Jumaat, 6 Mei 2011

Addin

Addin


Bongkar!! Siapa Pencetus 'Idea Gila' Hot FM Jemput Najib?

Posted: 06 May 2011 05:00 PM PDT

Pagi tadi aku tertengok temubual Najib oleh AM Krew Hot FM di 8TV. Apa yang aku faham Fafau si deejay Hot FM telah twit ke Twitternya untuk menjemput Najib ke konti Hot FM. Idea tersebut di namakan 'idea gila' oleh Fafau. Najib antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.


Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasik lemak. Katanya, beliau berbasikal dari rumahnya berdekatan Hospital Tanglin untuk membeli nasi lemak yang berharga antara 30 hingga 50 sen pada masa itu. 

Yang lucunya Najib tidak benar-benar menjawab soalan yang diajukan oleh deejay sama ada beliau pernah menggunakan pengangkutan awam. Najib bukan pernah merasa susah seperti kita rakyat marhaen ni.. 

Soalan itu timbul apabila Najib pada program temu bual selama sejam itu, juga diajukan soalan mengenai pencapaian NKRA bagi pengangkutan awam sejak dilancarkan tahun lalu. Semasa temubual tersebut berlakulah puji memuji yang terlampau oleh para deejay Hot FM... nak termuntah aku mendengarnya.

Isu di sini aku bukan nak mengenengahkan pasal temubual tersebut tetapi siapa mengeluarkan idea asal untuk menjemput Najib ke konti Hot FM. Pada pagi tadi yang menarik perhatian aku ialah kehadiran orang kuat Media Prima iaitu Farid Ridzuan dan Manja Ismail iaitu pengarang Utusan Meloya. 

Tapi yang lebih menarik perhatian aku ialah Farid Ridzuan, apa yang aku tau Farid Ridzuan telah dipinjamkan dengan beberapa pegawai kanan Media Prima ke Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu dikhabarkan untuk mempromosikan agenda kerajaan UMNO Be End. 

Aku percaya idea asal ini datang daripada Farid Ridzuan yang merupakan 'mastermind' di Media Prima kepunyaan UMNO. Idea ini adalah idea yang cukup terdesak untuk meraih perhatian umum setelah 'kekalahan' moral Be End di PRN Sarawak. Ingat kenyataan Najib...kita guna segala 'senjata' yang kita ada untuk memenangi PRU 13... dan ini mungkin salah satu 'senjata'nya..

Addin

Panas!! Kisah YB Terlampau..

Posted: 06 May 2011 06:48 AM PDT

Sebenarnya aku pun tak tau sejauh mana kebenaran dakwaan Mutalib MD dalam blognya Sabahkini. Dah bersiri-siri cerita fantasi skandal seksnya tapi masih belum mendedahkan siapa gerangan YB yang terlibat.. Adakah ini cerita benar ataupun rekaan bertujuan untuk menaikkan ranking Alexa blog Sabahkini.. hanya Mutalib MD dan Allah S.W.T. yang mengetahunya. Jadi kalau ko orang nak layan cerita ini..layanlah..kalau tak nak pun tak per.. aku tak paksa..layan!!


SKANDAL SEKS ORANG TERNAMA (B3-1) 

BAB 3: YB adalah intipati kepada tajuk buku Skandal Seks Orang Ternama ini yang mendedahkan Skandal Seks '9 Orang' YB di Malaysia yang menyalahgunakan title VVIP mereka untuk merosakkan wanita semata-mata untuk melayan kegelojohan kepala alternatif mereka yang tidak berotak; sedangkan tanpa sedar nenek, ibu, kakak, adik, anak, cucu, cicit, piut dan menantu mereka adalah wanita yang patut dipertahankan maruah mereka. Baca seterusnya..


Musuh No. 1 Negara Adalah UMNO!!

Posted: 06 May 2011 04:55 AM PDT

Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia."Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel. Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

"Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

"Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara," ujarnya./Hrkh

'Longkai' Perlu Ada Permit Mulai 1 Jun

Posted: 06 May 2011 04:22 AM PDT

KUCHING, 6 Mei - Semua ejen tarik kereta yang dilantik oleh pihak institusi perbankan perlu mendapatkan permit sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti diperuntukkan dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Pengarah KPDNKK cawangan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata berkuat kuasa 1 Jun ini semua ejen terbabit perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan sama sekali tidak boleh menggunakan kekerasan dalam setiap urusan dengan pihak penyewa ataupun pembeli. 


"Proses pengambilan semula kenderaan hendaklah dilakukan oleh ejen perolehan yang mempunyai permit yang dikeluarkan oleh KPDNKK ataupun Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri dan pengambilan semula kenderaan tidak boleh dilakukan secara kekerasan," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata di bawah pindaan tersebut juga, proses pengambilan semula perlu mendapat perintah mahkamah sekiranya penyewa telah membayar ansuran melebihi 75 peratus daripada harga kenderaan.

Menurutnya ejen sah yang gagal mematuhi peraturan ataupun prosedur yang telah ditetapkan boleh dikenakan denda RM25,000 ataupun tiga tahun penjara ataupun RM50,000 atau lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Wan Ahmad Uzir berkata semua ejen yang ingin memohon permit menarik kereta juga perlu menghadiri proses temuduga dengan pihak polis untuk memastikan mereka tidak pernah terbabit dalam sebarang kes jenayah selain berusia 21 tahun ke atas dan warganegara yang sah.

"Sesiapa sahaja (21 tahun ke atas) yang berminat untuk menjadi penarik kereta boleh memohon permit daripada KPDNKK dengan bayaran hanya RM20 untuk satu permit untuk tempoh sah selama dua tahun dan RM20 untuk pembaharuan selama dua tahun seterusnya," katanya. 

Dalam pada itu beliau berkata bermula 1 Jun ini juga semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubah suai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di PUSPAKOM bagi memastikan status atau keadaan kenderaan sebelum dijual. Katanya selepas disahkan oleh pihak Puspakom barulah proses pembelian secara sewa beli boleh dilakukan/Bernama 

Rais Yatim Tekad Saman Blogger Sabahkini

Posted: 06 May 2011 04:08 AM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan memohon kepada mahkamah untuk memasuki satu penghakiman terhadap penulis blog dalam saman fitnah, jika penulis itu gagal hadir di mahkamah. Peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir penganalisis politik dan juga penulis blog Ahmad Mutalib Mohamed Daud di Sabah. 


Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes bagi perkembangan perkara tersebut. Ia merupakan percubaan terakhir untuk menyerahkan saman kepada penulis blog, setelah mereka gagal untuk menyerahkan saman itu secara peribadi kepadanya. "Kita memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lepas kerana kita tidak dapat menyampaikan saman itu secara peribadi kepadanya. 

Kita buat penyampaian gantian melalui pengiklanan pada 13, 14 dan 15 April di akhbar harian Sabah," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat. Selepas itu, katanya mereka telah menampalkan saman berkenaan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Dan kini, kita telah menampalkan saman itu di alamat terakhirnya, jika (penulis blog) itu gagal hadir di mahkamah, kita akan memasuki satu penghakiman terhadapnya," kata Norhani. Rais memfailkan saman itu pada 10 Feb, selepas empat artikel yang beliau anggap sebagai memfitnah, bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net. 

Ahmad Mutalib, penulis blog yang menyediakan berita bebas melalui laman webnya, yang didaftarkan di Kota Kinabalu. Dalam kenyataan tuntutan, Rais menyatakan bahawa sesetengah perkataan yang disiarkan dalam artikel itu adalah dengki dan memfitnah beliau yang sangat memudaratkan peribadinya dan reputasi profesionalnya di seluruh negara serta antarabangsa, menyebabkan beliau malu yang amat sangat, duka dan menjejaskan. 

Beliau juga menyatakan bahawa artikel itu tidak masuk akal dan keji yang memberi gambaran salah mengenai kelakukan dan jawatanya. Rais juga menuntut ganti rugi am, khas, memudaratkan dan kerugian teladan dan juga injunksi untuk memaksa Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan fitnah dan perenggan dalam artikel itu./Bernama


UMNO..Mandul!!..Dayus!!..

Posted: 06 May 2011 03:45 AM PDT

Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid. Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan."Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah 'mandul' dan 'dayus' kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.


"Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.

"Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan," kata Azmi kepada Keadilandaily.

Beliau menegaskan perkara ini berlaku akibat sikap pucuk pimpinan negara yang mahu menjatuhkan lawan politik mereka dengan cara yang tidak bermoral.

"Segala institusi yang dibina melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dimusnahkan semata-mata perbuatan sumpah laknat.

"Semenjak kemerdekaan, persaingan politik tidak sehina dan sekotor begini. Gejala ini hanya muncul selepas peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tohmah dan fitnah disebar di kalangan orang Melayu-Islam sehingga menjadi 'budaya'. Ini berlaku akibat lawan politik mereka itu didapati terlalu kuat dan menjadi pilihan orang ramai untuk menjadi pemimpin.

"Oleh kerana mereka telah kehabisan modal, maka digembeling seluruh jentera kerajaan, kehakiman dan media massa sebagai senjata untuk menyerang lawan," ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi.

Dalam pada itu, Azmi tidak yakin dalam keadaan politik hari ini, negara mampu untuk membina generasi baru dan kepimpinan yang berwibawa.

"Rumusan yang akan digunapakai oleh anak-anak muda hari ini ialah, persaingan politik mengabsahkan penggunaan politik kotor dan jijik. Sepatutnya Malaysia mencapai tahap politik yang murni jernih dan matang.

"Tetapi nampaknya, ada pihak-pihak tertentu yang memang tidak mahu negara Malaysia ini, menuju ke arah itu," ujarnya./KD


Najib Makin Tersepit..Tercekik..Terhimpit!!

Posted: 06 May 2011 01:00 AM PDT

Najib Makin Terhimpit Politik Perkauman BN

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu. Tidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN , MCA, yang menolak agenda Islam PAS. Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihanraya umum seperti pada tahun 2008. Inilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak Barisan Nasional, satu-satunya parti yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi. Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA? Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa "Sokong kami, jika tidak……. "

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih baik. Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat. Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

"Pentingnya" Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran UMNO kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka. Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan. MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

Bagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat? Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada PRU-13. Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

Walaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib. PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

"Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,"katanya lagi. Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa. Itulah realiti politik Barisan Nasional. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

Sebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputra dan pribumi.

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia. Namun hakikat adalah penyatuan antara Pas dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

"Lesen" ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka. Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib Razak untuk mencari balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri./Wira Arjuna 


Bongkar!! Sisa Radioaktif Masih Bertaburan Di Bukit Merah

Posted: 05 May 2011 09:59 PM PDT

Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. 


Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.

Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun. Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar. 

"Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!Dalam kes mahkamah di mana penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut, Ng Toong Foo pernah tampil untuk memberi keterangan. Beliau mengisahkan cerita yang "ngeri" ini. 

Menurut laporan Nanyang Siang Pau pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi yang mana Ng membuang sisa tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat, setelah kajian dilakukan di situ. Baca seterusnya..


Mahasiswa Islam Kesal Kenyataan Pemimpin Negara

Posted: 05 May 2011 09:00 PM PDT

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan rasa kesal dengan kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Negara kita terhadap kematian pimpinan tertinggi Al-Qaeda baru-baru ini. Kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian (halaman 2) dengan tajuk "dunia diharap lebih aman tanpa Osama" adalah dilihat sebagai suatu respon yang sangat tidak wajar walaupun dengan melahirkan harapan imej Islam kembali dipulihkan.


Kenyataan yang dikeluarkan ini secara jelas menggambarkan persetujuan bahawa Osama Laden adalah simbol pengganas sebagaimana yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat (AS).Dunia juga bukan kali pertama digemburkan dengan kematian Osama Laden, akan tetapi sudah beberapa kali propaganda itu menjadi mainan khusunya di media-media kawalan Israel dan sekutunya AS. Sehingga kini juga, pelbagai tanggapan serta kajian yang dibuat menunjukkan keraguan terhadap berita tersebut walaupun ia diumumkan sendiri oleh Presiden Barrack Obama. 

Sebagaiman Osama dikaitkan sebagai dalang kepada serangan 11 september 2001 ke atas World Trade center (WTC) dibuktikan sendiri perancangan jahat AS itu oleh para pengkaji barat yang juga termasuuk dari negara AS sendiri. Atas dasar itu, GAMIS berpendirian jika benar Osama Laden telah dibunuh dalam serangan Pasukan Gerakan Khas tentera Laut AS, adalah perlu untuk kita mendoakan keampunan limpahan rahmat kepadanya sebagaimana yang dianjurakn oleh Islam bagi kematian setiap individu muslim.

Dalam pada itu, pimpinan Negara kita diseru untuk melihat kepada keganasan sebenar yang dilakukan oleh AS terhadap siri – siri serangan yang dilakukan AS keatas Negara-negara umat Islam yang tidak menemui bayangan penamatnya hingga kini. Pelbagai alasan yang diberikan oleh tentera AS dalam menghalalkan pencerobohan meraka ke atas Negara-negara umat Islam, juga dipersoalkan tekini kemasukan Tentera AS ke atas Pakistan dalam membunuh Osama Laden. 

Tidak termasuk keterlibatan tentera AS dalam keganasan di Afghanistan,Iraq & pelbagai Negara lain serta pencabulan tidak bermaruah terhadap Negara umat Islam Palestin hingga kini. Justeru, GAMIS mendesak agar pimpinan Negara kita yang meletakkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara untuk membuka mata meletakkan simbol keganasan kepada sasaran yang tepat.

Sehingga hari ini, rakyat khusunya mahasiswa Islam,menantikan pendirian yang jelas oleh pimpinan Negara kita terhadap AS yang terbukti dengan siri keganasan yang dilakukan. Pendirian ini dilihat penting dalam menentukan acuan Negara ini samada berpaksikan kepada kebenaran perjuangan Islam atau sujud melutut kepada kuasa besar AS. 

GAMIS juga kesal jika kebimbangan pucuk pimpinan Negara untuk menyatakan pendiriannya terhadap AS di atas nilaian keseimbangan ekonomi Negara , kemasukan pelaburan asing (FDI), import eksport, bekalan kelengkapan ketenteraan dan sebagainya mengatasi kebimbangan terhadap perjuangan kesucian agama Islam yang menjadi teras sesebuah tamadun besar dunia.

Mahasiswa Islam seluruhnya juga menyeru pucuk pimpinan Negara untuk kembali meneliti sirah Rasulullah SAW. Perjuangan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW walaupun didokongi oleh rakyat kelas bawahan pada awalnya, tetap teguh menerjang kuasa-kuasa besar dunia pada ketika itu sehingga akhirnya mengukir kegemilangan Tamadun Islam yang dekecapi hingga hari ini. 

Betapa murninya hati Rasulullah SAW sebagai pimpinan Negara pada ketika itu yang memanjatkan doa kepada Allah supaya umatnya tidak diberikan balasan terus sebagaimana umat-umat terdahulu,akan tetapi diberikan balasan pada hari Akhirat kelak. Apatah lagi mengharapkan dunia akan lebih aman dengan kematian individu muslim pada ketika itu sebagaimana kenyataan pimpinan Negara kita pada hari ini./GAMIS


Jom!! Sertai Hari Kemarahan Rakyat..

Posted: 05 May 2011 07:00 PM PDT

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir 'Hari Kemarahan Rakyat' di Masjid Negara esok bagi menyatakan anak muda menolak politik fitnah dan jijik.Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata seluruh mahasiswa wajar untuk turut sertai perhimpunan itu, bagi menyatakan pendirian sebagai anak muda yang menolak sama sekali politik fitnah dan jijik yang kian parah serta menjadi permainan dalam pentas politik negara sekarang ini.


"Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada kerajaan dan juga masyarakat bahawa mahasiswa dan anak muda tegas menolak budaya politik kotor dan inginkan kembalinya nilai-nilai kebaikan dalam berpolitik iaitu kembali kepada politik Islam.
"Oleh itu, saya selaku Ketua Penerangan Gamis menggesa dan menyeru mahasiswa dan anak muda sekitar Lembah Klang terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan pendirian kita," tegasnya.

Menurutnya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

"Kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini," tegas beliau.

'Hari Kemarahan Rakyat' anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf), Angkatan Muda Keadilan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Masjid Negara, esok.

Program tersebut akan bermula jam 12 tengah hari dengan mengumpulkan kesemua NGO dan demonstrasi akan bermula selesai solat Jumaat.


Tiada ulasan: