakwa surat tersebut adalah palsu malah Hishamuddin serta Timbalannya Datuk Lee Chee Liong berkata, kementeriannya tidak akan memberi kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno. Justeru Khalid berkata, Pakatan Rakyat dan pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan Siasatan Diraja bagi menyelesaikan masalah tersebut namun cadangan itu tidak mendapat sebarang reaksi dari kerajaan pemerintah. "Projek IC adalah cabaran besar PR. Justeru ia salah satu unsur dalam Buku Jingga. Kita menjanjikan rakyat Sabah untuk selesaikan isu tersebut dan kita juga perlu bersiap siaga kemungkinan sindiket tersebut melebarkan sayapnya ke Semenanjung," kata Khalid lagi./Tvs |
| Posted: 19 May 2011 01:30 AM PDT PETALING JAYA - PAS meramalkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan diadakan, paling awal selepas pembentangan Bajet Negara 2012 pada 7 Oktober depan. "Saya nampak Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet. Kalau tidak bubar sekarang, kena tunggu awal tahun depan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam. Ditanya mengenai persediaan parti itu menghadapi PRU, pemimpin veteran PAS itu berkata, PAS sudah bersedia. Mengenai calon, Mustafa secara bergurau berkata, "kalau pilihan raya esok, hari ini kita boleh pilih calon." Khabar angin bertiup kencang bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Namun tarikh akhir pembubaran parlimen ialah Mac 2013 kerana PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, PRU semakin dekat dan boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. "Tetapi saya yakin parlimen akan dibubarkan selepas Bajet dibentangkan 7 Oktober depan. Dia (kerajaan) tidak akan tunggu lagi kerana banyak masalah yang menanti. "Negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang parah, tahun depan akan berlaku kenaikan harga barang. Dan saya percaya Bajet tahun depan merupakan bajet pilihan raya," katanya./FMT |
| Panas!! Usaha Terdesak UMNOporno, Keadilan Bakal Di Haramkan.. Posted: 18 May 2011 11:21 PM PDT KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima satu lagi tekanan dan serangan terbaru, kali ini berhadapan risiko diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), berikutan satu surat yang diterima daripada badan itu minggu lalu. Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ROS memberi alasan KEADILAN telah melanggar fasal perlembagaan parti itu. Bagaimanapun menurut Saifuddin, klausa yang dirujuk ROS itu sebenarnya tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. "Minggu lepas ROS telah menghantar surat kepada parti memaklumkan tujuan untuk mengharamkan KEADILAN. Mereka memberi tempoh sehingga 9 Jun untuk kita memberikan penjelasan mengapa parti ini tidak boleh diharamkan. "Alasan yang diberikan adalah parti telah melanggar fasal 32.2.1 fasal perlembagaan parti. Klausa itu sebenarnya tidak wujudpun dalam perlembagaan parti yang diluluskan oleh ROS sendiri. "Ini membuktikan niat jahat dalam siri serangan terhadap KEADILAN. "Selepas serangan terhadap Anwar, kemudiaan Naib Presiden diugut, kenderaan Anwar disabotaj, pengharaman lidah rasmi parti Suara Keadilan, kemudian ceramah-ceramah KEADILAN disekat. "Usaha untuk mengharamkan KEADILAN ini adalah antara kemuncaknya," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Justeru itu, Saifuddin berkata beliau akan mengadakan sidang media jam 12 tengahari ini di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya bagi menjawab isu itu. Tahun lalu, KEADILAN pertama kali dalam sejarah politik di Malaysia memperkenalkan pemilihan langsung menggunakan kaedah satu undi satu ahli. Ia melaksanakan pemilihan bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP./KD |
| Polis Bacul.. Ribuan VCD, Risalah Lucah Di Edarkan Posted: 18 May 2011 09:00 PM PDT Ribuan VCD, risalah lucah diedarkan, apa tindakan polis? KUALA LUMPUR - Tindakan mengedarkan VCD lucah adalah taktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib. Dalam satu sidang media bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), beliau mendedahkan penemuan 6,532 VCD lucah pada program 'Munajat Umat Tolak Fitnah' di Stadium Selayang baru-baru ini. "Tindakan Umno ini sangat keji. Anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut. Mereka tidak fikirkan sensitiviti dan kepentingan umum."Mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita. Semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat dan lucah. Ini akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat kita. Remaja-remaja dan belia kita, terutamanya anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti. "Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka. Mereka yang terdiri daripada orang tua, remaja sekolah, lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada marah. "Yang menghairankan saya, bagaimana mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan. Sedangkan, program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan. Beliau memaklumkan pihaknya mengesan VCD dan risalah lucah selepas solat Maghrib dan diletakkan secara terbuka di cermin-cermin kereta, ditaburkan di tepi stadium dan diletakkan di motosikal. "Kami sangat terkejut dengan polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang berlaku pada malam tersebut. Kami sangat kecewa," katanya sambil menuntut polis melakukan siasatan segera dan teperinci.Sementara itu, Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Selayang, Asri Buang membongkar satu lagi taktik keji Umno, iaitu dengan menyebarkan sebuah akhbar menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi 'Selangor Terkini'. "Pada program tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" di dalam sebuah beg kertas yang terpapar muka Najib. Ini seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa Najib yang mendalangi taktik keji ini. Asri mengutuk tindakan Umno yang menyedarkan akhbar palsu dengan menggunakan logo rasmi kerajaan negeri Selangor. "Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggugjawab. Kami telah membuat laporan berkenaan perkara tersebut dan menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak bersikap 'double standard'. "Kami sanggup beri kerjasama sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi./KD |
| Dalil Video Seks Fitnah Di Ragui Posted: 18 May 2011 07:00 PM PDT PETALING JAYA - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Fariz Musa mendedahkan 50 dalil dalam blog beliau kenapa klip rakaman adegan seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui. Klip seks ini mula–mula timbul ekoran usaha trio Datuk 'T' mempertontonkannya kepada para wartawan di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada penghujung Mac lalu. Datuk 'T' merujuk kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, mantan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah. Fariz, antara lain, mempersoalkan perkara berikut sebagai dalil untuk meragui klip itu membabitkan Anwar. "Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak pengemasan hotel akan masuk ke dalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan 'check out'. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV – sepatutnya pihak pengemasan hotel yang nampak dulu dan melaporkannya kepada pengurusan hotel. "Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga. 'Modus operandi' "CheguBard meyakini kumpulan ini besar serta mendapat perlindungan istimewa kerana 'modus operandi' ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan mendaftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. "Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Polis cuma nyatakan video seks tulen bukan pelakonnya tulen. "Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut terlibat, ini bukti dendam lama terhadap Anwar. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan empat orang pelacur. "Ketiga-tiga Datuk 'T' ini berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. PKR telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Najib memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam. "Datuk 'T' sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk 'T'. Inilah konspirasi tertinggi namanya," jelas Fariz yang juga bekas timbalan ketua AMK Pusat./FMT |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan