Selasa, 17 Mei 2011

Addin

Addin


Panas!! Siapa VVIP Yang Bersama Razak Baginda Dan Altantuya Ke Malta?

Posted: 17 May 2011 05:00 PM PDT

Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya. 

"Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi," kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini. Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri./KD

Pemansuhan Tol Bukan Untungkan Rakyat

Posted: 17 May 2011 04:00 AM PDT

Kementerian Kerja Raya (KKR) dituntut memberikan penjelasan sama ada pampasan berjumlah RM 180 juta akan diberikan sepenuhnya kepada pemegang konsesi, berikutan pemansuhan kutipan tol di plaza tol Cheras dan Petaling Jaya dan Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac).


Sekiranya pampasan diberikan, bermakna pemegang konsesi mendapat 'durian runtuh' tanpa perlu menunggu tujuh tahun perjanjian konsesi yang hanya akan tamat pada 31 Mei 2018, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. 

"Perkara ini diibaratkan seperti 'telunjuk lurus, kelingking berkait. Pemansuhan tol dari satu sudut dilihat seolah-olah menguntungkan rakyat. Namun sebenarnya tidak, kerana kerajaan perlu membayar pampasan kepada pemegang konsesi.

"Menurut anggaran, perolehan yang bakal diterima oleh Metramac Corporation Sdn Bhd dari kutipan tol bagi tempoh 7 tahun adalah RM 180 juta. Manakala, kos pembinaan lebuh raya ini berjumlah RM 125 juta dan mula dibuka kepada lalu lintas semenjak 1 Ogos 1995," kata Azan.

Menurutnya lagi, sekiranya diukur dari tarikh perjanjian konsesi antara kerajaan dengan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, beliau yakin pemegang konsesi telah mendapatkan kembali modal kos pembinaan.

"Jadi, adalah tidak munasabah sekiranya kerajaan masih ingin meneruskan bayaran pampasan," kata Azan kepada Keadilandaily.com

Justeru, Azan menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan sekiranya wujud imbuhan atau percubaan untuk menyalahguna dana awam.

Dalam pada itu Azan mengesyaki sekiranya wujud pembayaran pampasan, tidak mustahil ia merupakan kaedah terbaru Barisan Nasional mendapatkan dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Apakah mungkin wujud imbuhan dalam transaksi tersebut, apatah lagi dalam suasana politik negara yang cenderung untuk diadakan pilihan raya?" soalnya yang turut menyatakan komitmen untuk membangkitkan isu itu dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Rakyat jangan tertipu dengan pengumuman-pengumuman politik seperti ini. Pemansuhan tol yang diumumkan ini tidak didatangkan dengan rasional dan kajian terperinci. Mungkin sahaja wujud elemen-elemen penyelewengan.

"Pemansuhan tol yang diumumkan Menteri Kabinet dilihat cara baru Najib untuk melepaskan tanggungjawab dan tidak kelihatan 'terlalu' meniru 'Buku Jingga'. Kemudian dia keluar negara dan menyerahkan tugas pengumuman tersebut kepada orang lain," ujar Azan.

Menurut Azan, banyak cadangan Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga ditiru bulat-bulat, termasuk antaranya konsep Skim Rumah Pertama kepada golongan muda. "Tidak hairan, Najib akan meneruskan 'sikap' menirunya itu," ujar Azan./KD


Liwat II : Najib Bertemu Ketua Hakim Negara Selama 6 Jam?

Posted: 17 May 2011 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.


"Bohong dia (tokoh itu) bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredibiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar.

"Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakkan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebihi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir," tulis beliau.

Tulis Sayuti, menurut tokoh berusia lebih 70 tahun itu, pertemuan itu diatur sebelum Najib berlepas ke luar negara baru-baru ini. Namun tokoh berkenaan tidak menyebut di mana pertemuan itu berlaku samada di pejabat Perdana Menteri atau di tempat lain.

Sayuti berkata, tokoh itu juga memberitahu adalah menjadi amalan biasa apabila Perdana Menteri bertemu individu penting seperti Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara sebelum berlepas ke luar negara.

Namun kata tokoh berkenaan tempoh pertemuan selama enam jam itu terlalu lama dan beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar.

Selain itu, Sayuti berkata, beliau juga difahamkan Najib turut berbincang mengenai blogger, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa perkara lain.

Ia berhubung kemungkinan Raja Petra tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas dikatakan berpaling tadah dan 'menjilat segala ludahnya' selama ini./KD
Addin:
Dah dinamakan konspirasi.. macam tu lah jalan ceritanya.. lagi pun Ketua Hakim Negara bekas ahli UMNO.. apa yang herannya.. moga puak-puak ini dilaknat oleh Allah S.W.T..


Sabah Mahu Jawatan ADUN Kosong Di Isi

Posted: 16 May 2011 09:00 PM PDT

KOTA KINABALU -  Umno Bahagian Kota Kinabalu hari ini menyokong cadangan ketua bahagian itu, Faisyal Y.H. Diego agar Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah mengisi enam jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik yang kini masih kosong. Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Bin Mohd Karim berkata, masanya sudah tiba untuk kerajaan BN berbuat demikian memandangkan perkembangan politik semasa yang amat memerlukan.


"Saya amat bersetuju dengan pandangan Faisyal. Enam jawatan Adun dilantik harus dipraktikkan semula memandangkan politik semasa amat memerlukan pemimpin-pemimpin daripada Umno yang tidak berjawatan untuk menyuarakan pandangan daripada akar umbi," katanya.

Mohd Bahrin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faisyal semasa Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu 2011, kelmarin bahawa terdapat individu yang layak memimpin tetapi tidak mempunyai kawasan Dun atau Parlimen, untuk dilantik sebagai Senator atau Adun dilantik.

Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan enam Adun dilantik. Namun, sistem ini tidak lagi dipratik selepas BN merampas tampuk kerajaan negeri selepas pilihan raya umum tahun 1994 dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Menurut Faisyal, Perlembagaan Sabah membenarkan kerajaan melantik enam orang individu sebagai Adun dilantik dengan mengguna pakai dan mengambil kira kawasan yang tidak dapat ditandingi oleh Umno atau parti Bumiputera yang lain.

Beliau mengambil contoh, kawasan di pinggir bandar dan bandar seperti bahagian Kota Kinabalu hanya akan diwakili oleh parti komponen yang mewakili kaum Cina.

"Maka adalah wajar untuk melantik kalangan pemimpin Bumiputera yang berpolitik di bandar sebagai Adun dilantik atau Senator. Dengan demikian pemimpin berkenaan dapat menyuarakan masalah Bumiputera yang tinggal di bandar atau pinggir bandar.

"Dengan erti kata lain, tugas mereka adalah khusus untuk memperjuangkan nasib Bumiputera tidak kira bangsa dan agama yang tinggal di bandar," katanya.

Mohd Bahrin yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kota Kinabalu berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ikhlas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Kinabalu, bahawa Faisyal merupakan seorang pemimpin berkualiti di peringkat nasional.

Katanya, pengakuan pemimpin atasan Umno itu mengiktiraf kepimpinan Faisyal dalam mengemudi Umno Bahagian Kota Kinabalu yang bukan sahaja dapat memperkukuh dan menguatkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli parti, malah sebagai tulang belakang kerajaan hari ini.

Beliau optimis, gandingan Faisyal dan timbalannya, Seruji Nawawi akan membawa perjuangan Umno bahagian Kota Kinabalu ke era yang lebih cemerlang dan gemilang./FMT


Perbicaraan Anwar Hanya Sandiwara

Posted: 16 May 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Lawyers For Liberty menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.

"Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?," soalnya.

Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. "Apakah itu tidak cukup untuk mewujudkan satu keraguan munasabah mengenai kes itu?," soalnya lagi.

"Laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 menunjukkan tidak terdapat kesan penemuan klinikal penembusan di dubur Saiful dan kesan kecederaan atau luka mempertahan kan diri ditemui pada pengadu itu.

"Tetapi hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegitu telah diadakan untuk mewujudkan satu keraguan munasabah dan para doktor kemudian memberi keterangan bertentangan dengan laporan perubatan untuk membabitkan Anwar," tegasnya.

Tambahnya, dari awal kes lagi pendakwa dan hakim sentiasa menghalang usaha pihak peguam mendapatkan dokumen penting termasuk nota perubatan dan dokumen berkaitan laporan kimia dan DNA. "Bagaimana boleh ini dipanggil satu perbicaraan adil dan bebas?," ujarnya lagi.

LFL berkata, sistem keadilan jenayah di Malaysia sekali lagi dipergunakan sebagai alat untuk menindas dan menentang politik pembangkang.

"Kes ini menunjukkan contoh jelas ketidakjujuran dan kerjasama antara aparatus negara, kehakiman, polis, peguam negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan hospital yang menyalahgunakan pembuktian untuk mensabitkan Anwar dalam apa juga cara," katanya./KD

Bongkar!! Gambar-Gambar Peti Undi Di Ceroboh Semasa PRN Sarawak

Posted: 15 May 2011 05:19 AM PDT


Sarawak Report telah memperolehi beberapa keping gambar mengenai peti-peti undi yang telah dicerobohi seperti yang terdapat di pusat pengiraan undi berkontroversi di Senadin. Semasa pilihanraya itu kisah kesalahan rasuah dan pembelian undi di kawasan Miri itu telah terbongkar. Calon PKR, Dr Michael Teo, yang pada mulanya telah mendahului dalam bilangan undi sehingga pada saat-saat akhirnya, tiba-tiba pusat tersebut telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan menimbul rasa cemas dan keliru, di mana akhirnya calon SUPP-BN telah disahkan sebagai pemenang dengan kelebihan undi 58.

Dr Michael seterusnya telah mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah. Jika Dr Teo meneruskan niatnya dan bertanding semula, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong aduan dan bantahannya itu. Sebagai contoh, undi pos telah menunjukkan peratus sebanyak 103% melebihi kertas undi yang dikeluarkan. Dr Teo juga melaporkan bahawa 20 keping dari kesemua kertas undi telah tidak dikembalikan. Seperti yang direka-reka, 1,134 dari undi-undi itu berpihak kepada SUPP dan hanya 58 kepada Teo – PKR dikatakan mendapat hanya 5% dari 20% keseluruhan undi pos.

 
Pegawai Pilihanraya, Chai Ko Het, pada malam itu telah memburukkan lagi keadaan di pusat itu dengan tidak membenarkan pengiraan semula, walaupun beza pada keputusan itu adalah sekecil 0.4%. Peraturan jelas mengatakan jika perbezaan keputusan adalah kurang dari 2%, maka pengiraan semula dibenarkan. Chai Ko Het telah diketahui bersungguh-sungguh berpihak kepada SUPP. Para pekerja SUPP juga diketahui dibenarkan memasuki beberapa tempat mengundi, bertentangan dengan peraturan-peraturan, bagi membolehkan mereka menentukan pengundi telah hadir (suatu cara transaksi di mana BN akan membayar pengundi, sebahagiannya dijelaskan dahulu, dan selepas pengundian bakinya dijelas!)


Maka, bagaimana pula dengan gambar-gambar foto yang telah kami paparkan di bahagian atas laman ini? Ianya telah membuktikan bahawa terdapat keadaan luarbiasa berlaku pada hari Isnin, iaitu dua hari selepas pengundian, di mana, ketika kontrovesi Senadin masih berlaku, seorang agen PKR telah dipanggil bersama-sama seorang lagi agen BN, bagi menyaksikan sendiri peti-peti undi yang terlibat, dengan kehadiran seorang pegawai pilihanraya.


Butir-butir amalan tidak dijelaskan dan calon PKR, Dr Teo, tidak diberitahu mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil kemudian! Semasa pertemuan yang agak luarbiasa itu, yang telah menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai kemurnian amalan pilihanraya yang telah berlalu itu, pegawai pilihanraya telah mengeluarkan peti-peti undi untuk diteliti oleh kedua-dua agen yang telah diundang itu.


Agen PKR yang dijemput ke pejabat itu, telah secara kebetulannya membawa sebuah kamera bersamanya, telah merakamkan beberapa gambar yang membuktikan keluarbiasaan yang terdapat pada peti-peti undi, yang disahkan dan dipersetujui bersama agen BN dan juga pegawai pilihanraya. Terdapat 8 sampul merah kertas-kertas undi yang disimpan di dalam peti-peti undi plastik, yang dibungkus dengan pembungkus plastik berwarna kuning, tidak ditutup dengan kemas dan tidak terdapat sebarang tandatangan bagi mengesahkan bahan-bahan bukti itu disemak dengan teliti atau terperinci.


Tambahan pula, 4 buah daripada peti-peti undi itu tidak ditutup atau dilakri dengan sempurna. Terdapat 2 buah peti undi ditutup secara salah bagi membolehkannya mudah dibuka. Di dalam sebuah lagi peti undi, sampul berwarna merah telah dipotong dan kertas-kertas undi telah disimpan secara tidak kemas!


Ketika agen PKR sibuk merakamkan gambar-gambar mengenai tanda-tanda penipuan pengundian, tiba-tiba pegawai pilihanraya itu telah membuat suatu pengumuman yang mengejutkan. Dia telah mengarahkan supaya semua kertas undi dikeluarkan dari peti-peti undi, yang diterima dari kesemua 40 buah pusat pengundian itu, untuk dimasukkan ke dalam satu beg untuk disimpan semula!


Kenapakah pegawai pilihanraya, yang bertugas di bawah seliaan Ketua Pegawai Pilihanraya Chai Ko Het yang tidak hadir itu, telah memutuskan untuk mengengkari arahan-arahan dan peraturan-peraturan pilihanraya sedemikian?


Jika Dr Teo memutuskan untuk menentang kes penipuan pilihanraya itu, maka dia sedar bahawa dia sebenarnya menentang sistem kehakiman yang dikawal oleh Taib yang korup dan tidak adil.


Walaupun pihak pemerintah telah bekerja keras melaksanakan penipuan dalam pilihanraya itu, namun umum kebanyakannya telah juga berjaya meraih 45% dari keputusan undi rasmi. Angka tersebut memberikan gambaran rasa tidak puas hati rakyat negeri ini terhadap pimpinan korup Taib selama 30 tahun dan juga jangka masa separuh abad pimpinan BN./Sarawak Report

































Tiada ulasan: